Perbelanjaan Berhemah @NajibRazak Tidak Selari Dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra

11 langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari ini dilihat bukanlah satu langkah yang bertepatan sebagaimana keperluannya yang sebenar.

Dalam hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah, daripada 11 langkah itu 3 daripadanya adalah seperti berikut:

Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Langkah mengurangkan adalah tidak selari dengan usaha kerajaan untuk memperkasa ekonomi bumiputra, sebaliknya langkah menambah serta mengkaji semula pemberian tender kepada syarikat pengurusan acara dan katering itu yang lebih tepat.

Syarikat kroni yang sudah kaya raya tidak seharusnya dibantu sampai ke tua,  dah stabil pandai-pandailah berdikari, beri peluang kepada syarikat bumiputra yang lain juga, dan pastikan pekerja yang digajikan oleh syarikat berkenaan adalah rakyat tempatan bukannya warga asing. Begitu juga dengan harga, misalnya sewa khemah, takkanlah sewa khemah jenis piramid sampai RM 4 ribu  manakala khemah VIP jenis arabian RM 7 ribu untuk satu khemah ?

Dalam mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah, harga melampaui batas itu yang seharusnya dititikberatkan oleh kerajaan, ketirisan seperti ini yang perlu dibendung dan bukannya mengambil langkah bersifat mengurangkan yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada pengusaha serta pekerja atau rakyat itu sendiri.

Berbelanja secara berhemah pun nak kena lihat dari pelbagai sudut dengan mengambil kira kepentingan semua pihak, jika dilihat kepada langkah yang bersifat untuk mengurangkan, kerajaan seolah-olah ingin meletakkan penggunaan syarikat sebagai punca kepada perbelanjaan tidak berhemah, sedangkan punca sebenarnya adalah disebabkan naga-naga didalam kerajaan sendiri yang berperanan memakan komisen atas angin dengan menaikkan harga sesuatu barang, projek atau perkhidmatan.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan ingin kekal mentadbir negara, Kerajaan harus mengelakkan sebarang tindakan atau langkah yang boleh membebankan rakyat, samada mengurangkan penggunaan syarikat mahupun mengurangkan subsidi, semua itu membebankan rakyat, walhal masalah atau punca sebenar tidak pula diberi penekanan dalam mengatasinya.

Kesimpulannya, kerajaan begitu tegas dengan rakyat yang tidak berdosa sehingga sanggup membebankan rakyat menerusi kenaikkan harga secara mendadak, tapi kerajaan tidak pula tegas dalam menangani kes rasuah ? Apakah kerajaan Najib tidak berhasrat 'murni' untuk meletakkan negara sebaris dengan Singapura dalam CPI 2014 nanti ? Kenapa kerajaan tidak tegas dalam isu ini ? - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
 Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2013

Video - Kenapa Prof Muhaya Dimaki Hamun Tapi Rilaks Jer!!!

Sebelum ini sudah dijangkakan kenyataan Prof Dr Muhaya biarpun dalam konteks 'solusi keluar dari bebanan hidup', ianya sukar untuk diterima oleh segelintir golongan yang singkat akalnya kerana tak tahu nak bezakan antara kenyataan menyokong kenaikkan harga barang dengan nasihat dalam menghadapi situasi kenaikkan harga barang.

Sebagai contoh, dalam satu kampung tu ada pihak sedang bergaduh, si A mendakwa si B mencuri ayamnya, kemudian datanglah Ketua Kampung, agak-agaknya apa Ketua Kampung tu nak buat ? Meleraikan pergaduhan itu dengan cara damai atau mengeruhkan keadaan dengan memberi sebilah parang kepada kepada si A supaya menetak kepala si B ? Kalau Ketua Kampung tu nasihatkan supaya, 'jangan bergaduh, bawa bersabar, mengucap banyak-banyak, selesaikan dengan cara elok' dsbnya. adakah Ketua Kampung tu boleh dianggap sebagai menghalalkan kecurian ?

Ok, katakan Ketua Kampung meleraikan secara damai, dan ada pihak yang akan marah dengan Ketua Kampung kerana meleraikan pergaduhan tersebut, agaknya pihak manakah yang marah itu? pastinya pihak iblis laknatullah!!!.

Begitu juga dalam isu Prof Muhaya, yang kecoh duk maki hamun beliau tu mungkin pihak tu lah kot!, cuba fikir nak maki hamun beliau buat apa ? Beliau bukan orang politik dan beliau hanya bercakap dalam konteks motivasi yang selayaknya dengan beliau seorang prof. Kalau kita tak puas hati, itu kita punya pasal, tapi kita tak berhak untuk maki hamun beliau.

Apa yang Prof Muhaya katakan adalah realiti yang berlandaskan ilmu dan agama bukan berlandaskan politik, sama juga macam beliau kata 'merokok tu membazir, membakar wang, berhentilah merokok', bukankah kata-katanya itu benar ? Soal kita tak boleh berhenti itu kita punya pasal, tapi hakikatnya adalah benar bahawa rokok itu membazir, jangan pulak kita nak salahkan orang lain diatas kedegilan diri sendiri yang sengaja cari susah.

Sama juga kalau kita ada penyakit kencing manis, bila jumpa doktor, doktor kata, untuk elak dari penyakit melarat yang pada akhirnya mungkin kena potong kaki, jadi, doktor nasihatkan supaya  kurangkan makanan manis, tiba-tiba kita marahkan doktor sebab makanan manis tu kita beli pakai duit sendiri bukan duit doktor, yang doktor nak larang kita makan tu apa hal ? Sedangkan ketika itu doktor bercakap dalam konteks untuk mencegah panyakit kencing manis daripada merebak bukannya doktor bercakap dalam konteks duit siapa ? So, waraskah kita ?

Kalau ya pun kita marah sangat dengan harga barang naik, pi balunlah Menteri Ayam, sebab Menteri Ayam tu orang politik yang selalu duk buat keluar kenyataan berstatus 'ayam'. Tu pun kalau nak balunlah, kalau tak sabar jerlah, tunggu PRU 14 buatlah keputusan. Apa yang payahnya?, yakinlah dengan rezeki Allah, takkan kebulurlah setakat nak tunggu 4 tahun lagi tu.... Kalau kerajaan tunjuk angkuh dengan kuasanya sehingga secara kerap menaikkan harga tanpa batas, apa kurangnya kita sebagai rakyat untuk tunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada kita dalam PRU nanti.

Justeru, kepada sebahagian golongan yang singkat akalnya, usahlah memaki hamun orang yang telah memberikan kita ilmu berguna walaupun ketika itu kita tidak tahu menggunakan ilmu tersebut kerana kejahilan diri kita sendiri, sebaliknya fikirlah dengan akal yang waras dan selebihnya kita bertawakkal kepada Allah. Yakinlah, macammana sekalipun kehidupan kita, tidak ada sesuatu yang mustahil dengan izin Allah... Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Menteri Ayam Suruh Rakyat Jangan Bercakap Tentang Harga Barang Naik

"Kita hari ini jangan saja bercakap tentang harga barang naik, ni naik, itu naik dan sebagainya, cuba kita fikirkan juga bagaimana kita sebagai rakyat boleh menyumbang, menyumbang idea, menyumbang cadangan kepada kita, kepada kementerian, jangan besok dilihat soal harga barang ni Kementerian Datuk Hasan Maleklah, Datuk Amrinlah punya tanggungjawab".

"Harga ni ditentukan oleh pengguna sebenarnya, sebab itu saya juga nak mendidik pengguna supaya bijak".

Ada ke patut seorang Menteri bercakap sedemikian rupa ? Apa gunanya sebuah kementerian yang dipertanggungjawabkan kalau Menteri sendiri pun tak tahu apa yang nak dibuat sehingga mendesak rakyat menyumbang idea dan cadangan ? Seperti seorang doktor pakar bedah tanya kita macammana nak membedah ? Tak rasa pelik ke ? Atau itik bertanya kepada ayam macammana nak berenang ?

Kalau harga barang ditentukan oleh pengguna buat apa adanya kementerian ? Menghabiskan boras saja!!! Nak tunggu ada laporan dulu baru nak siasat ni letihlah, baik jadi Menteri Bomba, sebab bomba memang tak keluar cari api, tunggu ada laporan kebakaran barulah mereka turun.

Nasib baik Menteri Dalam Negeri tak guna pendekatan Menteri Ayam, sekurang-kurang pihak polis keluar juga meronda dan tak bergantung kepada laporan baru nak bertindak.

Sebelum Menteri bercakap perlukan idea dan cadangan dari rakyat, sejauhmana usaha Menteri membuka ruang kearah itu ? Kalau tak tahu tugas sebagai Menteri, lebih baik letak jawatan, jangan duk meroyan jadi liabiliti pada kerajaan. Ni lah padahnya bila Menteri dilantik hasil dari berkat bodek mencium tangan bukannya dari kebolehan dan kepakarannya.

Alang-alang dah Menteri minta cadangan dari rakyat, maka dicadangkan supaya sebelum seorang Menteri bercakap pastikan percakapannya itu tulen datangnya dari kepala otak bukan kepala lutut, so terlebih dahulu Menteri perlu membuka ruang atau platform yang mesra untuk digunakan oleh rakyat bagi memudahkan rakyat membuat laporan dan memberi cadangan atau idea dsbnya,

Sebagai contoh, aplikasi seperti WhatsApp, wujudkan seorang wakil kementerian disetiap daerah dengan satu talian WhatsApp, maklumkan kepada rakyat mengenai kewujudan talian itu menerusi kesemua media cetak dan elektronik, dari situ segala aduan masalah, cadangan serta idea boleh didapati oleh Menteri dan kementerian. Nak cadangan lagi mantap ada di blog DinTurtle. Anda Mampu Mengubahnya.

