PEGGHH KELATE SEMAKIN GEDEBE

 SUSPEK KE3 KES BUNUH DI CEKUP

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan seorang lagi suspek berusia 24 tahun menjadikan tiga individu dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Mohd Anuar Mohd Nor, 31, di Rantau Panjang baru-baru ini ditahan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, lelaki berkenaan yang juga seorang mekanik ditahan pada 22 Oktober lalu kira-kira jam 6.30 petang di rumahnya di Pasir Mas.

Menurutnya, berikutan penahanan dan hasil siasat terhadap suspek polis berjaya merampas pistol dipercayai buatan China bersama empat butir peluru yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kejadian terbabit.

“Lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 2 November ini dan polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan pihak yang terlibat dengan pembunuhan terbabit.

“Hasil siasatan juga mendapati mangsa ditembak oleh rakannya yang dikenali dengan nama ‘Din’ berpunca masalah hutang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, sebelum ini dua tangkapan dilakukan dan siasatan terperinci dilakukan sehingga membawa kepada penangkapan suspek ketiga.

Menurutnya, siasatan kes ini ditukar daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 11 Oktober lalu, Mohd Anuar bapa kepada dua anak tidak sedarkan diri selepas dipercayai ditembak kenalannya di tepi Jalan Simpang Empat Salam, Rantau Panjang pada jam 9.30 malam.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berjumpa dengan dua kenalannya dan difahamkan akibat tidak berpuas hati dengan perbincangan itu rakannya mengeluarkan pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah Mohd Anuar.

Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ)II selepas salah satu tembakan mengena pinggang kanan dan menembusi dadanya.

Selepas 18 hari dirawat akibat kecederaan parah akhirnya, Mohd Anuar menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.55 pagi kelmarin di sisi adik-beradik serta isterinya di Wad Intan, HRPZ II.

Sementara itu, abang mangsa, Mohd Azhar, 35, mahukan kes pembunuhan adiknya itu dapat disiasat dengan teliti supaya pembunuhnya dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal. 
 ULASAN GK

Kelas tu keh Kelate kito,banggolah sikit abe weh,gedebe keh ,Jika dahulu Orang Kelate reti "Nettok" jah,Tapi sekarang ni upgrade "Beddil' doh pulop.Baru kelas ko lagumana?

Beberapa bulan yang lalu berlaku di Kampung Cherang Kota Bharu dimana anggota polis termasuk yang bertopeng mengepung sekitar simpang empat cherang bagi menahan beberapa orang suspek diantaranya  bersenjatakan pistol.Menurut sumber, suspek terbabit terlibat dalam satu kes pergaduhan disekitar Kota Bharu dipercayai seorang dari suspek telah mengeluarkan pistol dan bertindak menghentak kepala mangsa.Akibat hentakan itu mangsa cedera di dahi dan terus membuat laporan polis.

Walaubagaimanapun kesemua suspek berjaya ditahan,Suspek juga dikatakan terlibat dengan pengedaran dadah Jenis PIL KUDA yang bergiat aktif disekitar bandar.Jenayah boleh berlaku dimana sahaja.Tapi jika Pemimpin dan masyarakat tampil membantu Polis untuk menangani jenayah GK pasti ianya dapat dikurangkan.

Ekoran kejadian demi kejadian jenayah yang berlaku di negeri Kelantan salah satu puncanya adalah kerana masalah ekonomi penduduk,Disebabkan taraf hidup yang semakin meningkat pendapatan pula tidak bertambah bahkan ada tiada pendapatan langsung atau menggangur disebabkan kelemahan Kerajaan PAS bagi menarik pelabur asing untuk datang melabur sekaligus peluang pekerjaan disini sangalah terhad.

Tidak mustahil sedikit masa lagi ianya akan semakin parah,Jika untuk menyalahkan PDRM semata-mata adalah tidak wajar sama sekali dan akan selamanya gagal jika masyarakat tidak memberikan kerjasama,Bagi GK dengan kekuatan anggota PDRM sediada dan kemudahan logistik mustahil untuk PDRM berkerja dengan lebih berkesan dalam menangani jenayah.

