ABBY DI CERAMAH PAS LELONG GAMBAR NIK AZIZ MAKAN RM500 TAK LAKU

Adegan melelong diceramah-ceramah Pas sekarang ini sedang rancak bersama-sama dengan selebriti yang telah didakyahkan oleh pemimpin Pas bagi menarik minat pelbagai golongan untuk hadir di program mereka dengan hasrat dapat merompak duit yang berada dalam poket rakyat demi kepentingan parti dan peribadi pemimpin Pas.

Pas semakin terbuka dalam aktiviti rompakan bersiri dengan menggunakan nama Islam sebagai topeng untuk menghalalkan segala cara yang dilakukan oleh mereka, ia boleh diibaratkan sebagai seorang pemancing yang menggunakan umpan cacing bagi mendapatkan ikan walhal pemancing itu sendiri tidak memakan cacing yang diumpankannya.

Begitu juga dengan Pas yang hanya menggunakan Islam tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan cara sepertimana yang dituntut oleh Islam. Rakyat tidak buta melihat kemewahan pemimpin Pas yang berselindung disebalik lingkaran serban malah rakyat Kelantan WAJIB akan menghukum pemimpin Pas yang telah terbukti hanya mempergunakan Islam semata-mata.
Acara melelong gambar pemimpin maksum Pas juga sudah menjadi satu acara rasmi diprogram ceramah yang dianjurkan mereka, bagaimanapun kebijakan rakyat Kelantan di Pasir Puteh tidak mudah untuk diperbodohkan oleh Pas, sekeping gambar yang kononnya telah dibida dengan sesuatu harga dilelong bagi mendapat pembida tertinggi seperti bidaan sebuah syarikat lelong yang terkenal di Kelantan yaitu "Syarikat gila babi".

Tapi malang sekali buat Pas kerana tidak ada seorangpun hadirin yang bangun untuk membida dalam bidaan yang telah dirancang oleh mereka, lebih mencuit hati bilamana gambar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat yang sedang minum kopi dilelong dengan harga RM500 juga tidak menarik minat rakyat Kelantan untuk membida atau membelinya.

Sehinggalah salah seorang pemimpin Pas tanpa segan silu dengan hidup meminta-minta  mengumumkan supaya hadirin memberi derma pada jumlah yang banyak, jika derma itu ikhlas perlukah menyebut supaya didermakan pada jumlah yang banyak?
Berbeza pula dengan gerakan dakwah Islam yang diperjalankan oleh kumpulan 'Tabligh', dakwah mereka sentiasa berjalan lancar keserata dunia tanpa perlu mereka meminta derma sepertimana Pas, dan cara mereka jauh berbeza dengan cara Pas, apakah Pas lebih Islam dalam segala-gala hal, kumpulan tabligh juga mempunyai ibu pejabat mereka yang disebut sebagai markas. 

Tidak sepertimana Pas yang mempunyai bangunan-bangunan parti yang besar dan pemimpin-pemimpin yang kaya raya  berserta isteri-isterinya. Relevankah Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam ? jika hendak dikupas satu persatu maka banyaklah perkara yang boleh dipertikakan dan boleh kita perbandingkan dengan gerakan-gerakan Islam yang ada pada hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

GEMPAR ! PEJABAT AKSB DIPECAH MASUK FAIL- FAIL SULIT DILARIKAN

Keangkuhan Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang mencabar pengawai SPRM menyiasat salah laku didalam pengurusan syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad AKSB telah membawa kepada kejadian pecah pejabat dan kehilangan fail-fail sulit yang berkaitan dengan tender.

Memetik dari laman blog MSO menyebut, Pagi tadi saya menerima satu panggilan telefon dari Kota Bharu Kelantan yang agak mengejutkan. Pemanggil itu bertanya apakah saya sudah tahu satu kejadian yang memalukan menimpa pejabat Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd yang bertanggungjawab mengurus dan membekalkan air bersih untuk rakyat Kelantan.

Menurut pemanggil itu kejadian itu berlaku enam hari lepas dan berita ini sudah mulai bergerak dan menjadi cakap-cakap di kalangan pegawai kerajaan amnya dan khasnya dari kalangan kakitangan syarikat Air Kelantan SB itu. Ertinya kejadian ini tidak boleh ditusuk selindungkan lagi. Apa lagi kejadian ini juga sudah sampai ke pengetahuan pihak polis, cuma belum terbau oleh media massa sahaja.

Tidak dapat dipastikan apaklah MB juga telah dimaklumkan dengan kejadian ini?

Kejadian dimaksudkan itu ialah mengenai bilik seorang pengawai di syarikat itu telah dipecah dan beberapa peralatan pejabat termasuk komputer serta dokumen penting dilarikan. Kejadian ini agak anih sedikit kerana orang terlibat dalam kejadian ini ialah kakitangan bertaraf pegawai syarikat air itu sendiri.

Pelik dikatakan kerana ia berlaku dalam rumah sendiri dan dilakukan orang rumah sendiri? Empat orang pegawai terlibat katanya sudah dikenal pasti. Nama dan IC mereka pun ada dalam simpanan saya. Polis juga sudah menyiasat dan keempat-empat pegawai itu sudah dipanggil polis. Pihak yang menjadi pengarah kepada kejadian itu juga telah mengakui apa yang berlaku.

Sukar untuk dianalisa kenapa dan mengapa kejadian ini terjadi? Apabila ia berlaku ke atas bilik sorang pegawai yang bertanggung jawab membuat semakan ke atas pembelian, tander, kontrak (oditor) dan sebagainya ia boleh diandaikan dengan bermacam-macam kejadian buruk dan jelek. Mungkin kejadian itu ada kaitan dengan usaha untuk melupuskan maklumat tertentu. Kalau maklumat apakah perkara itu?

Kita tunggu apa perkembangan selanjutnya. Pihak kerajaan negeri khasnya Exco yang bertanggungjawab mengawal dan menjaga hal ehwal air di Kelantan perlu memberi penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Penjelasan segera sangat perlu setidak-tidaknya kepada MB. Dan sekiranya kejadian itu melibatkan jenayah yang boleh merosakkan kerajaan negeri mereka perlu dikena tindakan tegas tanpa ampun maaf kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Beberapa orang pegawai yang dikatan terlibat wajar digantung jawatan sementara siasatan kes itu selesai. Dalam pada itu jangan pula ada pihak yang cuba menyusuk punca kejadian ini atau pun mendiamkan dari pengetahuan kerajaan atas alasan kerana tidak mahu kerajaan menanggung malu.

Sesuatu yang busuk dan jelek itu perlu didedahkan demi nama baik kerajaan. Dalam hal ini sumpah dan ikrar Rasulullah s.a.w.yang berbunyi; sekiranya Fatimah mencuri aku akan potong tangannya hendaklah dihayati.

DEMONTRASI GANAS BUKAN SAYA YANG MULAKAN - TOK JOGHO

KOTA BHARU - Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamaruddin Kassim menafikan tuduhan yang mengatakan beliau adalah pencetus kepada pergaduhan ketika perhimpunan aman di depan SUK, kelmarin.

Sebaliknya, Kamaruddin menjelaskan, ketika itu beliau mencuba meleraikan perbalahan melibatkan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Himpunan Sedar dan Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) sebelum himpunan bermula.

“Saya mendapati wujudnya pelbagai dakwaan menerusi laman sesawang seolah-olah menunjukkan saya yang mencetuskan provokasi sehingga dan terlibat dalam pergaduhan tersebut. Saya menafikannya kerana pergaduhan tersebut berlaku sebelum kedatangan saya dan setelah melihat keadaan itu saya mencuba meredakan kekecohan itu supaya ia tidak berlarutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, Kamaruddin juga menyifatkan dakwaan mengaitkan beliau yang memulakan pergaduhan terhadap Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan adalah fitnah besar.

Kamaruddin berkata, walaupun ketika itu memang berada di tempat kejadian tetapi tegasnya, beliau tidak dapat melihat secara jelas individu yang menyerang sehingga menyebabkan Abu Samah cedera.

“Setakat ini saya tidak cadang membuat laporan polis berkaitan tuduhan tersebut tetapi tidak akan teragak-agak bertindak sedemikian jika dakwaan itu sudah melampau batas,” katanya.

Kelmarin, kira-kira 5,000 menyertai himpunan melibatkan dua kumpulan NGO di hadapan Kompleks Kota Darul Naim yang masingmasing memperjuangkan hak rakyat dan dalam masa sama lima aktivis Royalti cedera didakwa dipukul.

Himpunan Sedar kelmarin yang diketuai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mendesak Kerajaan Negeri bentangkan maklumat peruntukan Kerajaan Pusat yang dibelanjakan dalam menyediakan bekalan air bersih.

Manakala Royalti mengadakan himpunan berkenaan untuk menyerahkan memorandum tuntutan royalti kepada Kerajaan Negeri bagaimanapun perhimpunan berkenaan dicemari kekecohan. - Sinar Harian

DEMONTRASI GANAS - PERBEZAAN SEDAR VS TEAM "R" DAN INI HASILNYA...

Perhimpunan ganas yang dianjurkan oleh dua kumpulan semalam masing-masing mendapat faedah disebaliknya. Sangat mustahil untuk dikatakan tidak mendapat apa-apa darinya, kalau makan nasi dapatlah kenyangnya, kalau makan batu permata itulah bukti adanya telur rakyat Kelantan yang sebelum ini cuba dipertikaikan keberadaannya.

