Penjajahan keatas minda orang Melayu adalah perjuangan yang sebenar-benarnya belum selesai yang harus diselesaikan, penjajahan minda sehingga menimbulkan persepsi buruk kepada masyarakat Melayu adalah satu wabak yang penularannya berada pada tahap yang kritikal. Tanpa sedari kita jugalah yang menjadi punca kepada masalah tersebut walhal kita jugalah yang akan menanggungnya.
Kita orang Melayu kadang-kala terlalu celupar memperbesarkan kesilapan bangsa sehingga kesilapan itu turun menurun menjadi satu 'trademark' kepada bangsa sendiri, keceluparan itu juga ada hubungkaitnya dengan kerajaan dan pemimpin Melayu, rujuk di
sini.
Bila kita sering terdedah dengan perkataan yang memburukkan Melayu, secara tidak langsung minda kita ter-set kepada perkara itu, pantang jer nampak kesilapan Melayu penerimaan kita untuk mengakui keburukkan itu akan bertambah kukuh.
Sebagai contoh kebanyakkan yang berlaku hari ini, bila nak beli atau nak dapatkan apa-apa perkhidmatan, perkara pertama kita tanya ialah 'Kedai Melayu ke kedai cina ?' Kalau kedai cina takper, kedai Melayu tak payah, sebab blablabla @$%&*$#@!*&%$#. Sebab apa ? Kita dah set dah minda kita macam tu. Seolah-olah semua kedai Melayu tu tak boleh pakai, betul ke macam tu ?
Sebagai orang Melayu yang sebelum ini pun mengaku kuat semangat kemelayuan, Merdeka tak minda kita kalau kita kata tawar hati nak berurusniaga dengan Melayu dan senang deal dengan cina ? Ok, kalau kita semua orang Melayu berfikir macam Sdr Asri macammana dengan perniagaan Sdr Asri ? Betul belajar tips dengan cina berbagai, tips je dari cina, kita tetap Melayu, tak boleh jadi cina, tapi bergunakah tips itu kalau orang Melayu sendiri dah beri pelabelan buruk kepada kita peniaga Melayu ? Bukan salah Sdr Asri, tapi itulah yang dikatakan minda kita masih dijajah, dalam tak sedar kita sendiri yang sedang menutup rezeki kita dan saudara kita orang Melayu bergama Islam.
|
Kalau yang menipu, terus letak nama syarikat atau nama peniaga, tak perlu letak perkataan Melayu. |
Itu pula hanya sebahagian pendapat yang memilih kedai cina berbanding kedai Melayu, Ok bila jadi macam tu, orang Melayu sendiri pun tak mahu dengan perkhidmatan dari Melayu, so apa akan berlaku kepada perniagaan Melayu ? Bungkus ? Bila bungkus macammana nasib tauke dan pekerja ? Mungkin sebahagiannya ambil jalan mudah jadi penyamun, sekali lagi siapa penyamun ? ....
"Doh guane duk wat kijo gitu pakai baju pakai kopiah, sebab mu pakai baju Melayu, kalau pakai seluar pendek pun takper, bukan masalah kerja, sebab mu pakai songkok pakai baju Melayu mari curi, dok molep, kalau mu pakai seluar dalam kita dok maroh" Rujuk di
sini.
Percayalah tak semua Melayu itu buruk dan cina itu bagus, betulkan dan merdekakan minda kita, Melayu-Melayu ni kita dan anak cucu cicit kita, kita bagi persepsi buruk pada bangsa kita bukan kita boleh jadi cina, kita tetap Melayu, anak cucu kita tetap akan berniaga. Bagaimana nasib mereka jika minda kita tidak dimerdekakan.
Kerumitan masalah ini hampir menemukan jalan buntu bagi mengatasinya. Seterusnya bermulalah episod pentingkan diri sendiri, diperingkat rakyat bawahan berpendapat "Lantaklah dah bengong sangat", dan diperingkat pemimpin pula "Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia."
Akhirnya masing-masing pentingkan diri sendiri, 'kau bodoh kau mampus', semangat tolong menolong yang cerdik bantu yang bodoh, yang kuat bantu yang lemah sudah tidak ada lagi, semua jadi tamak haloba, nilai insan tidak penting yang penting adalah nilai wang, kau tak 'suap', kau takder 'kabel', tak kenal orang dalam, terjun lombonglah kau, bayangkan apa yang akan berlaku pada negara bila manusia bersikap seperti itu ?