Polis yang ada sekarang hanya sekadar cukup untuk membuat tindakan sekiranya mendapat maklumat dari orang awam,Untuk pencegahan ianya tidak wajar jika kita meletakkan diatas bahu PDRM sahaja.Sebaliknya Pemimpin dan ibubapa mesti memberi penekanan terhadap masalah ini.

Yang pasti GK rasa rata-rata ibu bapa hanya tunggu dan lihat program apa yang akan diadakan bagi membantu anak muda mereka,Sayang sekali kerana kita tersalah pilih Pemimpin,Untuk kita kesali ianya belum terlambat.Masih ada lagi peluang untuk kita mengubah negeri Kelate pada PRU13 nanti...Anda mampu mengubahnya.

HOT-PELACUR HIDUP,PENIAGA MAUT DI SERAMBI MEKAH

DEMO NOK KEMUSNAHAN GAPO DI KELATE ADO BELAKO



Itulah sikap sebenar kerajaan bertopengkan Islam.Penyokong taksub PAS sila buka mata,dengar baik-baik dan fahaminya...Tentang isu peniaga dilanggar, sedikitpun tidak disentuh oleh YB Pas,Kenapa dan mengapa.???Pusat pelacuran dibiarkan beroperasi,Rakyat berniaga mencari rezeki yang halal pula dibanteras...Islamik sungguh...

PAS PELAWOK LAGI DI PENG CHEPA

TUNTUTAN JANJI

KOTA BHARU- Penduduk Kampung Pulau Pak Amat, Pengkalan Chepa di sini, menggesa Kerajaan Negeri menyelesaikan bayaran pampasan kepada mereka seperti yang dijanjikan beberapa bulan lalu untuk mengambil alih kawasan terbabit bagi tujuan pembangunan.

Wakil penduduk, Azrai Hamid, 40, berkata, pihak berkenaan pernah datang ke kawasan itu bertemu dengan penduduk kampung sebulan lalu dan berjanji akan membayar pampasan kepada 15 penduduk di kawasan ini, tetapi sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

“Mereka janji nak bayar wang pampasan kepada kami, tetapi sehingga kini hanya tiga orang sahaja yang menerimanya manakala selebihnya tidak memperoleh apa-apa jawapan dari pihak terbabit.

“Kami mengharapkan agar mereka dapat menyegerakan pembayaran itu kerana kami khuatir akan keselamatan di sini lagipun kawasan ini mengalami hakisan yang teruk sejak 14 tahun lalu,” katanya.

Azrai berkata, sehingga hari ini, lebih lima buah rumah ditelan ombak akibat hakisan pantai yang menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke rumah keluarga terdekat di kawasan berkenaan.

“Lagipun penduduk di sini kebanyakannya hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap di samping terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

“Atas sebab itulah penduduk amat mengharapkan wang pampasan terbabit dapat dibayar dengan segera untuk tujuan pemindahan ke kawasan lain,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rumah Azrai hanya terletak lebih kurang 20 meter dari kawasan pantai dan ia amat berisiko yang boleh membahayakan nyawa keluarga terbabit.

Sementara itu penduduk di kawasan itu, Abdullah Mamat, 63 berkata, kawasan berkenaan juga tidak pernah dibenteng dengan batu walaupun pernah diajukan kepada pihak berwajib.

“Penduduk di sini bukan tidak mahu pindah tetapi tanah di kawasan ini kebanyakannya merupakan tinggalan pusaka keluarga yang menyebabkan mereka mempertahankan hak mereka,” katanya.

Seorang penduduk lagi, Suriati Sulaiman, 36, berkata, jika bayaran terbabit disegerakan ia akan memudahkan urusan pemindahan dan mencari tanah baru kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang lumayan untuk menguruskan perkara itu.

Sehubungan itu mereka amat berharap agar pihak terbabit menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera supaya penduduk di kawasan itu tidak dibelenggu ketakutan akibat hakisan serta dapat berpindah dengan segera melalui bayaran pampasan seperti yang dijanjikan.