Harga ayam naik jangan makan ayam, harga barang naik, jangan bercakap pasal kenaikkan harga!!! Pantang nampak tangan Najib cium mmmmuahhh!!!

Pemimpin Cap Ayam Tak Layak Diangkat Jadi Menteri

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyelar sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur rakyat tapi tidak berani mengkritik salah urus tadbir negara demi kelangsungan politik.

Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat.

"...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi.

Mazidul Terus Menjejaki Misteri Kehilangan Pengerusi BMB @Ibdil Di Tingkat 4

Di manakah Pengerusi Biro Media Baru UMNO, BMB, Ibdilillah Ishak?

Sebaik dipilih sebagai pengerusi BMB, katanya akan mengundang ramai pengendali blog untuk bertemu dan berbincang, mencaturkan perancangan di masa akan datang.

Berapa kali pertemuankah telah disusun atur oleh Ibdilillah setakat ini? Maksud saya pertemuan bersama pengendali blog SUKARELA pro-kerajaan. Baca seterusnya di blog Mazidul.com


Misteri ditingkat 4

Video - Kenaikkan Harga Barang: Prof Dr Muhaya Sound Baik Punya

 
Apa yang disampaikan oleh Prof Dr Muhaya Muhammad adalah dari konteks 'solusi keluar dari bebanan hidup' dan bukannya ulasan mengenai kenaikkan harga barangan.

Tidak dinafikan mungkin ada segelintir dari kita kurang bersetuju dengan pandangan beliau, namun  sebagai rakyat disebuah negara demokrasi, pandangan beliau itu tidak dapat tidak harus diterima dan diamalkan demi kebaikkan sendiri sehinggalah satu tempoh yang disebut sebagai Pilihanraya Umum (PRU), kerana ketika itu rakyatlah yang berkuasa untuk menentukan kuasa sesebuah kerajaan samada ingin memilih kerajaan yang menaikkan harga barang atau sebaliknya.

Cuma dalam memilih tu ia perlu berwaspada, jangan pulak nanti keluar mulut buaya masuk ke mulut naga, dalam situasi hari ini, merungutlah kita macammana sekalipun kerajaan tetap dengan pendiriannya dan tak mungkin akan menurunkan harga barang yang telah dinaikkan, oleh demikian saranan Prof Dr Muhaya ada baiknya kita renung-renungkan supaya kita tidak terus rasa tertekan yang pada akhirnya merugikan diri sendiri.

Selain itu, suka kiranya saya ingin mengingatkan kepada diri sendiri agar menjadi bangsa yang cemerlang tanpa perlu adanya sikap-sikap negatif seperti tamak haloba, hasad dengki, sengaja buruk sangka dan seumpamanya, usahlah kita merasa irihati dengan kejayaan orang-orang yang berusaha, jika kita ingin berjaya seperti mereka, kita juga perlu berusaha seperti mereka. Ni kalau kita malas usaha kemudian kita nak dengki dengan orang yang berusaha ini namanya busuk hati.

Begitu juga dengan sikap sengaja buruk sangka, kenkadang seringkali juga kita mendengar dimana pihak-pihak tertentu yang menutup kelemahan diri sendiri dengan melemparkan tuduhan kepada mereka yang mengkrtiknya sebagai dengki, mungkin kerana terlalu syok sendiri ia tak boleh nak bezakan antara kritikkan bersifat dengki atau kritikkan demi kebaikkan sesebuah organisasi.

Apapun, yakinlah kita kepada Allah dengan sebenar-benar keyakinan, kerana hanya Allah yang tidak pernah mengecewakan hidup kita, mengadulah padaNya, usahlah kita sempitkan rezeki kita yang terbentang nan luas dan usahlah juga kita cuba menutup rezeki orang-orang yang berusaha...Anda Mampu Mengubahnya.

Menteri Ayam!, Kalau Bukan Kerana Alat Solek, Tajaan Perkahwinan Rozita Tak Mungkin Cecah RM13 Juta!

Kerana disebabkan seorang dua saja Menteri yang buat ucapan kurang cerdik, akhirnya yang lain pun turut diperhatikan sehingga ucapan yang pada dasarnya bersifat biasa pun akan menjadi luar biasa.

Mungkin situasi itu jugalah yang menimpa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.

Berikutan kenyataannnya itu, bekas Ketua Wanita MCA, Yu Chok Tow menggesa Tengku Adnan meminta maaf dan mendakwa kenyataan tersebut mempunyai maksud mendalam serta memperkecilkan-kecilkan wanita.

“Harga diri seorang wanita itu letaknya pada kemahiran, keperibadian dan pemikirannya dan bukannya pada alat solek.

Bagaimanapun Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno hari ini tampil memohon maaf dan menjelaskan “Seperti wanita yang tiada alat solek, tidaklah memaksudkan mereka itu seperti hartanah, saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga, kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya lagi.

"..Sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud, ada beberapa wartawan yang menyalahtafsirkan kenyataan saya itu walhal saya memaksudkan dalam makna yang lain.

Itulah bahananya bila ada beberapa Menteri Ayam yang dilantik hasil berkat mencium tangan, kenyataan 'ayam' yang asalnya dikeluarkan oleh Menteri Ayam menyebabkan kenyataan yang dibuat oleh semua Menteri menjadi tumpuan, sehingga kenyataan biasa pun ditafsirkan 'ayam'.

Dalam isu seperti ini Menteri tidak seharusnya menyalahkan wartawan, sebaliknya melihat kembali kepada perlantikkan Menteri dikalangan yang tidak layak sehingga status jawatan Menteri itu sendiri tercemar atau tidak lagi dihormati serta dipandang rendah oleh rakyat.

Hal ini berlaku secara semulajadi ekoran terkesan dengan penularan virus 'ayam', biarpun berstatus Menteri, tapi asal saja kenyataan itu timbul masyarakat akan terus menerima dan mempercayainya. Tidak ada lagi istilah seperti 'ya ke ?', tak mungkin!', salah faham kot!', saya tak percaya kalau tak dengar sendiri!' dsbnya.

Sedangkan kalau dilihat dari kenyataan Tengku Adnan dan respon bekas Ketua Wanita MCA, sudut pandangnya jauh berbeza, Tengku Adnan bukan bercakap dalam konteks harga diri wanita, beliau cuma ingin memberi contoh supaya isu sebenar (cukai) yang sedang beliau jelaskan itu mudah untuk difahami, tak timbul soal harga diri wanita itu letaknya pada kemahiran berbagai, kerana itu semua orang tahu, tapi takkanlah beliau sedang bercakap isu cukai kemudian nak jelaskan pasal harga diri wanita dengan panjang lebar lebih pada isu cukai pulak ?

Agak-agaklah, kalau tak pakai alat solek, ada ke individu atau syarikat nak taja majlis perkahwinan Rozita Che Wan sampai RM 13 juta ? Jadi, selain kemahiran, keperibadian dan pemikiran, alat solek juga merupakan aset penting kepada wanita yang tak boleh dinafikan, tidak kira siapa pun wanita itu, jika berpenampilan menarik, pandai bergaya, mengancam dan ada umphhh! Ia pasti mempunyai harga dirinya yang tersendiri mengikut citarasa masing-masing, kerana sudah menjadi lumrah manusia yang sukakan kepada semua perkara yang elok dan cantik. Pasal Menteri 'ayam' lain kali sambung.. Anda Mampu Mengubahnya.

Aku mencintaimu bukan kerana rupa, tapi kerana cinta....itu poyo ayam jerrr kot!!!

Tengok! TNB Tipu Rakyat Selamber Jer! Ada @NajibRazak Kisah ? @Khairykj Lagilah...

Kalaupun pengguna tidak ada pilihan untuk memilih perkhidmatan bekalan elektrik selain yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), hal itu bukan satu peluang untuk TNB bermaharajalela dengan sewenangnya sehingga menipu serta menindas rakyat selaku pengguna kepada perkhidmatan yang dimonopoli itu.
Walaupun merasa tidak adil, rakyat hanya mampu mengucapkan terima kasih dengan penjelasan bersifat kuku besi, bayangkan selama 5 tahun pengguna di caj dengan caj perniagaan, hanya 3 bulan saja yang dikembalikan.

Dasar TNB  yang hanya mementingkan untung membuatkan ia semakin dicurigai, kepercayaan rakyat terhadap GLC itu kian terhakis, TNB mula dipandang serong. Bagaimana sebuah syarikat yang tidak mempunyai kredibiliti ingin terus memberi perkhidmatan utama kepada rakyat ? Sampai bila rakyat akan terus bertahan dengan diperlakukan sesuka hati oleh TNB ?
Begitu juga dengan cara pengiraan prorata yang tidak adil dan jelas menipu rakyat, formula prorata yang TNB gunakan sangat tidak relevan bagi bil yang dibaca lewat atau melebihi hari dalam sesuatu bulan. Ini kerana pengiraan dibuat tidak berlandaskan situasi atau kegunaan sebenar, sebaliknya bergantung kepada formula pengiraan yang telah dikaji khas untuk memberi untung kepada TNB walau dalam apa jua keadaan. Formula tersebut seperti dibawah dan anda boleh kira serta padankan  dengan bil elektrik dirumah anda.