Melakukan sesuatu perkara tanpa melihat kepada kesan dan faedahnya bukan cara yang baik dalam politik hari ini, syabas kepada Pas Kelantan menerusi NGO TEAM "R" kerana hasilnya cukup besar didalam penyertaan mereka pada perhimpunan semalam.

Hasil dari perhimpunan semalam mereka sedang hangat mengisukan hal yang berlaku sehingga menyebabkan  pendarahan kepada salah seorang ahli kumpulan mereka, biarpun luka yang tidak seberapa tapi mereka cukup hebat memanipulasinya. Apakah tidak ada KPI dari perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan satu lagi..
Perkara yang dituntut sudah tidak timbul lagi, apa yang timbul adalah seperti gambar-gambar yang dilampirkan itu. Maka jika dilayan jenuhlah nak menjawabnya, mungkin semalam hari Selasa sekolah-sekolah di Kelantan cuti Umum kerana perhimpunan ini dan berkeliaranlah kanak-kanak riang disitu.

Isu yang dah sediaada ni pun banyak tak terjawab lagi nak ditimbulkan isu yang baru ? Dengar cerita ramai dah yang rasa letih sekarang ini, kalau letih tu tidur jerlah...

Gerakan Pas di Kelantan sangat hebat, kurang 5 jam selepas perhimpunan ganas semalam, pelbagai isu ditimbulkan oleh mereka dan ianya senang sahaja untuk didapati kerana bebas bermain diruang-ruang sembang Facebook, Blog, Tweeter dan sebagainya.

Gk juga tidak terkecuali hanya menerima maklumat menerusi penceritaan mereka sahaja. Sudah pasti penceritaan itu sangat berpihak kepada mereka, cuba untuk mencari berita dari kumpulan satu lagi namun iklan perbesarkan diri sendiri sahaja yang sedang berlegar-legar tanpa menjawab isu yang ditimbulkan oleh puak Pas.
Bila buka blog pro kumpulan SEDAR untuk dapatkan maklumat dari mereka, hampeh, cerita copy paste dari blog ini juga yang di spin mereka, so masihkah nak bercakap pasal TUKAR dan BN akan menang di Kelantan ?, tak payahlah buat busuk mulut jah...

Semasa perhimpunan juga kumpulan TEAM "R" dilihat lebih banyak berkongsi microphone dengan beberapa wakil NGO termasuk mahasiswa, lebih dari 5 orang wakil-wakil NGO berucap untuk lebih menampakkan kemantapan mereka berbanding kumpulan satu lagi yang suka kulum mic sepanjang masa.

Sebagai blogger bebas yang tahap mencacainya tidak berada pada tahap kritikal yang mana bertepatan dengan kehendak golongan atas pagar untuk mengetahui isu yang sebenar maka inilah cerita yang sebenarnya...Bukan kerana Pas itu baik dan BN itu tidak baik, tapi kerana pencacai BN itu selfish mengampu dan pencacai Pas pula................Anda Mampu Mengubahnya.........

"Itu hanya sebahagian kecil sahaja dari gambar-gambar peristiwa perhimpunan semalam, kalau video penuh ia lebih memalukan".

DEDAH PENGAKUAN MANGSA PECAH KEPALA JADI ALAT DEMONTRASI GANAS DI KELANTAN

Dalam keghairahan kita berbicara mengenai demontrasi adakalanya kita terlupa untuk menghayati demontrasi yang diadakan itu secara ilmiah dalam konteks realiti dari apa yang telah berlaku. Maksudnya dari apa yang didapati dalam tujuan demontrasi yang diadakan  itu, apakah ia menepati dari kehendak keatas perkara yang dituntut?

Setiap mereka yang menganjurkan demontrasi itu punyai niat dan kepentingannya yang tersendiri, samada niatnya itu baik untuk seluruh rakyat ataupun hanyalah untuk mencapai sesuatu keuntungan didalam politik, itu terletak kepada apa yang berlaku didalam penganjuran demontrasi tersebut.

Politik pula adalah satu hal dimana keberlakuannya sentiasa berada diluar jangka kotak pemikiran rakyat biasa, bagi Pakatan Rakyat mereka lebih arif dalam memanipulasi setiap demontrasi yang mereka lakukan dengan menimbulkan satu situasi yang menampakkan seolah-olah kerajaan Barisan Nasional dan pihak berkuasa bertindak zalim keatas mereka.

Pertembungan demontrasi yang berlaku di Kota Bharu pagi tadi diantara kumpulan SEDAR dan TEAM "R" adalah satu perancangan licik pemimpin Pas Kelantan, kegagalan membaca perancangan tersebut sekaligus memberi kesan besar terhadap politik Kelantan, dan sudah pasti pemimpin Pas akan menjaja cerita rakyat "pecah kepala" dipukul oleh samseng Umno disetiap ceramah mereka bagi meraih simpati dari rakyat.

Jika diamati setiap demontrasi yang disertai oleh Pas ataupun Pakatan Rakyat pastinya mendatangkan masalah, selalunya mereka akan menyalahkan pihak polis kerana adanya gas pemedih mata yang menjadi punca kepada huru-hara, dan jelas walaupun tidak ada gas pemedih mata kekacauan tetap berlaku dan orang lain jua yang disalahkannya, namun cubaan menfitnah untuk mengatakan adanya gas jelas disebut pada klipvideo dibawah sebelum cubaan itu dipatahkan oleh seseorang.

Kesimpulannya kekecohan yang berlaku pada perhimpunan tadi adalah satu perancangan licik oleh individu tertentu, dan perkara ini adalah jelas jika ia dianalis dari keterbukaan minda fikir berserta fakta yang kukuh, diantaranya seperti masa dan tempat perhimpunan itu yang mana NGO SEDAR terlebih dahulu menetapkannya sebelum seminggu selepas itu TEAM "R" pula mengumumkannya. Apakah sudah tidak ada tarikh lain untuk mereka jika ia bukan satu perancangan ?

Ore Kelate kato "Ore bodo makane ore cerdik", dan Gk kato pecoh kepalo tu adalah perancangan orang yang licik. Sejauhmana NGO Umno mampu untuk mengatasi perancangan licik seperti ini? Jangan terlalu jinak untuk masuk kedalam perangkap, kerana kesannya turut tempias kepada organisasi yang besar. Apapun perhimpunan ini berjaya untuk diperlihatkan kepada umum bahawa sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas masih utuh dan tidak berganjak.

Keadaan ini adalah petanda bahawa segala apa yang telah diusahakan oleh bukan sayap Umno semuanya adalah gimik kontang berkepentingan peribadi semata-mata tanpa memberi kesan kepada rakyat Kelantan. Masih ada masa untuk memperbaikinya. Punca paling besar adalah tugas Penerangan yang gagal melaksanakan amanah yang diberikan selari dengan transformasi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas hakikat itu Anda Mampu Mengubahnya...

RAKAMAN VIDEO PERGADUHAN - DEMONTRASI GANAS DI KELANTAN

Rakaman kekecohan yang berlaku di perhimpunan yang bertembung diantara dua kumpulan yaitu SEDAR dan juga TEAM "R" pagi ini di depan SUK Kota Bharu.

Dilaporkan seramai lima orang ahli kumpulan TEAM "R"  cedera didakwa dipukul ketika perhimpunan tersebut.

Antaranya ialah  Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

Katanya, sewaktu perundingan itu berlangsung, keadaan agak tegang dengan bunyi bising serta provokasi daripada penganjur Himpunan Sedar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan berbincang dengan dengan pihak satu lagi.

“Belum sempat habis berunding dengan polis berhubung kawasan himpunan diperluaskan memandangkan peserta Pra-Himpunan Royalti ini semakin ramai, saya pergi berjumpa ketua pihak berkenaan untuk menasihatkan menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.

“Tetapi malangnya mereka sukar untuk dibawa berunding hingga menjadikan saya ambil keputusan untuk beredar. Sewaktu saya hendak beredar tiba-tiba saya dipukul curi secara padu dari bahagian belakang, pada bahu, leher dan kepala,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.

‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’ dianjurkan untuk menyerahkan memorandum tuntutan beserta plak Royalti yang telah ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, berkata dia terpaksa menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang sama.

“Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda tajam,”katanya. - Di petik dari Sinar Harian

DEMONTRASI DI KELANTAN BERMULA GANAS

Pertembungan dua kumpulan pada perhimpunan yang diadakan di Kota Bharu pagi ini menyaksikan salah seorang dari kumpulan yang dikenali sebagai TEAM "R" mengalami kecederaan kecil di kepala  didakwa dipukul oleh anggota kumpulan satu lagi yang dikenali sebagai SEDAR.

Perhimpunan itu juga dicemari  dengan balingan asap merah (bom asap) daripada salah satu kumpulan yang hadir, bagaimanapun tindakan pantas pihak polis yang bertugas berjaya mengawal keadaan dan keadaan kembali tenang.

Dalam pada itu team Kelantan Cyber Warriors (KCW @AOK) yang berada di lokasi perhimpunan tersebut melaporkan lebih 4,000 orang menyertai perhimpunan itu dan 3,000  daripadanya adalah dari TEAM "R" kumpulan yang menyokong tuntutan royalti manakala selebihnya dari kumpulan sedar yang menuntut 22 Janji daripada kerajaan Pas Kelantan.