Februari lalu akhbar tempatan melaporkan mengenai kisah penduduk di kawasan berkenaan yang dilanda kerisauan akibat hakisan di kawasan itu. Sehingga hari ini, pihak PBT masih belum bertindak meletakkan benteng di kawasan berkenaan.

TAKSUB TERBURAI NIK AZIZ DIKATA NABI

AKIBAT TAKSUB


Pelbagai tafsiran dengan sesuatu makna didalam Al-Quran dan Hadis. Kerana ianya terdedah dengan bermacam fahaman diatas ketaksuban atau kejujuran?.Bila agama dimainkan untuk menyelusuri kehidupan yang mempunyai kepentingan. Walaubagaimanapun Ustaz Budak ni baik ilmunya, Tapi akibat dari ketaksuban beliau kepada PAS setiap siri kuliahnya menampakkan suatu pembelajaran yang agak janggal dengan ilmu Islam yang sebenarnya.
Apa yang Ustaz ni nak terangkan bilamana mengatakan PAS mempunyai 3 huruf dan Umno ada 4 huruf.Allah di eja dengan 4 huruf. GK confius. ..

Ulamak perwaris kepada nabi atau Ulamak memang Nabi.TGNA itu Nabi orang akan kata sesat, Sebenarnya orang alim itu Nabi. Kalau takder Nabi orang alim tu Nabi lah. Pening-pening. Ayah Pin Kerajaan langit, Rasul Melayu, Orang alim tu Nabi. Emm sikit lagi apa pula ya? Sebenarnya Taksub dalam agama ni boleh jadi sesat dan menyesatkan.....GK no komen!!!So dengarlah sendiri.....
 Fikir-fikirkanlah...Anda mampu mengubahnya...

PUSAT BANTU MISKIN MACHANG RM 6 JUTA SETAHUN

KERAJAAN PUSAT BANTU RM6 JUTA SETAHUN UNTUK MACHANG

MACHANG - Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM6 juta setahun bagi membantu seramai 2,388 rakyat miskin di daerah ini, namun ia masih tidak mencukupi berikutan banyak permohonan baru diterima.
Pengerusi Majlis Ke-bajikan dan Pembangunan Kawasan (Mayang) Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub berkata, permohonan baru diuruskan segera, tetapi perlu menunggu kelulusan kewangan daripada kerajaan memandangkan jumlahnya terhad.

Katanya, Mayang berusaha mendapatkan peruntukan tambahan bagi membantu rakyat memerlukan dan berharap pemohon bersabar dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Kami memahami kesusahan mereka memerlukan dan berusaha membantu mereka. Saya ingin mengingatkan penerima menggunakan ban-tuan sebaik mungkin, utamakan kegunaan keluarga dan anak-anak yang masih belajar.

“Hanya ilmu dapat mengubah taraf hidup mereka. Pastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna,’’ katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan bulanan persekutuan Jabatan Ke-bajikan Masyarakat (JKM) di sini, kelmarin.

Majlis melibatkan seramai 587 penerima dari Dun Kemuning. Hadir sama, Pengerusi Program Nada Nadi Komuniti (Nadi) Dun Kemuning, Eriandi Datuk Ismail dan Pentadbir Mukim Kemuning, Mohd Zain Che Haron.

Sementara itu Pegawai JKM Machang, Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh Ahmad berkata, warga emas paling ramai menerima bantuan iaitu seramai 871 orang dan kanak-kanak, 775 orang.

Katanya, pemberian bulanan bersifat sementara bagi tujuan pemulihan sebelum penerima hidup berdikari dan diluluskan untuk tempoh setahun sebelum dikaji semula untuk tahun berikutnya.

Menurutnya, kedudukan kewangan dan maklumat terbaru yang diperolehi akan diambil kira bagi menentukan sama ada kes layak diteruskan atau ditamatkan bantuan.

“JKM juga mengalu-alukan kerjasama Mayang dengan menganjurkan lebih banyak program dan aktiviti berkaitan kebajikan dan pembangunan masyarakat serta menangani pelbagai isu di peringkat akar umbi.
“Ia diharap mampu mengeratkan hubungan antara penerima, JKM, Mayang dan Nadi" katanya.

