Festival Maut Datang Lagi ? Tunggu Skuad Khas @Zahid_Hamidi

Malaysia sebuah negara Islam yang aman damai, keadaan di Malaysia sudah pasti tidak sebagaimana dinegara-negara yang sedang bergolak seperti Syiria, jika di Syiria kebanyakkan pemudanya rebah kerana jihad, di Malaysia pula ternyata sebaliknya.

Seakan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku disebuah negara Islam yang aman seperti Malaysia apabila enam rakyatnya termasuk seorang pelajar dari sebuah universiti di utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di acara muzik terbesar selama tiga hari di Stadium Negara Bukit Jalil.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Ya itulah yang berlaku dinegara kita hari ini, bukan pesta haram tanpa permit atau pesta rimba didalam hutan, namun festival muzik terbesar di stadium negara.

Adakah ini kejadian kali pertama yang menyebabkan kematian pengunjung dalam pesta seperti itu ? Kerana sebelum ini saya dimaklumkan oleh rakan yang pernah mengunjungi pesta muzik 12 jam tanpa henti bermula jam 2 petang sehingga 3 pagi di F1 Sepang, dalam pesta itu 10  pengunjung maut, kematian didakwa berpunca dari pengambilan dadah berlebihan (overdose) dan kesesakan nafas akibat dalam keadaan berhimpit, bagaimanapun kejadian itu tidak dilaporkan oleh media.

Sejauhmana kebenaran cerita itu tidak dapat dipastikan, apapun tempoh masa 12 jam tanpa henti dan jika ada pengunjung yang terlebih 'stim' sehingga melayan sekitar masa itu, tidak mustahil kejadian maut boleh berlaku.

Wajarkah permit diberikan kepada penganjuran event dalam tempoh masa seumpama ? Tidak ada apa yang salah kepada muzik, tapi kita yang menyalahgunakan muzik, kalau kaki muzik layan muzik, ok, yang menjadi masalahnya apabila kaki dadah layan muzik, itu yang jadi kacau, tapi ramai yang tidak faham dan menyalahkan muzik, sedangkan ramai dikalangan peminat muzik sebenar tidak memerlukan dadah untuk melayan muzik, dan muzik itu sendiri tiada kaitan dengan dadah.

Sekiranya kaki dadah bawa kereta dan terlibat dengan kemalangan, adakah kereta yang kita nak persalahkan ? Dalam soal ini sudah pasti kita tidak menyalahkan kereta sebaliknya menyalahkan pemandu kereta kerana mengambil dadah.

Tapi bagaimana pula dengan peminat muzik atau pengunjung yang tidak mengambil dadah ? Selagimana minat mereka tidak diluar tabie, semua pihak perlu menghormatinya, dalam situasi pemikiran terbuka anak muda hari ini, kerajaan atau menteri berkaitan juga perlu lebih terbuka dan tidak mengambil keputusan secara terburu-buru atau bersifat kerana seekor nyamuk, kelambu dibakar.

Kalau nak cerita soal maksiat dan dosa pahala, bagi kita orang Islam memanglah kalau boleh kita mahu semuanya pergi ke masjid, namun bila semua dah besar panjang dan dakwah pun lama dah sampai, masing-masing fikir dan pilihlah, asal pilihan masih berada dalam tabie kira oklah, lagipun kalau nak sembang alim lebih-lebih kita pun bukan baik sangat, tapi tidak pula seteruk Anwar yang berhobikan meliwat, belum dikira melayan kokokan Mat Sabu @ syiah dan pemimpin pembangkang menyemai kebencian dsbnya.
Berbalik kepada masalah sebenar yang menghantui festival muzik adalah masalah pengambilan DADAH, dadahlah yang memudaratkan bukannya muzik. Perkara yang paling penting dan utama yang perlu kerajaan fokus adalah membanteras dadah.
Mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku mungkin menjadi keperluan kepada pihak berkuasa seperti PDRM, Narkotik, Skuad DELTA  dan AADK ditempatkan di pintu masuk festival untuk memeriksa dan membuat ujian saringan air kencing secara rambang atau menyeluruh terhadap pengunjung, pengunjung yang didapati positif  terus jer angkut naik trak dan balai cerita.

Segala kesulitan yang berlaku diatas faktor itu perlu difahami oleh semua khasnya pengunjung, menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memastikan setiap program yang disertai rakyat berlangsung tanpa sebarang kejadian buruk yang boleh menjejaskan imej negara atau menyalahi undang-undang negara.
Bagaimanapun segala tindakan berkaitan penguatkuasaan membanteras dadah terletak dibawah  Menteri 'tiada amaran' selain dari tindakan yang bakal diambil oleh skuad-skuad khasnya tanpa mengira musim pemilihan atau musim durian. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.