Video - Tuan Rumah VS Penyewa

Beginilah karenah yang berlaku antara tuan rumah dan penyewa apabila pihak tuan rumah bertindak ala samseng untuk menghalau penyewa.

Peristiwa yang berlaku di Kampung Kedai Lalat, Kota Bharu Kelantan beberapa hari lalu memaksa pihak penyewa untuk akur biarpun dalam keadaan ketidakadilan yang harus dilaluinya.

Sikap tuan rumah yang enggan membawa penghulu dan Imam untuk mengadili keadaan ini sangat mengecewakan, usia dan kopiah tidak membuktikan kebenaran yang dibawa malah kezaliman dan penindasan jua yang diwarisi daripada ajaran yang diterapkan oleh ketuanya di Pulau Melaka.

Ringkasan :

1.) Tuan rumah memberi sewa dengan kadar sewa RM250 sebulan untuk sebuah rumah, pada masa sama sebuah bilik masih tidak dikosongkan sedangkan sebelumnya berjanji untuk mengosongkannya, keadaan ini berlarutan hampir setahun sehinggalah penyewa diarah untuk berpindah.

2.) Dalam bayaran sewa masih berjalan tanpa sebarang tunggakan, pihak tuan rumah sesuka hati memasuki rumah dan mengunci bilik tersebut tanpa langsung memikirkan hak serta maruah penyewa.

3.) Kejahatan tuan rumah lebih terserlah apabila arahan pindah dibuat selepas mendapati bekalan air bersih tidak bermasalah lagi disamping keadaan rumah dan kebun diselenggara baik oleh penyewa.

4.) Notis pengosongan hanya bertempoh dua minggu, malah belum lagi cukup bulan sebagaimana kadar sewaan, tuan rumah muncul untuk menghalau penyewa.

Selain itu sikap tuan rumah yang hanya menghantar wakil yaitu kakaknya tanpa beliau sendiri hadir untuk berbincang dengan penyewa juga sangat dikesalkan.

Bagaimanapun sebagai orang tua seharusnya menjadi benar-benar orang tua jika harapkan orang muda menghormatinya. Orang tua tidak wajar menggunakan tuanya untuk mendapat simpati dibalik penipuan yang telah mengzalimi orang muda.

Dalam batas waktu yang tertunda, Sabtu ini kedua pihak bersetuju untuk bertemu sekali lagi,  diatas nama kebenaran, yang hak wajib tertegak, bukan kerana kebendaan, tapi kerana tuntutan kepada keadilan yang dituntut didalam Islam. Anda Mampu Mengubahnya.

Budak Hilang Dalam DUN Sendiri Pun Nik Aziz Tak Tahu

KOTA BHARU – Akibat kemiskinan hidup, sebuah keluarga terpaksa mempertaruhkan anak lelakinya seusia 12 tahun demi meneruskan kehidupan dengan menjaja kuih, namun agak malang apabila anak lelakinya itu dilaporkan hilang hampir sebulan lalu setelah tidak pulang ke rumah selepas keluar menjaja kuih.

Ibunya, Mazhamizan Mokhtar berkata anak keduanya, Mohd Zafran Fakhrullah Zulkarnaim tidak pulang ke rumah sejak 5 Januari lalu selepas menjalankan kegiatan rutinnya menjual kuih yang dibuatnya menggunakan basikal di sekitar Pengkalan Chepa.

Mazhanizam berkata, biasanya walaupun menjual kuih sehingga lewat malam dia akan pulang ke rumah terlebih dulu sebelum berjumpa dengan rakannya-rakannya mahupun bermalam di rumah kenalannya.

“Dia membantu saya menjaja kuih dengan basikal dan akan pulang seperti biasa jam 10 malam atau 11 malam, namun pada hari kejadian, sehingga jam 1 pagi, Zafran masih tidak pulang ke rumah.

Mazhamizan memberitahu, dia menjadi bertambah bingung kerana anak kedua daripada empat beradik itu mengingati nombor telefonnya dan akan memaklumkan kepadanya jika pulang lewat mahupun sebaliknya.

Malah lebih menyedihkannya apabila anaknya itu tidak sempat menemui bapa kandungnya yang meninggal dunia selepas dua minggu dia menghilangkan diri.

"Saya usaha mencari di rumah rakan-rakan tetapi mereka memaklumkan tidak pernah berjumpa dengan Zafran. Jadi kami nekad meletakkan gambar Zafran di kedai-kedai kopi dan merata tempat. Sehingga hari ini tidak ada yang tampil berikan maklumat jadikan saya semakin takut," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, pada mulanya dia ingatkan anaknya itu ada di rumah saudara-maranya namun selepas 10 hari gagal menemuinya dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

“Saya hanya bermimpi yang anak saya kini dibawa jauh dari sini. Saya mahu melihat dia cemerlang dalam pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini,” katanya.

Murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Chempaka itu, mempunyai parut di sebelah kiri pipi, berkulit gelap dan mana-mana individu yang pernah melihatnya diharapkan boleh menghubungi ibunya di talian 0129559671 dan 0129556672 dengan segera.

Tidak terfikirkah rakyat Kelantan yang dambakan syurga daripada Pas akan hakikat sebenar yang berlaku ini, apa maknanya seorang kanak-kanak berusia 12 tahun turut terpaksa membantu keluarga mencari rezeki sehingga jam lewat malam. 

Kes yang berlaku ini adalah didalam DUN yang diwakili sendiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun kita yakin Nik Aziz pasti tidak tahu akan hal ini kerana sibuk mengira untung hasil menggadai tanah dan menjual balak di Ulu Kelantan.

Kemunduran negeri dari aspek pembangunan yang bermanfaat kepada rakyat menjadikan derita seumpama ini akan terus menjadi barah, kelembapan otak pemimpin Pas setakat hari ini tidak menunjukkan tanda-tanda dimana rakyat Kelantan akan menikmati kehidupan yang lebih baik jika masih memberi peluang kepada Pas memerintah. Anda Mampu Mengubahnya.

Tak Cukup 15, Tun Mahathir Tambah Lagi 50 Dalil Kepada Nik Aziz Mengenai Islam, Umno Dan Pas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tiadalah kerugian sedikitpun jika meluangkan masa bagi menghayati makna sebenar disebalik hujah yang dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ini terhadap segala tuduhan yang dibuat oleh Nik Aziz dan Pas. Sungguh jelas, terang dan bersuluh...

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; “Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, “Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); “Innamalmukminu na ikhwana…” iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, “maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); “Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai…”

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai “baca”. Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta’ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

Kafirkan Umno - 15 Jawapan Tun Mahathir Kepada Nik Aziz

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO. Allah Maha Kaya.

2. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, “Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini”. Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, “apa nama kerja ini”. Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

3. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan. 

4. Tetapi sebelumnya dia mendakwa “sokong PAS ertinya sokong Islam”. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – “Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah”.

5. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap “sokong PAS” baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

6. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.
 
7. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

8. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

9. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

10. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

11. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

12. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

13. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

14. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

15. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.
 
Tun Dr Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Nasaruddin Dipecat Atas Arahan Israel

KOTA BHARU - Pas tidak nampak cabaran yang akan dihadapinya jika bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyokong parti politik lain.