MAAFKAN SAYA TOK GURU!!! CUKUPLAH PELAWOK TU...

MAAFKAN SAYA TUAN GURU CUKUPLAH PELAWOK TU...

Ini adalah salah satu ceramah Nik Aziz diantara berjuta siri ceramahnya.Jika dahulu puak PAS lantang menentang segala apa yang Umno bina dan buat,Seperti juga Putrajaya yang disebut sebagai Mahligai bernilai RM200 juta.Heboh seluruh kampung dibohongi dengan pembaziran wang rakyat.Tapi kini lihatlah sendiri apa yang ada dibalik jubah dan semutar itu.

Kalau dah kena aras batang hidung sendiri tahulah macammana,Jika melihat telatah pemimpin PAS hari ini,Dengan rendah hati GK berani berSUMPAH jadi seSUMPAH kiranya PAS membentuk kerajaan dan akan melaksanakan Hukum Hudud.Takkan punya jamin 100peratus lah.20 tahun tidak cukupkah masa untuk berstarategi untuk melaksanakan Hudud.

Jangan kata HUDUD,kebajikkan untuk rakyat pun entah kemana,bukankah kebajikkan itu lebih penting dari segalanya.Yang jelasnya kereta baru,rumah besar,isteri topup dan berselindung dibalik.........GK percaya dengan kuasa Allah taala didalam Susu bayi yang mengandungi DHA,AA dsbnya telah menjadikan Rakyat Kelantan dan seluruh Rakyat Malaysia cerdik serta bijak untuk berfikir baik dan buruknya insyaallah.

Ayuh kita ubah Kelantan dengan menjadikan rakyat Kelantan bangkit di arus kemodenan supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat dinegeri lain di bumi Kelantan sendiri.Anda Mampu mengubahnya.

LAGI PENEMUAN KEDAIFAN FAKIR DI PUBEL

KELUARGA MISKIN DI PULAU BELANGA

 Kemiskinan kali ini juga berhampiran dengan kediaman Menteri Besar Kelantan.Puan Nor Azlin bt.Abdullah dan keluarganya di Kampung Pulau Belanga yang dikatakan hidup dalam serba kedhaifan..Wanita ini tiada di rumah kerana keluar bekerja semasa saya tiba di rumahnya. Hanya 2 orang anak perempuan dan 3 orang cucunya sahaja yang menyambut kehadiran saya.  Puan Nor Azlin, 46, merupakan seorang balu beranak lima (3 lelaki dan 2 orang perempuan). Kefakiran dan kesempitan hidup semakin dirasai selepas suaminya, Che Isa bin Che Yaakob meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira setahun yang lalu. Puan Nor Azlin berbangsa Siam dan berasal dari Chiang Mai, Thailand telah memeluk agama Islam sebelum bertemu jodoh dan berkahwin dengan Allahyarham Che Isa bin Che Yaakob.

Belakang rumah
Puan Nor Azlin sekeluarga hidup dalam kefakiran tegar hinggalah sekarang.Mereka sekeluarga terpaksa hidup menumpang berteduh dalam bangsal stor beras yang sudah lama usang di atas tanah orang lain. Tanpa tandas dan kemudahan bilik air, mereka pasrah mengharungi kehidupan seharian. Tiada bantuan kewangan dan makanan secara tetap yang diterima oleh keluarga ini. Mereka cuma pernah menerima sebanyak 3 kali sehahaja bantuan beras daripada DUN Panchor sebanyak 30 kilogram. Kelima-lima anak Puan Nor Azlin tidak bersekolah tinggi. Tahap pengajian anak sulung (perempuan) hingga ke tahap tingkatan 5 (SPM) adalah yang paling tinggi. Manakala adik-adik yang lain hanya bersekolah sehingga tingkatan 2 sahaja. Pendapatan Puan NorAzlin yang tak seberapa hanya bergantung kepada hasil kerjanya  di Kilang Proses Kitar Semula di Kg.Beris Lanjut.