Contoh, jumlah kegunaan 500 Kwh dalam tempoh 35 hari, bulan tersebut katakan ada 30 hari. Blok satu kegunaan 200 Kwh pada kadar 0.218 dibahagikan dengan jumlah hari dalam sebulan kemudian didarabkan dengan jangka masa bil diambil, dan begitulah untuk blok-blok seterusnya.

200 Kwh / 30 hari x 35 hari = 233 x 0.218 = RM 50.79
100 Kwh / 30 hari x 35 hari = 117 x 0.334 = RM 39.08
100 Kwh / 30 hari x 35 hari = 117 x 0.400 = RM 46.80
100 Kwh / 30 hari x 35 hari = 33   x 0.402 = RM 13.26
Total 500 Kwh    RM 149.93
Prorata
VS
Protelus
Bagi contoh pengiraan cara protelus pula ia bersifat menang-menang antara TNB dan pengguna. Jumlah kegunaan bahagi dengan tempohhari bil diambil kemudian darab jumlah hari pada bulan berkenaan. Ia adil dan relevan.

500 Kwh / 35 hari x 30 hari = 428.5714285714286
200 x 0.218 = Rm 43.60
100 x 0.334 = Rm 33.40
100 x 0.400 = Rm 40.00
29 x 0.402   = Rm 11.66
Total RM 128.66 + 
RM 15.48 = RM 144.14

Lebihan 5 hari atau 71 Kwh harus berada dalam blok 0.218 yaitu blok bagi kuota bulan seterusnya. Maknanya 0.218 x 71 kwh = Rm 15.48. Sebaliknya formula prorata TNB hanya meletakkan 19 Kwh pada blok 0.218, 10 Kwh pada blok 0.334 dan 0.400 serta selebihnya pada blok 0.402. (disinilah berlaku pengiraan yang merugikan pengguna). Dalam kes ini, formula pengiraan telah merugikan pengguna sebanyak RM 5.79 tanpa sebarang asas yang wajar.

Jika pengguna diberi pilihan yang adil dan saksama, saya pasti kesemua pengguna di seluruh negara akan memilih cara pengiraan seumpama pengiraan protelus. Namun jika rakyat bersatu hati membantah sebarang bentuk ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan keparat, mustahil untuk golongan keparat ini boleh meneruskan sebarang bentuk penipuan atau penindasan kepada rakyat. Malangnya masih ramai yang lebih rela berpeluk tubuh daripada bangkit bermandi peluh. Anda Mampu Mengubahnya.

Eksklusif - Pendedahan Bukti Cara Pengiraan Bil TNB Tipu Rakyat, @NajibRazak Tolong Jangan Buat Tak Tahu

Diatas adalah jawapan dari pihak TNB menerusi TNB Careline berhubung isu yang saya bangkitkan pada artikel 11 Disember lalu, TNB Careline mendakwa "Bahawa pengguna tidak akan mengalami kerugian ataupun terpaksa membayar harga yang lebih tinggi daripada sepatutnya jika tempoh pembilan lebih ataupun kurang daripada 30hari ataupun tidak mengikut bilanganhari di mana – mana bulan di mana bacaan dibuat. Ini adalah kerana pihak TNB akan membuat pengiraan secara prorata untuk memastikan kiraan bil tidak membebankan ataupun merugikan pengguna". 
Dibawah pula adalah bil elektrik terbaru saya untuk penggunaan 2 bulan 4 hari
Pengguna perlu sedar, apabila bacaan bil diambil lewat dari jumlah hari sebenar sesuatu bulan, TNB akan mengira bil anda dengan formula prorata yang hanya menguntungkan TNB semata-mata sekaligus menipu pengguna. Ini kerana pengiraan prorata yang TNB gunakan jika dibandingkan dengan pengiraan secara jelas, telus dan logik, ternyata pengiraan secara prorata sudah dikaji sebagai cara pengiraan untuk TNB menyedut untung dengan menipu pengguna tanpa pengguna sedari.

969 Kwh bahagi 65 hari = 14.90769230769231
14.90769230769231 darab 30 hari (bulan 10 ada 30 hari) = 447.2307692307692
447.2307692307692 dibundarkan kepada 447 kwh (Walaupun dibundarkan, tapi TNB tak rugi sebab ia akan dimasukkan dalam pengiraan penggunaan lebihan hari seperti dibawah)
200 x 0.218 = Rm 43.60
100 x 0.334 = Rm 33.40
100 x 0.400 = Rm 40.00
47 x 0.402   = Rm 18.89
Total RM 135.89

969 Kwh bahagi 65 hari = 14.90769230769231
14.90769230769231 darab 31 hari (bulan 11 ada 31 hari) = 462.1384615384615
462.1384615384615 dibundarkan kepada 462 kwh
200 x 0.218 = Rm 43.60
100 x 0.334 = Rm 33.40
100 x 0.400 = Rm 40.00
62 x 0.402   = Rm 24.92
Total RM 141.92

Bulan Oktober, 447 Kwh + bulan November, 462 kwh = 909 kwh
969 kwh - 909 kwh = 60 kwh 

Tapi 60 Kwh jika dibahagikan dengan 4 hari jumlah sehari ialah 15 Kwh bukan 14.90769230769231 sebagaimana pengiraan diatas, inilah yang dimaksudkan TNB tak rugi kerana pengiraan masih tetap dalam 969 Kwh penggunaan.

Maka baki 60 kwh untuk lebihan 4 hari hendaklah  berada dalam blok 0.218 yaitu blok bagi kuota bulan seterusnya. Maknanya 0.218 x 60 kwh =Total lebihan hari Rm 13.08. Sebaliknya formula prorata TNB hanya meletakkan 19 Kwh pada blok 0.218, 10 Kwh pada blok 0.334 dan 0.400 serta selebihnya pada blok 0.402. (disinilah berlaku pengiraan yang merugikan pengguna)

Total bulan 10 RM 135.89Total bulan 11 RM 141.92 + Total lebihan hari  Rm 13.08 = RM 290.89.

Semoga anda faham dan dapat bezakan antara pengiraan secara telus yang saya maksudkan dengan pengiraan prorata yang TNB kata tidak merugikan pengguna sebagaimana terlampir pada bil diatas.

Cara pengiraan prorata TNB bagi penggunaan 969 KWH dalam jangka masa 65 hari ialah RM 297.94. Manakala pengiraan protelus bagi penggunaan dan jangkamasa yang sama ialah RM290.89. Jadi saya nak tanya RM 297.94 dengan RM290.89 ni mana banyak ? Bezanya adalah RM 7.05. Minta pihak TNB jelaskan atas dasar apa pengguna nak tanggung RM 7.05 itu ? Begitu juga dengan lain-lain bil yang dibaca lewat.

Ni buat pengiraan prorata, prorata yang menguntungkan TNB ni tak boleh dibiarkan sama sekali. Tu pun tak termasuk dengan isu 'Dana wang tenaga boleh baharu' dan 'jumlah anggaran terdahulu' lagi. Nanti kaji satu persatu. Kita tak salahkan staff TNB diperingkat bawahan yang hanya menurut perintah, tapi kita persoalkan ketelusan diperingkat tertinggi yang berkuasa membuat keputusan dalam menentukan sesuatu dasar. Apa yang perlu kita persoalkan, sila rujuk diSINI. Anda Mampu Mengubahnya.

Senarai 14 Menteri Dan Ucapannya Yang Terpalit Dengan Skandal Intelek

Serangan pembangkang menerusi media maya tidak pernah terhenti, agaknya tak pernah nak berehat ke diaorang ni ? Dah takder kerja lain ke ? Lifestyle ler jarang-jarang, lifestyle kat Myanmar pun ok juga...

Himpunan kata jenaka diatas diambil dari laman Facebook yang turut dikongsikan oleh Prof Agus, menurut Prof Agus:

Saya sering menegur ucapan dan kata-kata pemimpin yang saya fikir tidak sesuai. Saya juga sering memberi pandangan balas kepada dasar kerajaan jika saya fikir itu perlu. Tujuannya ialah supaya kita dapat memperbaiki kekurangan yang ada untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Namun, saya tidak melihat banyak perubahan dari tindakan dan sikap pemimpin. Kata-kata pemimpin dalam memberi reaksi balas kepada bantahan rakyat tentang sesuatu isu selalunya disambut dengan kata-kata yang tidak ‘ministrial’.

Semoganya selepas ini tidak ada lagi kata-kata dan ucapan pemimpin yang mengecewakan rakyat. Berilah ucapan yang lebih sedap didengar dan melegakan hati rakyat.

Intelek rakyat juga perlu dihormati.

Apapun tak semua yang digambarkan itu benar-benar diucapkan oleh Menteri, mungkin sebahagiannya saja yang benar dan diucapkan oleh Menteri, tapi bila persepsi berkenaan sering diulang tidak mustahil semua itu akan dianggap realiti. Itulah pentingnya keintelektualan seseorang yang ingin diangkat menjadi Menteri,  kerana disebabkan seorang dua saja Menteri yang buat ucapan kurang cerdik, akhirnya yang lain pun turut diperhatikan sehingga ucapan yang pada dasarnya bersifat biasa pun akan menjadi luar biasa. Anda Mampu Mengubahnya.