Difahamkan, perhimpunan itu juga menunjukkan sikap dan mentaliti penyokong parti, kerana, walaupun perhimpunan tersebut dikatakan dianjurkan oleh NGO namun NGO-NGO tersebut lebih condong berpihak kepada parti-parti yang didokong oleh mereka.

Kain rentang jumud juga terpapar yang langsung tidak ada anjakan paradigma selari dengan perubahan minda rakyat yang lebih bersifat profesional. Perbezaan ketara ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan itu sebenarnya akan diterjemahkan oleh rakyat pada PRU13 nanti. 

Mungkin ramai dikalangan anak muda malu untuk mengaku mereka pendokong kepada parti tersebut, ini disebabkan cara berhimpun mereka tidak ubah seperti cara berhimpun suku kaum di Indonesia akibat diabaikan oleh pemimpin dan seolah-olah menggambarkan itulah minda mereka. Anda mampu mengubahnya...Laporan kembali menyusul bersama rakaman video....

Nak bantu rakyat macam mana kalau nak bantu NGO yang menyokong pun tak boleh....Ini tahun 2012 bukan tahun 1912....Memalukan...Jangan sampai orang muda merasa malu dengan sikap tidak endah pemimpin UMNO negeri Kelantan...

TUNTUTAN PERTEMBUNGAN RAKYAT KELATE - SEDAR VS TEAM "R", SIAPA LEBIH KUAT ?

Esok 26hb Jun 2012 jam 9 pagi akan bermula sejarah pertembungan tuntutan rakyat keatas dua kerajaan didalam dua perhimpunan di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Kota Bharu  yang dianjurkan oleh NGO-NGO yang bertulang belakangkan Pas dan juga UMNO.

Dua kumpulan ini dikenali sebagai SEDAR yang dianggotai oleh beberapa NGO dan dilaporkan menuntut 22 janji yang pernah dijanjikan oleh kerajaan Pas Kelantan manakala satu kumpulan lagi yang dikenali dengan Team "R" menuntut royalti dari kerajaan persekutuan.

Perhimpunan ini sebagai isyarat rakyat terhadap kerajaan Pas Kelantan dan juga kerajaan pusat Barisan Nasional, biarpun tiada bendera parti atau dikatakan tidak mewakili mana-mana parti, namun tuntutan dan tunjang kepada pergerakan ini sedikit sebanyak berbaur kepartian bilamana kedua-dua kumpulan ini mempunyai tuntutan yang berpihak.

Dengan jelasnya boleh disimpulkan adalah kumpulan SEDAR mewakili UMNO Kelantan dan TEAM "R" pula mewakili Pas Kelantan. Secara tidak langsung kehadiran pada perhimpunan ini boleh menjadi sebahagian penanda aras terhadap sokongan rakyat terhadap kedua-dua parti tersebut.

Segala usaha yang dilakukan oleh kedua-dua parti boleh dilihat hasilnya pada perhimpunan ini nanti, samada rakyat lebih pentingkan ROYALTI ataupun 22 JANJI sekaligus ukuran kepada penerimaan atau pemahaman rakyat terhadap isu yang dibawa dan juga yang sudah diperjelaskan.

Melalui tinjauan Gk terhadap jemputan di Facebook yang dibuat oleh kedua-kedua kumpulan, pada 11 Jun 2012 kumpulan SEDAR mula membuat jemputan dan setakat ini angka tidak rasmi yang akan hadir ialah 146 orang dan yang belum pasti akan hadir  seramai 56 orang.

TEAM "R" pula  membuat jemputan pada 19 Jun 2012 dan setakat ini angka tidak rasmi yang akan hadir ialah 381 orang dan yang belum pasti akan hadir  seramai 275 orang. Bagaimanapun itu hanyalah angka di alam maya dan kita juga boleh lihat apakah angka di alam maya mewakili angka sebenar dialam nyata.

Pertambahan kehadiran sememangnya akan berlaku kepada kedua-dua kumpulan, namun sejauhmana prtambahan itu tidak dapat dipastikan, Gk difahamkan setakat ini kedua-dua pihak begitu rancak membuat kerahan bagi memastikan perimpunan yang dibuat adalah perhimpunan yang  bergaya dan mempunyai penyokong yang ramai dan bukannya gimik semata-mata.

Bagi anak Kelantan yang berada diluar negeri Kelantan boleh mengetahui keadaan sebenar perhimpunan tersebut  esok di blog ini. Ore Kelate hok ado di Kelate tu pakat mari belako deh, tok kirolah demo parti mana pun mugo ado belako esok, sero nok hok mano demo pilihlah...Anda Mapu Mengubahnya..

SKANDAL DINAR - HUSAM AJAK AWANG ADEK DEBAT TUTUP ISU LIVE DI TV3

KOTA BHARU - Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu syarikat yang mengeluarkan dinar dan dirham, Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran kenyataan Dr Awang Adek Adek semalam yang mahukan Kerajaan Negeri menyiasat skandal yang membabitkan KGT.

"Saya minta TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara saya dengan Dr Awang mengenai isu ini, saya harap beliau bersetuju dan memberikan tempoh 21 hari," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Awang Adek menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa beliau mahu Husam terlebih dahulu menjelaskan dahulu skandal tersebut, dan sekiranya memuaskan beliau akan mempertimbangakan cabaran tersebut.

Isu tersebut timbul apabila bekas Pegawai Perhubungan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali “Kickdefella” mendedahkan skandal yang syarikat KGT yang membabitkan laporan polis terhadap bekas pegawai kanan syarikat tersebut yang didakwa menipu. - Sinar Harian

-  Sekali lagi Husam bakal mencipta satu kelebihan keatas dirinya yang sebelum ini begitu terkenal dengan samannya, kebiasaan Husam akan memfailkan saman bila timbul sesuatu isu membabitkan beliau namun kali ini mengubah selera dengan mengajak untuk berdebat pula.

Kelebihan dan faedah mudah diperolehi Husam  apabila Awang Adek meletakkan syarat sebelum sanggup berdebat dengan Husam, mentaliti politik di Kelantan memberikan Husam kejantanan yang lebih dalam menegakkan benang yang basah berkaitan isu KGT.

Mengajak Awang untuk berdebat adalah tidak tepat kerana Awang tidak punyai maklumat lengkap berkaitan isu ini berbanding bekas orang kanan beliau yang juga blogger terkenal Kickdefella. Mungkin satu mimpi ngeri buat Husam jika beliau dicabar untuk berdebat dengan Kickdefella.

Jika itu berlaku beranikah Husam menyahutnya ? Awang Adek pula tidak perlu menjadi hero dalam isu ini, Husam bukan calang-calang orangnya, jika Awang menerima cabaran itu bermakna beliau ibarat menggali lubang untuk mengambus dirinya sendiri. kerana sudah menjadi lumrah politik terancang Husam, tidak fokus kepada tajuk yang akan didebatkan sebaliknya lebih kepada menyerang isu-isu diluar konteks tajuk.

Kemahiran politik Husam dalam putar belit hujahnya bukan lawan sesuai untuk Awang Adek melainkan Awang benar-benar sudah menganalisis cara dan kelemahan yang sememangnya banyak ada pada Husam yang jarang dimanfaatkan oleh pemimpin BN kecuali Khairy Jamaluddin.

Begitu senang buat Husam untuk mengalihkan isunya sekaligus memerangkap lawan hanya dengan mengajak untuk berdebat, jika begitu ada baiknya mahkamah dinegara ini ditutup dan bila timbul isu diselesaikan sahaja dengan debat, inilah yang disebut meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. Yang paling kena adalah Anda Mampu Mengubahnya...

VIDEO - ABBY ABADI JADI SAKSI KESESATAN DERMA PAS SUMBANGAN PADA ALLAH !

Jika dahulu Islam adalah Pas dan Pas adalah Islam, kini memberi derma dan sumbangan kepada Pas sama memberi sumbangan kepada Allah. " Memberi sumbangan kepada Allah " ?, Subhanallah, Allah tidak berhajat kepada makhluk dan Allah berdiri dengan sendirinya.

Adakah Ustaz Pas yang menyebut " memberi sumbangan kepada Allah" itu jahil atau sesat ? Tidak pasti untuk mengiyakannya, bagaimanapun segala  macam mantik dan penjelasan boleh diberikan, tapi itulah hakikatnya, seperti juga jika bertanya kepada Ayah Pin berkaitan dengan ajarannya, maka Ayah Pin juga turut mempunyai hujah untuk mempertahankan ajarannya walalupun ia jelas ajaran yang menyesatkan.

Sebelum mengutip derma adalah rutin pemimpin Pas untuk membaca nas-nas Al-Quran dan Hadis yang berkaitan derma supaya dapat mempengaruhi hadirin yang hadir agar memberikan derma kepada mereka, tidak cukup nas-nas agama, artis dan selebriti, kita khuatir jika Allah Taala pun sanggup mereka seertikan dengan makhluk demi memenuhi hajat mereka.