Stor beras ini adalah rumah mereka


Puan Nor Azlin dan 2 orang anaknya tidak memiliki kad pengenalan. Proses pembikinan kad pengenalan terhalang  lantaran beliau pernah berkahwin  dengan Allahyarham Che Isa di Thailand dan pasangan ini tidak mempunyai sijil nikah.   .Manakala 3 orang lagi anaknya yang lain pula  sempat memiliki kad pengenalan pada Era Dr. Mahathir jadi PM Malaysia. Begitu dhaif sekali corak kehidupan mereka! Tahap pengetahuan agama Islam mereka pun berada di tahap yang agak lemah lagi amat menyedihkan.

Saya dimaklumkan bahawa beliau sekeluarga tidak mendapat bantuan sejak dulu hingga kini kerana tidak memiliki kad pengenalan. Persoalannya sekarang; adakah wajar sikap perikemanusiaan dipinggirkan ketepi semata-mata kerana ketiadaan kad pengenalan? Ini persoalan aqidah! Di manakah peranan Majlis Agama Islam (MAIK)? Dimana wang-wang pungutan zakat yang dikumpul oleh MAIK yang sepatutnya dirasai oleh mereka sebegini? Di manakah peranan Kerajaan Negeri Kelantan yang melaung-laungkan slogan Membangunan Bersama Islam? Dimanakah peranan EXCO Pendidikan dikala mereka ini memerlukan tarbiyyah ruhiyyah??

Dimanakah peranan EXCO Kebajikan Masyarakat? Tak bolehkah jika dibina sebuah rumah kepada mereka di atas tanah kerajaan? Berapa ramaikah agaknya mereka yang sedemikian dalam negeri Kelantan?  Kalaulah Kerajaan Negeri sanggup beri rumah kepada tukang-tukang jogho dikir barat dan sanggup beri rumah kepada keluarga pelajar Maahad Muhammadi Perempuan kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM, mengapa tidak kepada mereka ini? Bukankah menolong mereka yang memeluk agama Islam tapi belum memahami Syariat Islam WAJIB  dijaga aqidah mereka? Persoalan akidah adalah mengatasi segala-galanya……sedarlah wahai kita semua!

Serba dhaif
 Dipetik dari Sila Klik

HUDUD-PAS KELANTAN BENTUK JAWATANKUASA

Hudud: Pas Kelantan setuju bentuk jawatankuasa teknikal

KOTA BHARU 24 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika memaklumkan perkara itu berkata, jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dari kalangan profesional termasuk beliau sendiri selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Beliau berkata, ahli jawatankuasa yang lain antaranya Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman

Menurut Mohd. Amar, peranan jawatankuasa itu antara lain mengkaji kemungkinan kepada pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.
"Jadi, antara tugas (jawatankuasa) ialah mengkaji kemungkinan yang ada dan ruang-ruang dan kalau ada mereka akan memberi cadangan-cadangan kepada kerajaan.
"Kerajaan tidak beri jangka masa kepada jawatankuasa bila ia bersidang (buat) kali pertama, mungkin ia akan selesaikan 'terms of reference' dan sebagainya," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan satu jawatankuasa pelaksana hukum hudud akan ditubuhkan selepas didesak pelbagai pihak.
Menurut beliau, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menentukan bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 bakal digazetkan untuk pelaksanaan serta penentuan semua perkara berkaitan seperti pelantikan hakim.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan kerana kerajaan sudah memberi mereka ruang untuk mengemukakan pandangan dan tumpuan kini diberikan kepada golongan profesional yang berkaitan.

"Hari ini, Exco buat keputusan dan kita akan buat surat (pelantikan) serta terserah pada masing-masing untuk terima atau tidak. Yang penting, apa yang kita nak buat adalah dalam kerangka undang-undang.
"Polis dan penjara terlibat kerana (melibatkan) soal penguatkuasaan. Kalau enakmen boleh dilaksana dari segi undang-undang, tentu ada penguatkuasaan dan di situ peranan polis dan penjara," katanya.

POLIS DITIKAM NYARIS BUTA

PEMUDA SIAL TIKAM POLIS
ALOR GAJAH: Niat baik seorang anggota polis mahu membantu seorang penunggang motosikal yang disangka kehabisan petrol membawa padah apabila dia ditikam sebelum ditolak ke dalam gaung di jalan besar Hutan Percha di sini, semalam.
 