Kalau kita nak cakap, "Oleh itu kita orang Melayu hendaklah sedar akan perkara yang melanda masyarakat kita hari ini, hanya kesedaran saja yang boleh ubah nasib kita, maka marilah kita bersama-sama...." Nak kemana ? terjun lombong ke ?. Dah lebih 50 tahun dah kita duk sembang macam tu, tiada kesan malah semakin teruk, pendekatan macam tu terbukti tak relevan.....
Kerajaan kena fikir cara lain, jangan terus jajah minda rakyat, kalau setakat nak bagi nasihat suruh orang Melayu sedar, tak perlu pemimpin, blogger macam saya pun boleh buat, tapi mesti tengok adakah berkesan ? Sebagai pemimpin yang punya kerajaan, pemimpin perlu buat perkara yang bukan pemimpin tak boleh buat, contohnya undang-undang ataupun dasar, itulah tugas pemimpin, bila dah buat semua tu mesti kena pantau. Tidak ada dasar yang akan pernah gagal jika pelaksana itu jujur dan amanah.
Sama juga macam undang-undang naik motosikal kena pakai 'helmet', agaknyalah kalau takder undang-undang dan saman, sekadar kerajaan bagi nasihat "Penunggang motosikal perlu berhati-hati, pakailah 'helmet', takut nanti kalau accident terburai kepala tu..." Agaknya penunggang motosikal akan dengar atau patuh ke ? Itulah perlunya kerajaan, tapi janganlah bab saman dan cari duit je laju.., seimbanglah...
Justeru, selain orang Melayu sendiri, perjuangan ini hanya akan mampu diselesaikan dengan kerjasama dari pemimpin, pemimpin perlu pandai memimpin, kalau semuanya rakyat nak kena usaha sendiri nak maju, tiada apa keistimewaan kepada bangsa Melayu selaku bangsa yang menentukan kerajaan negara ini berdiri, baik tak perlu ada pemimpin dan kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu, takderlah tiris banyak sangat duit rakyat, setakat ada kerajaan nak suruh Menteri dan kroni kumpul kekayaan peribadi, rasanya rakyat belum bodoh sampai ketahap tu lagi kot!
Cerdikkah kita kalau kita nak suruh anak kita pandai tapi kita tak bersungguh ajar dia cara bagaimana nak pandai, kononnya nak suruh dia berdikari sendiri, pasal tu lah pemimpin hari ini kena sedar diuntung, kenapa PM ke 2 Tun Abdul Razak buat dasar
pendidikan, dasar perindustrian, dasar pembangunan luar bandar,
penubuhan Felda, Felcra, Pertubuhan Peladang, Bank Bumiputera,
Perbadanan Pembangunan
Bandar (UDA), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perbadanan Nasional (PERNAS),
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Petrolium Nasional (PETRONAS),
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Teknologi MARA (ITM) yang
kemudiannya dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dsbnya.
Tapi apa yang berlaku kepada sebahagian kepentingan-kepentingan itu hari ini ? Jasa Tun Razak
tidak terhitung, dan jika diteliti, instrumen dan badan
yang memberi manfaat secara terus pada rakyat kebanyakkannya ia
ditubuhkan sebelum 80an, termasuklah KWSP, Lembaga Tabung Haji, Lembaga
Angkatan Tentera dsbnya.
Selepas
tempoh tersebut, penubuhan badan berkanun atau syarikat kebanyakkan
hanyalah bersifat sementara dan tidak menyeluruh atau dengan kata lain
lebih mementingkan manfaat kepada 'kabel' tertentu berbanding manfaat
kepada keseluruhan rakyat. Disamping itu ada juga yang langsung tidak
memberi manfaat kepada mana-mana pihak malah menambahkan lagi beban
kerajaan.
Untuk itu perjuangan memerdekakan minda Melayu ini sangat penting, supaya semua orang Melayu dapat berpandangan jauh dan bijak membezakan zaman, serta tidak lagi terpengaruh dengan penjajahan merendah-rendahkan keupayaan bangsa sendiri disebalik agenda kejahatan orang lain. - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.