Ini kerana berdasarkan kenyataan ucapan yang dibuat oleh salah seorang pemimpin Pas sepertimana klipvideo tersebut ianya jelas merendahkan Allah Taala dengan mengatakan sumbangan derma itu kepada Allah sedangkan Allah Maha Kaya yang memberi rezeki kepada kita hambanya. Sedutan dari klipvideo itu bermula dengan ............
" Biasanya tuan puan nak jumpa dengan selebriti ni kena bayar tiket, ya...kena tiket, Abby dulu datang bawa tiket Rm10, Rm20 tuan puan tak tengok, jadi tuan puan malam ni kita tak kenakan tiket, jadi sendiri mahu ingatlah tuan puan sekalian, sebab tu malam ini tiket tak kena tuan puan sekalian, cuma kita minta sumbangan derma daripada tuan puan ".

" Nabi pernah menyebut dalam suatu keadaan menyatakan bahawa barangsiapa yang mewakafkan tanahnya untuk jalan orang beriman, maka apa jugak yang lalu disitu pahalanya akan sampai kepadanya sehingga ke hari kiamat ".

" Nabi juga pernah mengatakan pada sahabat, siapa yang mewakafkan satu belanja untuk minuman manusia terutamanya orang Islam, Allah tidak akan dahagakan dia pada hari kiamat dan ketika dia mati tuan puan sekalian ".

" TUAN-PUAN SEKALIAN, BILA SETENGAH PIHAK KATA KITA NI MINTA SEDEKAH, KITA TAK MINTAK SEDEKAH TUAN PUAN, KITA BUKAN PAKSA, TUAN PUAN ADA DERMA, KALAU TAK DERMA PUN TAK APA, TAK DER MASALAH, SEBAB INI ADALAH SUMBANGAN KITA PADA ALLAH SWT ".

Kita boleh terima lagi jika Ustaz Pas itu mengatakan sumbangan derma kepada jalan Allah walaupun jalan Pas itu terdapat banyak keraguannya, kerana ia tidak menjejaskan akidah sepertimana mengatakan sumbangan derma itu pada Allah, hal sebegini tidak boleh dipandang remeh kerana perwatakan alim pemimpin Pas itu sudah dianggap maksum sekaligus pemahaman itu akan diterima bulat-bulat oleh penganutnya.
Gk anggap ini adalah satu percubaan Pas untuk terus memesongkan pemikiran umat Islam demi kepentingan partinya, sebenarnya hal ini agak terlewat sedikit di post kerana Gk terlebih dahulu bertanya dan meminta pandangan dari beberapa orang Ustaz Pas dan tabligh tanpa memberitahu kepada mereka siapa yang mengatakan demikian, namun kesemuanya sependapat mengatakan ia terpesong dan boleh merosakkan akidah sekiranya ia sedar dan disengajakan, lebih-lebih lagi didalam usaha untuk mempengaruhi seseorang bagi mendapatkan sesuatu 'laba' atau keuntungan.

Pada masa sama artis yang terkenal dalam wataknya sebagai Inspektor Haliza atau nama glamour-nya Abby Abadi turut mengakui bahawa derma yang dikutip Pas adalah 'beribu-ribu' malah beliau juga berterima kasih kerana Pas sudi untuk berkongsi rezeki dengannya.

Bagaimanapun bukanlah niat kita untuk mempertikaikan sumber rezeki tersebut, kerana itu tidak salah disisi Islam selagimana bercakap mengenai ISLAM (bukan Pas) tanpa memaki hamun fitnah dan sebagainya. Apapun pihak Pas WAJIB untuk tampil memperjelaskan kedudukan yang sebenar supaya kekeliruan tersebut dapat dirungkaikan dengan sewajarnya...Anda mampu Mengubahnya.
.....Google search pun tidak menjumpai penggunaan ayat " Sumbangan kepada Allah "......

TERBONGKAR !!! ARTIS JOIN CERAMAH PAS BERKONGSI DUIT DERMA

Artis jom ramai-ramai masuk Pas, sebab Pas bukan macam dulu lagi, Pas sekarang ni dah kaya, kalau dulu Mat Sabu  datang ceramah pun hanya tumpang penjual kaset je, tidur menumpang jer,  sekarang ni dah pakai driver, tidur pulak kat hotel 5star.

Lagipun dalam bidang artis sekarang ni susah nak cari makan, ramai orang baru yang lebih popular dan diberi tempat kepada mereka, tapi kalau join Pas takkan nak pakai jubah, tak payah pakai jubah dah, pakai kopiah pun tak payah, sejak Pas bergabung dengan DAP ni Pas dah terkedepan kerana Islam bukannya terletak pada kopiah.

Habis tu kalau join Pas apa yang dapat ? Haa tu yang nak bagitahu ni, macam ni, Join Pas ni special sikit, kalau join PKR tak special macam join Pas. ohhh patutlah ramai yang join Pas, haaa tahu tak per, lagi tak perlu make-up, tak perlu barang branded, standard shooting pakai air liur jer. Join Pas dan berceramahlah, kalau dalam artis mungkin akan dapat sponsor dari company, tapi dalam Pas lagi senang kerana rakyat yang akan sponsor.

Cara nak cari sponsor dengan rakyat ni hanya menggunakan ayat " Para petugas dan unit amal sila bergerak sekarang sebelum kita sambung kembali majlis ini, hadrin dan hadrat yang dirahmati Allah, perjuangan kita ini perjuangan Islam, menderma untuk kita akan mendapat ganjaran yang besar kerana membantu perjuangan ke jalan Allah. blablablabla......... Hasilnya...............




Wow !!! kalau macam ni, ok, jadilah, so berapa persen dapat ? ok sempena hampirnya pilihanraya ni kita bagi 50-50, tapi lepas pilihanraya kita kira lain, tapi ingat !!! Biar pecah dimulut jangan pecah diperut, ok sign borang bai'ah takkan pecahkan rahsia ni dulu lepastu boleh mula bila-bila masa sahaja, setuju ? ok setuju......Baik punya...

Bagaimanapun cerita diatas hanyalah rekaan lakonan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati, persamaan nama hanyalah satu kebetulan sahaja, tapi kalau relevan tu apa salahnya...Anda Mampu Mengubahnya....

TARIKH PRU 13 - NAJIB JAWAB MUDAH SAJA

KUALA LUMPUR – Tarikh pilihan raya umum (PRU) bergantung pada ketetapan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kuasa budi bicara untuk menetapkan bilakah tarikh pilihan raya itu dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak dipinda.

“Itu sistem kita melainkan kita ubah sistem perlembagaan negara kita yang membenarkan perdana menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen tetapi tidak lewatdaripada lima tahun.

“Itu peruntukan perlembagaan. Selagi kita tidak ubah perlembagaan, kita tak boleh kata perlu buat (pilihan raya) lebih awal atau sampai penghujung (penggal) sebagai satu ketetapan,” katanya kepada para pemberita dalam sidang akhbar selepas selesainya mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini pada Jumaat.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis yang berkata beliau sedia mencadangkan agar PRU hanya akan diadakan selepas berakhirnya penggal lima tahun pemerintahan mana-mana kerajaan.

Najib berkata: “Semua orang ada hak untuk beri pandangan masing-masing, tidak ada apa-apa yang menyekat kita untuk adakanpilihan raya lebih awal atau sampai habis tempoh sesuatu penggal.”

Mengikut Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen perlu terus berjalan selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertamanya dan terbubar selepas tempoh itu.

Nazri secara peribadi berkata, beliau percaya Ahli Parlimen sepatutnyaberkhidmat sepenuh penggal kerana rakyat memilih wakil mereka bagi tempoh berkenaan.

“Saya fikir tempoh lima tahun bermakna wakil rakyat perlu berkhidmat dalam tempoh itu sebelum PRU diadakan semula,” kata Nazri lagi ketika berucap di Dewan Rakyat pada Khamis. (Mstar)

AMARAN PADA BUDAK HUSAM JANGAN LIBATKAN SULTAN KELANTAN....

Dengan tajuk artikel "Telur & maruah anak Kelantan di pihak mana?" seperti isi print screen diatas adalah satu lagi bentuk provokasi dalam usaha untuk mencemarkan maruah Tuanku Sultan demi menjaga maruah Husam dan kerajaan Pas Kelantan serta selari dengan agenda secara halus DAP. Titah Tuanku yang bagaimana dan dititahkan kepada siapa yang hendak dijunjung itu ?

Bertitah dan bersetuju adalah dua perkara yang berbeza, Tuanku bersetuju atau menyokong pasukan bolasepak Liverpool dan kita pula menyokong Manchester United, apakah kita disebut sebagai melanggar titah Tuanku ? Ini hal dunia, andainya hal agama pun dimantik atau dipusing seperti sokong Pas dapat Pahala bukankah rosak namanya tu,

Peringatan dan amaran keras kepada penulis artikel diatas supaya jangan cuba-cuba untuk menggangu gugat hubungan anak beranak KELATE dan Tuanku Sultan Kelantan dengan menimbulkan satu suasana 'perlagaan' diantara mereka dan baginda. Apa kena mengena dengan TELUR dan maruah anak Kelantan untuk dilaga-lagakan dengan Umno tanpa terlibatnya Pas ?

Hebat anak didik siapa mereka ini agaknya ? Menggelarkan kumpulan mereka dengan "Team R" yang menjunjung titah Tuanku Sultan serta mengajak seluruh rakyat Kelantan bersama mereka dalam tuntutan Royalti dengan kerajaan pusat, lebih menarik turut memberi amaran supaya jangan membawa bendera Pas jika tidak ahli team mereka akan koyak bendera yang dibawa itu...Atau sebenarnya takut dilihat sebagai mewakili Pas pada jumlah kehadiran yang kecil berbanding pihak satu lagi.