Dalam kejadian jam 8 pagi, motosikal Honda EX5 milik mangsa, Koperal Nasharuddin Mansur, 50-an, turut dilarikan penjenayah berusia 20-an itu.
Menurut mangsa, kejadian berlaku apabila dia ke tempat kejadian selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai tindak-tanduk mencurigakan seorang lelaki yang tidur di bawah pokok getah sambil memakai topi keledar dan sebuah motosikal ditinggalkan di tepi jalan.

“Ketika sampai di situ, saya melihat lelaki itu sedang berjalan kaki dengan bertopi keledar sambil menjinjing botol berisi petrol dari arah sebuah pam minyak sebelum bertanya masalah dihadapinya.
“Bagaimanapun, belum sempat saya menongkat motosikal untuk mendekatinya, dia menikam bahagian tepi berhampiran mata kanan saya dengan gunting,” katanya di sini, semalam.
Bagaimanapun, dia bernasib baik berikutan tikaman itu tidak terkena mata.
Katanya, suspek juga menolaknya sehingga jatuh ke dalam gaung di tepi jalan berkenaan.
“Lelaki itu menolak rusuk kanan saya hingga terhumban ke dalam gaung sebelum melarikan motosikal saya dan memecut laju ke arah Solok Menggong.

“Pada waktu itu tiada pengguna jalan raya melalui jalan berkenaan dan saya terpaksa menghubungi Balai Polis Hutan Percha tempat saya bertugas bagi mendapatkan bantuan,” katanya. Menurutnya, difahamkan petrol yang dibawa suspek baru dicuri dari rumah seorang pekebun getah sebelum dia berpura-pura berjalan kaki dari arah sebuah pam minyak tidak jauh dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin mengesahkan kejadian dan berkata, gerakan memburu suspek yang membawa lari motosikal bernombor pendaftaran KBR 7269 milik mangsa sedang giat dilancarkan.

Menurut Umar, mangsa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Hutan Percha dan menerima dua jahitan akibat tikaman itu.

“Orang ramai yang terserempak atau mengesan suspek dengan ketinggian 158 sentimeter, berbadan gempal dan berkulit cerah diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya.

KEBAIKAN Gaddafi lebih Hebat dari Negara Kebajikan PAS



Beginilah nasib Gaddafi yang awalnya pejuang tetapi berakhir hayatnya sebagai petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina.

Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah:

1. SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

2. GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.

3. BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.

4. RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

5. RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan letrik.

6. PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.

7. KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.

8. PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

9. PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

10. SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.

11. RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.

12. LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.

13. KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%

PEROMPAK ARAH MANGSA BERSUMPAH GUNA AL-QURAN

MEROMPAK SUKU AGAMA SUKU
Perompak arah mangsa bersumpah guna Quran
BEDONG - Tiga perompak mengambil tindakan berani apabila mengarahkan mangsa bersumpah telah menyerahkan semua barang beharga kepada mereka setelah selesai merompak.
Mangsa, Sofiah Omar, 58 berkata, dia telah disuruh oleh perompak yang menyerahkan al-Quran kepadanya untuk bersumpah telah menyerahkan semua barang beharga kepada mereka sebelum beredar.
Malah tiga perompak terbabit telah mengambil sarung kaki miliknya dan dipakai ditangan mereka sebelum bersalaman dengannya dan tiga ahli keluarga lain untuk mohon ampun dan maaf kerana merompak mereka.
Sofiah dan keluarga kerugian seutas rantai, tujuh gelang emas dan wang tunai RM7,000 setelah dirompak.
Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi, 5 Oktober lalu. - SH Utara/Nurliza Elami..

BALA TERKINI DI KELANTAN WANITA PULA TERANCAM

KELANTAN BIMBANG MAKIN RAMAI SURI RUMAH HIDAP HIV

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan bimbang dengan peningkatan bilangan penghidap HIV di negeri itu terutama yang membabitkan suri rumah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata bahawa pada 2009 sebanyak 616 kes baru penghidap HIV direkodkan iaitu jumlah tertinggi di negara ini.

