Video - Lihat!!! Rosmah Naik Jet, Apa Lagi Rosmah Mahu ?

Hmmm.... Tak habis-habis nak cari pasal dengan Kak Ros, itu hari pasal cincin RM24juta, kecoh si Chegu Bard kehulu-kehilir dakwa ada bukti, tapi akhirnya habuk pun tarak. Begitulah nilai politik pembangkang pada hari ini.

Mungkin ada keistimewaan tertentu Kak Ros yang menyebabkan pemimpin pembangkang ni berkenan nak ambil tahu serba-serbi pasal Kak Ros. Kak Ros shopping apa?  pakai bag apa, cincin apa? gelang apa? naik apa? Tentu rimas kalau siapa jadi Kak Ros?

Bagaimanapun isu ini agak menarik, yaitu tentang Kak Ros isteri kepada Abang Jib PM Malaysia, hadir di Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 dengan jet penerbangan yang menelan belanja RM470,000. Selanjutnya rujuk di Din Turtle.

Pada mulanya saya membayangkan Kak Ros berkata kepada Abang Jib "Abanggg....minggu depan baby nak ke Qatar, nak poei shopping, boringlah asyik shopping dalam negara jer". Kemudian Abang Jib pun jawab, "Emm, pergilah baby, tapi jangan lama-lama sangat, rindu pulak i, nanti i cakap dengan Pak Mat pilot ambil kunci jet untuk bawa baby ke Qatar ya".

Tapi setelah meruangkan masa untuk memahami isu, rupanya ia tidaklah semudah dan seburuk yang disangka dan dibayangkan, kerana, pertama Kak Ros bukan pergi shopping, tapi menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar, kedua, Kak Ros bukan minta jet macam isteri kita minta kereta kemudian kita bagi kunci sesenang macam tu jer, tapi pergi dengan jet tu setelah dibenarkan oleh jemaah menteri menerusi perbincangan yang dibuat dengan menimbang beberapa perkara yang melibatkan kepentingan kepada negara.

So citernya bukan masalah gula atau kencing manis, bukan juga pasal bisa ular, tapi lebih kepada menarik pelabur asing datang melabur, kalau belanja modal RM 10 juta tapi negara dapat untung RM 10 billion apa masalahnya ? Macammana nak dapat untung rujuk di MIK.

Isu macam ni sangat memalukan, kalau tahu kat Tok Sheikh arab pun mereka gelak, sedangkan dunia khasnya golongan wanita sangat menghormati Kak Ros, wanita dunia cukup berbangga dengan pencapaian beliau, diatas sebab itu jugalah beliau dijemput khas untuk berucap di persidangan perniagaan berkenaan yang dihadiri delegasi lebih dari 39 buah negara.
Nak berjimat sekalipun kenalah bertempat, penampilan perlu ada, kalau selekeh dan tak senonoh macammana pelabur nak yakin dengan kita, Kak Ros ni isteri PM Malaysia, bukannya anak Menteri Besar yang zuhud, kalau anak Menteri Besar yang zuhud lagilah... rujuk di RBF Online
Kak Ros sedang berucap dihadapan kenamaan
Pak Syeikh dan Mak Syeikh khusyuk mendengar ucapan Kak Ros
Patutnya kita rakyat Malaysia merasa bangga punyai Kak Ros yang turut membantu PM untuk memajukan negara dan memperkenalkan Malaysia di persada dunia, rakyat harus cekap dalam menimbang sesuatu isu yang dibawa oleh pembangkang, cukuplah pengalaman lalu mengajar kita akan persepsi dan fitnah yang cuba dibawa oleh puak pembangkang.

Semua perkara Kak Ros buat serba tak kena, sampaikan Kak Ros duduk sebelah LCW pun dijadikan isu biarpun ia langsung tak melibatkan wang negara. Bayangkan gara-gara duk kalut pasal Kak Ros, Pak Anu yang eksekutif pun dah jadi macam Joyah kepoh. Kahkahkah, dulu Pak Anu syok jer duk citer pasal ekonomi berbagai, tapi sekarang meroyan duk mengumpat pasal Kak Ros, kahkahkah, kalau Barrack Obama dengar pun gelak dengan Pak Anu ni.

Namun bila kebenaran itu tiba, Pak Anu yang sebelumnya lantang pun akan tidak mengaku memfitnah Kak Ros beli cincin RM24 juta, lihat video dibawah.

"Beli cincin apa?, pandai kamu, depa tu kata aku yang kena, ahhh jangan main-main, Najib boleh tahan lagi Rosmah jangan main-main, Chong Wei nikah pun dia duk tengah......"

Begitu juga dengan isu jet ini, bila pelabur datang, negara untung berbillion, jangan pelik jika Pak Anu dan pemimpin pembangkang akan kata "Kalau untung tak apalah, kita bukan apa, kita takut bazirkan wang rakyat jer, kita bertanggungjawab sebab rakyat pilih kita". Kahkahkah, jadi tak pasal-pasal buang masa dengan isu ini. Anda Mampu mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...