Video - Suspek Curi Wang Tabung Masjid Di Terengganu Ditahan Dan Diaibkan Oleh Media Hj Hadi

Seorang lelaki ditahan oleh jemaah Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu kerana dipercayai cuba mencuri wang tabung masjid berkenaan, kejadian berlaku jumaat lalu dan dirakamkan oleh media Pas yaitu BuletinOnline.

Lebih mendukacitakan kita umat Islam apabila admin BuletinOnline yang beragama Islam ini bertindak merakam dan menyiarkan secara jelas wajah suspek, hal ini sudah pasti mengaibkan suspek dan keluarganya.

Sekalipun suspek itu bersalah, timbangkanlah kesalahannya itu, kesalahan itu bukan pengakhiran hidup buatnya, pintu taubat sentiasa terbuka, beradablah sesama Islam. Lagipun suspek tidaklah bertindak balas secara ganas, malah mengaku akan kesalahannya serta memohon maaf kepada jemaah, "Saya minta maaf, saya takkan buat lagi, anak saya.....saya tak kerja...".

Kita tak tahu bagaimana situasi sebenar suspek ketika terpaksa mencuri, adakah dia tidak bekerja kerana masalah kesihatan ? Atau memang malas dan suka mencuri ? Hanya Allah yang maha mengetahui, namun saat salah seorang jemaah memeriksa dompet suspek, kelihatan dompetnya ternyata kosong tidak punyai wang, benar, hal itu tidak bermakna suspek boleh mencuri. Tapi keadilan dalam Islam itu juga tidak sekali-kali menyuruh kita mengaibkannya, malah, membantunya jauh lebih mulia.

Bagaimana perasaan anak-anak suspek yang tidak berdosa, tidak malukah mereka jika diejek dengan kelakuan bapanya yang dipertontonkan seperti itu. Apakah media rasmi Pas Terengganu ini cukup maksum dan arif akan hal hukum hakam dalam Islam sehingga sanggup mengaibkan golongan yang daif ini ?

Kita tidak membela orang yang bersalah, yang salah tetap salah, tapi fikirlah akan maruah keluarganya yang tidak bersalah, meskipun pakcik ni salah kerana mencuri, dia masih beragama Islam, perbuatannya tidak membatalkan kalimah syahadahnya, apakah kita lebih rela jika dia ke gereja untuk mendapatkan bantuan ?

Kita sebagai umat Islam janganlah bersifat angkuh dan busuk hati sehingga tak mampu untuk maafkan kesalahan orang lain, sucikanlah hati dengan menyimpan sedikit perasaan simpati terhadap golongan yang daif itu. Bukan tugas kita untuk menghukum, jangan kerana sikap bodoh kita, ia menjauhkan orang dengan Islam.

Kerana kedegilan admin media rasmi Pas Terengganu untuk delete video dibawah. Mohon anda semua flag atau laporkan video tersebut demi masa depan anak suspek yang tidak berdosa. InsyaAllah. Anda Mampu Mengubahnya.

Pusat zakat teruskan tidur !!! Kalau tak berfungsi, mansuhkan saja!!!

3 comments:

  1. Kesian pada hamba allah tu. Dia ada anak..sepatutnya bincang dgn dia. tolong dia. Dia ada masalah keluarga dan kewangan. bukan aibkan dia. Kalau dia bersalah pon..maafkan dia untuk pertama kali ini. Kita sepatutnya ada kasihsayang sesama insan. Maafkan dia adalah lebih baik dari menghukum.

    ReplyDelete
  2. You just got that right kamal . I agree with your opinion

    ReplyDelete
  3. You just got that right kamal . I agree with your opinion

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.