Showing posts with label kelate. Show all posts
Showing posts with label kelate. Show all posts

MPKB-BRI Mulai Melanun Harta Rakyat

KOTA BHARU – Sejumlah RM66,534.77 tunggakan cukai bandar melibatkan 51 premis di kawasan Kota Bharu direkodkan selama lima hari Ops Waran Tahanan dilakukan, bermula awal September lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Mohd Faudzi Che Mamat berkata, Ops Waran Tahanan itu akan dilakukan dari semasa ke semasa selepas ini.

“Sehingga semalam, sebanyak 51 premis telah diperiksa, kita akan lakukan operasi ini dari semasa ke semasa setiap minggu kecuali pada tarikh tertentu yang melibatkan cuti umum dan sebagainya,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, dalam operasi di kawasan Kota Bharu itu, sebanyak 11 premis berjaya membayar tunggakan yang dikenakan semasa operasi, manakala empat premis disita.

Beliau berkata, sebanyak 12 pemilik premis yang terlibat juga membuat perjanjian memotong sewa bulanan kepada pihak MPKB-BRI mengikut amaun tunggakan telah dikenakan.

“Pada masa sama, 24 premis turut dikenakan tali kuning kerana pemilik atau penyewa premis berkenaan tiada di rumah semasa operasi dilakukan, namun 11 daripadanya memberi kerjasama dan datang ke pejabat untuk membuat pembayaran,” katanya.

Operasi yang dilakukan semalam di Kampung Telaga Gajah dan Taman Sri Mawar, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) juga berjaya menyita sebuah televisyen dan mesin basuh sebagai cagaran pembayaran tunggakan di dua premis berlainan.

Operasi diketuai Inspektor Rahim Mat Hassan selaku Ketua Ops Waran Tahanan kali ini, disertai 15 anggota penguat kuasa dan bahagian cukai bandar serta dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenapa Kelantan Ada Wang Ehsan Pun Miskin ? Tukang Agih Wang Ehsan Mesti Kaya !

Biarpun Kelantan bukan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional, namun peruntukkan daripada kerajaan pusat kepada rakyat negeri ini sama seperti di lain-lain negeri, bahkan lebih istimewa dengan adanya wang ehsan, setiap tahun kerajaan pusat mengumumkan ratusan juta bantuan kepada Kelantan, sehingga hari ini kita percaya mungkin sudah berbillion peruntukkan kepada Kelantan telah diluluskan.

Namun, apakah peruntukkan yang diumumkan berjuta-juta itu diberikan oleh kerajaan pusat terus ke tangan rakyat ? Atau masih ada banyak lagi tangan-tangan yang mesti dilalui sebelum sampai kepada rakyat ? Jika didengar kepada angka peruntukkan berjuta-juta itu, sepatutnya sudah tidak ada lagi rakyat yang miskin ataupun rumah yang daif dinegeri ini.

Mungkin sudah jenuh telinga kita mendengar peruntukkan juta-juta ini, sebagai makluman kepada rakyat Malaysia, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada peruntukkan juta-juta yang diumumkan itu, malah, dalam tempoh seumur hidup sehingga hari ini, saya hanya menerima bantuan ikhlas kerajaan pusat sebanyak dua kali iaitu bantuan rakyat 1Malaysia BR1M, bantuan telus yang sampai ke tangan rakyat. Saya merangkap kesyukuran diatas nikmat tersebut.
Kalau di Kelantan mungkin "Tiada Air Nak Urus Jenazah Suami", di Melaka air ada, tapi duit pula takder. Renung-renungkanlah, mansuhkan Penyelaras Dun yang tidak bertanggunjawab sebelum lahirnya lebih ramai pembangkang!!!.
Tapi bagaimana dengan lain-lain bantuan ? lain-lain bantuan tidak ada, entahlah sampai kepada tangan yang mana ? Adakah tidak memohon ? sudah memohon tapi tak dapat. Apakah tidak layak ? Jauh dari layak jika dinilai secara adil lagi ehsan. Apakah jenis bantuan yang dipohon ? Bantuan membaiki rumah. Apakah kebulur jika tidak dibantu ? Jauh untuk kebulur, tidak sama sekali, malah ianya memberi inspirasi, semangat yang berkobar-kobar untuk terus hidup membongkar ketidakadilan, penyelewengan, penyonglapan yang dilakukan oleh pemimpin tertentu.

Kita tidak mengharapkan bantuan keatas diri sendiri, tapi mengharapkan bantuan yang diumumkan juta-juta itu mestilah sampai ketangan seluruh rakyat yang berhak, untuk dapatkan bantuan bagi diri sendiri, tidak perlu untuk menulis di blog ini, mungkin boleh cuba pintu belakang, tapi bagaimana nasib yang lain ? Berbaloikah persepsi buruk terhadap rakyat Kelantan dengan pengumuman peruntukkan juta-juta itu? Benarkah rakyat Kelantan tidak tahu berterima kasih jika peruntukkan yang diumumkan itu telus sampai ketangan mereka.?

Lanun-lanun yang membaham rakus peruntukkan ini mesti dibongkar kepada umum, ini penting untuk diketahui oleh seluruh rakyat agar persepsi mereka kepada rakyat Kelantan tidak seburuk yang disangka.
Jika pun peruntukkan itu diberikan, apakah telus jika ia berlaku sebagaimana dengan yang berlaku kepada makcik ini. Ada satu kes yang berlaku kepada seorang makcik tua yang miskin, dimana bantuan baiki rumah daripada JPP sebanyak RM3,000 telah diluluskan, bantuan tersebut bagi menggantikan atap rumahnya yang bocor, keluasan rumahnya yaitu rumah kampung biasa saya anggarkan berkeluasan lebih kurang 25f x 35f.

Dengan peruntukkan yang diluluskan sebanyak RM3,000 itu sepatutnya keseluruhan atapnya sudah boleh ditukar baru, namun hanya sebahagiannya saja yang ditukar, zink cap singa tu harganya cuma RM1.90 sekaki, sekeping zink lebarnya 2kaki, jika keseluruhan zink itu digantikan ianya cuma memerlukan 15 keping zink yang panjangnya 35kaki, harga zink untuk semua itu RM998, jika peruntukkan JPP sebanyak RM3,000, katakan upah pasang RM1,000 kemana RM1,000 lagi ?

