Sangat menarik apa yang telah dikongsikan oleh blog saudara RBF Online mengenai etika kewartawanan akhbar Sinar Harian, beliau membangkitkan perkara tersebut apabila akhbar berkenaan yang punyai lesen, wartawan bertauliah, ketua pengarang dsbnya itu dikatakan kurang beretika dari aspek 'sensitiviti' dalam melaporkan sesuatu berita.
Berbeza dengan media sosial, kerana menurut beliau, pemilik akaun media sosial tidak pernah dilatih,
tidak pernah diberi penerangan atau garis panduan tentang apa yang boleh
dan apa yang tidak boleh disiarkan di media sosial. Mereka boleh jadi
wartawan yang tidak bertauliah dan media yang tidak berlesen dalam masa
dua minit sahaja.
Pada masa sama beliau turut mengumpamakan seperti buka mee maggie dalam plastik, letak dalam bekas dan
tuang air panas. Sementara tunggu air panas memasakkan mee maggie,
mereka boleh buka satu akaun blog atau FB. Dalam masa 2-3 minit siap dan
mee maggie sudah boleh dimakan. Waktu itu mereka dah jadi seorang
wartawan yang tidak bertauliah dan memiliki satu medium media yang boleh
diakses di seluruh dunia.selanjutnya diSINI.
Menarik bukan! Kenyataan beliau itu juga mengingatkan pengalaman lalu saya ketika pernah bertugas bersama beberapa wartawan akhbar utama di sebuah portal online, hampir setahun saya berkhidmat dengan portal berkenaan pelbagai pengalaman baru yang saya timba didalam dunia kewartawanan.
Namun mungkin sudah menjadi lumrah bilamana blogger cabut seperti saya berada dalam kalangan segelintir wartawan profesional, segala yang tidak betul itu akan mutlak diletakkan menjadi milik saya, biarpun kesilapan yang tidak disengajakan itu hanya melibatkan tanda baca seperti koma dan sempang.
Sengaja atau tidak, kesilapan tetap kesilapan, saya akui dengan rela tanpa membantah atau menegakkan benang yang basah, oleh kerana kesilapan sekecil itu menjadi isu utama yang dibangkit dalam satu mesyuarat harian dan menjadikan saya sebagai sasaran, timbul dihati kecil saya adakah saya sahaja yang melakukan kesalahan?
Sehinggalah selesai mesyuarat saya pulang dengan ke'bengangan', lantas membuka dan menyemak balik setiap artikel yang diterbitkan diportal berkenaan dan mendapati kesilapan yang dibangkitkan keatas saya turut dilakukan oleh wartawan propesionel, bahkan ada diantara mereka mengeja pun salah. Namun semua itu tidak menjadi isu mungkin kerana mereka adalah wartawan propesionel.
Tidak tahan dengan tekanan itu perasaan seperti dibuli datang membuak-buak, gaji yang diterima setiap bulan dirasakan menjadi kecil dek kerana tekanan, kita boleh akur dengan kesilapan, tapi bila kesilapan itu menjadi satu perkara untuk kita diperlecehkan, sedang perkara itu mereka yang pro pun tidak terkecuali dari melakukannya, mulalah hati menjadi panas.
Setelah melakukan pertimbangan diatas beberapa faktor, saya mengambil keputusan untuk berhenti, bukan mengalah dengan cabaran kerja atau situasi berat sebelah itu, tapi khuatir perkara yang lebih mudarat akan berlaku jika 'berat sebelah' itu berterusan, biarlah kita mengalah mungkin bukan rezeki kita disitu, daripada memendam rasa lebih baik berambus saja, tak gitu ? hehehe.
Apapun saya bukan jenis pendendam, yang lepas tu biarkan ia berlalu, andai bermanfaat boleh dijadikan iktibar buat rakan-rakan pembaca, kenkadang kita tak perasan mungkin ada mereka yang profesenel ni kurang senang dengan wartawan 'mee maggi' seperti blogger, yerlah pelajaran entah setakat mana, kursus pun tidak, sedar-sedar 2 minit dah boleh jadi wartawan.
Kalaulah ada yang berfikiran macam tu, kita kena ingat, rezeki ni hak Allah pada hambanya yang berusaha, redha jerlah seadanya, usahlah kerana kebencian kita kepada 'mee maggi' menyebabkan kita sakit hati sehingga hal-hal yang kecil pun kita perbesarkan atau dengan kata lain bersikap serba tak kena...Jangan macam tu! tak baik, Allah marah, makin sempit rezeki kita...
Kita yakin bukan semua wartawan profesional bersikap seperti itu, mungkin hanya segelintir saja, ketahuilah jauh disudut hati seorang pejuang bangsa seperti blogger untuk menyaingi ke'profesionalan' para wartawan, secara peribadinya, sebagai blogger kita tak tekankan sangat mengenai konsep 5W+1H sebagaimana yang diamalkan oleh wartawan.
Malah kita lebih menumpukan kepada perkara yang menjadi isu khasnya berkaitan politik negara, mungkin tanpa blogger seperti saya, rakyat Malaysia sedikit sukar mengetahui bahawa dalam dunia ini tidak ada perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan Pas, dan Allah telah mengarahkan Pas untuk ke Putrajaya sebagaimana diungkapkan dalam video yang pernah saya siarkan seperti dibawah, bahkan ada lebih 200 video seumpamanya, rujuk Youtube disini.
Malah kita lebih menumpukan kepada perkara yang menjadi isu khasnya berkaitan politik negara, mungkin tanpa blogger seperti saya, rakyat Malaysia sedikit sukar mengetahui bahawa dalam dunia ini tidak ada perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan Pas, dan Allah telah mengarahkan Pas untuk ke Putrajaya sebagaimana diungkapkan dalam video yang pernah saya siarkan seperti dibawah, bahkan ada lebih 200 video seumpamanya, rujuk Youtube disini.
Apakah segelintir wartawan profesional merasakan berita itu punyai 'value' ? Tidak bukan ? Kerana tahap profesional segelintir wartawan akan menafikannya kalau tanpa di'jolok....' Hanya kami blogger cabut saja yang memainkan isu-isu seumpama itu, soal punyai 'value' atau tidak, biar pembaca dan penonton menilainya. Nak terima atau tidak terpulanglah kepada masing-masing. Blogger hanya berkongsi pada mereka yang sudi.
Blogger dan wartawan punyai banyak perbezaan, sebagaimana yang pernah wartawan kritik kepada blogger di http://www.hazrey.com/2012/03/829-etika-wartawan.html.
Apapun blogger adalah pejuang, blog adalah senjata berjuang, agama, bangsa dan negara adalah dasar perjuangan, kebenaran merupakan aset yang wajib dikongsikan.....Begitu juga dengan wartawan media konvensional, kita berbeza pada perlaksanaanya namun pada dasarnya tujuan kita mungkin sama. Cuma segelintir yang angkuh saja enggan menerimanya. Anda Mampu Mengubahnya.
Jika ada yang pertikaikan kekuatan blog dalam memenangkan parti politik, harus diingat kekuatan media bukan blog pun sudah berpuluh tahun wujud masih gagal mengalahkan Pas di Kelantan....Kalaulah itu yang menjadi ukuran...
Betul ke ni gambar Nik Amar TMB Kelantan ? Media berlesen SH yang siarkan.... |
Jika ada yang pertikaikan kekuatan blog dalam memenangkan parti politik, harus diingat kekuatan media bukan blog pun sudah berpuluh tahun wujud masih gagal mengalahkan Pas di Kelantan....Kalaulah itu yang menjadi ukuran...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.