Mereka juga memperkononkan supaya diketepikan dahulu soal politik dalam membuat tuntutan royalti kerana ianya adalah isu rakyat, ish..ish..ish...Melayu mudah lupa, kalau anak murid pun lupa kata-kata orang yang dianggapnya Tok Guru bagaimana lagi hendak  jelaskan ?

Kalau politik tak boleh dipisahkan dengan agama mana mungkin politik boleh dipisahkan dengan rakyat ? Apa guna rakyat pilih pemimpin Pas sekiranya tak dapat selesaikan masalah rakyat ? dan terpaksa rakyat untuk turun berhimpun dalam menuntut hak mereka dengan mengetepikan pemimpin politik yang mereka pilih untuk memperjuangkan hak mereka ? Makan gaji buta jerlah pemimpin politik Pas tu ya...

Jika begitu adakah "Team R" yang kononnya bebas bersetuju sekiranya PRU13 ini rakyat Kelantan tidak lagi memilih Pas kerana kegagalan Pas melaksanakan tanggungjawabnya ? Jangan nak jadi hipokrit dan sanggup mengheret  Tuanku Sultan diatas sikap baik Tuanku terhadap sesiapa sahaja itu. Kalau benar ikhlas menjunjung titah Tuanku bukan begini caranya, cara begini adalah cara pencacai...

Mencemarkan MARUAH Sultan dengan menjaja nama serta tandatangan Sultan untuk meraih kepentingan politik adalah satu tindakan yang akan membawa kebinasaan, Agama Islam dipolitikkan sampai pening sekalian rakyat, sekarang ni nak heret Sultan pula...

Umum mengetahui bagaimana suasana politik dalam negara dan kesan daripadanya, jika rakyat atau Umno tidak menyokong tuntutan itu ia tidak bermakna mereka menderhaka dan tidak taat kepada Sultan, bagaimanapun pandangan kedua telah memperlihatkan perlekehan terhadap Sultan dengan mengingkari titah yang kononnya dijunjung itu.

Jangan berfikir macam orang BODOH, dan ore Kelate kato jange cerdik alah ke demo jah...Kena tengok dari pelbagai sudut bukannya membabi buta membulankan diri. Tuanku Sultan menjaga maruahnya, baginda tahu sebagai Hamba Allah ada tempat yang boleh dirempuh dan ada tempat yang tidak boleh dirempuh. Kalau rempuh pada tempat yang tidak boleh dan hasil rempuhan itu gagal sekaligus ia boleh menjejaskan imej dan maruah Sultan.

Jika tidak dan Tuanku Sultan tidak menghormati undang-undang Tuanku hanya perlu menitahkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan royalti tersebut, apa susah ?, berani ke Najib nak ingkarinya?, tu pasal kena tengok perkara ini dari pelbagai aspek...

Sudah begitu, berani-berani pula "Team R" untuk menjual dan menjaja nama Sultan, siapa KEPALA atau MASTERMIND 'Team R' ni, Adakah Exco kerajaan Negeri ???????

Bagaimanapun kesimpulannya, teruskan perhimpunan ini secara JANTAN tanpa mencemarkan nama Sultan dan jangan cuba nak pertikaikan TELUR anak Kelate, walaupun ambo tidok berapo belago dengan kumpulan satu lagi iaitu TUKARSEDAR yang KEPALAnya digelarkan sotong, namun dia lebih jantan kerana tidak menjaja nama mana-mana Sultan dan turun  seadanya dengan apa yang ada padanya.

Tuntutan kumpulan mereka juga adalah 22 tuntutan rakyat yang sama penting dengan tuntutan royalti itu, lebih jujur jika saling menyokong dan menghormati tuntutan diantara satu sama lain demi kepentingan seluruh rakyat Kelantan, dan ketika itu juga kita akan dapat melihat sokongan rakyat majoritinya menyebelahi kepada siapa, dan jika majoritinya mencecah ribuan  itu juga salah satu dari beberapa penanda aras kepada keputusan PRU13 nanti...Bersambung.... Anda Mampu Mengubahnya..

DEBAT TIDAK UNTUNGKAN KERAJAAN....YA KE UMNO ?

KUALA LUMPUR - Debat secara terbuka antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang hanya akan memberi lebih ruang dan peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan secara tidak berhemah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Justeru Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan itu berkata mana-mana pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya menyahut debat yang ditawarkan pembangkang.

"Ini (debat) adalah jerat pembangkang untuk mencari publisiti khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. Debat ini hanya bercakap sahaja, retorik.

"Ini bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat yang sebenarnya sudah tahu pembangkang ini tak buat kerja. Jadi dia (pembangkang) gunakan platform ini untuk kepentingan mereka sendiri," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang diadakan malam ini anjuran akhbar Sinar Harian. - Bernama

- Gk ingat pemimpin Umno nak kata " Umno perlu lahirkan lebih ramai lagi Saifuddin ", rupanya tidak, masih ada lagi yang berfikiran jumud dan tidak reti menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Kenyataan diatas tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang disebut sebagai pemimpin dan rakyat tidak memerlukan seorang pemimpin yang demikian.

Kita sekarang bukan berada pada zaman batu untuk berpolitik dengan cara angkuh dan bisu, dan Gk tidak nampak sekiranya debat Saifuddin itu bersifat membuka ruang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan bahkan memberi kekuatan kepada Umno untuk memperbetulkan persepsi buruk yang dilontarkan oleh pembangkang.

Kekuatan hujah Saifuddin bersama ilmu yang didokong oleh nas agama adalah satu hal yang perlu dibanggakan dan harus diberikan pujian, semestinya rata-rata rakyat yang mendengar terutamanya orang muda akan beranggapan bahawa pemimpin seperti Saifuddin adalah pemimpin yang berilmu dan bukan pemimpin yang berprojek .

Ini kerana kita tidak fikir beliau sempat untuk berprojek kerana kesibukannya mentelaah untuk mendapatkan ilmu selari dengan apa yang dihujahkan oleh beliau, banyak perkara yang Gk nak katakan hasil dari debat yang berlaku semalam dan kewajaran ianya untuk diteruskan malah diperluaskan dimasa hadapan dengan siaran secara langsung dikaca televesyen.

Jika dihitungkan lebih dari 20 penjelasan konkrit yang diberikan beliau berkenaan dengan demontrasi dan keadaan sebenar yang berlaku, menurutnya, demontrasi yang dilakukan bukannya jalan penyelesaian kepada isu yang dibawa tetapi lebih kepada isu baru yang ditimbulkan.

Diantara contohnya isu Adam Adli menurunkan bendera PM, beliau sendiri ke PWTC untuk terima memorandum yang hendak diserahkan oleh kumpulan itu, namun apa yang berlaku ialah Adam Adli bersifat kurang ajar menurunkan bendera PM tanpa sebab, isu yang timbul adalah penurunan bendera tersebut dan bukannya apa yang terkandung didalam memorandum yang nak diserahkan itu.

Makanya demontrasi yang diadakan itu hanyalah bersifat untuk membawa kekacauan dan dengan sengaja menimbulkan suasana huru-hara demi meraih keuntungan politik pihak KOMUNIS yang tidak bertanggungjawab.

Syabas Datuk Saifuddin, sekurang-kurangnya hujah berilmiah yang dikongsikan beliau dapat dimanfaatkan oleh rakyat didalam membuat penilaian dan berfikir dengan asas akal yang sudah dibersihkan dari kekotoran debu-debu kunyit menyalutinya...Anda Mampu Mengubahnya..

" Demontrasi jalanan tidak membantu mengukuhkan demokrasi, bila kita kata mengukuhkan demokrasi maknanya demokrasi itu telah wujud, Demontrasi melawan Malayan Union demokrasinya belum wujud...itu berbeza ". - Datuk Saifuddin

VIDEO - ANWAR TOK DALANG WAYANG KULIT BERTAJUK 'AKU PERDANA MENTERI'

Apa sudah jadi dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ? Virus yang dijangkitinya itu sangat berbahaya, sesekali dilihat beliau seperti keanak-anakan dan terlalu 'gila bayang'.

'Gila bayang' adalah satu sindrom yang kebiasannya dihidapi oleh orang yang sedang asyik dilamun cinta dan sering terbayang orang yang dicintainya, berbeza dengan 'gila bayang' yang dialami oleh Anwar kerana bayang yang digilainya itu bukanlah satu bayang bersifat nyata bahkan bayang itu tanpa jelma.

Setiap kali berceramah pasti beliau menggilai bayang tersebut dengan melakonkan sendirian dalam kepelbagaian watak yang akhirnya memperlihatkan warasnya sudah berada pada tahap kritikal yang perlu segera diubati sebelum menjadi angau dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi angan-angannya.

Kewarasan yang dimiliki Anwar  tidak melayakkannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri rakyat selain dari menjadi 'badut rakyat'. Anwar hanyalah satu bahan ketawa untuk menghilangkan mengantuk rakyat dan sangat sesuai untuk menggantikan wayang kulit yang semakin hilang ditelan zaman.