Itupun kalau ditukar semua, kalau ditukar sebahagiannya sahaja, kemana perginya RM1,500 lagi ? Nak kata tukar kayu, kayu tak tukar, takkan beli paku habis sampai RM1k, ini betul-betul menganiayai orang-orang miskin, mungkin makcik tu boleh mereka perbodohkan, tapi golongan muda tak mungkin untuk mereka perbodohkan.

Bilamana sebahagian saja zink ditukar, tak sampai setahun makcik tu pun mengeluh lagi, masalah sama, rumah bocor, mohon lagi bantuan, maka projeklah lagi lanun-lanun ini.

Jika hendak ditanya kenapa rakyat Kelantan tak minta bantuan dengan wakil rakyat Pas yang mereka sendiri pilih ? Sebelum tu tanya dulu, kenapa kerajaan persekutuan menubuhkan JPP, memberikan peruntukkan kepada JPP, melantik Penyelaras DUN dan sebagainya ? Tujuan apa kerajaan pusat lantik Penyelaras DUN ? Lantik tu lantik saja ke, lantik ada elaun. Kalau ada elaun RM4,000 sebulan, duit siapa yang bayar elaun itu ? Duit BN ? Duit rakyat ?

Kita tidak mempertikaikan keikhlasan kerajaan pusat, tapi apa yang dipertikaikan adalah tindakan kerajaan pusat yang melantik individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengagihkan peruntukkan yang diumum berikan sehingga peruntukkan itu tidak sempurna sampai kepada rakyat. Jika perkara ini berterusan, kita mencadangkan supaya peruntukkan itu langsung tidak diberikan atas nama bantuan kepada rakyat Kelantan.

Sebaliknya peruntukkan itu mestilah diumumkan atas nama bantuan kepada JPP, Penyelaras DUN dan suku sakatnya. Ini penting supaya rakyat tidak terkeliru. Sebab kalau atas nama rakyat Kelantan, peruntukkan itu mesti telus sampai kepada seluruh rakyat Kelantan yang layak, dan  JPP, Penyelaras DUN serta suku sakatnya tidak boleh dikategorikan sebagai mewakili seluruh rakyat Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

'Belakang parang jika diasah lagikan tajam'

Lagi Video Sadis Saat-Saat Akhir Suspek Rompakkan Bergelut Dengan Maut

Itulah saat-saat akhir  sebuah penghidupan yang mungkin ia sendiri terpaksa memilih jalan tersebut, bergelut dengan sakaratul maut untuk pergi selamanya dan bakal mengadap yang Maha Esa.

Jadikanlah ia sebagai iktibar, usah dipersoal atau dikutuk kepada mana-mana pihak, sebaliknya kita jadikan tauladan buat diri kita yang juga serba kekurangan, namun dengan kekurangan itu jauhkanlah diri dari sebarang perlakuan jenayah, tak kiralah samada jenayah rompak secara terbuka atau songlap secara tertutup. Kerana keduanya adalah jenayah yang akan membawa padah, laporkan jenayah disekeliling anda kepada '999'. hehe.

Bagaimanapun jika terdetik hendak melakukan jenayah, ada baiknya difikirkan penjenayah hebat mana yang terlepas dari buruan PDRM ? Botak Chin ? Jimmy Chua ? Bentong Kali ? Mat Komando ? Mona Fandey ? Semuanya ke tali gantung, dan kalau rasa kita kurang hebat dari mereka, makanya fikir-fikirkanlah.

Tiada penyudahan kehidupan yang baik kepada penjenayah, kerana ia pasti terhukum walau selicik mana sekalipun. Hanya pandangan itu saja yang mampu dikongsikan bersama terutama kepada anak-anak muda yang baru hendak mengenali kelilingan dunia yang kadangnya seketika terleka. Sama-samalah bermohon agar kita sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

Salinan Laporan Polis Mengenai Rompakkan Di Kota Bharu Dan Punca Suspek Di Tembak


Salam YDH Dato, makluman kejadian kes samun kedai emas, Wing On Kedai Emas 758 di Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu Kelantan berkait kota bharu: 6913/13

1) Pengadu: 
Nama : Zahari bin Jainon
No kp: rf 98202
Pekerjaan: Anggota polis cawangan gerakan IPD Kota Bharu

2) Suspek:

Nama: Mohd Bustaman bin Ali
No kp: 811006-03-5765
Alamat: Kg Gabus Tok Uban 17050 Pasir Mas Kelantan
(pengesahan akan dibuat melalui cap jari)

3) Fakta kes:

Pada 09/06/2013 jam lebih kurang semasa pengadu bertugas di bilik gerakan dan menerima panggilan dari anggota ronda bravo 8 alpha memaklumkan bahawa telah menembak seorang suspek cuba samun kedai emas Wing On Jln Temenggong. Pengadu arahkan anggota MPV Kn 42 dan Kn 372 untuk memberi bantuan.

4) Ringkasan kejadian

Pada jam lebih kurang 1115 hrs semasa anggota kpl/s 9543 Mat Zuki bin Abu Bakar sedang menjalankan tugas ronda berhadapan kedai tersebut bersama dua lagi anggota l/kpl 151167 Amir bin Halim dan konst 173504 Muhammad Mustakim bin Johari. Kpl/s Mat Zuki telah ternampak 2 lelaki sedang melakukan samun di kedai enas tersebut yang mana salah seorang menggunakan pisau dan seorang lagi bersenjatakan pistol. Kpl/s Mat Zuki kemudian mengejar sambil memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada salah seorang saspek yang melarikan diri ke belakang kedai. Kpl/s Mat Zuki telah melepaskan tembakan ke udara dan mengarahkan saspek berhenti dan menjerit " berhenti polis". Walaubagaimanapun suspek..., baca laporan selanjutnya disini

Tiada Bantuan Dikawasan BN Kalah Di Kelantan, Jawatan Penyelaras DUN Turut Dimansuhkan

Bilamana Barisan Nasional gagal menawan Kelantan pada PRU13 yang lalu, sebahagian pemimpin-pemimpin Umno Kelantan seperti biasa mula menyalahkan rakyat, kononnya pengundi luarlah yang telah memusnahkan harapan rakyat yang tinggal dinegeri itu, pengundi luar dituduh sebagai pembunuh, pemusnah dsbnya. Pemimpin berfikiran seperti inikah yang nak memenangi hati rakyat ? Fikiran seperti itu jauh sama sekali tidak layak untuk jadi pemimpin.