"Sebagaimana orang bercerai laki bini, tidak apa yang mencabarnya jika sesuatu pasangan itu ditakdirkan berpisah," kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita ketika melawat pusat perusahaan madu lebah kelulut Min House Camp di Kampung Pulau, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kedudukan bekas pemimpin nombor dua Pas itu jika menyertai parti lain selepas Nasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok, digugurkan daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas.

Tindakan itu dipercayai diambil selepas Nasharuddin pulang daripada mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

Semalam, dilaporkan Nasharuddin berkata beliau tetap akan terus memperjuangkan Islam walaupun tidak lagi menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Maknanya selantang Karpal Singh menolak negara Islam, berdosa besar lagi mengikuti Perdana Menteri ke negara Islam untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat negara itu.

Apa dosa Nasaruddin sehingga beliau dipecat ? Adakah dia menolak HUKUM ALLAH yang diperjuangkan oleh Pas ? Lebih suci Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lagikah daripada Nasaruddin ?

Sungguh berdukacita buat umat Islam, atau adakah arahan daripada DAP yaitu sekutu PAP dari Singapura supaya memecat atau mengambil tindakan terhadap pemimpin yang membantu negara Islam itu atas sebab hubungan intim Singapura dan Israel.
 
Kemungkinan ada berlaku keadaan seperti itu, kerana kita tahu, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak akan membantu negara Islam seperti Palestin melainkan orang yang dipecat seperti Nasaruddin.

Sukar untuk diterima jika Pas boleh bersekongkol dengan pemimpin DAP namun pada masa sama memecat pemimpin semacam Nasaruddin. Anda Mampu Mengubahnya.

Pemimpin Yang Sekat Ni Tak Patut Jadi Pemimpin ?

TOK BALI - Surirumah mendakwa perancangan pembinaan rumah menerusi Skim Rumah Mesra Rakyat disekat pemimpin setempat, walaupun permohonan sudah mendapat kelulusan pada Jun tahun lalu.

Juliani Harun, 34, berkata, dia menerima surat kelulusan bertarikh 18 Jun 2012 dan sudah menyerahkan geran tanah sebagai cagaran.

Dua minggu lalu katanya, kontraktor pembinaan menghantar sejumlah kayu ke tapak rumah yang menunjukkan projek itu berjalan dengan baik.

“Saya hairan kerana bahan binaan lain tidak dihantar, kontraktor kemudiannya memberitahu bahawa projek itu tidak boleh diteruskan kerana ada sekatan.

“Tidak lama selepas itu, saya diberitahu perlu membuat permohonan semula dengan alasan permohonan dahulu dibuat di mukim lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Haji Wan Omar dekat sini, semalam.

Juliani berkata, dia yang kesal dengan sekatan tersebut membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku kelmarin.

Katanya, permohonan Rumah Mesra Rakyat dibuat sejak 10 tahun lalu, pada mulanya tidak diluluskan kerana dikatakan ada kesilapan mengisi borang.

“Saya membuat permohonan semula dan gembira kerana akhirnya diluluskan tapi agak mengecewakan apabila projek ini disekat,” katanya.

Juliani bersama suami dan tiga anak kini menumpang rumah neneknya bersebelahan tapak rumah yang dipohon untuk pembinaan rumah tersebut.

“Saya berharap pihak berkenaan menyiasat perkara ini dan meneliti kedudukan sebenar kerana ia tidak sepatutnya dihalang dengan begitu mudah.

“Saya juga mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri, lagipun Rumah Mesra Rakyat disediakan kerajaan kepada rakyat yang tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan sekali gus untuk membina rumah seperti saya,” katanya - Sinar Harian
 
Pemimpin bengong mana yang sekat ? Itu tidak layak untuk jadi pemimpin, tidak kira daripada mana-mana parti sekalipun pemimpin itu tetap bengong jika benar menyekat pembinaan rumah mesra rakyat tersebut tanpa sebarang alasan yang adil dan munasabah. WAJIB tolak parti yang diwakili oleh pemimpin bengong sedemikian rupa.

Karenah sebegini tidak seharusnya berlaku didalam gelombang politik hari ini, dikala pemimpin dan parti sedang berbuat baik dengan rakyat, masih ada lagi pemimpin yang tetap tidak insaf untuk meneruskan kejahatan, jadi rakyat perlu ajar pemimpin seperti ini.

Jangan berasa takut selagi berada di pihak yang benar, kuasa sebenar ditangan rakyat, pemimpin hanya akan tersengih-sengih ditepi jalan sekiranya ia tidak dipilih untuk jadi pemimpin, negara sangat berdukacita jika terpimpin oleh pemimpin seperti itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz Dakwa Wanita Kena Cerai Sebab Bermasalah, Termasuk @abby_abadi112 Ke ?

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan semua wanita yang menjadi janda akibat diceraikan suami semuanya dikalangan golongan wanita yang bermasalah.

“Saya tidak suka sebut keburukan orang lain. Awak fikir sendiri mana boleh seorang suami ceraikan isterinya kalau tidak ada masalah.

Kenyataan itu dibuat ketika mempertahankan pendirian Pas berhubung pemecatan terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sekaligus dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura.

Nik Aziz juga mahu semua pihak memikirkan sendiri perbuatan dan sikap pemimpin itu terhadap Pas selama ini.

"Semua benda kena ikut kaedah, kalau di syarikat pekerja boleh dibuang jika buat hal, begitu juga pemain bola sepak boleh juga dibuang kalau tidak tunjuk prestasi baik, ini lebih-lebih lagi kalau bercakap soal Islam, lagi kena cermat," katanya di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan Nasharudin digugurkan dari jawatan Majlis Syura, setelah didapati melanggar peraturan-peraturan berjemaah seperti yang ditetapkan parti.
 
Pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas itu jelas menunjukkan sikap sebenar parti yang memperjuangkan Islam, jawatan bekas Timbalan Presiden adalah satu jawatan kedua tertinggi didalam parti, individu yang memegang jawatan itu pastinya orang penting didalam menentukan hala tuju sesebuah parti, maka bagaimana boleh kita fikir orang sepenting itu boleh dipecat?

Satu keadaan yang sangat luar biasa, apakah perjuangan parti yang memperjuangkan Islam sanggup membuang orang yang mengucap dua kalimah syahadah demi kaum kafir yang jelas menentang dasar Islam, atau adakah bekas Timbalan Presiden Pas itu menentang perlaksanaan hukum hudud sebagaimana yang ditentang oleh Karpal Singh. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau ikut teori Nik Aziz, Abby Abadi pun bermasalah juga, patutlah diceraikan suami, selalunya orang yang bermasalah turut akan pilih parti yang bermasalah.

Nik Aziz Potong Kek Sambut Hari Lahir Di Rumah Karpal

SHAH ALAM - Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.

Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya dipetik Harakah Daily.

Pada konvensyen 19 Disember 2009, Nik Aziz menyifatkan "di dada Karpal Singh ada bulan" dengan merujuk kepada lambang Pas adalah bulan, pada jaket khas dikenakan pemimpin DAP itu.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama PR.

Sebelum Nik Aziz berucap, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen 2009 mencatat satu sejarah baru politik negara.

Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani. -Sinar Harian

UiTM Bakal Bina Kampus Baru Di Lundang

KOTA BHARU - Kerajaan Pusat sudah mengenal sebuah kawasan di Lundang sebagai lokasi pembinaan kampus baru bagi menempatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Bharu.

Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, perbincangan lanjut mengenai tapak seluas kira-kira 5.6 hektar itu akan dibuat minggu depan.