"Daripada jumlah itu 16 peratus daripadanya adalah wanita dan daripada jumlah 16 peratus itu pula, 40 peratus merupakan suri rumah.

"Suri rumah ini tidak bersalah dan mendapat jangkitan HIV yang sudah tentunya daripada suami sendiri," katanya kepada pemberita sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat hari ini.

Wan Ubaidah berkata golongan lelaki terutama suami agar tidak melanggan pelacur manakala golongan muda menjauhi hubungan seks luar nikah itu."Statistik juga menunjukkan penyebaran virus ini di seluruh negara adalah berpunca daripada hubungan seks tetapi di Kelantan punca utama penyebaran virus ini adalah melalui jarum suntikan," katanya.

Ketika menggulung perbahasan pada persidangan itu, Wan Ubaidah meminta agar semua Anggota DUN membantu kerajaan negeri berbuat sesuatu mendidik masyarakat menjauhi dadah dan seks bebas di tempat masing-masing.

Wan Ubaidah menafikan kerajaan Pas gagal menjalankan gerakan dakwah kepada penduduk negeri itu sebaliknya menyalahkan media terutama televisyen sebagai antara punca gejala itu.Akhbar pada 16 Sept lalu melaporkan jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. - Bernama

Ulasan GK

Sekiranya keadaan ini berlaku bagaimana Hukum Hudud  nak mengatasinya,Bukan maksud GK untuk mempersendakan Hukum Allah taala,Akan tetapi  keadaan lelaki Kelantan ke Golok Siam untuk melempiaskan nafsu Pas bukannya dibawah bidang kuasa Kerajaan untuk melangkaui sempadan negara .Jangankan itu , untuk mengintip pun sudah bertentangan dengan Hukum Islam...

Demikian akan situasi yang tergambar diatas menunjukkan penghukuman bukanlah perkara utama dalam mendidik rakyat, Mungkin juga semakin ramai lagi  ke Thailand untuk mencelup disebabkan ia merasa lebih bebas dan selamat,Mustahil kalau nak suruh Kerajaan Thai pula yang buat Hudud.

Pokok pangkalnya adalah pengukuhan akidah Islam atau memupuk rakyat dengan cara dakwah supaya dapat menyelami maksud sebenar Islam yang berkait dosa pahala serta takut kepada Allah Taala. Kalau PAS berjaya takutkan rakyat Kelantan dengan mengundi BN masuk Neraka masakan tak boleh dakwahkan Rakyat jika buat dosa takut kepada Allah...

Kalau PAS berdakwah Islam kepada Rakyat Kelantan sepertimana mereka berdakwah untuk rakyat mengundi PAS,GK yakin rakyat Kelantan lah yang paling ramai masuk syurga.Rakyat Kelantan jugalah yang terbaik diantara yang terbaik.Kerana apa? Kerana Kehijauan yang ditanam didalam hati penyokongnya yang menjadi Taksub dan sukar untuk ditembusi oleh mana-mana parti lain eloknya kalau ia pada keadaan dalam Islam.

Inilah sebabnya jika POLITIK melebihi Agama,Semua perkara agama dikaitkan dengan politik, Ceramah politik maki hamun sumpah seranah ,mengumpat,mengeji dikatakan perkara agama.Bukankah gila maknanya tu.Menganggap Politik suku agama suku boleh menjadi  Kafir,Habis kalau Politik macam PAS inikah yang dianjurkan oleh Islam? Politik jika mengikut Islam sangat cantik,Tapi jika Islam dipolitikkan sangatlah buruk akibatnya.

Bala HIV/AIDS pula yang mengundang,Bagaimana Kerajaan PAS Kelantan nak tanganinya?.Elok segera diadakan pilihanraya supaya rakyat dapat menukar kerajaan daripada terus ditimpa bala.Ini adalah satu keadaan yang sangat buruk dari aspek individu dan kemasyarakatan.Fikirlah sendiri jika keadaan ini berterusan apa akan terjadi??? Anda mampu ubah,ubahlah.....