Ada juga sebahagian pemimpin mencadangkan supaya rakyat yang memerlukan bantuan memintanya dengan wakil rakyat yang mereka pilih, kononnya sebahagian pemimpin Umno sebelum ni pemurah sangat menghulurkan bantuan, seolah-olah bantuan yang diberi sedikit sebanyak itu datangnya dari kocek peribadi pemimpin. Ini betul-betul pemimpin minda longkang yang tak sedar diri.

Sepatutnya kalau pemimpin yang reti bahasa, bila sudah kalah dan gagal memikat hati rakyat, jangan banyak cakap dan nak salahkan rakyat, muhasabah diri, letak jawatan, jangan duk menyemak nak mengtekedarah duit dan projek, dia ingat kita rakyat ni bodoh dan buta, pemimpin-pemimpin projek longkang, sign-board dan turap jalan inilah sebenarnya menjadi liabiliti kepada Ketua-ketua Bahagian untuk menang di kerusi-kerusi parlimen.

Kerana bencikan sekerat dua pemimpin ini, rakyat Kelantan menolak secara total calon BN, kita cukup-cukup kesian melihat sesetengah pemimpin yang tewas bertanding di parlimen, sedangkan mereka terlalu layak dan jauh lebih layak daripada calon Pas yang menang itu, bertahun-tahun dia ikhlas kerja untuk rakyat, pemimpin bersih yang langsung tidak terpalit dengan apa-apa skandal, tapi apakan daya, mungkin beliau perlu sedikit bermuhasabah dan elak dari terpengaruh dengan dilihat meng-eksklusifkan diri bila berdepan dengan rakyat membuatkan rakyat merasa sedikit kekok, sedangkan beliau bukanlah orang sebegitu, sesiapa saja akan merasa bersalah jika gagal membantu untuk memenangkan beliau. 

Namun tidak ada manfaatnya untuk kita merintih, berbalik kepada pemimpin minda longkang tadi, mungkin pengundi merasa meluat sebagaimana yang saya rasa sebelum PRU13 dan sehingga sekarang ini, memang patutlah pun....Kita sangat bersetuju dengan cadangan pemimpin supaya mana-mana rakyat yang memerlukan bantuan hendaklah memohon dengan wakil rakyat yang menang yaitu wakil rakyat dari Pas.

Bagaimanapun kita juga sangat-sangat tidak bersetuju jika kenyataan itu dibuat semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri selain menyalahkan rakyat, dan rata-rata rakyat itu pula adalah Melayu, tapi sebelum tu tanyalah diri kebaikkan apa yang telah dibuat kepada rakyat, sebesar mana kebaikkan tu ? Apakah kebaikkan yang dibuat itu sudah terlalu layak untuk berkata demikian. kalau ada Penyelaras DUN yang cakap seperti ini, dia kena cermin diri dulu, gaji dia tu siapa yang bayar, darimana datangnya duit gaji yang dibayar kepada mereka ini ? Berkhidmat diatas platform rakyat nak berlagak dengan rakyat.

Melainkan kita sangat-sangat untuk bersetuju sekiranya tiada bantuan kepada rakyat serta tidak ada juga jawatan sebagai Penyelaras DUN, namun tiada pula saranan seperti itu dari pemimpin-pemimpin ini, jika rakyat hanya perlu memohon bantuan daripada wakil rakyat Pas, apa gunanya ada Penyelaras DUN?, lebih baik duit rakyat dan projek diatas kapasiti Penyelaras DUN itu diberikan kepada rakyat dan pemimpin BN dikawasan yang BN menang. Itu baru adil, jangan nampak hanya tahu nak hukum rakyat jer, sebaliknya diri sendiri selalu jer nak untung.

Sudah sampai masanya kerajaan Pusat mengkaji serta memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), tidak perlu ada Penyelaras DUN, rasanya rakyat Kelantan tak sampai kebulur walaupun tidak ada JPP dan Penyelaras DUN ini, cuma nanti kita tengoklah siapa yang akan kebulur, kalu jjijok angin molep, rasanyo ore Kelate ni tak dok gapo, lawe sokmo bakalih.

Kita tidak bermusuh dengan mana-mana Penyelaras DUN, tapi sikap angkuh bodoh sombong segelintir Penyelaras DUN ini buatkan kita benar-benar merasa mual, kita tahu bukanlah semua Penyelaras DUN ni sebagaimana dakwaan diatas, tapi biarpun begitu, kita sebagai rakyat perlu meluahkan isi hati kita supaya hal ini tidak terus berlaku didalam parti yang memperjuangkan nasib kita orang Melayu.

Seterusnya pihak yang berkaitan perlu menyiasat hal tersebut bagi mengelakkan akan lebih banyak berlakunya penentangan diatas sikap segelintir pemimpin berminda longkang ini, dalam pada kita dilanda Tsunami cina dan sedang duk fikir akan penyatuan orang Melayu, kita rasa terkilan jika masih terdapat pemimpin angkuh yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada parti. Atas sebab itu juga pemimpin didalam Umno seperti ini perlu berubah dan diubah, tidak perlulah sehingga untuk diberitahu kepada seluruh dunia akan identitinya.

Cukup sekadar dengan berubah dan utamakan perjuangan bangsa bukannya kepentingan peribadi, tidak salah pemimpin berprojek, namun yang menjadi salahnya apabila projek diutamakan rakyat langsung tidak dipedulikan. Mana mungkin seorang kaki projek tegar untuk menjadi seorang pejuang bangsa, agama dan negara. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - TMB Kelantan: Pengundi Luar Munafik, Ambil Duit Parti Lain, Undi Parti Lain

Kota Bharu - Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik selepas PRU 13 lalu, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mengeluarkan fatwa pertamanya selepas memegang jawatan TMB yaitu bersabit dengan kemunafikan pengundi luar yang mengambil duit parti lain kemudiannya mengundi parti lain.

Ketika menyampaikan kuliah parti di Medan Ilmu pagi tadi, Nik Amar menjelaskan ciri-ciri orang munafik yang boleh dilihat secara mudah yaitu apabila seseorang pengundi atau penyokong yang mendakwa menyokong parti berkenaan, kemudian claim duit dengan parti berkenaan, namun bila sampai masa mengundi, ianya tidak mengundi parti berkenaan.

