TMB Kelantan Dah Mula Angkuh: Tidak Ada Nik Aziz Pun Pas Boleh Bertahan - Video

TOK BALI - Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu.

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

“Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam. katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.

Ibarat tanah kubur masih merah, namun Nik Amar sudah angkuh berbicara, patutnya saat-saat begini hanya ucapan-ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Nik Aziz sahaja yang perlu keluar dari mulutnya dan bukan menafikan sumbangan serta kekuatan yang ada pada Nik Aziz.

Mengapa begitu cepat Nik Amar mengzahirkan perasaan itu kepada kewujudan Nik Aziz didalam Pas, ? benarkah tanpa batang tubuh Nik Aziz Pas mampu untuk bertahan di Kelantan ? Begitu rendah sekali tahap Nik Aziz diletakkan oleh Nik Amar, umpama baik ada dari tiada adalah menunjukkan kewujudan Nik Aziz tidak begitu penting kepada Pas, dan jika itulah balasan dari pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam terhadap jasa-jasa bekas ketuanya, apalah ada pada seorang rakyat biasa.

"Sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu", kenyataan penyedap sebegitu sungguh pedih bagi penyokong Pas dan seolah-olah menafikan air mata Nik Aziz yang digantung dimerata-rata tempat, tiada gunalah Nik Aziz mempamerkan zuhudnya kepada umum dengan menjilat pinggan dsbnya selama ini.

Ada baiknya jika Nik Amar tidak bersifat angkuh sekaligus mengakui sepenuhnya akan kekuatan Nik Aziz kepada Pas, kemudian merendah diri dengan mengajak semua penyokong Pas untuk bersama-sama membantu menyambung perjuangan Nik Aziz jika mereka sayangkan Nik Aziz. Kerana Pas sudah terlalu sukar untuk mencari pemimpin seperti Nik Aziz, ketiadaan Nik Aziz umpama Pas kehilangan permata yang paling berharga yang tidak ada nilainya kerana sudah nyanyuk, kahkahkah.

Penyokong-penyokong Pas harus mengajar Nik Amar supaya beliau tahu langit ini tinggi mahupun rendah, menafikan hakikat seorang tokoh agung Pas merupakan satu penghinaan yang amat dasyat kepada seluruh penyokong Pas yang memberi maksud pemimpin yang diagungkan selama ini tidaklah indah sebagaimana khabarnya.

Penyokong Pas juga harus celik dan sedar apa yang berlaku didalam Pas itu sendiri, antaranya dengan melihat permainan Husam menjatuhkan Nik Aziz sebelum ini telah mendapat ganjaran apabila namanya tidak termasuk dalam senarai barisan Exco yang dipegangnya selama 3 penggal, kalau hanya nak mengharapkan yang terang bersuluh dan tak reti menterjemah akan yang kabur, butalah selamanya.

Begitulah apa yang dapat disaksikan dalam klipvideo dibawah, tanpa meminta izin, Husam menjadikan Nik Aziz sebagai tunggul, sikap sengaja tidak beradab Husam begitu disenangi oleh Nik Amar, perhatikan riak wajah Nik Amar, adakah Nik Amar khusyuk mendengar penjelasan Husam ataupun Nik Amar sedang mengelamun kerana peluangnya untuk jadi MB semakin cerah. Kahkahkah. Anda Mampu mengubahnya.

Kalau Nik Aziz masih MB, agaknya berani tak Nik Amar nak cakap seperti itu

6 comments:

  1. Wujudkan sekolah agama yg meliputi semua anak Ktan, dgn sukatan pelajaran berdasar aliran Asshariyah Maturidiyah, bila rakyat Islam Ktan faham pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, aliran khawarij dan wahabi PAS akan ditinggalkan.

    ReplyDelete
  2. mereka sebenarnya dah lama berbulu ngan nik ajis ni.....nak di pecat x boleh....sekarang dah ada peluang, hentam la org tua nyanyuk tu kaw kaw....nik ajis terkulat kulat x tahu nak kata apa.....celako..celako..celako....

    ReplyDelete
  3. Cuba kita bandingkan muka Datuk Mohd Amar dengan muka Datuk N.ajis, agak mana anda rasa sejuk dihati bila melihatnya.

    ReplyDelete
  4. Pas berjuang Atas dasar islam kah? atau atas dasar DEngki dan sakit hati ?

    ReplyDelete
  5. Teringat zaman ayahnda Nik Amar mengambil parlimen Pengkalan Chepa dari Ustaz Nik Aziz dulu....

    ReplyDelete
  6. pas is "PAST"

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...