“Perbincangan itu untuk mencari kaedah supaya kita boleh memulakan kerja-kerja asas supaya kita dapat buat dengan segera,” katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan 2013 kepada ibu bapa dan pelajar Sekolah menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) di sini, semalam.

Mengulas mengenai tapak sedia ada, Mohamad Fatmi berkata, ia terpulang pada pengurusan universiti itu sama ada untuk mengekalkan atau sebaliknya.

“Saya rasa ia kekal sebab UiTM satu jenama yang cukup popular dan amat diminati pelajar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fatmi yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, perbincangan berhubung projek perumahan rakyat di Kota Bharu juga akan dibuat minggu hadapan bagi membolehkannya memulakan pembinaan secepat mungkin.

“Selama 22 tahun tidak ada projek perumahan di sini, walaupun sebenarnya ia dinantikan rakyat, dan ini berita paling menggembirakan warga Kota Bharu,” katanya demikian ketika mengulas berhubung salah satu daripada tujuh janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Barisan Nasional diberi mandat mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, untuk peringkat permulaan beliau akan cuba melaksanakan pembinaan 1,000 berbanding 3,000 unit yang diumumkan Perdana Menteri.

Selain pembinaan kampus bandar UiTM dan perumahan rakyat, ia juga akan melibatkan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baru, dan masjid terbesar, di samping projek mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, serta menyelesaikan masalah air. - Sinar Harian

Ekonomi Rakyat Kelantan Diukur Menerusi Berhutang Di Kedai Runcit - Politik Assobiyah

Kekuatan kuasa beli dan permintaan domestik di negeri Kelantan dapat dilihat daripada beberapa pemerhatian terhadap aspek sosio-ekonomi yang melatari kehidupan harian rakyat Kelantan seperti berikut:

1. Tunai dan Emas – Urusniaga jualbeli dalam bentuk tunai yang tinggi adalah petanda utama dalam mengukur kekuatan ekonomi rakyat Kelantan dan turut menyumbang kepada merancakkan aktiviti perniagaan kecil dan sederhana di Kelantan.

Amalan berhutang di kedai runcit amat jarang diamalkan di Kelantan, apatah lagi transaksi jual-beli menggunakan kad kredit sebagaimana menjadi amalan biasa warga kota yang dihimpit beban sara hidup yang tinggi.

Transaksi tunai yang rancak ini sekaligus menjadi pemangkin kepada budaya berniaga di kalangan rakyat Kelantan apabila permintaan terhadap barangan sentiasa tinggi, samada barangan runcit mahupun makanan.

Di samping itu, budaya pemilikan emas di kalangan wanita Kelantan bukan sekadar untuk tujuan perhiasan dan kecantikan, tetapi turut menjadi perantara nilai ekonomi sesama mereka, khususnya dalam urusniaga pajak-gadai dan pinjaman modal.

Ini dibuktikan dengan prestasi perniagaan pajak-gadai Islam oleh Ar-Rahnu, di samping rekod jualan dinar dan dirham Kelantan yang kian meningkat, malah menjadi pemandangan biasa untuk melihat peraih-peraih emas berniaga di pasar-pasar, duduk sebaris dengan penjual kuih-muih dan sayur-sayuran.

2. Tanah dan Rumah – Rakyat Kelantan secara umumnya lebih mengutamakan perbelanjaan untuk pemilikan aset kekal.

Daripada urusniaga pembelian tanah (atau pecah lot) yang amat popular di Kelantan serta aktiviti pembinaan dan pembelian rumah di kawasan bandar mahupun di luar bandar, sehinggalah kepada sekecil-kecil pemilikan aset seperti haiwan ternakan yang biasanya akan dijual untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak.

Aset-aset utama seperti rumah banglo dan premis perniagaan menyaksikan lebih 70% pemilikan di tangan anak jati negeri Kelantan, situasi yang jarang berlaku di negeri-negeri lain.

3. Bank dan Tabungan – Kewujudan banyak cawangan bank di daerah kecil seperti Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang adalah menarik untuk dikaji dan dibandingkan dengan situasi di daerah kecil yang setaraf di negeri lain.

Ini kerana, bagi daerah sebegini yang aktiviti ekonomi di kalangan penduduknya adalah terhad dan sering disinonimkan sebagai daerah termiskin, kewujudan lebih daripada tiga cawangan bank komersial utama seperti Maybank dan CIMB, mahupun bank berorientasikan masyarakat seperti BSN dan Bank Pertanian di daerah ‘mundur’ sebegini menjadi penanda aras terhadap tahap tabungan dan simpanan modal di kalangan rakyat Kelantan.

Situasi yang lebih rancak pula dapat dilihat di bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah yang menyaksikan urusniaga dan transaksi perbankan di kalangan rakyat adalah amat tinggi, di tambah dengan pembukaan cawangan bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam, tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Inilah sebahagian daripada pemerhatian ringkas terhadap aspek sosio-ekonomi yang telah menjadi budaya di kalangan rakyat Kelantan, dan ia merupakan pemangkin utama kepada kekuatan kuasa beli dan dayatahan ekonomi negeri Kelantan.

Rezeki yang diperolehi biarpun nampak sedikit, tetapi ia lebih dari mencukupi untuk menampung kehidupan sehari-hari, buat bekalan di kemudian hari.

Kebaikan dan kebajikan yang bertambah-tambah, itulah barakah, dan inilah kekuatan dan keunikan ekonomi negeri Kelantan Darul Naim.

Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Membangun Negara Berkebajikan.
26 Januari 2013 -
Disunting dari Harakah

Pembohongan dan dakyah terbesar sekian lama seperti inilah buatkan rakyat Kelantan terus dibuai dengan keasyikkan syok sendiri yang didalangi oleh kepimpinan Pas. Ia hanya bertujuan untuk memupuk semangat assobiyah  dikalangan anak Kelantan untuk banggakan negeri sendiri yang secara langsung memberi keuntungan kepada Pas selaku Kelantan dibawah kepimpinan Pas.

Hakikat sebenar indah khabar dari rupa, Gk yakin Pengarah Kajian Polisi DPPM itu beretorik semata-mata tanpa fakta yang jelas. Jika ekonomi rakyat Kelantan diukur melalui kuasa membeli sahaja, hendak kita berikan contoh yang sangat mudah sebagaimana yang dikuatkan oleh Nik Aziz pada rakaman video dibawah,  

Perokok misalnya, adakah anda mengjangkakan perokok itu punyai sumber kewangan yang kukuh sehingga menjadi seorang perokok dan turut mempunyai kuasa membeli rokok, sedangkan perokok berkenaan tetap membeli rokok walaupun terpaksa meminta sedekah daripada Nik Aziz. Dengan meminta wang daripada Nik Aziz untuk membolehkan ia membeli rokok, adakah ia dipanggil kuasa membeli yang disebut sebagai penanda aras ekonomi rakyat Kelantan ?

Kenapa rakyat Kelantan jarang menggunakan kad kredit ? Jawapannya, sebahagian besar dari mereka tidak ada kad kredit, untuk memiliki kad kredit seseorang itu perlu punyai bukti kewangan yang ditetapkan oleh pihak bank, dan rata-rata rakyat Kelantan yang bekerja di sektor swasta yang pendapatannya antara RM350 hingga RM900 itu mustahil untuk memiliki kad kredit.