"Hak susut (sorok) dalam hati hak sebenar  tidak beritahu, saya sekali dengan kamu ni, tapi undi parti lain, itu contohnya, saya duduk dengan kamu, mari claim duit pun dengan kita, cop, tapi bila pangkah dia pangkah parti lain, itulah gambaran mudah"
Kenyataan yang dibuat Nik Amar yang juga Adun Panchor itu merujuk mengenai pemberian duit kepada pengundi luar sebagaimana pengumuman seperti lampiran diatas pada PRU 13 lalu. Pemberian wang ini sudah lama diamalkan oleh Pas bagi mendapat sokongan rakyat untuk Pas mengekalkan kuasanya di Kelantan.

Bagaimanapun mungkin ramai yang sangsi berkaitan kenyataan Nik Amar itu, adakah hukum 'Munafik' itu hanya kepada pengundi luar yang mengambil duit Pas dan tidak mengundi Pas sahaja, ataupun termasuk dengan pengundi luar yang mengambil duit Umno tetapi tidak mengundi Umno.

Daripada kenyataan Nik Amar itu ianya seolah-olah memberi kesimpulan dimana ramainya anak-anak Kelantan dirantauan yang pulang sebagai pengundi luar menjadi munafik, ini kerana ramai antara mereka yang claim duit dengan Umno tetapi mengundi Pas dengan bukti kekalnya kerajaan Pas sehingga hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.
Bo Lah jadi munafik deh !!! nyaknyo weh nyaknyo!!!

14 Lot Tanah PMBK Atas Nama Nik Aziz Akhirnya Dihadiahkan Terus Kepada Nik Aziz ?

Bulan lalu kita digemparkan dengan isu pemilikkan tanah oleh bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum pihaknya menafikan pemilikkan itu dan mendakwa Nik Aziz hanyalah sebagai pemegang amanah kepada 14 keping tanah yang bernilai jutaan ringgit itu.

Oleh kerana Nik Aziz disebut sebagai Ulamak agung, maka sangat tidak wajar ia memiliki tanah sebanyak itu dan kita percaya akan penjelasan pihaknya yang mengatakan tanah-tanah itu sebenarnya kepunyaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Diatas sebab itu juga rakyat Kelantan khasnya ternanti-nanti akan pengumuman pindah milik tanah-tanah tersebut kepada PMBK ataupun Menteri Besar yang baru Datuk Ahmad Yaakob, adakah proses pindah milik itu sudah dilakukan memandangkan Nik Aziz sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai MB Kelantan dan sudah tentu kelayakkannya sebagai pemegang amanah juga sudah tidak terpakai.

Kita juga khuatir diatas faktor usia yang sering menyanyukkan, perpindahan milik ini tidak dibuat oleh Nik Aziz, dan MB baru pula agak segan untuk mengusulkan perkara itu kepada Nik Aziz, dan akhirnya akan berlaku kerumitan sekiranya sekali lagi isu ini ditimbulkan dan sudah pasti Umno jugalah yang akan dipersalahkan.

Justeru pihak kerajaan Pas Kelantan perlu tampil menjelaskan perkara berkenaan supaya ia tidak terus menjadi tanda tanya berkaitan pemilikkan tanah tersebut, sebagai sebuah kerajaan yang kononnya Islam, perlihatkanlah ketelusan kerajaan anda itu jika benar ianya telus. Lebih telus lagi jika PMBK mengumumkan 14 keping tanah itu dihadiahkan kepada Nik Aziz sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa Nik Aziz selama mentadbir negeri Kelantan. Ada Brannnn!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Jawapan dan persoalan isu itu sebelum ini klik

Melayu Kelate jange mudoh lupo!

TMB Kelantan Bina Rumah Rakyat Macam Ni Takkan Harga Sampai RM123,000 Seunit

Sebanyak RM5 Juta peruntukkan tahunan bagi DUN Panchor yang telah pun diagihkan, adakah seorang Timbalan Menteri Besar Kelantan merupakan pembohong tegar, maklumat diatas diambil dari laman rasmi Facebook Dun Panchor, apabila Nik Amar mengumumkan peruntukkan sebanyak RM5 juta setahun telah diagihkan untuk DUN Panchor, dua persolan timbul, samada peruntukkan itu pembohongan semata-mata atau beliau telah seleweng peruntukkan berkenaan.

Menurut beberapa komen pengguna akaun FB yang juga merupakan penduduk dikawasan berkenaan, ia hanyalah pembohongan, sementara menerusi tinjauan ke laman Dun Panchor mendapati hanya 14 aktiviti pemimpin bersama rakyat yaitu bermula pada Disember 2010 dan berakhir pada Disember 2011. Maknanya sebelum 2010 tidur selepas 2011 pun tidur. Kalau macamnilah gayanya kebajikan sebanyak RM5 juta yang dibuat kepada rakyat,.... ni wakil rakyat ke hantu raya ?

Untuk makluman, semua aktiviti pemimpin pasti ianya dirakamkan, bermain futsal pun dirakamkan, takkan kalau lebih pada itu tidak dirakam. Antara aktiviti yang dirakamkan seperti berikut:
  1. 16 Dec 2010 Sumbangan Pelajar Cemerlang UPSR 2010
  2. 22 Dec 2010 Perasmian Gelanggang Silat Sekebun
  3. 19 Feb 2011 Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang PMR, PMRU & STAM 2010
  4. 19 Feb 2011 Penyampaian Beras Al-It'aam
  5. 19 Mei 2011 Sumbangan Pelajar Ke IPT & Pelbagai
  6. 21 Mei 2011 Perasmian Penutup Kursus Asas Seni Beladiri
  7. 28 Jul 2011 Sumbangan Pelbagai & Majlis Kesyukuran PASTI
  8. 25 Ogos 2011 Sumbangan Khas Aidil Fitri Cawangan Panchor
  9. 21 Okt 2011 - Ziarah & Sumbangan PURNAMA
  10. 22 Okt 2011 - Rumah Sumbangan Kerajaan
  11. 07 Nov 2011 - Korban Perdana 1432H
  12. 28 Nov 2011 - Penghargaan Guru Al-Quran
  13. 23 Dec 2011 - Futsal Mahabbah
  14. 25 Dec 2011 - Pesta Lumba Kuda Terbuka
Inilah satu-satunya rumah rakyat yang dibina selama mana Nik Amar menjadi Adun Panchor, rumah berkeluasan 12' x 12' inilah penanda aras kepada kebajikan yang dibuat kepada rakyat Kelantan, peruntukkan rumah dhuafat yang disebutkan ialah sebanyak RM 123,000 setahun, anggaran kos untuk bina rumah dhuafat seperti dibawah adalah RM 5,000 seunit, dan dengan peruntukkan itu sebanyak 24 unit rumah dhuafat mampu dibina setiap tahun, dimana lagi rumah-rumah dhafat ini dibina ?
Tak padan nak tampal, malu kokram, ni kalau boleh cop atas dahi ni dia nak cop agaknya. Namun memadaikah menjadi wakil rakyat sudah lebih 15 tahun hanya bina sebuah rumah rakyat bernilai RM 5000 ? Dimana bukti terbina rumah dengan peruntukkan sebanyak RM123,000 ? Itu tak soal peruntukkan lain-lain skim lagi, kira cincai ambil yang mudah nampak je dulu..Takkanlah gambar-gambar bodoh seperti dibawah boleh di - upload, rumah dhuafat yang telah dibina tak di - upload.