CEO TNB Salahkan @NajibRazak Dalam Isu Kenaikkan Tarif Elektrik

Kenaikan tarif elektrik adalah satu proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan dan tiada kaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, (CEO) Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

"Syarikat adalah adalah ejen pengumpul semata-mata," kata Azman kepada pemberita, selepas menghadiri majlis pelancaran memoir bekas Pengerusi TNB .

"Kenaikan tarif tiada kaitan dengan TNB. Tetapi kami yang dipersalahkan dalam hal ini, " katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan itu adalah perlu bagi proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Tarif elektrik di negara ini telah diselaraskan untuk RM0.0499 per kilowatt jam (kWj) dan akan berkuatkuasa datang dari 1 Jan 2014.

Betul kot apa yang dikatakan CEO TNB tu, TNB tidak ada kaitan dalam isu kenaikkan tarif elektrik, atau dengan kata lainnya, TNB taknak pun naikkan tarif elektrik ni, tapi dah kerajaan yang naikkan TNB tak boleh buat apa-apa, maknanya bukan soal kos berbagai yang perlu ditampung oleh TNB tapi proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Kerajaan tu pulak diketuai oleh siapa ? Pasti semua tahu ia diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi adakah salah Najib ? Bukan... Tapi salah penasihat Najib, kerana antara Najib dan penasihat, penasihat lebih berkuasa. Namun antara Najib dan isterinya, tak tahulah pulak siapa yang lebih berkuasa.

Mungkin kalau nak tahu, pengguna media maya kena tanya dengan Pengerusi Biro Media Baru, Ibdillah Ishak, sebab dia raja Instagram yang ditugaskan secara sukarela untuk menjawab sebarang lifestyle yang bersabit dengan kerajaan dan UmnoBN. Anda Mampu Megubahnya.

Harga minyak naik rakyat tak salahkan  Petronas, tarif elektrik naik.....!!!

Pengerusi BMB @Ibdil Akhirnya Nganga Tunjuk Taring, Syabas @Khairykj

Kehebatan lifestyle Pengerusi Biro Media Baru, Ibdillah Ishak sebenarnya tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak, beliau yang merupakan anak didik kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ini sememangnya dikenali ramai dan sedang diasuh untuk 'kehadapan bersama akar umbi'.

Namun, bumi mana yang tidak ditimpa hujan ? Begitu jugalah dengan beliau, baru-baru ini beliau pernah menggemparkan dunia maya dengan membuat pendedahan mengenai sikap pejuang maya Umno yang dikatakan tidak berjuang secara sukarela sebaliknya mungkin lebih kepada 'rogolpaksa', ekoran pendedahan yang dibuat, beliau dikecam rakus oleh sebahagian besar pejuang maya Umno selama beberapa hari, namun ketegasan beliau tidak berganjak dan memaksa hampir kesemua penyerangnya tunduk akur membisu. :)

Bukan setakat pejuang maya Umno sahaja, malah wartawan tersohor Mazidul Akmal Sidek yang sebelumnya turut mengambil bahagian dengan berpaksikan kelantangan fakta juga dilihat hilang wibawa dengan hanya mengakhirkan muncung pena tanpa noktah SUPERMAN BAKAL TURUN PADANG seterusnya sepi tiada berkhabar.

Dari apa yang berlaku, mungkin ketegasan beliau itulah sebenarnya kredibiliti yang beliau ingin tampilkan, kerana tanpa ketegasan itu mustahil untuk beliau turun padang bertemu dengan 'akar umbi' yang berada di Myanmar dalam misinya memperluaskan pengaruh Umno dinegara berkenaan.

Justeru, pelapis kepimpinan Umno yang lain seharusnya mencontohi Pengerusi BMB sebagaimana zahirnya terciri pada paparan gambar diatas yang diambil ketika beliau sedang berucap dipersidangan Agung Instagram peringkat antarabangsa, selain kredibiliti tersendiri, lifestyle tersendiri itu juga perlu ada dalam usaha memantapkan Umno sehingga keperingkat 'akar umbi'. Kerana 'akar umbi' Umno tidak akan menjadi kuat dengan hanya keperibadian sebenar pemimpinnya, tapi 'akar umbi' Umno hanya akan kuat dengan lifestyle yang digayakan oleh pemimpinnya. Baca juga disini. Anda Mampu Mengubahnya.

Pelik! Malaysia RM15.20, Thailand RM 24.68/MMBtu, Tapi Kenapa Tarif Elektrik Kita Lebih Mahal? @NajibRazak @Khairykj @Ibdil #Lifestyle

Sambutan tahun baru 2014 kali ini akan disambut bersama kadar kenaikkan tarif elektrik sebagaimana yang telah diumumkan baru-baru ini. Kenaikkan itu disebabkan beberapa faktor antaranya peningkatan bekalan gas bersubsidi daripada RM13.70/ bagi sejuta metrik unit thermal British (mmBTU) kepada RM15.20 mmBTU. Harga pasaran bagi gas asli cecair (LNG) berada pada paras RM41.68/mmBTU sementara arang batu pada AS$87.50 (RM280.7) satu tan,  dan 78.60 peratus daripadanya adalah bagi menampung kenaikan harga gas bersubsidi dan harga LNG, manakala 3.4 peratus lagi adalah bagi arang batu.
Sumber: Keetha
Diatas adalah perbandingan kadar tarif elektrik antara negara jiran, berbanding dengan Thailand, bermula 1 Jan 2014, kadar tarif elektrik negara kita adalah lebih mahal.

Sedangkan harga gas bagi sektor elektrik di negara-negara ASEAN seperti Thailand dan Singapura adalah lebih tinggi iaitu RM 24.68/MMBtu dan RM 54.93/MMBtu sementara di Malaysia harga  adalah RM 15.20 MMBtu.

Bagi arang batu ia diimport dinegara yang sama mengikut harga pasaran yang ditetapkan antara AS$85 - AS$87.50 satu tan. Manakala LNG pula PETRONAS telah menyediakan kemudahan mengimport gas asli cecair (LNG) melalui terminal penggasan semula (Regassification Gas Terminal) Sg. Udang, Melaka. Penggunaan gas oleh TNB yang melebihi 1000mmscfd akan dibekalkan daripada RGT Sungai Udang, Melaka pada harga pasaran.

Persoalannya mengapa harga tarif elektrik yang telah diberi subsidi di Malaysia lebih mahal berbanding Thailand ? Walhal pembekal elektrik di Thailand memperolehi harga gas bagi sektor elektrik RM 24.68/MMBtu jauh lebih tinggi daripada TNB RM 15.20 MMBtu. Maklumat berkenaan terdapat di laman Keetha dibawah perkara 'Rasionalisasi Subsidi bahan api dan tarif elektrik di semenanjung'.

Bagaimanapun persoalan ini cuba diajukan kepada Pengerusi Biro Media Baru Instagram, Ibdillah Ishak @Lifestyle, namun dari pagi sampai sekarang masih tak beri apa-apa jawapan, mungkin duk ber-'cocodilly' lah kot, lembap macam ni entah macammana dengan media baru Umno! Hancus!!! Anda Mampu Mengubahnya.
Rujukan:
TNB, Keetha, Wood Mackenzie, The Electricity of Thailand (Egat), Bloomberg, Energy Compass, Energy Information Administration, FACTS Global Energy, Oil & Gas Journal, Petroleum Economist, Platt's Oilgram, Thailandgas, Thailand National Petroleum.

Bukti TNB Tipu Lagi, Pecat Saja CEO TNB! @NajibRazak Tolonglah Jangan Jadi PM Dayus! @Khairykj

Seronok sungguh berniaga dengan kerajaan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ni, untunglah syarikat-syarikat kroni ni semua, selain perniagaan yang dimonopoli, syarikat-syarikat ini berhak untuk kenakan apa-apa caj kepada pengguna yaitu kita rakyat di negara bertuah ini.

Antara syarikat itu ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB), ini syarikat betul-betul MENIPU, kita salah pun dikenakan caj, dia (TNB) salah pun kita juga yang dikenakan caj, apa punya dasar macam ni ?, benar-benar menindas rakyat ! Ini tidak adil dan ia perlu dibantah habis-habisan !!! Najib selaku PM yang sering mendendangkan transformasi pernahkah menilai KPI CEO TNB,  Datuk Seri Ir. Azman Mohd ?

Oleh kerana artikel sebelum ini yang mendedahkan mengenai PENIPUAN TNB terhadap pengguna mendapat perhatian ramai pembaca, rujuk diSINI. Sekali lagi isu berkenaan ingin dibangkitkan kerana pihak TNB menerusi TNB Careline gagal memberikan penjelasan selain membuang pautan masalah ini sebelum sekali lagi ia terpaksa diajukan.
Bagaimanapun, semalam pada pukul 10.43pm, seorang pembaca yang menggunakan akaun Hafidz7170 dalam ruangan komen telah memberikan penjelasan terperinci (menguntungkan TNB) mengenai formula pengiraan tersebut dan menafikan dakwaan saya yaitu 'TNB KENCING PENGGUNA', saya sempat meneliti corak penjelasan beliau dan saya yakin beliau adalah wakil dari TNB, tapi sayang setelah saya menjawab balas penjelasan beliau, saya dapati beliau telah 'delete' penjelasan diruangan komen itu, nak tanya, macam ni ke SOP TNB berstatus GLC ?