Tok Dalang wayang kulit adalah paling sesuai dengan Anwar kerana punyai kemahiran melakonkan kepelbagaian watak, ia seiring dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan seni budaya dan warisan ke peringkat antarabangsa.

Namun jika AnUgerah serba boleh yang ada pada beliau disalahgunakan kejalan-jalan belakang yang tidak sepatutnya, ia bakal merosakkan generasi, yang dihadapan kita hadapankan dan yang dibelakang kita jangan belakangkan.

Apapun Anwar perlu mengubah watak lakonannya kerana setiap kali ke Kelantan hanya watak dan lirik yang  sama dipersembahkan oleh beliau, dan dikhuatiri rakyat Kelantan akan muak dan bosan apabila sentiasa disajikan dengan wayang kulit yang bertajuk ' Aku gila nak jadi PM'  kerana itu sudah tidak relevan lagi.......... Anda Mampu Mengubahnya....

18SG - PEROGOL DIBUNUH KEMALUANNYA DISUMBAT KEDALAM MULUT

Terlalu ngeri bila melihat keadaan lelaki pada gambar diatas yang dilaporkan seorang perogol yang dibunuh sebelum kemaluannya dipotong dan disumbat kedalam mulutnya sendiri, mungkin terdetik hati kita mengatakan tindakan kepada lelaki tersebut adalah zalim dan tidak wajar diperlakukan demikian, namun sudah menjadi lumrah setiap perlakuan buruk akan menerima balasan yang buruk atau lebih buruk.

Sama-sama Gk mengingatkan diri sendiri jika tidak ingin kita diperlakukan sedemikian janganlah dilakukan perkara yang boleh terjadinya demikian, kerana kita manusia sikapnya berbeza-beza, terkadang bila terlalu marah mungkin kita 'gelap mata' dan bertindak tanpa kita sedari. Mohon dijauhkan kedua-dua perlakuan itu daripada diri kita yang daif ini.

Mungkin bila terfikir keadaan seperti dibawah ini, adakalanya ia dirasakan wajar, kerana 'biawak gila' pun tak mungkin akan mengkhianati anak bangsanya sendiri dengan perlakuan yang sangat keji, dahlah mangsa masih kanak-kanak dibahamnya pula tidak mengira jantina.....Ishh !!!  tok rok duk cetong laguni kata Ustaz Azhar Idrus !!!

KAMPUNG RAJA - Pengawal keselamatan berusia 56 tahun yang ditahan polis kelmarin kerana disyaki mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun, masih ditahan kerana turut dipercayai meliwat abang kanak-kanak itu yang berusia 9 tahun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, warga emas itu akan disiasat terhadap kes seks luar tabie apabila abang mangsa yang belajar di tahun tiga mengadu kepada ibunya, dia telah diliwat oleh suspek.

Menurutnya, mangsa dikatakan memberitahu perbuatan jijik suspek kepada ibunya selepas perbuatan terkutuk suspek yang dipercayai mencabul kehormatan adiknya di Hutan Lipur Lata Tembakah terbongkar.

“Mangsa memberitahu suspek meliwatnya pada kali pertama pada akhir April lalu di Kampung Padang Bual, Pasir Akar, Hulu Besut dan perbuatan itu berlarutan hampir setiap minggu sehingga 9 Jun lalu di kawasan kebun dekat Lata Tembakah,” katanya.

Kamaruddin berkata, sebelum ini mangsa dikatakan takut untuk mendedahkan perbuatan suspek dan selepas kes adiknya dicabul terbongkar, baru dia memberitahu ibunya.

Menurutnya, mangsa telah dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan kecederaan lama pada dubur mangsa.

Suspek ditahan lanjut untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 377 (b) Kanun Keseksaan berhubung kesalahan seks luar tabii (liwat) dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sinar Harian semalam melaporkan berita penangkapan suspek apabila seorang pengawal keselamatan berusia 21 tahun terkejut selepas mendapati, gambar bogel adiknya berusia tujuh tahun terdapat dalam rakaman video telefon bimbit milik rakan setugasnya.

Sebelum itu, pengawal keselamatan berusia 21 tahun diminta oleh suspek berusia 56 tahun agar mengecas bateri telefon bimbitnya.

Pada kesempatan itu, abang mangsa mengambil peluang memeriksa gambar di dalam telefon bimbit itu, dan terkejut apabila salah satu video di dalamnya memaparkan aksi adiknya disyaki dicabul oleh suspek.

Bagi kes pertama itu, suspek telah membuat rakaman video aksi tidak senonohnya terhadap kanak-kanak perempuan itu pada jam 12.09 tengah hari, 6 Mei dan jam 1.55 petang, 3 Jun lalu di kawasan hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut. - Sumber dipetik - Sinar Harian

VIDEO - KEMESRAAN ABBY ABADI DAN NASRUDDIN TANTAWI

Arbaieyah Abdul Manan atau lebih popular dengan Abby Abadi yang kini dikatakan sentiasa muncul dipentas-pentas ceramah Pas dilihat agak intim dengan Ketua Pemuda Pas Pusat Nasruddin Hassan berbanding dengan Pak Ustaz-Pak Ustaz Pas yang lain.

Abby yang sentiasa berperwatakan manja mula cenderung kepada agama sekaligus dimanfaatkan oleh Pas untuk bersama mereka ke setiap program ceramah yang diadakan diseluruh negara. Populariti Abby Abadi tidak disia-siakan sebaliknya  usaha pendakyahan ajaran Pas dilakukan berterusan untuk Pas menumpang diatas populariti yang masih dimiliki oleh Abby jika berjaya mempengaruhinya .

Kehadiran Abby dipentas Ceramah Pas meningkatkan lagi kehadiran penyokongnya sekaligus dapat mengumpulkan sumbangan derma yang berlipat ganda kepada Pas, selain itu ia turut memberi semangat yang luar biasa kepada Pemimpin Pas terutama Ketua Pemudanya.

Mungkin kemesraan gurauan manja yang ditunjukkan Abby kepada Nasruddin itu kerana mereka berdua sudah rapat walaupun Abby mengatakan baru dua kali mereka berjumpa. Sungguhpun begitu apa salahnya, lagipun pemimpin Pas memang terkenal dengan pembukaan cawangan baru, takkanlah Mat Sabu nak marah....
Abby yang sudah mula bercakap mengenai jodoh mengharapkan jodohnya dengan Ustaz setelah merasa serasi berdampingan dengan mambang hijau, pengharapan itu membuatkan mambang hijau sentiasa berkeadaan 'control macho' lebih-lebih lagi ketika dipuji oleh Abby.

Bagaimanapun kita sebagai umat Islam merasa syukur jika Abby dapat mengekalkan pendirian 'neutral' seperti hari ini kerana dengan itu sedikit sebanyak dapat dilihat ceramah Pas yang disertainya agak positif bilamana maki hamun dan fitnah yang kebiasaan dihamburkan sesuka hati oleh pemimpin Pas semakin reda.

Sebelumnya ceramah Pas yang tidak dihadiri oleh Abby adalah terkenal sebagai kilang pemprosesan dan pengeluaran maki hamun, tapi kini pemprosesan itu terhenti setelah rata-rata pemimpin Pas sedang berlumba-lumba menonjolkan kealiman mereka bagi merealisasikan hajat yang terpendam dihati.

Pada masa sama Pemimpin Pas sebahagian besar yang sememangnya musang berbulu ayam difahamkan akan turut membawa Abby ke Kelantan bagi mengisi program Pas disini. Keadaan ini juga mungkin memberi sedikit tamparan kepada seorang lagi artis Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah yang kurang diundang ke program Pas berbanding Abby.

Tindakan tepat Pas yang melebihkan Abby dalam jemputan ke programnya mungkin memberi kesan lebih baik berbanding menjemput artis yang popular dengan ungkapan " Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu" itu yang dilihat lebih kepada mencari populariti murahan daripada omongan kononnya hidayah dan dakwah. Anda Mampu Mengubahnya...

PANAS !!! AMARAN PECAT KEPADA FAEKAH KERANA PERTIKAIKAN AZMIN

Melihat kepada keadaan semasa yang kurang 'menyenangkan khayalak ramai' ekoran beberapa kenyataan berhubung isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor; Faekah Husin yang mempertikai kepimpinan Timbalan Presiden KEADILAN (PKR) YB Azmin Ali sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP), 

Saya berasa bertanggungjawap untuk menyatakan ketegasan parti bahawa semua kepimpinan di dalam organisasi negeri, baik dari kedudukan Menteri Besar, anggota Exco apatah lagi Setiausaha Politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.

Tiap perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam semangat organisasi parti yang dipimpin Majlis Pimpinan Pusat.

KEADILAN Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana dengan jelas ia melanggar etika parti.

Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif Menteri Besar untuk melantik Setiausaha Politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi KEADILAN yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat.
Kenyataan twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di twitter #kamisayangpkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikir perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah.

Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul. Perbuatan 'menyerang' kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.

Saya nyatakan bahawa saya sedia mengatur pertemuan semuka untuk mengenalpasti apakah masalah dan saranan akar umbi KEADILAN bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang mungkin tidak sesempurna pada pandangan mata kepimpinan parti.

Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehinga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan Dato Menteri Besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera. Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tindakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti.

