Video - Pertemuan Sulit Hj Hadi Dan Yusof Qaradhawi Tidak Dapat Gambaran Sebenar Mengenai Anwar

Taktik Anwar Ibrahim mempergunakan Sheikh Dr. Yusof al-Qaradhawi memang sudah lama dijangka, Anwar akan lakukan apa sahaja demi mencapai nafsu besarnya untuk berkuasa, bagaimanapun jika Qaradhawi mengetahui akan kelakuan Anwar yang sebenarnya, mustahil untuk Qaradhawi melayani manusia seperti itu.

Melihat keadaan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan mengadakan pertemuan rahsia dengan ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusof al-Qaradhawi berhubung pendirian parti itu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pembangkang memerintah.

Dalam pertemuan tersebut, Abdul Hadi turut mendedahkan kepada Qaradhawi mengenai keraguan Pas terhadap tindak-tanduk Anwar yang tidak konsisten dalam banyak isu melibatkan kepentingan umat Islam termasuk dalam polemik penggunaan kalimah Allah.

Abdul Hadi turut menjelaskan bahawa Pas akan meyakinkan pakatan pembangkang untuk memilih pemimpin Pas sebagai Perdana Menteri.

Penganalisis politik, Datuk Rais Hussin Mohamed Arif ketika mendedahkan perkara itu berkata, pertemuan sulit antara Abdul Hadi dan Qaradhawi diadakan dua kali iaitu pada penghujung Februari dan awal Mac lalu.

Rais Hussin berkata, beliau mendapat maklumat mengenai intipati perbincangan antara Abdul Hadi dan Qaradhawi daripada salah seorang tokoh yang turut berada dalam pertemuan tersebut.

“Jika beliau (Abdul Hadi) mahu menafikan maklumat-maklumat ini, beliau perlu berhati-hati kerana pertemuan itu turut disaksikan oleh seorang tokoh yang dikenali dengan sifat terhormat dan berintegriti tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Rais Hussin, banyak perkara yang diutarakan oleh Abdul Hadi dalam pertemuan itu mengejutkan Qaradhawi yang juga Pengerusi International Union for Muslim Scholars (IUMS)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...