Simpati Azizah - Kes Liwat Anwar Lubang Ekzos Saiful Jentik Berdenting Kata Chegu Bard

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak terpedaya dengan bilboard yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.

"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati.

"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya.

"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," katanya.

Itulah yang sepatutnya rakyat tahu, kalau setakat duk dengar temberang pemimpin pembangkang memang selamanya akan meletakkan rasa simpati yang tidak bertempat, sedang nasib sendiri belum tentu terbela, nasib peliwat pula yang nak dipertahankan.

Yang memutuskan Anwar bersalah kerana meliwat ni bukannya UmnoBN, tapi ia diputuskan oleh mahkamah,  Anwar bukannya ditangkap dibawah ISA atau dihukum tanpa bicara, malah diberi peluang membela diri dan menggunakan khidmat peguambela yang dilantik oleh beliau sendiri.

Bukankah Anwar ni hebat berpidato ? Kenapa tak guna kehebatan itu didalam mahkamah ? Disini rakyat mesti faham dimana pidato Anwar dikhayalak umum itu hanyalah dongeng dan cerita rekaan semata-mata tanpa sebarang sokongan bukti yang kukuh.

Didalam mahkamah Anwar tak boleh nak kelentong sembarangan, semua peguam dan hakim ni golongan cerdik yang hanya menerima setiap  dakwaan itu berserta dengan bukti-bukti yang kukuh, setakat cakap jer mahkamah tak terimapakai, kerana semua orang pun boleh cakap, tapi perlulah bersandarkan kepada bukti yang konkrit.

Apa bukti konkrit dalam kes liwat Anwar ni ? Bukti konkrit itu adalah air mani Anwar berada didalam dubur mangsanya yaitu Saiful dan disahkan menerusi ujian DNA. Bagaimana air mani Anwar itu boleh berada didalam dubur Saiful kalau Anwar tidak meliwat Saiful ? Persoalan ini gagal dijawab oleh Anwar dan peguamnya Karpal. Kerana memang tidak ada jawapan lain kepada persoalan itu selain Anwar meliwat.

Tapi tidak adil kalau anda hanya mendengar penjelasan isu dari sebelah pihak, walaupun penjelasan itu adalah penghakiman yang dibuat oleh mahkamah, apa pula isu yang dibangkitkan oleh pembangkang  ? Pembangkang berdalilkan kata-kata tanpa bukti atau lebih tepat lagi disebut sebagai temberang mendakwa mahkamah tidak adil, tuduhan liwat adalah konspirasi UmnoBN.

Menurut Che Gu Bard, "Saudara, benda asas yang kita berpegang... laporan perubatan menyatakan saudara, lubang ekzos itu elok tak berusik jentik berdenting lagi bunyinya... Yang saya faham, yang kawan-kawan faham, lepas peristiwa ni kita cari google liwat tu apa ? Liwat tu mesti dekat ekzos tu lah, dah ekzos tak bocor nak liwat lubang mana ?"

Amboiii!!! Sekali dengar cerdik dan mantop jer asas yang dipegang oleh Chegu Bard ni, mahu tak mantop kalau bercakap sorang-sorang tanpa disoal balas, cakap macam tu dekat budak sekolah rendah mungkinlah budak sekolah percaya, tapi kalau mahkamah.... jauh panggang dari api.

Kalau benar lubang ekzos masih berdenting, ada laporan perubatan bagai, namun mahkamah sengaja tak pakai bukti itu kerana ia satu konspirasi!!! 
Buktikan!!! 
Bariskan barisan peguam yang bernaung dibawah majlis peguam dan bangkit menyatakan ketidakadillan itu supaya sistem kehakiman dapat diperbetulkan, biar rakyat tahu bahawa pengamal undang-undang turut memprotes ketidakadillan sistem mahkamah terhadap perbicaraan keatas kes liwat Anwar Ibrahim.

Biar rakyat tahu bahawa bukan Anwar dan Azizah saja yang menagih simpati dan menuntut keadilan itu, malah majlis peguam juga senada dengan mereka, lagipun majlis peguam ni ok dengan mereka, langsung tiada kaitan dengan UmnoBN. Ada brannnnnnnnnnnnn???

Malangnya, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dalam kenyataanya semalam antara lain berkata hukuman terhadap Anwar itu tidak wajar kerana perbuatan itu dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang yang sudah dewasa.

Christopher mendakwa bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan itu meletakkan liwat hanya diguna pakai sekiranya perbuatan itu atas dasar secara paksaan dan dalam kes Anwar, ia berlaku atas dasar kerelaan mangsa. Selanjutnya klik Mstar Online.

Menerusi kenyataan Presiden Majlis Peguam, bahagian mana yang anda tak jelas ??? Anda Mampu Mengubahnya.

Bila air mani bertukar menjadi air mata, meliwat pun mula bertukar menjadi suka sama suka

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.