Itulah level pemimpin Pas. Kebajikankah ? Islamkah ? atau Autakahkahkah, difahamkan pemimpin-pemimpin BN yang tewas di Kelantan pada PRU 13 lalu bersepakat menyerahkan segala tugas membantu rakyat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat, mereka ingin berehat dan tidak mahu melihat pemimpin Pas bergelumang dengan dosa memakan gaji buta. Anda Mampu Mengubahnya.



TMB Kelantan Dah Mula Angkuh: Tidak Ada Nik Aziz Pun Pas Boleh Bertahan - Video

TOK BALI - Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu.

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

“Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam. katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.

Ibarat tanah kubur masih merah, namun Nik Amar sudah angkuh berbicara, patutnya saat-saat begini hanya ucapan-ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Nik Aziz sahaja yang perlu keluar dari mulutnya dan bukan menafikan sumbangan serta kekuatan yang ada pada Nik Aziz.

Mengapa begitu cepat Nik Amar mengzahirkan perasaan itu kepada kewujudan Nik Aziz didalam Pas, ? benarkah tanpa batang tubuh Nik Aziz Pas mampu untuk bertahan di Kelantan ? Begitu rendah sekali tahap Nik Aziz diletakkan oleh Nik Amar, umpama baik ada dari tiada adalah menunjukkan kewujudan Nik Aziz tidak begitu penting kepada Pas, dan jika itulah balasan dari pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam terhadap jasa-jasa bekas ketuanya, apalah ada pada seorang rakyat biasa.

"Sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu", kenyataan penyedap sebegitu sungguh pedih bagi penyokong Pas dan seolah-olah menafikan air mata Nik Aziz yang digantung dimerata-rata tempat, tiada gunalah Nik Aziz mempamerkan zuhudnya kepada umum dengan menjilat pinggan dsbnya selama ini.

Ada baiknya jika Nik Amar tidak bersifat angkuh sekaligus mengakui sepenuhnya akan kekuatan Nik Aziz kepada Pas, kemudian merendah diri dengan mengajak semua penyokong Pas untuk bersama-sama membantu menyambung perjuangan Nik Aziz jika mereka sayangkan Nik Aziz. Kerana Pas sudah terlalu sukar untuk mencari pemimpin seperti Nik Aziz, ketiadaan Nik Aziz umpama Pas kehilangan permata yang paling berharga yang tidak ada nilainya kerana sudah nyanyuk, kahkahkah.

Penyokong-penyokong Pas harus mengajar Nik Amar supaya beliau tahu langit ini tinggi mahupun rendah, menafikan hakikat seorang tokoh agung Pas merupakan satu penghinaan yang amat dasyat kepada seluruh penyokong Pas yang memberi maksud pemimpin yang diagungkan selama ini tidaklah indah sebagaimana khabarnya.

Penyokong Pas juga harus celik dan sedar apa yang berlaku didalam Pas itu sendiri, antaranya dengan melihat permainan Husam menjatuhkan Nik Aziz sebelum ini telah mendapat ganjaran apabila namanya tidak termasuk dalam senarai barisan Exco yang dipegangnya selama 3 penggal, kalau hanya nak mengharapkan yang terang bersuluh dan tak reti menterjemah akan yang kabur, butalah selamanya.

Begitulah apa yang dapat disaksikan dalam klipvideo dibawah, tanpa meminta izin, Husam menjadikan Nik Aziz sebagai tunggul, sikap sengaja tidak beradab Husam begitu disenangi oleh Nik Amar, perhatikan riak wajah Nik Amar, adakah Nik Amar khusyuk mendengar penjelasan Husam ataupun Nik Amar sedang mengelamun kerana peluangnya untuk jadi MB semakin cerah. Kahkahkah. Anda Mampu mengubahnya.

Kalau Nik Aziz masih MB, agaknya berani tak Nik Amar nak cakap seperti itu

Video - Husam: "Saya Berjuang Bukan Kerana Nik Amar, Kalau Tak Betul Siapa Sekalipun Saya Akan Tentang"

Perangai-perangai puak pejuang Pas yang bertopeng Islam ini semakin hari semakin menunjukkan dirinya yang sebenar, memalukan, merosakkan dan tidak mustahil akan menghancurkan negeri Kelantan yang dtadbir mereka disebabkan pertelagahan yang berlaku itu.

Bila rasa tidak puas hati wujud dan didedahkan secara terbuka dikalangan  pemimpin didalam kerajaan, kita tidak fikir kerajaan itu mampu digerakkan dengan baik, unsur sabotaj dalam menggagalkan sesuatu usaha pasti akan berlaku, dan kesannya sudah tentu akan ditanggung oleh sekalian rakyat yang berada dinegeri ini.

Tutur kata Adun Salor Datuk Husam Musa dalam nada terlalu kecewa itu sudah cukup untuk dimengerti, rakyat tidak perlu untuk terlalu daif berfikir jika hendak menunggu Husam secara terbuka berkata "Menate Nik Amar nih, mapuhlah mu sikit lagi. aku nok lipat sekat-sekat nok, gapo nok jadi, jadilah" untuk menilai apa yang akan berlaku nanti, kerana Husam tidak bodoh untuk mengungkap seperti itu secara terbuka.

Untuk itu jadikanlah peristiwa ini sebagai iktibar untuk seluruh rakyat dinegara ini, adakah masih sukar lagi untuk masyarakat memahami dimana Pas dan Islam itu mempunyai perbezaan yang terlalu jauh, pemimpin Pas mengajak rakyat supaya mengundi mereka untuk mereka berkuasa, berpangkat, bergaji, berdriver dsbnya, manakala pemimpin Islam pula akan mengajak manusia kepada Allah, mengajak mengucapkan kalimah  ﻻاله اﻻ الله .

