Tanpa Transformasi, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Hanya Retorik, Buktinya! @NajibRazak

Pengumuman kerajaan untuk memperkasa ekonomi bumiputera boleh disifatkan sebagai retorik semata-mata tanpa dilihat mempunyai kaedah yang mampu membawa kaum bumiputera ke satu tahap lebih baik.

Biarpun setiap tahun banyak peruntukkan diumumkan bagi membantu golongan usahawan bumiputra, namun tidak ada satu angka yang khusus yang boleh membuktikan peningkatan pencapaian usahawan bumiputera.

Apakah cukup sekadar pengumuman kononnya hendak memperkasakan ekonomi bumiputera ? Sejauhmana usaha kerajaan untuk memperk0sa ekonomi bumiputera itu ?

Jika kerajaan menganggap kebanyakkan orang Melayu tidak berdaya maju, tiada merit dsbnya, apakah kerajaan ingin membiarkan mereka?, sedangkan dengan undi mereka juga kerajaan mampu dibentuk dan Menteri boleh dilantik pada hari ini.

Oleh demikian, kerajaan perlu mengambil tanggungjawab membantu orang Melayu baik dari segi bantuan kewangan dan juga bimbingan. Dari aspek bantuan pinjaman kewangan, Kerajaan dan agensi berkaitan pastinya sedar akan setiap masalah yang timbul bilamana berdepan dengan peminjam khasnya usahawan bumiputera, antara masalahnya yang ering dibangkitkan ialah ramai Usahawan/ Peminjam gagal membayar balik pinjaman. Usahawan/ Peminjam tidak menggunakan wang pinjaman untuk perniagaan sebaliknya membelanjakan sesuka hati.

Ekoran masalah itu, agen pelaksana terlalu berhati-hati dalam meluluskan pinjaman, timbul banyak karenah yang akhirnya menyusahkan golongan usahawan itu sendiri sekaligus hasrat kerajaan untuk memperkasa ekonomi bumiputera juga terus terbantut.
Lantaran demi agama, bangsa dan negara, sudah tiba masanya kerajaan melakukan transformasi  dalam membantu usahawan bumiputera ini, antara transformasi yang boleh dilakukan oleh kerajaan adalah mewujudkan satu badan, koperasi, organisasi atau syarikat bertauliah untuk membimbing usahawan dalam tempoh yang tertentu.

Kerajaan tidak seharusnya menyukarkan permohonan pinjaman, sebaliknya memberikan pinjaman kepada usahawan berserta khidmat bimbingan. Sebagai contoh wujudkan satu koperasi, kemudian usahawan boleh mendapatkan pembiayaan pinjaman perniagaan di koperasi tersebut, dua tahun pertama usahawan perlu dibimbing dan dipantau, dalam masa bimbingan usahawan hanya diberikan gaji, keuntungan perniagaan dua tahun pertama itu diberi kepada koperasi.

Setelah cukup dua tahun dan usahawan benar-benar matang serta berpengalaman, ketika itu barulah perniagaan berkenaan diserahkan 100 peratus untuk diurus sendiri oleh usahawan terbabit, pendekatan seperti ini telah terbukti berkesan dalam melahirkan ramai usahawan yang berjaya, kerana pendekatan itu juga digunapakai oleh koperasi atau persatuan cina dalam membantu kaum mereka.

Maka tidak hairanlah kalau usahawan cina ramai yang berjaya, mereka berjaya bukan kerana mereka lebih bijak dari kita, bukan kerana mereka lebih berusaha dari kita, tapi kerana mereka dibantu oleh kaum mereka sendiri dengan acuan tertentu sehingga mereka punyai rangkaian niaga yang cukup luas.

Bagaimanapun, jika kerajaan masih ditakuk lama dengan mengguna kaedah sama dalam hasrat memperkasa ekonomi bumiputera, hasrat itu tidak kemana, malah ternyata kerajaan tidak bersungguh kearah itu, retorik semata-mata, dan 100 tahun lagi pun ekonomi bumiputera takkan mampu diperkasa selain diperkosa.

Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu terlebih dahulu sedar sebelum rakyat khasnya golongan muda yang berinformasi sedar akan hakikat tersebut, jangan kerana keculasan segelintir pemimpin, kerajaan ini bakal terhukum. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...