Saya mengharap rakan-rakan perjuangan dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat umumnya berjiwa besar dalam mendepani percubaan Umno yang senantiasa mengambil peluang dengan 'sedikit perbezaan pendapat' yang mungkin wujud di kalangan kita.

Setakat hari ini, visi ke Putrajaya dipandu dengan cukup baik oleh Pengarah JPRP Yb Azmin Ali dan acuan keikhlasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mentadbir negeri wajar digabungkan menjadi satu 'gerombolan meriam' ampuh untuk mara ke Putrajaya.

Namun jika dalam perjalanan ini, ada satu dua meriam yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan meriam baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan. Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini.

Kepada semua pihak saya seru agar memberikan tumpuan bagi menghadapi PRU 13 yang akan diadakan pada bila bila masa sahaja.

Ayoh, tekadkan semangat, bulatkan matlamat dan nampakkan muafakat dalam perjuangan kita untuk menumbangkan Umno BN! - SHUHAIMI SHAFIEI, ketua penerangan PKR Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda.
 
- Belum apa-apa lagi dah kecoh semacam, inilah kebebasan suara yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat,  macammana agaknya kalau mereka ni berjaya ke Putrajaya, huru-hara negara ! bahkan jauh lebih teruk keadaannya berbanding hari ini. Tapi Mustahil mereka untuk ke Putrajaya kerana rakyat Malaysia rata-ratanya bijak membuat penilaian daripada apa yang telah berlaku.

Pakatan Rakyat sebenarnmya adalah penyertaan parti-parti extreme untuk membentuk kerajaan. Kekerasan, paksaan dan tekanan adalah salah satu cara mereka untuk mengekalkan dan mendapatkan sesuatu. Peghhh dasyat....melalui tulisan diatas juga rakyat sudah semakin jelas akan kewujudan mereka yang sebenar...Anda mampu Mengubahnya...

Khalid + Faekah >  Azmin = Aiskrim No Komen

RAKAMAN - TIPS UNTUK PEJUWANG VS AGEN KUTIP HUTANG

Adakah anda seorang pejuWang ikhlas yang sebenar ? jika ya sudah pasti anda akan mengalami pelbagai masalah kerana keikhlasan anda itu tidak dapat mengeyangkan perut anda tanpa anda tanpa anda berusaha untuk menyuapkan nasi ke mulut sendiri.

Jika begitu ada tips terbaik untuk anda mengelakkan diri anda dari terus diburu oleh agen pemburu hutang diatas perkhidmatan yang anda gunakan untuk berjuwang, mungkin tips ini lebih baik dari anda menipunya setiap kali anda dihubungi supaya menjelaskan hutang tertunggak perkhidmatan internet yang anda telah gunakan.

Hahaha, dengan mencari silap dan membuat kecoh serta huru-hara sedikit sebanyak ia dapat mengalihkan isu sebenar kepada isu yang anda baru timbulkan itu, taktik sebegini sudah biasa digunakan oleh ketua pembangkang bagi meneruskan karier politiknya, kredit harus diberikan kepada Ketua Pembangkang hasil idea tersebut.

Situasi begini perlu diwujudkan agar anda tidak sentiasa lemah dan merasa bodoh dibolakan oleh orang yang lebih licik bermain bola, mungkin masanya belum sampai untuk anda menghasilkan gol terbaik kerana anda berada dalam posisi pertahanan sebelum anda berada pada posisi penyerang.

Lebih baik anda miskin dalam kemuliaan daripada senang dalam kehinaan, tidak usahlah sentiasa mengemis setiap masa diatas perkara rutin untuk selesaikan perjuangan anda sebaliknya berjuanglah dengan memperkudakan diri sendiri demi memboroikan pemimpin-pemimpin anda dan lapisan-lapisannya.

Benar anda tidak perlukan berjuta-juta berserta susunan abjad berkelas A,B,C,D,E, atau F, kerana itu tidak setaraf dengan anda dan anda tidak punyai masa untuknya melainkan anda perlu fokus kepada perjuangan untuk membantu mereka yang setaraf untuk mendapatkannya bagi merealisasikan sebuah perjuangan ikhlas yang sebenar-benarnya bagi erti sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan negara yang terbukti terbela tanpa beda.

Bagaimana tips pada klipvideo tersebut hanyalah pandangan semata-mata dan tidak memaksa anda menggunapakainya jika anda rasa itu satu hal yang tidak betul, jangan serabutkan otak anda kerana Anda Mampu Mengubahnya...

" Biar anda sahaja yang bankrup, jangan otak anda yang bankrup "

KETUA PEMUDA PAS KELANTAN TIADA KERJA

KUALA KRAI - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman membidas tindakan sebuah negeri di utara tanah air yang mendakwa bakal menjadi negeri pertama menggunakan istilah armalah bagi menggantikan istilah janda atau ibu tunggal.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan berkata, dakwaan itu tidak benar kerana istilah tersebut sudah digunakan sejak Pas memerintah Kelantan lebih 20 tahun lalu.

Tanpa menyebut nama negeri tersebut, Abdul Latiff menggambarkannya sebagai negeri yang pernah diperintah PR buat seketika sebelum dirampas Kerajaan Negeri sekarang.

“Mei lalu, ada negeri mengaku dengan mendakwa bakal jadi negeri pertama guna istilah armalah, sedangkan istilah ini sudah digunakan sejak 20 tahun lalu oleh Kerajaan Pas.

“Selain ikut istilah digunakan al-Quran dan hadis, gelaran armalah juga lebih tepat bagi seorang wanita bercerai hidup atau mati, berbanding perkataan ibu tunggal yang diambil daripada istilah barat ‘single mother’,” katanya.

Dah tiada kerja sangat agaknya Ketua Pemuda Pas ni, hal seremeh penggunaan perkataan 'Armalah' pun nak dibisingkan, yang masalah air di Kelantan ni tiada pula nak ditimbulkan, hairan, selalu sangatlah cakap hal yang tidak penting dan menguntungkan rakyat, macammanalah nak memimpin kalau macamni punya sikap. Sila rujuk lagi kenyataan beliau pada klipvideo dibawah. Anda Mampu Mengubahnya...

JANGAN MEMBELAKANGKAN ALLAH KERANA KEPENTINGAN POLITIK - DR ASRI

Dalam menghalal perkara yang haram, manusia kadang-kala menggunakan nama Allah dan RasulNYA..umpamanya Allah melarang kita memaki orang lain, namun ada yang menghalalkan perbuatan tersebut dengan 'mempergunakan' ayat al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Padahal ayat-ayat itu dipetik luar dari konteknya. Hendaklah dibaca terlebih ayat-ayat sebelum ayat yang dipetik tersebut. 

Sebahagian ayat itu jawapan balas kepada golongan 'musuh Islam' yang menggunakan perkataan yang sama..kedua, ayat-ayat itu dituju secara umum bukan kepada individu tertentu seperti Nabi s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai perempuan. Ia merujuk kepada jenis perbuatan bukan individu..di sana banyak ayat Allah dan sunnah Nabi yang melarang kita memaki hamun dan mencerca..jangan membelakangkan Allah dan RasulNYA hanya kerna kepentingan kita..Islam itu indah..yang hodoh bukan ajaran Allah dan RasulNYA..

Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir: bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.

Firman Allah: (maksudnya) "Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. (al-Isra: 53).

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini:“Allah memerintah Rasulullah s.a.w memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan”. (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).

Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”.
..demikianlah ruh manusia dan tabiatnya..jika ruh kita baik lalu sukakan perkataan yang baik dan bencikan maki-hamun kita tidak akan cenderung kepada mereka yang mempunyai sikap demikian..jika ruh kita buruk lalu sukakan perkataan yang buruk dan jelek maka kita akan cenderung ke arah orang yang memiliki akhlak yang demikian juga..ukurlah di mana tahap kita..alangkah banyaknya manusia yang menyukakan yang buruk sekalipun kadang-kala syaitan menghiasinya dengan nama agama.. - FB Dr Asri Zainal Abidin

SAYA DAPAT TIKET KE SYURGA ? - USTAZAH ABBY ABADI

Kadangkala kekecewaan itu boleh menjerumuskan seseorang kepada jalan yang kurang lurus, didalam keterpaksaan dengan tindakan kerana dendam itu hanya ketenangan yang bersifat sementara dan akhirnya ia tidak kemana malah sebahagiannya keadaan itu semakin parah dan jauh tidak tenteram.

Memilih jalan tanpa keredhaan itu akan sentiasa jelas terpancar kerana ia berlaku diluar keikhlasan, renung-renungkanlah semoga kita diketemukan dengan jalan yang hak...Anda Mampu Mengubahnya...



SESAT-HJ HADI MEMBESARKAN SERUANNYA DARI SERUAN ALLAH.

Rasulullah SAW menangguhkan ibadat hajinya walaupun diwajibkan lebih awal, ada kalangan ulama yang menyatakan sejak zaman Nabi Adam. Ada yang menyatakan sejak zaman Nabi Ibrahim dan ada yang menyatakan di tahun ketujuh hijrah. Rasulullah SAW membebaskan Makkah (Fathul Makkah) daripada Jahiliyyah terlebih dahulu daripada menunaikan haji dan menghadapi qabilah Hawazin dalam peperangan Hunain.