Kalau Pengarah Kajian Polisi DPPM sekadar kaji duk dalam air-cond tu rasanya tak layak nak bagi perincian mengenai perkara ini, harus turun padang kalau nak buat kajian untuk jawapan yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Banyak perkara yang perlu dikaji, bukan sekadar melontar pandangan berdasarkan fakta yang tidak konkrit demi kepentingan politik.

Video - Husam: "Saya Cabar Mustapa Mohamad, Dia Bukan Menang Dengan Undi Rakyat"

Selepas kegagalan demi kegagalan yang dilalui didalam umpan projek untuk PRU 13, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kelihatan bingung setelah tarikh sebenar PRU 13 tertunda dari tarikh yang diramalkan oleh beliau sehingga segala projek yang diumumkan oleh beliau tersasar dan meninggalkan batu asas 'tercacang-cacang'.

Akibat dari itu beliau tanpa sedar telah menyatakan cabarannya kepada Ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamad bahawa MP Jeli itu memenangi PRU 12 yang lalu bukan sebab undi rakyat sebaliknya ia adalah undi tentera.

" Mustapa Mohamad, saya boleh cabar dia, dia bukan menang dengan undi rakyat, tetapi dengan undi tentera, bukan kita tak percaya tentera, sistem yang diatur dulu, bukan tiap-tiap individu tentera yang datang mengundi, tetapi diarahkan beberapa belas puluh orang mengundi bagi pihak tentera dalam banyak keadaan, walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu pengundian lebih terbuka", kata Husam beberapa hari lalu dalam satu forum bertajuk  "PRU- 13, Kuasa dan Penglibatan Rakyat" di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Namun disebabkan rakyat Kelantan sudah dianggap TERLALU BODOH oleh Husam sehingga beliau berani untuk menyatakan fakta yang salah mengenai perkara itu, bahkan bukan perkara itu saja, malah beberapa projek 'kencing atas darat' pun turut ditaburinya melepasi batas waktu yang sepatutnya.

Bila disebut Mustapa Mohamad bukan menang dengan undi rakyat tapi menang dengan undi tentera, ini bermakna majoriti kemenangan Mustapa adalah mengikut jumlah bilangan undi pos, secara logiknya bilangan undi pos mesti setara atau melebihi majoriti yang dimenangi oleh Mustapa.
Namun bagaimana jika majoriti yang dimenangi oleh Mustapa yang berjumlah 4436 itu melebihi undi pos ? Adakah Mustapa boleh disebut menang dengan undi tentera ?

Ini kerana di Parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997 undi pos keseluruhannya, dalam Dun Bukit Bunga 1,554, Dun Kuala Balah 1,149 dan Dun Air Lanas 294.

Maka bagaimana Husam boleh kata Mustapa menang dengan undi tentera ? Adakah angka 2997 undi pos itu lebih banyak daripada 4436 angka majoriti kemenangan ? Andainya semua 2997 tentera mengundi Pas, Mustapa masih mampu menang dengan majoriti sebanyak 1439 undi, jadi dimana asasnya tuduhan Husam bahawa Mustapa menang dengan undi tentera dan bukannya dengan undi rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

"Husam menang dengan undi kambing Jamnapari"

Video - Nik Aziz Naik Angin Rakyat Minta 'Pitis'

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kebanyakkan rakyat Kelantan bersifat seperti peminta sedekah apabila sering meminta duit dari beliau, menurut Nik Aziz seolah-olah duit yang diminta dari beliau itu adalah duit yang disimpan peminta sedekah.

"Bukan setakat minta 'pitis jah, bangun pagi, Tok Guru minta pitis, senang.....macam pitis dia taruh (simpan), tapi takder arahlah, kita bagi (apa boleh buat), dalam seminggu hanya sehari dua yang tak minta pitis".

Terdahulu Nik Aziz juga mendakwa beliau  terlalu runsing dan terfikir samada benarkah beliau ini mempunyai kelayakkan.

" Secara peribadi saya terlalu amat runsing, benarkah aku ni punyai kelayakkan, nak undur orang tak bagi, nak duduk sakit kepala".

Bagaimanapun beberapa bulan lalu, ADUN Pas Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed pernah mengusulkan agar Nik Aziz mengundurkan diri daripada jawatan Menteri Besar Kelantan ketika perbahasan bajet negeri.
 
“Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

“Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat.”
 
Sikap syok sendiri akibat nyanyuk yang dialami Nik Aziz ini dengan mengangkat ekornya dilihat semakin menjadi-jadi, pemujaan yang keterlaluan daripada penyokong taksub Pas akan membuatkan keadaan ini bertambah parah. Anda Mampu Mengubahnya.

Penemuan Minyak Di Kota Bharu - Nik Aziz Enggan Ulas, Buat Kajian Bazirkan Wang Rakyat

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat mengambil sikap berkecuali daripada mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa yang mengesyaki bahawa terdapatnya rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan.

Nik Aziz juga seperti sudah lali dengan cara politik Husam, masakan seorang Menteri Besar langsung tidak mengulas jika penemuan terbaru Husam itu merupakan satu perkara yang benar dan boleh dipercayai. Walaupun Nik Aziz enggan mengambil risiko pembohongan itu, namun Nik Aziz tetap bersekongkol dalam pembaziran wang rakyat.

Kelulusan untuk membazirkan wang rakyat telah diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dengan pelantikan sebuah syarikat yang akan mengkaji kemustahilan yang jelas mengenai kewujudan hasil bumi itu.

Sikap membazir wang rakyat ini bukanlah satu perkara yang luar biasa dibuat oleh pemimpin yang mementingkan publisiti politik ini, malah ia seringkali dilakukan demi kepentingan politik sempit mereka sekaligus sanggup mengabaikan kepentingan rakyat.
 
Sebelum ini kerajaan Pas Kelantan menerusi pemimpin haprak yang sama turut mengesyaki wujudnya harta karun di  Tumpat dan telah melantik syarikat bagi membuat kajian mengenai perkara itu.

Apakah pelantikkan syarikat untuk mengkaji perkara yang tidak ada petanda jelas akan kewujudannya itu adalah percuma ? Jika ianya percuma, minta tolong panggil syarikat itu untuk mengkaji juga  kewujudan minyak dibelakang rumah saya, kerana saya juga syak ada minyak disini.

Adakah satu hal yang baik sekiranya menggunakan wang rakyat dalam mengkaji sesuatu yang tidak pasti bahkan ia lebih kepada permainan politik Pas semata-mata ?

Masa pemimpin dan pegawai kerajaan terbuang sia-sia, sedangkan masih terdapat ramai lagi rakyat miskin di Kelantan yang memerlukan perhatian dari kerajaan, sampai bila politik kampung 'bodoh kering' ini hendak diamalkan oleh pimpinan Pas ? Negeri makin mundur, rakyat makin derita, yang maju dan memajukan semuanya adalah 'tauke-tauke cina'.

Husam memang terkenal dengan politik 'bodoh kering' ini, masanya sebagai seorang pemimpin sering dihabiskan dengan janji-janji angan yang tidak sudah, sebut saja Husam, cuba beritahu janji dan projek apa yang sudah berjaya diusahakan oleh beliau.

Dulu janji nak buat stadium di Bukit Merbau, pergi pacak batu asas lepas tu senyap, janji nak bina lebuhraya rakyat, pergi pacak batu asas dan jelajah kutip derma lepas tu senyap, setakat ni tidak ada lagi projek yang dijanjikan mampu untuk Husam tunaikan. Anda Mampu Mengubahnya.

