Senarai 9 GLC Bakal Bungkus, Betul Ke Diwujudkan Bermotif Kerugian ? @NajibRazak @ahmadmaslan

Dibawah adalah tersenarai syarikat GLC yang mengikut laporan audit ia mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kesemuanya mencatatkan kerugian sebanyak RM2.446 bilion.
  1. Syarikat Prasarana Negara Bhd
  2. Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC)
  3. Indah Water Konsortium
  4. Kereta Api Tanah Melayu Bhd
  5. Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd
  6. Jaring Communications Sdn Bhd
  7. Inno Bio Ventures Sdn Bhd
  8. Jambatan Kedua Sdn Bhd
  9. Assets Global Network Sdn Bhd
Persoalannya apakah syarikat berkenaan tidak berdaya maju ? Sampai bilakah kerugian ini hendak dikekalkan ? Bila disebut syarikat pastinya urusniaga berlaku, dan bila urusniaga berlaku syarikat perlulah mendapat lebih banyak keuntungan berbanding kerugian, jika banyak kerugian syarikat berkenaan harus dibungkus  atau dijenamakan sebagai pusat kebajikkan.

Andai syarikat besar berkaitan kerajaan pun tidak berdaya saing, bagaimana  kerajaan nak lahirkan lebih ramai usahawan berjaya ? Rakyat biasa bukan main susah nak dapatkan pinjaman perniagaan kerana dikatakan tiada merit, perniagaan tidak berdaya maju dsbnya. Tapi syarikat-syarikat ini selamber jer lenyapkan RM2.446 BILLION, macam tiada apa yang berlaku.

Bayangkan RM2.446 billion itu kalau dibuat Universiti dah dapat 5 Universiti berharga RM500juta sebuah, jadi, dalam soal berjimat cermat, kerajaan tidak seharusnya melihat penjimatan itu daripada subsidi yang diberikan kepada rakyat semata-mata, malah kerugian seperti ini yang patut ditangani segera.
Syarikat Prasarana Negara Bhd
YBhg. Tan Sri Ismail bin Adam
Group Chairman 

YBhg. Dato’ Sri Shahril Mokhtar
Group Managing Director 

Daripada 9 syarikat GLC, Syarikat PRASARANA mengungguli kerugian tertinggi, menurut bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, pertambahan kerugian PRASARANA dari RM367.12 juta pada 2009 kepada RM763.94 juta pada 2011 adalah disebabkan syarikat itu ditubuhkan bukan bermotifkan keuntungan semata-mata.

Tak sangka ada juga  syarikat ditubuhkan bermotifkan kerugian, kalau macam tu sebenarnya tak patut PRASARANA diwujudkan sebagai sebuah syarikat, kalau ia ditubuh sebagai agensi atau pusat kebajikkan bukankah lebih baik, kerana ia tidak akan disebut 'rugi', sebaliknya sedekah ataupun subsidi.

Namun wajarkah RM763.94 juta itu dihanguskan oleh sebuah syarikat yang hanya menyediakan perkhidmatan dikawasan tertentu bukan meliputi seluruh kawasan ? Apakah perkhidmatan yang disediakan itu benar-benar digunakan oleh rakyat tempatan ? Kerugian ini perlu dikaji semula untuk dirasionalisasikan. Kerana kita khuatir warga asing yang lebih ramai menggunakan perkhidmatan tersebut berbanding warga tempatan, sekaligus kerugian itu tersasar dari tujuan sebenar kerajaan menyediakan perkhidmatan awam tersebut.

Sesuatu yang sungguh aneh jika kerugian sebanyak itu tidak boleh dielakkan, malah semakin bertambah, kalau pengurusan yang cekap pasti kerugian tidak akan berlaku.

Jika diamati daripada latarbelakang pengurusan tertinggi syarikat, kerugian yang berlaku ini boleh diandaikan dengan pelbagai faktor, antaranya faktor individu yang mengurus yang turut mempunyai kepentingan didalam syarikat yang lain...., Wajarkah pengurusan tertinggi syarikat GLC mempunyai kepentingan didalam syarikat milik persendirian/perkongsian yang lain ?......

Selain itu, agak membimbangkan juga apabila individu yang pernah menjawat jawatan sebagai CEO disalah sebuah syarikat GLC yang sedang rugi ketika itu dan kini dilantik pula ke jawatan sama disalah satu agensi dibawah JPM yang bertanggungjawab didalam menErajui agenda bumiputera.

Sepertinya perkara yang tidak masuk akal, tapi hakikatnya itulah yang berlaku, gagal menguntungkan syarikat GLC apakah akan berjaya menguntungkan syarikat bumiputera ? Atau syarikat cinabeng juga yang akan untung dan diutamakan ???..... Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau kerugian GLC kerajaan tak berkira, pinjaman untuk usahawan bumiputra pun janganlah berkarenah sangat!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...