Seterusnya, mohon rujuk bil dibawah, jumlah keseluruhan kegunaan dalam tempoh 35 hari ialah 514 Kwh, bulan berkenaan punyai 30 hari, maknanya bil dibaca lewat 5 hari, formula pengiraan yang TNB gunakan hanya meletakkan 33 Kwh pada kadar caj 0.218. Jika penggunaan 35 hari ialah 514 Kwh, apa anda fikir logik kegunaan untuk 5 hari hanya 33 Kwh atau 6.6 Kwh sehari ?

Tidak dinafikan TNB punyai formula pengiraannya sendiri, namun setelah saya kaji secara menyeluruh, saya dapati formula yang digunapakai oleh TNB dalam pengiraan bagi bil yang dibaca lewat kesemuanya merugikan pengguna.

Sedangkan kelewatan membaca bil itu berpunca dari kelemahan TNB sendiri, ia berbeza dengan caj penalti yang dikenakan kepada bil yang tertunggak, kerana caj itu wajar dikenakan kepada pengguna disebabkan masalah bil tertunggak itu berpunca dari kelemahan pengguna. Tapi takkanlah pengguna bayar bil lewat pun pengguna yang kena caj, TNB baca bil lewat pun pengguna juga kena caj ? Adil ke macam ni ?
Lagipun setiap pengguna mempunyai deposit berjumlah RM210.00 yang dipegang oleh TNB, namun TNB tak pernah pula memberikan pulangan faedah hasil dari pelaburan yang dibuat oleh TNB kepada pengguna yang tak pernah tertunggak, kalau deposit RM210 tu diletakkan dalam ASB pun dah beranak pinak dah, sekurang-kurangnya boleh cover caj penalti yang dikenakan bagi bil yang tertunggak.

Untuk makluman pembaca, bil yang dikatakan bawah 20 hengget tu percuma sebenarnya adalah lawak semata-mata, penggunaan hanya 91 Kwh sebulan atau 3 Kwh sehari ni tak relevan kepada pengguna biasa, malah rumah kosong yang tidak diduduki dan langsung tak menggunakan elektrik pun tetap kena bayar (Caj minimum bulanan RM 3), alasan TNB ialah sebab tiada penggunaan, minimum mesti guna sekurang-kurangnya 1 Kwh. Adoiiii, kot-kot mana pun dia cari juga jalan nak sedut....

Ada beberapa lagi perkara yang akan dibangkitkan terutamanya membabitkan PENIPUAN TNB kepada pengguna, diharapkan pihak TNB akan menjelaskan setiap perkara ini dengan cermat, sebagai contoh, kalau nak bagi alasan bil dibaca lewat atau tidak datang membaca bil selama 5 bulan berturut-turut disebabkan masalah yang bersifat 'MUNGKIN' seperti banjir, berpagar, anjing garang dsbnya, persoalan balas kepada alasan itu ialah kenapa BIL AIR boleh sampai seperti biasa ? Kalau banjir adakah pembaca meter air naik sampan, lompat pagar, ada kayu tas ?

Selepas ini saya akan turut sertakan rakaman perbualan antara saya dan pihak TNB yaitu Pn Amira. Kepada pembaca yang turut ada masalah dengan TNB boleh kongsikan masalah anda menerusi email gelombangkick@gmail.com . Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Mat Sabu Tanya @Zahid_Hamidi Bukti Syiah Lepas Ni Gred Terlentang Ke Tergolek ?

Bagi menghadapi golongan syiah dalam memastikan fahaman itu berjaya dibanteras secara menyeluruh, pihak berkuasa sewajarnya mengambil pendekatan berhati-hati dengan golongan itu yang terkenal dengan kaedah takiyah, sebarang pendedahan bukti yang terburu-buru akan hanya memberi peluang kepada penganut syiah seperti Mohamad Sabu untuk bertakiyah membebaskan dirinya sekaligus meraih simpati masyarakat terhadap beliau dan menimbulkan persepsi negatif kepada pihak berkuasa.

Dalam situasi politik negara hari ini, sebarang pembuktian perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira beberapa faktor supaya tindakan yang bakal diambil tidak menimbulkan banyak pertikaian. Maka tindakkan terbaik adalah menggunakan psikologi dengan mengklasifikasikan bukti yang ada dalam meneruskan tindakan susulan.

Lebih-lebih lagi Mat Sabu seorang ahli politik berfahaman Syiah yang cukup licik, biarpun fahaman yang dianutinya itu sudah lama diketahui oleh umum, namun tidak ada sebarang bukti kukuh untuk mengaitkan beliau dengan fahaman sesat itu, dan fahaman sesat syiah adalah berbeza dengan fahaman ajaran sesat yang lain yang lebih bersifat terbuka atau tidak bertakiyah.

Kes Mat Sabu ini samalah seperti kes pengedar dadah yang licik, contohnya, menerusi tangkapan dan soalsiasat yang dibuat oleh polis keatas pengedar dadah kecil-kecilan, kesemua yang disoal mendakwa mengambil dadah daripada Mat Sabu, tapi apabila polis tangkap Mat Sabu, tidak ada sebarang bukti kukuh yang boleh disabit keatasnya, ini kerana Mat Sabu menjalankan aktiviti pengedaran dadah hanya menerusi telefon dengan mengarahkan satu pihak kepada satu pihak yang lain. Oleh kerana kelicikkan itu, maka pihak polis tidak boleh menggunakan kaedah biasa dalam membuat tangkapan, strategi tertentu perlu diatur untuk memastikan suspek terperangkap.

Justeru, melihat kepada tahap pencapaian agresif Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mengurangkan kadar jenayah dinegara ini, kita tidak menolak kemungkinan pihaknya telah membuat risikan dan intipan khas 24 jam sehari selama 3 bulan terhadap rutin kehidupan seharian Mat Sabu, setelah bukti-bukti berjaya dirakam, dikumpul dan diperbincangkan, barulah beliau memulakan strategi dengan mendedahkan perkara itu dari gred ke gred.

Seperti yang diketahui, pembangkang yang mempunyai ramai pakar 'spinner', pakar hak asasi penjenayah dan pesalah, berkemungkinan bukti-bukti gred A hasil dari intipan itu tidak boleh didedahkan secara melulu, kerana dibimbangi isu hak asasi pula akan menenggelamkan isu sebenar yang hendak ditimbulkan seperti terlentang dan tergolek pada rakaman video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.
Awas!!! Mat Sabu Syiah putar alam

Takkan @NajibRazak Tak Tahu ? Transformasi Jadi Retorik KPI Hanya Gimik!

Kebelakangan ini jiwa-jiwa Melayu kian merasa resah diselubungi keselumit sangsi terhadap penularan wabak Ah Jib Gong didalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Dengan apa yang telah berlaku sekarang ini, mungkin ramai yang mula berfikir akan siapa Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya ? Adakah beliau seorang pemimpin Melayu tulen yang membawa wadah perjuangan orang-orang Melayu atau hanya seorang pemimpin berwajah Melayu yang telah di Ahjibgongkan ?

Umum menyedari sudah berapa banyak 'transformasi' yang diumumkan oleh Najib namun setakat ini belum satu pun transformasi yang dilakukan  itu boleh dibanggakan oleh orang Melayu waima penyokong UmnoBN itu sendiri, dan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai ahli Umno telah jemu mendengar ungkapan transformasi retorik yang senantiasa didendangkan oleh Najib.

Buktinya belum sempat untuk dihimpun dan dipersembahkan disini, namun sebahagiannya boleh dilihat semasa Najib membuat ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, dimana rata-rata perwakilan dilihat kurang memberi sambutan positif seperti tepukkan dan sorokkan yang gemuruh disaat Najib mengucapkan kata-kata bersifat transformasi retorik yang memerlukan sambutan seperti itu.

Tidak dinafikan penularan wabak Ah Jib Gong makin membuatkan orang Melayu tidak faham akan halatuju yang ingin dibawa oleh Najib yang sekadar bercakapnya saja bergegar tapi perlaksanaannya semua gagal.

Kenkadang bila terlalu banyak sangat sesuatu perkara berlaku yang bercanggah dengan kehendak dan kepentingan orang Melayu, takkan selamanya rakyat akan menyalahkan penasihat, adakah penasihat  lebih cerdik dan berkuasa dari Najib ? Kalau macam tu apa gunanya Najib ? Takkan Najib ni cina, buta, pekak, bisu dan dayus ? Apa gunanya smartphone ditangan Najib? Pegawai media? SB? kalau perkara yang berlaku melibatkan kepentingan Melayu dan tersebar di alam maya pun Najib tak tahu ?
Mustahil Najib tak tahu ? Tapi... kalau Najib tahu, apa tindakan Najib ? Tiada apa-apa tindakan! Jadi salahkah rakyat jika beranggapan bahawa transformasi Najib hanyalah retorik dan KPI Najib pula hanyalah gimik. Tak selamanya akan relevan dengan alasan menyalahkan penasihat, kerana bukan penasihat yang  diundi oleh rakyat...

Begitu juga dengan pelbagai aneka macam agensi, GLC, program, dan konsultan dalam pentadbiran kerajaan hari ini, berbagai-bagai kementerian sampai bilangan Menteri seramai 36 orang, tu pun tak termasuk penasihat bertaraf  Menteri, mengalahkan Amerika yang hanya punyai 15 saja Menteri.

Melihat dari kepelbagaian yang diwujudkan itu, adakalanya buatkan kita terfikir apakah ia diwujudkan atas dasar kepentingan rakyat atau diwujudkan semata-mata untuk bagi kerja dan projek pada kroni ?. Kerana keberkesanan fungsinya sangat-sangat diragui. Sedangkan duit rakyat berbillion digunakan untuk menampung kewujudan yang berbagai itu.