Walaupun banyak harta dan bekalan berada dalam tangan melimpah ruah dan sudah masuk bulan Syawal (bulan haji), namun terus pulang ke Madinah tanpa menunaikan haji. Rasulullah SAW menugaskan sahabatnya Abu Bakar R.A supaya memimpin umat Islam menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah. 

Adapun Rasulullah SAW menangguhkan haji sehingga tahun kesepuluh hijrah, sebelum sedikit kewafatan baginda. Para ulama menegaskan bahawa wajib haji adalah muwassa', boleh ditangguh dan Rasulullah SAW mendahulukan urusan politik negaranya dengan menerima rombongan yang datang menyerah diri masuk Islam atau sedia berdamai.

Dalam peristiwa Hudaibiyah pula, Rasulullah dan para sahabat telah memakai pakaian ihram bagi menunaikan umrah. Tiba-tiba dihalang memasuki Makkah dan berakhir dengan perjanjian Hudaibiyah yang salah satu syaratnya menangguhkan umrah. Maka ditangguhkan umrah dan dibayar dam(denda) tanpa menunaikan umrah pada tahun tersebut. Umrah ditangguh kerana perjanjian Hudaibiyah memberi kemenangan politik yang tidak boleh ditangguhkan.

Kepada PAS, pilihanraya adalah amalan politik yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, walaupun pilihanraya itu dikatakan asalnya dari Barat. Passport dan visa haji juga berasal daripada Barat, kedua-duanya tidak termasuk dalam syarat dan rukun haji.

Para ulama usul Fiqh menetapkan kaedah bahawa perkara yang menjadi halangan menunaikan yang wajib kalau tidak melakukannya menjadi wajib juga. Begitulah pilihanraya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak, kecuali mazhab yang sesat. Al Quran menyebut ayat-ayat yang banyak dalam beberapa surah menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang akan dihisab pada hari qiamat nanti. Amaran ini berulang kali lebih banyak daripada ayat haji dan umrah.

Akhirnya percayalah bahawa diam lebih baik daripada bercakap kejahilan, kerana bercakap dalam perkara yang tidak diketahui mendedahkan kebodohan diri sendiri. Beginilah jadinya apabila lesen memandu dijual, boleh membawa kemalangan. Kalau tauliah ilmu juga boleh dijual beli dengan harta dan pangkat, boleh menyesatkan orang ramai. Namun cahaya ilmu Islam pasti bersuluh dan dipelihara Allah. Sesuapa yang mengkhianati ilmu Islam pasti tersungkur akhirnya. Hj Hadi

Gk - Apakah sama keadaan yang berlaku dinegara kita hari ini dengan keadaan yang berlaku dizaman Rasulullah, sedangkan negara kita aman dan diperintah oleh orang Islam, di zaman Rasulullah pula adalah sebaliknya kerana ketika itu Islam baru berkembang dan Rasulullah menghadapi orang kafir bukannya memerangi sesama Islam seperti Pas hari ini. 
Rasulullah menangguhkan ibadat haji adalah bertepatan dengan keadaan dan suasana diwaktu itu, tapi Rasulullah SAW menugaskan Abu Bakar R.A supaya memimpin umat Islam menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah

berbeza dengan sekarang adalah pemimpin Pas melarang penyokongnya untuk mengerjakan haji, jika penangguhan itu dikatakan Rasulullah lebih mendahulukan urusan politik dengan menerima rombongan yang datang menyerah diri masuk Islam atau sedia berdamai, apakah perkara yang sama atau lebih besar lagi berlaku kepada Pas untuk mereka menangguhkan sepertimana Rasulullah.

Dalam hal ini siapa pemimpin Pas dan siapa pula Rasulullah? perjuangan Rasulullah jauh berbeza dengan perjuangan Pas. Rasulullah berdakwah kepada orang kafir memeluk Islam sebaliknya Pas mengkafirkan orang yang sudah Islam hanya kerana berbeza ideologi politik.

Kita masih kenal siapa Hj Hadi dan Pas yang mana satu ketika dahulu pernah mengeluarkan Amanat sesat sekaligus menghuru-harakan negara tanpa sedikitpun merasa kesal dan hari ini dilihat sekali lagi cuba menyeru umat Islam daripada melakukan ibadat Haji yang jauh lebih mulia daripada mengundi Pas. Bertaubatlah wahai Haji Hadi...Anda Mampu Mengubahnya...

KERANA POLITIK HJ HADI PERKECILKAN PENGORBANAN NABI IBRAHIM

Media jurubicara Umno mendedahkan kebebalan mereka berkenaan hukum Islam dan mendedahkan kejahilan pemimpin utama mereka sendiri, seterusnya mendedahkan ada di kalangan tokoh agama termasuk berjawaan mufti, bahawa roh dan jasadnya bersama Umno. Paling malang dan menjadi lebai malang ialah kalangan yang jahilnya murakkab, tidak mengenali ilmu usul feqah dan maqasid syariah.
 
PAS tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam, walaupun politik tidak termasuk dalam rukun Islam seperti ibadah haji dan tidak termasuk rukun iman. Begitulah juga wajibnya menutup aurat dan menjelaskan hutang sesama manusia,

perkara ini tetap wajib ditunaikan serta-merta, walaupun tidak dimasukkan secara sebutan dalam rukun Islam. Para ulama menegaskan bahawa perkara-perkara yang tidak disebut dalam rukun itu, tetap termasuk dalam rukun pertama dua kalimah syahadah dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana rukun iman.

Dalam perkara wajib, para ulama usul fiqh bukan sahaja membahagikan kepada fardu ain dan fardu kifayah. Perkara wajib juga dibahagikan dari segi kesesuaian kadar waktu menunaikannya, sama ada wajib disegerakan, tidak boleh ditangguh, yang dinamakan wajib mudoyyaq seperti puasa Ramadhan dan sembahyang di akhir waktu. 

Ada juga wajib yang boleh ditangguh kerana luas waktunya dan tidak berdosa menangguhkannya seperti haji dan sembahyang wajib yang lama masanya di awal waktu. Perkara ini dinamakan wajib muwassa'.

Apabila bertembung dua perkara yang sama wajibnya, maka didahulukan kepada menunaikan wajib mudoyyaq seperti wanita kematian suami yang wajib menunaikan idah berada di rumah dalam masa beberapa bulan yang ditetapkan oleh Al Quran, dalam masa yang sama dia berharta dan mampu menunaikan haji kali pertama yang wajib dan menjadi rukun Islam.

Hukumnya hendaklah menunaikan idahnya terlebih dahulu, wajib berada di rumah kerana wajibnya mudoyyaq dan menangguhkan haji kerana wajibnya muwassa'. Walaupun perkara idah tidak termasuk dalam rukun Islam. 

Begitu juga dengan seseorang yang cukup duitnya menunaikan haji, dalam masa yang sama dia berhutang dan diminta membayar segera, maka hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu atau keluarga wajib diberi nafkah, maka tunaikan nafkah dengan cukup terlebih diutamakan walaupun perkara-perkara tersebut tidak termasuk dalam rukun Islam.
GK -  Soal ada dan tiada didalam rukun itu kita faham, berkhitan tidak ada dalam rukun tapi semua kita berkhitan, namun bukan begitu yang dimaksudkan. Wajib Tutup aurat dan membayar hutang adalah jelas hukumnya tanpa ada kesamaran, dan wajib itu bukan untuk dibanding-bandingkankan yang mana lebih besar sehingga memperlihatkan ibadat haji itu kecil nilainya. 

Tangguh ibadat haji kerana Wajib pangkah atau undi Pas tidak disebut didalam Al-Quran dan Hadis, ini berbeza sama sekali dengan wajib menutup aurat dan membayar hutang. Pemimpin Pas bukanlah dikalangan pemimpin yang bercirikan ciri Islam sebaliknya hanya bertopengkan Islam dan bukan kewajipan rakyat untuk memilihnya.

Dasar perjuangan Pas juga tidak jelas hujung jatuh perjuangannya, lebih sangsi bilamana bergabung kuasa dengan DAP yang mempunyai ciri-ciri yang boleh mendatang mudarat kepada umat Islam.

Seterusnya, apakah wanita dalam idah, seseorang yang mempunyai hutang dan juga belum cukup memberi nafkah kepada keluarga itu ditakrif sebagai 'MAMPU' dan WAJIB keatasnya, macammana boleh kata bertembung dua perkara wajib sedangkan syarat MAMPU itu belum cukup keatas mereka.

Jika seseorang itu masih berhutang apakah ia disebut sebagai 'berkemampuan' dan wajib untuk menunaikan haji ? Begitu juga dengan nafkah, jika nafkah untuk keluarga pun tidak cukup sudah tentu ia tidak mampu dan TIDAK WAJIB keatasnya menunaikan haji, jika begitu pastilah membayar hutang dan memberi nafkah itu adalah wajib dan menunaikan haji pula adalah sebaliknya.

Isunya sekarang adalah sangat tidak wajar dan biadap sekali dengan menyatakan secara terbuka bahawa ibadat haji itu boleh ditangguhkan seakan-akan memperkecilkan rukun Islam kelima itu berbanding pilihanraya. Secara tidak langsung umat Islam akan semakin leka dengan tidak memandang berat mengenai ibadat haji ini dan semakin hari akan melupakan pengorbanan Nabi Ibrahim AS . Anda Mampu Mengubahnya.. Bersambung....

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...