Samun Rakan Sendiri

KOTA BHARU - Padah merompak kenalan sendiri, dua tahun lalu, seorang lelaki dihukum penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Muhammad Harmie Che Yusop,33, bersama seorang lagi yang telah dituduh merompak berkumpulan ke atas harta Mohd Rozaimie Sidik,21, iaitu telefon bimbit Nokia dan wang tunai berjumlah RM500.

Kesalahan dilakukan di Kampung Taweh, Pasir Puteh pada jam 6 petang, 23 Februari 2011. Ketika kejadian, mereka bersenjatakan parang.

Sebelum itu, mangsa yang bersiar-siar dengan membonceng motosikal ditunggangi rakannya didatangi Muhammad Harmie dan seorang lagi tertuduh, Muhamad Syahrul Hafizol Kamarudin memintanya menyerahkan telefon bimbit dan wang tunai.

Apabila pengadu bertanya tujuan meminta barangan itu, Muhamad Syahrul meletakkan parang ke bahu kiri pengadu sebelum beredar selepas kesemua barang itu diserahkan.

Mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan di balai polis Pasir Puteh yang membawa kepada penahanan tertuduh tidak lama kemudian.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari memohon hukuman berat dikenakan kepada tertuduh berikutan kesalahan serius yang dilakukan.

“Perbuatan yang dilakukan tertuduh sudah mengancam keselamatan orang ramai dan tertuduh juga berani melakukan kesalahan itu di tempat terbuka tanpa menghiraukan kehadiran orang lain,” kata Asmah. - Sinar Harian

Nik Aziz Malu - Ingat Singgah Masjid Ambil Wuduk, Rupanya Basuh Muka Nak Menyamun

TENDONG – Penyebaran dakwah Islamiah Pas di Kelantan dilihat agak terkesan dengan pembentukkan akhlak dikalangan remaja yang terpengaruh dengan amalan kepimpinan Pas yaitu menggunakan Islam demi menjaga kepentingan politik.

Bukti terbaru penangkapan dua orang remaja yang singgah di masjid untuk membasuh muka bagi mengaburi mata masyarakat dalam usaha mereka untuk menyamun motosikal  yang di parkir, jam 5 petang semalam.

Jemaah, Zaradi Mohd Zain, 47, berkata, kehadiran dua remaja yang tidak dikenali mengundang curiga kalangan penduduk di sini.

Menurutnya, tindakannya yang mundar-mandir di sekitar masjid dan menuju ke kolah didapati hanya mahu mengelirukan jemaah masjid.

“Mereka tidak pula mahu mengambil wuduk sebaliknya hanya berkeliaran sekitar masjid tanpa sebarang urusan.

“Selesai solat, kami dikejutkan dengan bunyi bising dan penduduk menangkap mereka kerana cuba mencuri motosikal Yamaha LC,” katanya, semalam.

Sementara itu, saksi yang hanya mahu dikenali Phua, 71, berkata, sebelum kejadian ini, dia melihat kelibat dua remaja berada di motosikal Honda EX5 di kafe siber, pada jam 1.45 petang.

“Terkejut dengan jeritan saya, mereka lari tanpa sempat mengambil motosikal berkenaan.

“Saya agak mereka bukan orang tempatan kerana semua penduduk di sini sedar, ada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kedai berkenaan,” katanya, semalam.

Menurutnya, penduduk juga yakin ini bukan kejadian pertama yang dilakukan remaja berkenaan, kerana penduduk melihat kelibat mereka beberapa kali petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.
Ini satu bala yang sedang melanda akibat pembawaan politik yang mempergunakan Islam sebagai topeng untuk dilihat baik.

Sepatutnya rakyat Kelantan tidak hanya berkata kepada remaja itu bahawa “Mereka tidak pula mahu mengambil wuduk sebaliknya hanya berkeliaran sekitar masjid tanpa sebarang urusan.

Sebaliknya ayat itu patut ditujukan kepada sebahagian besar pemimpin Pas dimana "Mereka (Pemimpin Pas) tidak pula melaksanakan hudud, tetapi hanya tahu berceramah dan mengutip derma".

Akibat dari berceramah dan mengutip derma, rakyat khasnya golongan remaja terpengaruh dan menggunapakai kaedah sama dalam mengisi usia muda mereka, akhirnya siapa yang mendapat susah dan siapa yang mendapat malu, siapa lagi kalau bukan mereka dan keluarga mereka. Demi kemusnahan, pastikan memangkah Pas untuk kemunduran. Anda Mampu Mengubahnya.

Harta Karun Gagal Dijumpai, Husam Temui Minyak Senyonyong Di Kota Bharu

KOTA BHARU - Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.

“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut.

“Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas,” katanya.

Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.

“Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan,” katanya.

Kahkahkah, sakit perut sungguh weh, harta karun setaghomana ? Ko jumpa gobek sireh mokwo jah ? Politik Husam ni memang bijak, tapi sayang rakyat Kelantan lagi bijak.

Masihkah kita ingat akan skim saham cepat kaya yang melanda Kelantan dahulu, dan rakyat Kelantan merupakan antara negeri yang punyai pelabur paling tinggi melabur dalam skim ini. Melihat kepada kecenderungan rakyat Kelantan terhadap perkara itu, modus operandi yang mirip sama digunakan oleh Husam dalam Pas menghadapi PRU 13 kali ini.

Lagi Pasangan Kekasih Di Kelantan Berdepan Tali Gantung

KOTA BHARU – Sepasang kekasih berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar 400 gram dadah, bulan lalu.

Tuduhan terhadap pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Mohamad Noorfazli Mohamad Zulkeply, 24, dan Nor Fatima Md Yusman, 20, kedua-duanya dari Pasir Mas didakwa mengedar dadah jenis metamphetamine itu di sebuah bilik hotel di sini, pada jam 2 pagi, 28 Disember lalu.

Bagaimanapun, pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Dalam perkembangan sama, mereka juga berdepan tuduhan mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 memiliki enam gram dadah jenis nimetazepam pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Mereka boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan juga akan dikenakan sebat tidak kurang tiga dan tidak lebih sembilan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Kes bersambung 28 April depan.

Pernahkah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Pas selaku antara  yang mengaku memperjuangkan Islam ni fikir akan masalah belia remaja di bumi Kelantan ini.

Remaja berdepan hukuman gantung berkaitan pengedaran dadah boleh dikatakan setiap bulan ada saja kes-kes baru yang dilaporkan. Terfikirkah golongan pemimpin Islam Pas akan setiap nyawa itu berharga, berusahakah untuk menyelamatkan mereka ?

Untuk menyalahkan remaja-remaja ini terlalulah mudah, tapi tahukah kita kenapa mereka terlibat dengan pengedaran dadah ini ? Ini bukan kes terpencil yang berlaku di Kelantan, malah sering kita dengar ramai dikalangan pasangan remaja termasuk yang sudah berkahwin terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah seperti ini.

