Tun Mahathir Umum Letak Jawatan Sebagai Penasihat Petronas

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Penasihat Petronas.

Bekas Perdana Menteri itu berkata peletakkan jawatannya itu berkuat kuasa pada 1 Disember, selepas beliau dinasihatkan oleh doktor untuk mengurangkan aktivitinya.

Dr Mahathir berkata beliau telah menulis surat untuk memaklumkan mengenai niatnya itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan beliau akan kekal sebagai Penasihat Proton, syarikat pengeluar automatif nasional. - Mstar

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...