Apa yang ditekankan oleh Husam mempunyai kaitan dengan portfolio yang dipegang oleh YB Datuk Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yaitu Exco Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli. Anda Mampu Mengubahnya.

Terkini - Senarai Nama Barisan Exco Yang Dipengerusikan Nik Aziz, Tiada Tempat Untuk Husam

Petikan kenyataan yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Alhamdulillah, selesai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia selaku Pesuruhjaya. Saya telah membentangkan portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh YB Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh YB Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh YB Dr Ramli bin Mamat

Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah.

BN Dahului 22 Kerusi DUN di Kelantan, TUKAR!!!

Kelantan
- 62 % keluar mengundi
- BN mendahului di 22 kerusi DUN

Mengikut trend nasional, BN dikatakan sedang mendahului di negeri Kelantan setakat jam 1 tengahari tadi. InsyaAllah jika trend ini berterusan, BN akan membentuk kerajaan negeri yang baru esok.

Berdasarkan trend sekarang, kemungkinan besar momentum PRU11 akan berulang di mana rakyat memberikan sokongan hebat kepada BN.

Trend ini bukan sahaja di Kelantan, malah di negeri-negeri lain dan peringkat pusat juga. Penulis yakin BN akan memenangi 2/3 majoriti.

Masih ada masa lagi untuk rakyat Kelantan keluar mengundi. Pastikan undi Barisan Nasional untuk Kelantan baru, Kelantan maju.

Berikut adalah gambar calon BN Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa dan calon BN Parlimen Kota Bharu, Dato Fatmi keluar mengundi pagi tadi. Selanjutnya

Video - 60 Dalil Kepada Nik Aziz Kenapa Rakyat Kelantan Tolak Pas

Marilah sama-sama kita fikir masa depan kita bersama, apakah kehidupan kita akan lebih baik dengan apa yang ada hari ini atau ianya lebih baik jika kita berhasrat untuk merubahnya. Dengan hanya kita keluar mengundi dan memangkah kertas berlogo DACING, kita bakal menikmati 57 rahmat yang kebanyakkan besarnya tidak pernah kita kecapi selama ini.

Kenapa kita ingin memilih jalan yang susah dan buruk sedangkan jalan yang mudah dan baik itu tersedia untuk kita, kenapa kita perlu menanggung beban kepayahan demi semata-mata untuk menyenangkan pemimpin Pas yang sedia senang itu. Apa lebihnya pemimpin Pas ni ? Acu royak mari ambo nok dengar !!!

Ambo tidok payoh kalu pemimpin Pas ni benar-benar jujur dan tidak menipu rakyat, tapi permainan pemimpin Pas ni duk dale kocek ambo jah hok sengoti pun. Ambik so bendo mudoh jah, hok unde-unde Islam pun tak larang undang-undang tak Islam pun tak larang, try suruh pemimpin Pas ni istihar harta masing-masing kito nok tengok, jolo ko dok hok dio duk kato Islam dan puok dio ni miskin xdok harto selamo ni.

Jange kecep banyok, bendo xpayoh, kalu benar buat hok Islam suruh bakpo takut ? istihar harto marilah kito nok tengok isle setaghomano ?, lepas istihar kalu jolo sengoti hok demo duk oyak selamo ni, ambo xteragok-agok dan WAJIB ambo dan keluargo ambo akan sokong dan undi Pas, kalu dok gak katok mapuh hidup kelik pun ambo xpakoh. 

Xsoh duk pelawok lah weh, kalu dan puok demo duk gege gegok berebut calon gak puok demo nok oyak xdok harto, demo nok jadi calon sangat tu kes nak buat hartolah tu, try buka Al-Quran dan Hadis etep tengok keh, xtehenyo puok demo nop ko harto bendo sajo, tapi puok demo xpandai nok cari, hok reti nyoh jual nga gadai, mapuhlah gini gak. Bo Lah Weh. Anda Mampu Mengubahnya.

Perkara pokok dari Ikrar Dato' Pa
1. Tidak Akan Sesekali Mewujudkan Lesen Judi.
2. Tidak Sesekali Meluluskan Lesen Arak Selain Dari Yang Diluluskan Oleh Kerajaan Pas Sebelum Ini.
3. Tidak Akan Sesekali Meluluskan Lesen-Lesen Pusat Hiburan.
(Pendek kato, bare hok ni kekal supo sekalo, xdok TUKAR apo)

Pembangunan Asas Dan Merealitikan Impian Rakyat
4. Pembinaan Lebuhraya Kuala Krai - Kota Bharu.
5. Stadium Baru.
6. Kampus Bandar (Uitm) Yang Boleh Memuatkan 5,000 Pelajar.
7. Membina Masjid Ikon Bernilai Rm50 Juta.
8. Menyelesaikan Masalah Air Dalam Tempoh 5 Tahun.
9. Beri Tanah Kepada Rakyat Kelantan Yang Layak.
10. Mewujudkan Sistem Pengankutan Rapid Kota Bharu.
11. Membina 1 Juta Rumah Mampu Milik.

Sumbangan Kepada Masjid, Surau, Balaisah Dan Pondok
12. Geran Penyelenggaraan Naik Taraf Masjid, Surau Dan Lalaisah.
13. Menaikan Gaji / Elaun Imam, Bilal Dan Siak.
14. Pemberian One-Off Sebanyak Rm1,000 Kepada Imam Balaisah.
15. Pembayaran Elaun Kepada Guru-Guru Al-Quran Di Kampung-Kampung.
16. Menaik Taraf Sekolah Pondok.
17. Elaun Tetap Kepada Guru-Guru Sekolah Pondok.
18. Menyediakan Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Agama Rakyat/Pondok.

Peluang Kepada Warga Kelantan Menunaikan Ibadat Haji
19. Ibadat Haji Pertama Secara Percuma Kepada Semua Imam, Bilal, Siak Masjid, Surau Dan Balaisah.
20. Ibadat Haji Percuma Kepada Warga Tua Yang Belum Berkemampuan Menunaikan Haji.
21. Bantuan Ibadat Haji Percuma Kepada Para Hafiz.
22. Bantuan Ibadat Haji Percuma Kepada Pelajar-Pelajar Pondok Terpilih.

Program Perumahan Untuk Rakyat
23. 1,000 Unit Rumah Mampu Milik / Mesra Rakyat Bagi Setiap Parlimen.
24. Program Perumahan Untuk Rakyat Termiskin Dan Golongan Berpendapatan Rendah.
25. Bantuan Baik Pulih Rumah Sehingga 10,000.