Hakikatnya rakyat tak kisah dengan apa yang nak diwujudkan atau ditransformasikan itu, PEMANDU, GTP, ETP, KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP, BO, AH, JIB, GOR dan berbagai lagi yang bunyinya sangat eksklusif dan membayangkan kemajuan buat sebuah negara yang maju. Tapi yang tak tahannya, rakyat juga yang kena....Subsidi juga jadi mangsa...

Apakah tujuannya itu mencapai matlamat sebenar sebagaimana yang diumumkan. Sebagai contoh, wajarkah sebuah agensi yang ditubuhkan khas bertujuan membantu usahawan bumiputra tapi bertindak sebaliknya dengan memberi kontrak membekal komputer 1Malaysia kepada syarikat penyapu cinabeng ? Kalau alasan tidak ada syarikat Melayu yang berdaya maju atau tohmahan melayu malas, tiada merit dsbnya, buat apa ditubuhkan agensi untuk bantu usahawan bumiputra ? Isunya bukan soal kualiti komputer yang dibekalkan oleh syarikat penyapu cina, tapi FUNGSI agensi yang tidak selari dengan tujuan ia ditubuhkan.
Kalau dengan cina boleh pula bertolak ansur sampai syarikat penyapu cina pun boleh lulus untuk bekal komputer, nasiblah Melayu....
Selepas ini entah berapa banyak lagi 'berbagai' yang akan diwujudkan buat kroni yang sedang menunggu giliran, bila dah lemas, keringat rakyat yang dipertaruhkan, bila hampir pilihanraya, minta maaf dengan rakyat dan merayu diberikan peluang, itulah makna sebenar transformasi yang boleh difahami setakat ini.

Akhirnya rakyat terbeban menjadi mangsa kepada ketirisan, golongan korporat keparat terus memonopoli perniagaan mengumpul kekayaan, kepentingan korporat keparat terus menerus dijamin kerajaan, marhaen dibawahan pula menangis, merintih mengenangkan nasib badan, kerana tidak menyangka akan mengemis dibumi yang dulunya menjadi tuan. Anda Mampu Mengubahnya.

Isu Syiah: Pas Buat Serangan Balas Terhadap @Zahid_Hamidi Dengan 21 Artikel Dan 1 Video Jawa

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi benar-benar membuatkan golongan Syiah didalam Pas bagai cacing kepanasan, sehinggakan lidah rasmi Pas yaitu Harakah dilihat berhempas pulas dengan menerbitkan 21 artikel atau 5 artikel sehari bermula dari 08 Disember sehingga 12 Disember, rujuk disini, ianya semata-mata untuk menangkis dakwaan Zahid berhubung Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dibuktikan berfahaman syiah.

Tidak cukup dengan artikel, media online rasmi parti itu, TVPas turut menerbitkan semula wayang gambar zaman Soekarno dengan harapan ia mampu menjejaskan kewarganegaraan Zahid, biarpun terlalu lucu dan langsung tidak ada kaitan dengan syiah, Video yang diberi tajuk 'Zahid Balik Kampung' yang memaparkan Zahid ketika ditemubual oleh stesen TV Indonesia bertutur dalam dialek jawa itu boleh digunakan sebagai senjata menyerang Zahid.

Nampaknya Pas begitu ketandusan idea dalam isu syiah ini hingga tak sedar membodohkan diri  apabila menyerang balas Zahid dengan isu jawa. Seolah-olah pada fikiran Pas jawa itu lebih sesat dari syiah. Hahahahahaha. Anda Mampu Mengubahnya.

Kenapa Pas terlalu gelabah ? Tak betul ??? Samanlah !!!

Awang Adek Makin Lantang, Bangkit Beri Amaran Pada Kerajaan Supaya Bantu Kaum Bumiputra

Selepas Pilihanraya Umum 13, Pemilihan Umno serta Perhimpunan Agung Umno, penilaian dari seluruh aspek sebenarnya tidak banyak yang berubah, ungkapan 'Transformasi' dan pemerkasaan ekonomi bumiputra hanyalah sebagai penyedap yang bersifat retorik semata-mata.

Ketika menyedari tsunami cina berlaku, rata-rata pemimpin Melayu Umno mula berniat untuk lebih mementingkan Melayu dan Bumiputra sebagai balasan kepada kesetiaan orang Melayu.

Niat yang baik itu diterima dan tidak dipandang serong oleh orang Melayu kerana menyangka pemimpin Umno benar-benar sudah sedar dan ingin berubah, tapi sayang, bulan berganti bulan dan tahun hampir berganti, Melayu dan bumiputra masih ternanti-nanti...

Biarpun pemerkasaan ekonomi bumiputra diumum, bahangnya tidak pula dirasai malah jauh sekali untuk dibandingkan dengan bahang minyak yang dikurangkan subsidi. Ya, memang benar harga minyak tak naik cuma dikurangkan subsidi, harga gula pun tak naik cuma dimansuhkan subsidi, terbaru tarif elektrik juga tak naik cuma tarifnya diperbaharui.

Namun sudah menjadi lumrah buat seorang yang bergelar insan bilamana tidak lagi miliki kuasa, ia akan berkata benar sekalipun pahit, tapi kebenaran kata-katanya itu akan bertambah retorik dalam keadaannya yang sudah tidak punyai kuasa lagi, menyesal bilamana nasi sudah menjadi bubur tidak berguna lagi, dan hal itu sangat bermakna jika mampu dihayati oleh pemimpin-pemimpin yang sedang miliki kuasa.

"Kejayaan pertumbuhan ekonomi adalah penting, mencapai status negara maju berpendapatan tinggi juga adalah penting, kejayaan Malaysia diantara yang terbaik adalah penting".

"Tetapi memperkasa agenda Bumiputera adalah yang paling penting, ini kerana pertama, Umno adalah parti orang Melayu dan Bumiputera. Maka sewajaranya soal kedudukan dan pencapaian ekonomi orang melayu bumiputera diberi keutamaan" Kata Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Beliau menambah, orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan kumpulan penduduk terbesar di negara dimana hampir 70% dari jumlah penduduk telah memberikan sokongan kuat dalam pilihan raya umum lalu maka sewajarnya jasa mereka dibalas dan kedudukan ekonomi mereka dibela.

"Jadi adalah tragik bahkan satu kezaliman sekiranya kumpulan pribumi yang besar majoriti ini tersisih dari penguasaan ekonomi negara yang sepatutnya menjadi hak milik mereka. Apatah lagi sekiranya masih ramai diantara mereka ini susah dan miskin pada masa negara melakar sejarah menjadi negara maju."jelasnya lagi.

Pada masa sama, Awang Adek turut mengingatkan Umno untuk membela dan memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera sementara masih lagi mempunyai peluang dan kuasa untuk berbuat demikian.

“Disaat yang mencabar ini dengan tekanan globalisasi ekonomi dunia agenda pengusaan pasaran oleh negara besar disamping persaingan sengit dari pelbagai sudut untuk menguasai pasaran tenpatan, survival ekonomi Melayu dan Bumipuetra kini benar-benar teruji.

“Jika tak ditangani dengan baik, jika survival ekonomi tak dapat dipertahankan dalam beberapa tahun akan datang, pada masa akan datang ianya boleh melarat ke survival politik Bumiputera. Sekiranya orang Melayu Bumiputera kecewa dan hampa dengan kedudukan dan pencapaian ekonomi mereka tak mustahil mereka akan tolak Umno satu masa nanti.

"Masa tu nasi sudah menjadi bubur, lautan air mata pun tiada gunanya lagi. Masa itu kita sudah tidak berpeluang lagi dan kehilangan kuasa untuk memperkasa agenda ekonomi bumiputra. Peluang yang masih ada kini janganlah sesekali disia-siakan," tegas beliau lagi.

Pesanan yang punyai makna yang dalam itu harus disedari oleh pemimpin Umno yang ada pada hari ini, kalaulah semangat membantu bumiputra itu wujud disaat memegang jawatan seperti Timbalan Menteri Kewangan, hari ini kita sudah mampu melihat penguasaan ekonomi bumiputra menjadi realiti.

Tapi sayang semangat itu hadir dikala usia politik makin berakhir, oleh itu hanya nasihat dan kata-kata sajalah yang mampu disumbangkan, maka kata berganti kata itulah yang akan terus setia bersama-sama dengan perjuangan politik orang Melayu dinegara ini.

Kesimpulan dari itu, dapat dilihat dimana kebanyakkan pemimpin Melayu hanya akan beridea bernas dan bersungguh-sungguh untuk membantu bangsa setelah tidak punyai kuasa, sebaliknya jika masih berkuasa sama sekampung pun payah nak dibantunya, malah bersikap angkuh dan suka menyalahkan bangsanya kerana dikatakan malas berusaha sendiri, tidak punyai merit dsbnya. (Bukan Awang Adek, pemimpin lain kot) Untuk itu orang Melayu harus sedar nasib yang menimpa bangsa dan terimalah ia sebagai bangsa yang terkenal dengan sifat sabar, beradab, bertolak ansur ditengah-tengah Tsunami cina...... Anda Mampu Mengubahnya.

Ore Bachok tolok sapo ? Tolak BN ko tolak Umno ? Sajo wat bodo nok tanyo !!! Sat dimurih !!!

