Keputusan Terkini PRK Sungai Limau

Menurut kiraan tidak rasmi sehingga pukul 8 malam, PAS memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi.

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat diumumkan mendapat 12,069 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan 10,985 undi.

Seramai 23,249 daripada 27,222 pengundi berdaftar selesai melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

Menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah sebanyak 85.5 peratus.

Jumlah berkenaan berkurangan daripada sasaran SPR yang menjangkakan peratus keluar mengundi adalah sebanyak 90 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, sejumlah 24,406 orang atau 89.3 peratus pemilih keluar mengundi di DUN Sungai Limau.

PRK DUN Sungai Limau ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN mempertaruhkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim manakala PAS diwakil Mohd Azam Abdul Samat.

SPR menjangkakan keputusan pilihan raya kecil ini dapat diketahui selewat-lewatnya pukul10 malam Isnin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...