Sumbangan Kematian / Malapetaka
26. Sumbangan Kematian Rm1,000.
27. Bantuan Bencana Sehingga Rm5,000.
28. Bantuan Kemalangan / Kematian Tragis Rm5,000.
29. Tabung Penyakit Kronik Rm 30 Juta.

Sumbangan Kepada Golongan Belia
30. Hadiah Wang Tunai Bernilai Rm2,000 Kepada Perkahwinan Pertama Kepada Yang Berpendapatan Kurang Rm1,500
31. Sumbangan Setiap Kelahiran Cahaya Mata Sebanyak Rm100.
32. Peluang Pekerjaan Sebanyak 30,000 Dalam Tempoh 5 Tahun.
33.Dana Khas Bantuan Modal Untuk Belia Dan Beliawanis Untuk Memulakan Perniagaan.

Bantuan Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik
34. Bantuan Ibu Tunggal Rm1,500.
35. Bantuan Anak Yatim Rm300.
36. Bantuan Oku Rm1,500.
37. Bantuan Warga Emas Rm1,500.

Sumbangan Kepada Pelajar Melanjutkan Pelajaran Di Ipt Dan Pelajar Cemerlang
38. Ijazah Pertama Rm1,500.
39. Diploma Rm1,000
40. Matrikulasi / Pra Universiti / Tingakatan 6 Rm800.
41. Sumbangan Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang Upsr, Spm, Smu, Stpm & Stu.

Kemudahan Dan Bantuan Kepada Golongan Peniaga
42. Menyediakan Tapak Pasar Malam Yang Tetap Di Setiap Dun.
43. Membina Grand Bazar Di Kota Bharu.
44. Mengadakan Kawasan Perniagaan Uptown Kota Bharu.
45. Bantuan Motosikal Roda Tiga Kepada Penjaja.
46. Menyediakan Kiosk Yang Lebih Tersusun Untuk Belia Berniaga.

Hapuskira Tunggakan Cukai Dan Sama
47. Hapus Kira Tunggakan Cukai Hasil Tanah.
48. Hapus Kira Tunggakan Bil Air Aksb.
49. Hapus Kira Tunggakan Saman Parking Pbt.
50. Hapus Kira Tunggakan Cukai Pintu.
51. Tiada Bayaran Lesen Sampan Bagi Nelayan Pantai.

Geran Kepada Ngo
52. Geran Tahunan Kepada Ngo Yang Diiktiraf Sebanyak Rm20 Juta Setahun.

Kemudahan Asas
53. Meningkatkan Kemudahan Prasarana Pelabuhan Tok Bali, Hub Pemprosesan Hasil Laut & Membina Pusat Membina Dan Membaiki Kapal.
54. Menaik Taraf Jalan-Jalan Dalam Bandar Utama.
55. Menaik Taraf Bandar-Bandar Utama Termasuk Mewujudkan Bandar Satelit Kota Bharu Di Kok Lanas.
56. Melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Golok Dan Sungai Kelantan.
57. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Dinaik Taraf Menjadi Hub Penerbangan Pintu Masuk Ke Wilayah Serantau.

Hok Ambo tamboh sendiri
58. Pas terbukti gagal selama 23 tahun perintah Kelantan bagi menyediakan keperluan diatas.
59. Selain gagal Pas juga sentiasa memberi alasan lapuk sampai sekarang yaitu 'Semua salah Umno'
60. Hudud - Janji tinggal janji

Video - Amanat Perdana Menteri Khas Untuk Rakyat Kelantan

"Acu cuba Try test sepenggal" Rakyat Kelantan seharusnya menyahut seruan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya mencuba pemerintahan Barisan Nasional selama sepenggal dan menukarnya kempali kepada Pas jika pentadbiran BN itu nanti tidak memuaskan hati rakyat.

Tanpa berusaha dan bertawakkal untuk menjadikan diri kita hari ini lebih baik dari semalam, kita bukanlah tergolong dikalangan golongan insan yang berjaya, sampai bila kita rakyat Kelantan sanggup menjadi bahan 'kecep sajo' kerajaan Pas sedangkan peluang untuk kita mencuba sesuatu yang baru itu ada ditangan kita.

Apalah salahnya kita mencuba, dan secara peribadi selaku bloggers bebas walaupun acap kali juga mengkritik kerajaan BN dengan jujur hati ingin menyatakan dan memberi jaminan dimana jika negeri Kelantan dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamad, Gk berkeyakinan negeri Kelantan akan jauh lebih baik dari semua segi dan masa depan generasi muda akan berubah disamping transformasi yang akan dibawa oleh beliau selaku pemimpin yang bersih dari sebarang skandal serta kewibawaannya mentadbir.

Kita jangan merasakan diri kita sudah baik dan sempurna tanpa perlu kita mencari lebih kesempurnaan, dan kita rakyat Kelantan yakinlah dan percayalah, Tok Pa akan memimpin Kelantan dengan mengekalkan dan menambah baik kebaikkan yang sediaada dalam aspek keagamaan misalnya, 

Namun itu tidak cukup selain Tok Pa akan mengembangkan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam memastikan misi beliau yaitu anak-anak Kelantan di perantauan dapat pulang menyumbangkan bakti di negeri sendiri didepan mata ayah dan ibu tercinta. Ingatlah segalanya terletak ditangan anda. 

Sungguhpun begitu, pastikan anda memilih calon Barisan Nasional yang berwibawa, jujur dan amanah. Jika sebaliknya abaikan. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - PAS - Pahala Atau Spender: Nik Aziz Fatwa Lain Adun Kelaboran Fatwa Lain

Persoalnnya ialah PAS, yaitu Pahala Atau Spender, sebabnya bila dikatakan politik suku agama suku, Nik Aziz kata fahaman itu sesat bahkan syirik, namun bila ada bilal yang menyokong Umno, pemimpin Pas kata sepatutnya pegawai Kerajaan dan bilal masjid tidak terlibat dengan politik.