Diringkaskan, mengikut kajian rambang yang dibuat secara langsung keatas golongan remaja di Kelantan, penularan gejala sosial terutamanya pengedaran dan pengambilan dadah ini disebabkan masalah pengangguran yang berpunca dari kelembapan kerajaan negeri menarik pelabur datang melabur ke negeri Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Timbalan Pendakwa Raya Akui Kes Penipuan Derma Semakin Berleluasa Di Kelantan

KOTA BHARU – Seorang pemungut derma palsu menerima padah apabila dihukum tiga tahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly selepas tertuduh yang berusia 38 tahun itu mengaku bersalah.

Mazli Abd Ghani dari Jalan Telipot di sini didakwa berpura-pura dan dengan palsunya menjadi pemungut derma Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah atau Pondok Tunjung di Medan Selera Stadium di sini, pada jam 2.15 petang, 15 Januari lalu.

Kesalahan dilakukan dengan tertuduh menyamar sebagai pemungut derma untuk anak-anak yatim di madrasah itu sehingga mendorong seorang lelaki menyerahkan wang derma kepadanya.

Tertuduh bagaimanapun berjaya ditahan kerana menipu orang ramai untuk meminta derma dengan membawa sampul surat bertulis ‘Sumbangan derma untuk anak-anak yatim (Nur Hikmah) Pondok Tunjong, Jalan Kuala Krai, Batu (6)’ yang merujuk kepada sekolah agama terbabit.

Selepas pihak madrasah mengesahkan mereka tidak pernah melantik mana-mana individu untuk memungut derma atau mengutip sumbangan, tertuduh diserahkan kepada pihak berkuasa dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh berikutan kes penipuan derma semakin berleluasa khususnya di negeri Kelantan.

“Kewujudan pemungut derma yang menipu ini juga mengundang ketidakselesaan orang ramai selain menjejaskan nama baik sekolah agama pondok berkenaan,” katanya.

Tertuduh juga memiliki rekod lampau pernah dihukum kerana terbabit dengan gejala dadah pada tahun 1996 dan menceroboh pada 1997.
 
Rakyat Kutip Derma Dipenjara 3 Tahun, Pemimpin Kutip Derma Memerintah 23 Tahun

Lebuhraya Rakyat - Tanya Husam ! Bila Nak Siap ?

KOTA BHARU - Lebuhraya rakyat yang hanya mampu disiapkan batu asasnya oleh kerajaan Pas Kelantan antara tujuh projek besar diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Namun Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa pengumuman projek berkenaan adalah tidak lebih dari meniru program yang dirancang dan dilaksana oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini.

“Kenapa perkara itu tidak dilaksanakan dahulu lagi dan akan dilakukan jika BN menangi, rakyat sendiri boleh menilainya apa yang dinyatakan ketika lawatannya itu adalah meniru apa dilakukan di Kelantan.

“Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto,” katanya kepada pemberita hari ini.

Perdana Menteri dalam lawatannya kelmarin mengumumkan tujuh projek besar, yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika mendapat mandat pada PRU13 akan datang.

Projek terbabit merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah air.

Tapi hairan sungguh !, macammana punya otaklah penyokong Pas ni, kena kencing atas kepala pun masih jugak tak sedar, janji nak buat lebuhraya tapi tak buat, kalau setakat janji kemudian tak buat tu kira oklah lagi, masalahnya derma dikutip bukan main lagi, umum kat media kutip juta-juta, janji nak buat akhir Mei 2012, tapi sampai hari ini takder apa yang dibuatnya.

Adakah Husam menganggap mentaliti rakyat Kelantan ini terlalu kampung, sempit dan bodoh ? Jika tidak masakan ia boleh tipu 'atas darat' lagu tu. Umum nak bina lebuhraya, kutip derma dengan rakyat, lepas tu senyap, ishishish, mudahnya kerja, entah macammanalah pemimpin Pas anggap rakyat Kelantan ni sehingga boleh diperlakukan dengan sedemikian rupa.

Ini perkara yang jelas, tidak ada sedikitpun perkara yang bertindih, kalau tanah sanggup bagi kat 'Tauke Cina' daripada bagi kat rakyat, tapi nak buat lebuhraya minta derma dengan rakyat. Apa punya haprak pemimpin macam ni ? Anda Mampu Mengubahnya.

Debat Royalti: Antara Hak dan Manipulasi Kickdefella VS Setiausaha R

Rakyat Kelantan terus tertipu dengan permainan politik suku sakat Abu Mawas, formula yang digunapakai mereka cukup senang, mudah atau simple.

Nik Aziz style - " Kalau Umno tukar dasar kepada Islam kita akan bubar Pas serta merta", bukankah itu satu hal yang mustahil, kerana dasar Umno itu sendiri pun sudah Islam, jika tidak apa yang bezanya antara Pas dan Umno dari segi tindakan bukan darisegi 'kecep sajo', namun dongeng itu jugalah yang dipegang sebahagian besar penyokong Pas. 

Tapi ramai yang tak sedar, kalau Pas berjuang atas dasar Islam sehingga terjualnya tanah-tanah dibumi Islam kepada kafir, apa maknanya dasar Islam Pas itu ? Belum lagi dikira dengan isu kalimah ALLAH dsbnya.

Royalti: Antara Hak dan Manipulasi

Husam@Royalti style - "Siapa Syed Azidi? Saya ada pengikut 30000 orang. Sebagai contoh pengikut saya yang berlarak dibelakang saya, bersama saya dari KLCC Ke Stadium Merdeka. . Kalau dia ada 5000 ok lah nak berdebat dengan President R. Saya cabar Dato Mustafa Mamat & Dato Awang Adek. . Bukanya orang lain"..

Mereka cukup tahu bahawa mana-mana Menteri pun tidak akan menyahut cabaran untuk berdebat, sepertilah juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyahut cabaran Minda Pondok untuk berdebat dalam isu doa 'KO BN' beberapa bulan lalu, tindakan mengajak pemimpin berstatus Menteri untuk berdebat  hanyalah satu tindakan untuk meraih publisiti semata-mata, tidak kiralah ia berlaku kepada mana-mana pihak sekalipun.

Begitu juga soal pengikut, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bukannya seorang pemimpin mana-mana parti atau NGO, beliau hanya seorang rakyat biasa yang pernah bekerja dibawah pentadbiran Pas Kelantan dan kebetulan waktu itu beliau diberi tugas khas bersama rakan-rakan lain untuk belayar menjejaki telaga-telaga minyak yang didakwa berada didalam kawasan perairan Kelantan.

Diatas rasa tanggungjawab beliau sebagai anak Kelantan, beliau tidak sanggup untuk terus membohongi rakyat Kelantan diatas perkara sebenar yang beliau tahu mengenai kedudukan royalti  ini.

Tapi apakan daya, Presiden R yang mengaku dirinya berjuang untuk rakyat Kelantan mencari helah dengan membuat penegasan  dimana Syed Azidi bukan seorang yang layak untuk berdebat dengan beliau, kerana beliau hanya layak untuk berdebat dengan bapak-bapak Menteri sahaja.

Namun Setiausaha NGO R, Syam Ghaz dilaporkan bakal mengambil tempat Presidennya untuk berdebat dengan Syed Azidi.

Kesanggupan Setiausaha R itu tetap disambut baik oleh Syed Azidi yang tidak menilai soal kedudukan lawannya malah turut mengulangi kenyataan beliau sebelum ini bahawa “Kita debat untuk ilmu dan untuk menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu sebenar”.

Bagaimanapun masa dan tempat belum dapat dipastikan lagi, difahamkan ianya akan ditetapkan dalam masa terdekat ini.

