Pada perbahasan sidang parlimen minggu lalu, isu undi popular sekali lagi dibangkitkan oleh pembangkang, biarpun isu berkenaan terlalu jelas tidak relevan dan bertentangan dengan sistem yang diamalkan oleh negara kita, namun perkara itu tidak diendahkan oleh pembangkang yang dilihat sengaja bermain dengan isu berkenaan dalam usaha mereka untuk meneruskan agenda tersirat mereka yang umum mengetahui ianya ditaja oleh pihak asing.
Ketika isu tersebut hangat dibangkitkan, Ahli Parlimen dari Simpang Renggam memohon untuk mencelah, menurut pada perkiraan beliau, jika undi popular hendak diguna pakai oleh pembangkang, sepatutnya DAP perlu menyerahkan Pulau Pinang yang diterajuinya itu kepada PKR, ini kerana jika sistem undi popular digunakan, PKR lebih berhak menerajui Pulai Pinang dengan mendapat undi popular sebanyak 20.39 peratus berbanding DAP yang hanya mendapat 15.71 peratus.
Bagaimanapun ucapan yang dibuat oleh MP Simpang Renggam itu membuatkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang memang terkenal dengan rasisnya bangun dalam bengang dan berkata" Berapa kerusi DAP bertanding?, berapa kerusi PKR bertanding?, tahu kira ke tak.....?"
Dengan jawapan yang bersifat begitu takut jika Pulau Pinang diserahkan kepada PKR oleh Tony Pua itu, jelas kepada kita, dimana segala hal yang dibangkitkan mereka cuma hendak diguna pakai keatas kerajaan untuk menguntungkan mereka semata-mata, sebaliknya jika hal yang sama diletakkan supaya mereka lakukan, pelbagai alasan yang akan diberikan, ini bermakna apa yang ditimbulkan oleh pembangkang hanyalah 'auta' kebudak-budakkan yang langsung tidak boleh diterima oleh rakyat yang berakal waras.
Untuk apa dibangkit dan dipersoalkan "Berapa kerusi DAP bertanding?, berapa kerusi PKR bertanding?" jika sistem undi popular yang hendak digunakan, tak kiralah berapa kerusi bertanding pun, nama lagi undi popular, kira undi popularlah, nak kira kerusi buat apa ? Jika kerusi nak dikira, apa bezanya dengan isu undi popular yang dibangkitkan kepada BN itu ? Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.