Yang mana satu betul ni ? Atau puak ni jenis main tabur jer ni, berfatwa sesuka-sukanya, agama digunakan untuk keuntungan politik semata-mata, habis orang-orang kampung diperbodohkan pemimpin Pas, asal orang lain buat semua tak betul, yang Pas buat pulak semua halal walaupun hanya berspender. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Nik Aziz Tak Tahu! Jam 2.30 Pagi, Ingatkan Puak Pas Duk Bermunajat, Rupanya Duk Melalak

Budaya menyusahkan rakyat tiada berpisah dengan Pas di Kelantan, amalan politik yang tidak bertamadun berterusan diamalkan tanpa mengira waktu siang dan malam, kebodohan dan politik bertaraf longkang dengan menyalak dan membunyikan hon ditengah jalanraya sehingga jam 3 pagi bukan dari ajaran Islam, kerana ia cukup menganggu, dan kerja seperti ini hanyalah dilakukan oleh jahiliyyah yang jahil tanpa ada taranya.

Menyedari akan ajaran Islam yang melarang perbuatan itu, Pengerusi BN Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan pimpinannya awal-awal lagi bersepakat  mengHARAMkan semua penyokong dan jenteranya dari melakukan sebarang aktiviti konvoi melebihi jam 12 tengah malam kerana ia boleh menggangu orang lain yang sedang tidur.

Justeru, suka kita ingatkan kepada seluruh rakyat di Kelantan khasnya di kawasan Kota Bharu, dimana kesemua gangguan melebihi jam 12 malam dari aktiviti tidak berfaedah itu adalah datangnya daripada penyokong-penyokong Pas yang mungkin berkonvoi setelah difatwakan mendapat pahala oleh Mursyidul Am Pas.

Kerana kita difahamkan sekarang ini penduduk di sekitar Kota Bharu setiap hari menyumpah seranah dengan gangguan itu, anak-anak kecil terjaga dan menangis setiap malam, mereka tertanya-tanya kumpulan dari parti 'bengong' mana yang tak reti bahasa itu, jadi mulai saat ini jangan tertanya-tanya lagi, sumpah direct kepada parti bulan itu. Kerana merekalah yang menggangu kehidupan anda diakhir-akhir ini.

Entahlah apa nak jadi dengan penyokong Pas ni, setiap malam duk berarak, agak-agak kalau tak berlarak kalah ke Pas di Kelantan ni ? Kalau ya pun tahu nak kalah, ikhtiarlah dengan cara yang diajar oleh Islam, banyakkan berzikir serta bermunajat kepada yang Esa, janganlah duk ganggu orang lain, orang lain ada tanggungjawab, ada masa untuk tidur, ada masa untuk kerja, bukan 24 jam nak berpolitik taraf longkang macam tu. Anda Mampu Mengubahnya.

Sesekali nak berkonvoi tak salah, tapi perlu ada masanya.

Video - Tauke Cina: Nik Aziz Menteri Besar Paling Kaya Di Malaysia

Jika benar semua elaun Nik Aziz tak ambil atau claim, banyak sungguh duit Nik Aziz, dari mana datangnya duit-duit yang dibelanjakan oleh Nik Aziz itu ?

Cukupkah gaji seorang Menteri Besar untuk perbelanjaannya dengan menolak semua elaun ?, atau semuanya ditaja sebagaimana tajaan haji yang pernah ditimbulkan beberapa tahun lalu. Atau juga persoalan ini boleh dikaitkan dengan botaknya hutan di Ulu Kelantan. Berpadalah dalam berdayareka.


Tanah-tanah ni apa cerita ? Tak baik menipu, berdosa, ini baru sikit, dengar cerita ada banyak lagi yang akan dibongkar!  Ya ke ? Anda Mampu Mengubahnya.

Lagi maklumat mengenai pemilikkan tanah oleh Nik Aziz rujuk diSini

Video - Isu Ulamak Jutawan, Pas Kelantan Jerat Nik Aziz, 7 Pertikaian Miliki Tanah

Berhubung isu pemilikkan tanah oleh Mursyidul Am Pas zuhud Datuk Sri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, jawapan yang diberikan oleh pimpinan Pas Kelantan adalah seperti berikut:

"Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007.

Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity). Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK".

Persoalannya ?

1.) Kenapa tarikh daftar tanah dicatatkan antara tahun 1990 hingga 2002 jika tanah berkenaan dibeli antara 2006-2007.

2.) Jika tanah berkenaan dibeli tahun 2006, ia dibeli atas nama siapa ? Sebabnya PMBK  membuat keputusan agar Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut pada tahun 2007. Atau Nik Aziz beli dulu baru PMBK buat keputusan.

3.) Sebelum Trust Deed dibuat pada 05 Nov 2007 , apa status tanah berkenaan. Adakah Nik Aziz beli tanah berkenaan pada harga yang rendah kemudian akan jual balik tanah berkenaan kepada PMBK dengan harga yang tinggi.

4. ) Berapa banyak tanah yang dimiliki oleh PMBK, apakah hanya 14 lot ini sahaja, jika lebih adakah semua lot-lot itu dinamakan diatas nama Nik Aziz ?

5.) Bukankah sudah melanggar undang-undang dalam maksud sengaja melakukan penipuan apabila menggunakan nama Nik Aziz bagi tujuan membeli  tanah yang tidak boleh dimilik oleh PMBK, kerana menurut Seksyen 13A Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930, mana-mana tanah dalam kawasan rizab Melayu boleh dipindah milik kepada orang-orang bukan Melayu hanya dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri atau Raja dalam Mesyuarat (Ruler-in-Council).

6.) Andaikata tanah-tanah tersebut memang benar milik PMBK dan bukan milik Nik Aziz, masa untuk proses bagi membolehkan tanah-tanah itu dimilik oleh PMBK hanyalah 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja, dan tanah berkenaan didakwa dibeli antara tahun 2006-2007, sekarang ni dah 2013, dalam masa 6 tahun kenapa tanah-tanah berkenaan tidak dipindah milik.

7.) Sedangkan alasan awal tanah-tanah berkenaan dinamakan atas nama Nik Aziz disebabkan masalah pemilikkan oleh PMBK dan pemilik asal tanah hendak pakai wang dengan segera.

Kesimpulannya zuhud dengan pembohongan dan putar alam seluruh kepimpinan Pas Kelantan ini akan terbongkar kiranya diizinkan oleh Allah Taala. Isu ini memang ada yang tak kena, kenapa perlu berbohong jika benar tanah itu kepunyaan Nik Aziz, takut tak zuhud ke ?

Diharapkan supaya Datuk Ibrahim Ali kekal dengan 'Membujur lalu melintang patah' dan 'genggam bara api biar sampai jadi arang', jangan jadikan isu ini berOmbak hanya hasilkan buih, tapi kalau buih sabun boleh jugak buat basuh baju. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...