Cadangan, Pelabelan Dan Kritikan Dr Asri Semakin Tidak Relevan @realDrMAZA

Rentetan cadangan Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin berhubung cadangan supaya kerajaan memberi naskah terjemahan Al-Quran kepada non-muslim, sekali lagi Gk cuba nak jelaskan dari sudut pandang yang mungkin berbeza dengan pandangan mantan mufti, biarpun berbeza pandangan, eloknya kita tidak terlalu cepat menghukum dan melabelkan seseorang itu dengan mengatakan mereka itu menganggap Al-Quran itu menggelirukan ataupun menaruh syak terhadap Al-Quran, ini kerana mantan mufti lebih arif akan hukum mereka yang beranggapan sedemikian.

Kita pun tidak pasti 'Bloggers Umno' mana yang dimaksudkan oleh Dr Asri, tapi tak kisahlah bloggers Umno ke, Pas ke,  bebas ke, cuma tambahan dari apa yang Gk tulis semalam dimana cadangan Dr Asri itu adalah kurang wajar kerana selain boleh menimbulkan fitnah dibimbangi non-muslim akan lebih jauh dengan Islam bahkan mereka lebih berprasangka buruk terhadap Islam ekoran pembacaan terjemahan dengan pemahaman sendiri (tanpa guru) itu akan menyalahi maksud ayat yang sebenarnya. Contoh yang dapat diberikan adalah seperti apa yang difahami yang ditulis didalam web Kristian sebagaimana lampiran dibawah.
Selain itu, dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 juga kita lihat dimana ia sering disalah tafsirkan sekaligus diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam untuk memesongkan tafsiran yang sebenarnya, dan pemesongan tafsiran itu boleh mendatangkan kemudaratan dan menimbulkan sangkaan buruk non-muslim terhadap Islam.

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. -  Surah Al-Baqarah ayat 191

Apakah benar ayat itu memaksudkan supaya kita membunuh musuh yang memerangi kita walau dimana saja kita berada ? Bagi kita umat Islam yang ada asas agama, kita tahu akan maksud ayat itu yang sebenarnya, memerangi tu tahap mana, kafir tu kafir yang bagaimana, ada berapa jenis kafir dsbnya, tapi bagaimana pula dengan non-muslim ? Adakah mereka faham atau mereka akan simpan ingat secara diam. Ini juga satu peluang baik untuk pendakwah Kristian menguatkan pegangan penganutnya. 
Seperti juga sebuah kereta yang cantik dan canggih diberikan kepada orang yang tidak berkehendak untuk milikinya disamping ia juga tidak tahu memandu atau menggunakannya, adakah kereta yang cantik dan canggih itu memberi manfaat kepada orang itu. Berbeza pula jika orang itu memang berhajat untuk memilikinya, dimana pasti ia akan berusaha untuk mempelajarinya.

Hal itu samalah sebagaimana yang berlaku keatas Yusuf Islam, sebelum beliau memeluk Islam beliau sedang berada dalam satu keadaan yang buatkan beliau sedang mencari Tuhannya, hal itu jauh berbeza dengan mereka yang berada dalam keadaan sebaliknya, namun jika Allah mengkehendaki sesuatu itu untuk berlaku, tidak ada perkara yang mustahil bagiNYA, tidak tertakluk juga kepada tindakan memberikan terjemahan Al-Quran semata-mata, malah konsep dakwah serta pencerahan secara langsung adalah lebih efektif.

Adakah jika berpandangan seperti diatas kita ni keliru dengan Al-Quran atau syak terhadap Al-Quran ? Bukan apa, nantikan tak pasal-pasal UMNO jugak yang kena, padahal tiada kaitan pun dengan UMNO, Gk cuma bimbang akan hal itu berlaku, kalau Dr Asri ada pandangan yang lain untuk mengatasinya bolehlah diketengahkan tanpa terlalu cepat untuk melabel seseorang itu dengan apa jua label. Jangan kerana kita tidak suka dengan sesuatu parti, kita tidak berlaku adil terhadap parti tersebut. Adillah.
Sebagai contoh yang lain sepertimana Murtadin Benjamin pada rakaman video diatas, biarpun tahu membaca Al-Quran, tapi bagaimana dia memahami terjemahan maksud sebenar ayat Al-Quran, bukankah perlakuannya itu akan mendatangkan fitnah yang lebih besar terhadap Islam, apakah kita ingin melihat pula non-muslim menguasai pemahaman tafsiran yang salah terhadap ayat suci Al-Quran ?

Ketidakpuasan hati Dr Asri kepada kerajaan sekali lagi dibangkitkan mengenai halangan terhadap tokoh Islam terkemuka yaitu Ahmad Deedat, biarpun hal itu sudah lama berlaku.....Tapi sayang kenapa peristiwa yang baru berlaku tidak pula ditimbulkan yaitu kehadiran tokoh yang tidak kurang hebatnya, Dr Zakir Naik pada September tahun lalu.
Kedatangan Dr Zakir itu biarpun dibantah oleh penganut hindu, namun programnya tetap berjalan, jadi tidak adil sekiranya kita sebagai Ulamak hanya tahu mengkritik semata-mata tanpa menilai ia secara keseluruhan, faktor masa dan situasi juga perlu diambil kira dalam kerajaan cuba memberi hak dan kebebasan terhadap agama lain juga di negara kita, melainkan jika kerajaan membenarkan Paderi, Sami atau tokoh agama lain datang berdakwah dinegara kita, sebaliknya tokoh Islam dihalangnya, barulah boleh kalau kita nak kritik atau musnahkan kerajaan ini.

Sungguhpun terdapat banyak agama dalam negara kita, Umat Islam cukup bertuah kerana program siaran TV berbentuk Islamik seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Al-Kuliyyah, Mari Bertarranum, Al-Hidayah, Mari Mengaji, Adik Dan Al-Quran, Akademi Alquran, Tanyalah Ustaz, Imam Muda, Usrah,  Halaqah, Jejak Rasul, dsbnya. Namun ramai yang tidak sedar akan keistimewaan yang sedang diimpikan oleh banyak agama ini.
Kesimpulannya Gk mengharapkan supaya YBhg Datuk Dr Asri untuk kembali ke pangkal jalan..., dan tidak sekadar mengkritik dan menyindir, bahkan kongsikanlah ilmu-ilmu bermanfaat yang boleh menguatkan lagi akidah kita umat Islam terutamanya perkara berkaitan perbandingan dalam agama. Ulamak perlu berubah dalam mencari pendekatan menguatkan akidah umat Islam sebagaimana  yang dilakukan oleh Dr Zakir dan juga Ulamak-ulamak dari Indonesia. Hanya itu saja rujukan untuk sebahagian besar umat Islam negara ini mencari jawapan bagi menjawab balas dari apa yang ditimbulkan oleh penganut agama tertentu mengenai Islam. Anda Mampu Mengubahnya.

Tanah Tuhan Di Kelantan Milik 'Tauke Cina', Peneroka Jadi Peceroboh

GUA MUSANG – Seramai 70 penduduk yang meneroka tanah di Kampung Sungai Relai, kecewa apabila mereka dituduh sebagai penceroboh oleh sebuah syarikat yang mendakwa tanah berkenaan milik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penyelesaian Tanah itu, Mat Mat Daud berkata, mereka meneroka tanah terbabit sejak tahun 1990, sebaik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan membenarkan penduduk meneroka tanah kerajaan kerana ia tanah Tuhan.