Alasan Tambang LRT Naik Untuk Kurangkan Golongan Berketiak Hangit

Kenaikkan tambang LRT dan Monorail tidaklah begitu membebankan rakyat secara keseluruhan sebagaimana kenaikkan minyak, gula dan tarif elektrik, lagipun kenaikkan tambang itu perlu secara logiknya, ini kerana semasa pengumuman berkali-kali pengurangan subsidi minyak, mereka tak kecoh nak naikkan tambang, tapi bila umum kenaikkan tarif elektrik baru mereka kecoh nak naikkan tambang, apa kaitannya LRT dan elektrik ?

Mengenai sudah 10 tahun tambang tak naik, itu hanyalah alasan tambahan yang bersifat 'lagipun', alasan utama adalah kenaikkan tarif elektrik, namun jika kerajaan bersedia untuk menampung kerugian yang bakal dialami oleh syarikat Prasarana kerana tidak menaikkan tambang setara dengan kenaikkan tarif elektrik, rasanya syarikat berkenaan tidak ada masalah untuk tidak menaikkan, tapi yang akan tampung kerugian itu adalah duit rakyat, bukan duit rakyat yang menggunakan LRT semata-mata, tapi duit keseluruhan rakyat, sekarang ni pun kerugian terkumpul syarikat berkenaan dah lebih RM700 juta.

Menaikkan tambang pada kadar yang munasabah dan memastikan  syarikat tidak mencatatkan kerugian, ok apa ? Cuma kalau benar kerajaan tak ingin bebankan rakyat, dicadangkan bagi warganegara yang menggunakan perkhidmatan itu secara kerap atau sebagai pengangkutan ketempat kerja, kenaikkan itu dikecualikan dengan pihak syarikat perkhidmatan itu memperkenalkan kad khas untuk mereka.

Kenaikkan tambang itu hanya lebih relevan kepada warga asing yang kebiasaannya sering dilihat gemar menghasilkan aroma ketiak hangit ketika berada dalam suasana kedinginan LRT, aroma berkenaan boleh memuntahkan pengguna lain, jadi kenaikkan itu wajar sebagai caj kepada aroma hangit yang dihasilkan. Anda Mampu Mengubahnya.

Bongkar! Wahai @NajibRazak Lihatlah Bagaimana Cara TNB Telah Menipu Rakyat @Khairykj @Ibdil

Bil diatas menunjukkan bacaan meter dalam tempoh 33 hari, dalam tempoh 33 hari dicatatkan 497 kwh telah digunakan dan caj penggunaan bagi 497 kwh adalah RM154,70. Persoalannya kenapa bil dibaca dalam tempoh 33 hari, kenapa tidak 30 hari ? Jika 497 kwh digunakan dalam tempoh 33 hari, ini bermakna secara purata penggunaan sehari ialah 15 kwh.

Namun tariff  0.218 dibaca sehingga kegunaan 213 kwh bukan seperti had biasa iaitu 200, tariff 0.334 dan 0.400 pula sehingga penggunaan 106 bukan 100, disini mungkin pengguna akan keliru dan beranggapan walaupun bil dibaca dalam tempoh 33 hari, tapi pihak TNB telah meningkatkan juga had penggunaan biasa dari pada 200 kwh sehingga 213 kwh, takkan 3 hari 13 kwh jer ?

Ok jika bil hendak dibaca dalam tempoh 33 hari, sepatutnya tarif 0.218 dibaca sehingga 245 kwh penggunaan bukannya 213 kwh, tariff 0.334 dan 0.400 pula pada had penggunaan 100 kwh seperti biasa bukannya 106, manakala tarif 0.402 akan berkurangan kepada 50 kwh bukannya 72 dan jumlah bil sebenar termasuk caj penalti ialah Rm 148.88 bukannya Rm 154.70. Bezanya adalah pengguna rugi Rm 5.82 sebulan akibat dikencing oleh TNB.

Bil bulan 8 dan 9 pada tempoh bacaan biasa iaitu 30 hari, kadar penggunaan juga lebih kurang dengan bil bulan 6 yaitu sekitar 4++ kwh atau Rm120 - Rm 130.

Bagaimanapun bagi bil bulan 10, bil dibaca dalam tempoh 35 hari dengan kegunaan sebanyak 514 kwh, jika TNB tak TIPU, penggiraan sebenar hanyalah Rm149.05 bukannya Rm 157.12, disini TNB dah kencing rakyat Rm 8.07 sebulan bagi seorang pengguna.
Kesimpulan dari masalah-masalah tersebut, dapat dirumuskan ianya sebagai cara dan kaedah TNB buat untung dengan mengenakan caj kepada rakyat. Sebentar tadi saya telah menghubungi pihak TNB menerusi talian 1300885454 bagi mendapatkan penjelasan mengenai permasalah berkenaan, dibawah adalah ringkasan dialog saya dan pihak TNB.

Saya - Macammana TNB kira (merujuk kepada bil bulan 10) bagi mendapatkan caj kegunaan 233 kwh untuk kadar 0.218, 117 kwh untuk kadar 0.334 dan 0.400 serta 47 kwh untuk kadar 0.402, adakah pengiraan itu berdasarkan jumlah penggunaan sebenar saya selepas tempoh 30 hari atau dalam masa 5 hari ?

Pihak TNB - Tidak, kita (TNB) punyai kaedah dan formula pengiraan sendiri dimana blablablablax/-+=-+/* (pengiraan yang complicated).  Kalau encik nak lebih jelas lagi encik boleh datang mana-mana kedai TNB yang berdekatan.

Saya - Ohh, untunglah TNB kalau macam tu, sengaja datang baca bil lebih tempoh 30 hari kemudian kira pakai formula sendiri dimana formula itu merugikan pengguna walhal masalah ini (baca bil lebih tempoh 30 hari) berpunca daripada TNB bukan pengguna.

Saya - Kenapa TNB tak kira macam ni, ok total kegunaan ialah 514 kwh, 514 kwh dibahagikan dengan 35 hari, maknanya kadar penggunaan sehari ialah lebih kurang 15 kwh, maka 15 kwh darab dengan 5 hari, jumlahnya ialah 75 kwh, dan jumlah 75 kwh itu sepatutnya dicaj pada kadar 0.218. Bukan 33 kwh saja yang dicaj pada kadar 0.218, kemudian 17 kwh padar kadar 0.334 dan 0.400 seterusnya 8 kwh lagi dicaj pada kadar 0.402.

Pihak TNB - Ermmm, yang tu saya tak tahulah..., mungkin encik boleh datang ke TNB berdekatan  bagi mendapatkan penjelasan yang lengkap, selain itu encik juga boleh gunakan perkhidmatan kami yaitu e-service, blablablabla........

Begitulah serba ringkas al-kisah penipuan yang dilakukan oleh TNB apabila bil dibaca lebih tempoh 30 hari, walaupun penipuan melibatkan jumlah yang kecil antara RM5 hingga Rm10 sebulan, namun bagi  blogger sukarelawan #lifestyle @Ibdil seperti saya ianya satu amaun yang besar, RM5 dah lepas untuk 2 kilo gula dibuat kueh dalam masa sebulan.

Apapun yang paling penting bagi sebuah syarikat besar berstatus GLC adalah ketelusan, sepatutnya kaedah yang hendak digunakan oleh TNB itu dikaji supaya tidak ada ruang yang boleh dipertikaikan, malah TNB harus lebih bersikap terbuka dan 'transparent' dalam mewujudkan konsep menang-menang antara TNB dan pengguna. Kaedah pengiraan yang menguntungkan TNB diatas masalah yang berpunca daripada TNB adalah satu contoh sikap tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan kredibiliti TNB itu sendiri.

Kes ke dua yang dilaporkan oleh akhbah Sinar Harian
TUMPAT – Penduduk di Kampung Kedemit di sini kecewa dengan perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila bacaan meter dikira dalam tempoh 45 hari menyebabkan bayaran bil elektrik meningkat bagi bulan November.

Penduduk, Nor Mazalan Ab Ghaffar, sepatutnya bacaan meter dalam masa 30 hari dan kelewatan ini menyebabkan bil elektrik bagi bulan November di rumahnya tinggi kerana dikira pada tarif kedua, ketiga dan keempat yang dicaj berlainan kadarnya.

“Apabila lewat bacaan meter itu menyebabkan penggunaan unit melebihi 300 kWj pada bulan tersebut.

“Semua maklum untuk 200 kWj dicaj sebanyak 0.218 sen/kWj, manakala untuk lebihan 100 kWj seterusnya dikira dengan kadar 0.334 sen/kWj dan lebihan 100 kWj seterusnya dikira dengan kadar 0.40 sen/kWj,” katanya.

Menurutnya, bagi pengguna yang menggunakan lebih 400 kWj mereka terpaksa membayar mahal bil elektrik kerana dikira pada kadar 0.40 sen/kWj.

“Sepatutnya perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya pihak TNB membuat bacaan meter dalam tempoh 30 hari.

“Disebabkan masalah ini bil elektrik pada bulan November di rumah saya dicaj RM140 sedangkan untuk bulan sebelumnya hanya RM80.

Bagi Hatijah Sulaiman, 45, dia terkejut menerima bil elektrik bulan November kerana dicaj sebanyak RM140 berikutan bacaan meter dikira dalam tempoh 45 hari.

