'Kalau Menang, Saya Sendiri Hulur Bantuan Bukannya Melalui Orang Tengah' - Mei Fun

KAJANG - Calon BN bagi PRK Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun berjanji sekiranya beliau menang, bantuan kepada masyarakat Kajang akan diberi menerusi dirinya sendiri bukan melalui orang tengah.

Jelasnya, pendekatan itu berbeza dengan kebanyakan wakil rakyat lain, yang lazimnya memberi bantuan menerusi 'orang lain'.

Sebaliknya kata Mei Fun, beliau akan memberi bantuan melalui tangannya sendiri.

"Saya di sini dengan rendah diri mohon restu semua supaya menyokong saya dalam PRK Dun Kajang nanti.

"Saya berjanji untuk bekerja keras serta mainkan peranan sebagai Adun yang kompetetif sekiranya menang.

"Senang didampingi dan senang untuk dihubungi. Saya berjanji untuk memberi bantuan kepada masyarakat dengan sendiri bukan melalui pembantu atau setiausaha saya," katanya ketika majlis Sepetang Bersama Anggota Rela Daerah Hulu Langat di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang.

Turut hadir dalam majlis ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, Datuk Mustafa Ibrahim dan Pengarah Rela Selangor, Mehat Ahmad.

PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Chew yang mewakili BN dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.