Malah menurutnya, mereka sudah menjelaskan pembayaran tanah itu bagi mendapat hak milik, hampir 10 tahun lalu dengan kadar RM3,865 bagi kawasan seluas 2.4 hektar.

“Kini lain pula yang berlaku apabila tanah penduduk yang sudah ditanam dengan pelbagai tanaman diluluskan kepada syarikat asing dan menuduh kita pula menceroboh kawasan itu.

"Sedangkan kita lebih awal berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan syarikat terbabit.

Mat berkata, sebahagian tanaman penduduk termasuk pokok getah, kelapa sawit dan tanaman lain mula disodok syarikat berkenaan sejak tahun lepas, tanpa ada perbincangan terlebih dahulu.

Menurutnya, berulang kali penduduk menemui pihak pengurusan syarikat itu bagi menyelesaikan masalah, namun pelbagai alasan diberi sebelum mengarah penduduk mengisi borang bagi membuat sebarang tuntutan dengan syarikat terbabit.

Malah, tambahnya, syarikat itu juga berjanji meneliti semula tanah yang diterokai penduduk.

“Apa yang berlaku, syarikat itu mengeluarkan surat menyatakan penduduk ceroboh tanah berkenaan pula,” katanya.

Peneroka, Mohamad Zain Minal, 65, pula berkata, dia akan tetap mempertahankan tanah diterokai lebih 20 tahun itu, kerana itu sahaja sumber pendapatannya.

“Kita ada hak ke atas tanah itu kerana kita lebih dahulu menerokanya dan sudah memohon hak milik.

“Cuma kita hairan, kenapa syarikat itu yang baru dua tahun memajukan kawasan tanah berkenaan sudah mendapat hak milik Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, wakil syarikat berkenaan menyatakan, bahawa penduduk telah menceroboh tanah milik syarikat itu.

"Kita memajukan tanah ini selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri," katanya.

Dia turut berjanji akan menemui semula penduduk bagi menyelesaikan masalah dihadapi. 
 
Kerakusan kerajaan Pas Kelantan terselindung disebalik serban, hutan botak balak disapu licin, syarikat cina lebih diutamakan, rakyat Kelantan dijanjikan syurga dengan memangkah bulan, undilah Pas demi kemusnahan.

Dr Asri Cadang Tangani Bible Dengan Beri Naskah Terjemah Al-Quran, Wajarkah @realDrMAZA ?

Setiap pandangan pasti ada pembangkangnya, begitu juga dengan kerajaan hari ini yang turut punyai pembangkang, apa yang dilakukan oleh kerajaan ada saja yang akan dikritik dan dibangkang.

Sebagaimana pandangan Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin, suka untuk Gk menjadi pembangkang mengenai pandangannya dibawah, kerana hak bersuara dan hak berpandangan dijamin oleh perlembagaan...

Pada pandangan Gk, pandangan Dr Asri agar kerajaan memberi naskah terjemahan Al-Quran kepada non-muslim itu adalah kurang wajar, ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah dibimbangi non-muslim akan lebih jauh dengan Islam bahkan mereka lebih berprasangka buruk terhadap Islam ekoran pembacaan terjemahan sendiri (tanpa guru) itu akan menyalahi maksud ayat yang sebenarnya.

Sedangkan apabila Allah turunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW turut diutuskan Malaikat Jibril sebagai pengantara, begitu juga kita hambanya diutuskan Rasul untuk menyampaikannya. Sedangkan jika Allah mengkehendaki sesuatu, tidak ada perkara yang mustahil untukNYA. Allah boleh turunkankan Al-Quran seperti hujan yang bertaburan.
Harus diingat, perlukah untuk kita mengikuti sesuatu kaum itu sehingga terdorong untuk melakukan hal yang sama yang mereka lakukan, kalau hanya dengan membaca seseorang itu boleh memahami, maka tiada gunalah guru.

Sepatutnya Dr Asri mengingatkan Pas supaya jangan hanya reti berceramah politik dan tahu memaki hamun orang lain semata-mata, mengaku berjuang Islam tapi tidak ada dakwah kepada bukan Islam bahkan mengkafirkan pula yang sudah Islam.

Begitu juga dengan pendapat Dr Asri sebelum ini, Gk agak terkeliru memikirkannya, menurut Dr Asri, Islam melarang kita mengintip untuk mengambil tindakan keatas orang yang melakukan maksiat peribadi secara tertutup, antaranya seperti zina, dalilnya ia adalah maksiat peribadi, tidak boleh dibuka aibnya kerana ia bukan bersifat  jenayah yang mengzalimi orang lain.

Namun kekeliruan itu timbul apabila terfikir akan bagaimana pula jika maksiat zina itu yang boleh menyebabkan 'pemain' wanitanya mengandung, lepas mengandung tentu lahirkan anak, apakah demi menutup malu atau aib ? anak yang lahir itu halal untuk dibunuh, ish...mustahil.

Bukankah ia mengzalimi orang lain yaitu bayi yang tak berdosa akibat perlakuan maksiat peribadi secara tertutup itu, bukankah kita utamakan mencegah maksiat zina itu jauh lebih baik daripada utamakan melarang orang mengintip untuk mencegah maksiat zina ? Anda Mampu Mengubahnya.

Tanah 10,526 Ekar Dikembalikan Kepada 1052 Orang Rakyat Kelantan

Timbul isu tanah, dimana pemimpin DAP Perak dapat 10,526 ekar tanah yang terletak di Hutan Simpan Relai Gua Musang dengan kadar sewa RM100 SETAHUN SEEKAR untuk kawasan getah dan RM150 SETAHUN SEEKAR bagi kawasan kelapa sawit, tempoh masa pajakan atau sewaan masing-masing yaitu selama 50 tahun, dan pemimpin DAP itu menerusi syarikatnya Upayapadu Plantation Sdn Bhd turut membayar RM 1.5 juta sebagai deposit.

Adilkah 10,526 ekar tanah itu diluluskan hanya kepada dua orang Cina DAP Perak ? Bagaimana dengan Melayu Kelantan terutamanya pemangkah bulan ? ,

Jika tanah seluas 10,526 ekar diberikan kepada rakyat Kelantan, masing-masing akan mendapat 10 ekar setiap seorang seramai 1,052 orang, sumbangan atau deposit kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK)  iaitu sebanyak RM1.5juta pula jika dikutip dari 1,052 rakyat ini, mereka hanya perlu mengeluarkan cuma Rm1,452 sahaja setiap seorang, manakala sewa tahunan secara purata tanah seluas 10 ekar berjumlah Rm1,300.

Dengan 10 ekar tanah tadi, jika rakyat menanam getah sebagai contoh, mereka akan mendapat sebanyak Rm2,000 sebulan untuk setiap ekar ataupun Rm20,000 sebulan untuk 10 ekar tanah yang dipajak itu, paling kurang pun selepas ditolak segala kos, upah pekerja dan JV, mereka mampu untuk mendapat keuntungan bersih sebanyak Rm5,000 sebulan.

Sepatutnya, kerajaan Pas perlu mensasarkan rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan untuk memajak tanah tersebut. Ini kerana, kita berkeyakinan bahawa mereka ini mempunyai modal serta minat terhadap tanah berkenaan. Pajakan 50 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama dan memadai kerana selepas itu kita pula yang baham tanah. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...