Menurutnya, kebiasaannya bil elektrik di rumahnya dicaj sebanyak RM70 hingga RM80 dan disebabkan kelewatan bacaan meter itu dia terpaksa menanggung bil elektrik yang mahal.

“Bagi orang kampung yang sekadar cukup makan, saya rasa terbeban, apatah lagi bulan ini terpaksa menyediakan pakaian anak-anak sekolah kerana tidak lama lagi sesi persekolahan baru akan dibuka,” jelas Hatijah yang mempunyai 10 anak.

Sementara itu pihak TNB ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pada November TNB dalam proses kemas kini jadual bacaan untuk semua pengguna di Tumpat menyebabkan hampir keseluruhan tarikh bacaan meter bertukar.

“Ini hanya untuk bulan November sahaja dan untuk bulan seterusnya jadual bacaan meter hanya dalam 28 hari hingga 31 hari,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun bagi bulan Disember bil elektrik pengguna lebih murah kerana jumlah hari berkurang dan pihak kami meminta maaf di atas kesulitan yang berlaku,” katanya.

Penjelasan: Sebenarnya tak timbul soal bil bulan depan atau seterusnya akan murah kerana jumlah hari berkurang sedangkan sudah dijelaskan jadual bacaan meter hanya dalam 28 hari hingga 31 hari, dan dalam sebulan pun ada 28 hari hingga 31 hari sahaja, jadi jika bacaan meter itu diambil dalam tempoh tersebut, dimana relevannya akan murah? Itu adalah penggunaan sebenar dalam tempoh sebenar, (28 hari - 31 hari) bukannya murah dari kadar biasa, tapi murah dari kadar yang TNB tipu sebelum ini itu saja, melainkan TNB buat bacaan meter pada jangkamasa kurang dari 28 hari.

Disini jelas cara TNB nak perbodohkan rakyat, maksudnya bacaan meter sebelum ini (lebih tempoh 31 hari) adalah cara TNB tipu dan pengguna yang tanggung, penipuan tetap penipuan dan ia tak kan dapat untuk cover bil bulan depan, kerana penipuan tempoh masa bacaan meter itu dimanipulasi dalam cara atau kaedah pengiraan TNB seperti yang dijelaskan diatas. Dengan kata lainnya, tempoh masa takkan mengembalikan apa yang pengguna telah rugi melainkan kaedah pengiraan itu dikaji semula. Anda Mampu Mengubahnya.

Rujuk cara pengiraan  diSINI dan pendedahan seterusnya diSINI.

Ingatlah !!! Mana-mana kerajaan yang melindungi syarikat kroni  yang menipu pasti akan rebah tertumus diguling rakyat.

Dasyat! Benarkah Mangsa Banjir Di Terengganu Rakyat Yang Sedang Kelaparan @Ibdil

Terdahulu syabas buat Datuk Seri Ahmad Said, merujuk kepada laporan Sinar Harian, dimana roti Gardenia diagihkan kepada rakyat yang sedang KELAPARAN, agak dalam bunyinya, perkataan rakyat yang sedang kelaparan itu agak asing disebut disebuah negara maju seperti Malaysia, kebiasaannya kita dengar ia disebut sebagai diagihkan kepada golongan yang memerlukan atau diagihkan kepada mangsa banjir.

Adakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kegagalan agensi kerajaan membantu mangsa banjir sehingga menyebabkan rakyat berada dalam KELAPARAN sekaligus memaksa kuasa 'veto MB digunakan ?

Jika ketidakcekapan pengurusan agensi kerajaan dalam membantu rakyat ketika ditimpa bencana  hingga rakyat kelaparan, ia satu perkara yang membimbangkan dan wajar diperbaiki serta dipertingkatkan, kerana rakyat khuatir jika ia berlaku dinegeri yang tidak punyai Ahmad Said, mungkin rakyat akan mati kelaparan.

Contohnya jika ia berlaku dinegeri yang punyai pemimpin seperti sukarelawan 'superman' yang sedang ber-'lifestyle' seperti dibawah, jangankan dia nak membantu rakyat, orang yang sedang membantu rakyat pun dipanggilnya untuk perbincangan 'poyo' di KLCC.
Kesimpulannya, kelaparan mangsa banjir itu antaranya mungkin disebabkan sikap pentingkan diri sendiri dan 'lifestyle' segelintir pemimpin seperti 'superman' ini, lebih pentingkan perbincangan 'poyo' dari membantu mangsa banjir. Anda Mampu Mengubahnya.
 Jangankan dia nak fikir untuk bantu pejuang maya Umno, nak dinafikan lagi ader....!

Video - Bergegar @NajibRazak Kata 'Lifestyle' Cyber Penentu PRU14, Tapi Tak Tahu @Ibdil Ketua Perang Cyber

 
Mendengar ucapan Presiden Umno mengenai kepentingan media sosial serta dibandingkan dengan kredibiliti Pengerusi Biro Media Baru (BMB), ianya langsung tidak selari dari apa yang beliau ucapkan dengan penuh gegaran pada perhimpunan agung parti itu semalam.

Ucapan beliau itu boleh disifatkan sekadar retorik semata-mata, sedang realiti yang berlaku jauh panggang dari api, apa yang dikehendaki itu ternyata gagal untuk dihayati apatah lagi untuk diterjemahkan oleh barisan kepimpinan beliau sendiri.

Ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno,  Najib menggariskan lima pengisian transformasi UMNO untuk memastikan Barisan Nasional yang ditunjanginya terus kekal memerintah. Salah satu yang digariskan itu ialah 'Mempersiaga jentera transformatif'.

Menurut beliau, UMNO harus sedar bahawa dunia maya atau internet adalah neutral. Malah, pengguna facebook di Malaysia sahaja mencecah 14 juta akaun manakala pengguna telefon bimbit pula mencecah 146 peratus daripada bilangan penduduk Malaysia pada 2013.

Justeru, jentera transformatif UMNO hendaklah menguasai medium baru ini bagi menyampaikan risalah-risalah UMNO, mempertahankan dasar-dasar parti dan kerajaan, serta melawan segala tuduhan, nista yang dilemparkan pembangkang.

Bagaimanapun sedarkah Najib siapa yang mengepalai jentera maya Umno itu ? Jika Najib kata dunia maya sangat penting kerana ia penentu kepada keputusan pilihanraya dan siapa yang menguasai ruang cyber merekalah yang akan berjaya, nampaknya Najib telah meletakkan 'lifestyle' dan masa depan Umno benar-benar didalam kegelapan.

Ini kerana umum menyedari siapakah yang mengepalai jentera cyber Umno yang dikenali dengan 'Raja Instagram' atau 'Cocodilly' aka Ibdillah Ishak yaitu Pengerusi Biro Media Baru, seorang yang kredibilitinya dipertikaikan oleh banyak pihak, antaranya 31 orang blogger, rujuk disini. Anda Mampu Mengubahnya.

#Lifestyle Panglima Perang @Ibdil

Fusss...., boring betul sehari dua ni, nak bidas pembangkang pun chief besau tak bagi, yerlah "Takkan kerja kita itu hari hari membidas pembangkang. Dah takder kerja lain ke" ? 'lifestyle' lah sekali sekala. Anda Mampu Mengubahnya.

kahkahkahkah
kahkahkah
kah
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Video - Pengerusi Sukarelawan Instagram 'Cocodilly' Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Ketika Persidangan Umno sedang berlangsung, kebanyakkan pengamal media baru dilihat hilang tumpuan dalam membuat liputan keatas perhimpunan bersejarah itu, malah mereka lebih tertumpu kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Ibdillah Ishak yang dilaporkan telah mencetuskan kontroversi apabila kenyataannya itu secara jelas menggangu ketenteraman pengamal-pengamal media baru.

Bagaimanapun sudah menjadi lumrah buat seorang blogger dan pengamal media baru untuk pantas bertindak  balas dalam merespon sesuatu isu yang ditimbulkan, akhirnya Pengerusi Instagram 'Cocodilly' menjadi mangsa keadaan apabila dihunus muncung pena bertinta yang lebih tajam dari muncung 'nampak macam cantik jer' (rujuk video dibawah) sebagai balasan diatas keceluparannya itu.
Untuk pengetahuan Pengerusi Instagram 'cocodilly', dalam media baru, khasnya blogger, mereka tidak boleh dikawal atau dikongkong dengan sesuatu peraturan 'poyo' yang lebih kepada syok sendiri,  lebih-lebih lagi idea peraturan 'poyo' itu ditimbulkan dikala kebanyakkan mereka sedang terkapai-kapai berjuang dengan penuh keikhlasan.

Apa yang penting buat seorang pengerusi yang dipertanggungjawabkan keatas BMB, untuk menguatkan jentera maya parti, anda tidak seharusnya bersikap 'mengarah' dengan sesuatu idea 'cocodilly' yang melawan arus seperti 'lifestyle' yang sangat bertentangan dengan kehendak politik semasa.

Tuan Pengerusi juga tak perlu nak tunggu turun padang untuk dapatkan maklumat mengenai permasalahan mereka, atau tunggu nak bikin aplikasi berbagai, permudahkan cara dengan menggunakan aplikasi sediaada.

Senang cerita pasal sukarelawan ni macam nilah, sukarelawan 'cocodilly' yang dulu bukan yang sekarang, kerana 'cocodilly' sebelum 2006 berbezo benor dengan 'cocodilly' 2007, semakin cemerlang, gemilang dan terbilang, boleh kongsi apakah rahsia disebaliknya ?..... Anda Mampu Mengubahnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...