TANGISAN TERAKHIR ORE KELATE

BERAKHIRNYA SEBUAH TANGISAN



 Mungkin ini adalah tangisan terakhir Rakyat Kelantan didalam gelombang kehijauan dasar untuk bangkit ke gelombang kebiruan langit didalam meneruskan kehidupan yang lebih cakna sepertimana telah dijanjikan oleh Kerajaan kepimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak didalam dasar Transformasi secara menyeluruh 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Walau pelbagai kenyataan negatif dari pihak pembangkang kepada Kerajaan Pusat ,GK yakin Rakyat Kelantan semakin bijak untuk menilai dan menggunapakai peribahasa "Sekali gagal tidak bererti gagal untuk selamanya."Tapi jika gagal sebelum mencuba untuk berubah adalah satu kegagalan yang kekal untuk selama-lamanya.

Sungguhpun begitu klipvideo diatas belum dapat dipastikan lagi kesahihannya yang sebenar kerana wujudnya penafian dan asas keadaan yang ditimbulkan oleh adun kawasan tersebut.GK tidak sekali-kali akan bersekongkol dengan keadaan yang melibatkan kredibiliti kita boleh dipertikaikan diatas sebab pembongkaran keadaan sebenar yang kita sendiri tidak tahu pokok pangkalnya.

Oleh yang demikian kita tunggu saja perkara ini diputuskan oleh kedua pihak samada perjumpaan diantara mereka atau juga mana-mana pihak yang membawa perkara ini ke mahkamah.Ubah tetap ubah,Kelantan mesti berubah diatas kebijakan berpolitik rakyat sendiri.

CELAKANYA PAS HUDUD DAN MURTAD CELAKANYA...

BERTAMBAH CELAKALAH PAS JIKA INI REALITINYA

PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam di ibu negara pada Sabtu ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri).

hadi awang and mustafa ali pas pcPenganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

NONE"Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya."Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".
Ia sebagaimana  Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

Ulasan Untuk kenyataan Bangang HADI HJ

Tidak boleh buat semua jangan tinggal semua,Apa perjuangan PAS yang sebenarnya? Nak buat Hudud, tapi bilamana NGO menganjurkan perhimpunan bagi tujuan menyelamatkan akidah umat Islam tidak pula ingin disertainya...Hairan,pelik ajaib dan sudah tukar jadi Hadi Hj.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Masyaallah GK sangat hilang akal dengan Puak PAS ni.Politik gila macam apa ni?,Memang langsung tak paham dan tak reti dengan Pemimpin PAS.Jika untuk menghormati penganjur dengan tidak melibatkan mana-mana Parti Politik kau turun jerlah atas dasar seorang Islam,.Parti PAS tak sertai tapi seluruh ahli PAS akan sertainya atas dasar menyokong usaha baik yang dianjurkan itu,Ataupun anjurkan juga perhimpunan aman seumpama itu,

Wah wah wah sejak bila PAS pandai menghormati kehendak orang lain ni,Habistu kenapa menyertai Perhimpunan Bersih tanpa menghormati berpuluh-puluh NGO dan berjuta rakyat serta sebuah kerajaan Islam.Nampak sangatlah kemana sebenarnya perjuangan PAS ni.Tunduk sangat pada DAP, Macammana nak buat HUDUD kalau bangang macam ni,Perkara sekecil ini pun tidak berani masakan untuk melaksanakan Hukum sebesar Hudud.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama."Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi..

Amboi... Hadi Amanat sesat ni bercakap tak ingat dunia,Inilah rosaknya Islam, Ulamak kena maki atas sebab politik,GK tidak membenci Ulamak selain menyayanginya.Tapi ingat Pemimpin PAS bukan Ulamak tetapi PENGKHIANAT kepada ISLAM.Apa kaitan masyarakat berbilang kaum dengan perhimpunan dan huru-hara wahai Hadi Hj.Bertindak mengikut undang-undang mana Hadi Hj,Undang-undang British ke undang-undang Islam.Selama ni Hadi Hj dan PAS bertindak selaras ke dengan peruntukkan Undang-undang ni.


Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya."Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.


Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".
Ia sebagaimana  Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

Perkara pokok yang perlu anda fahami adalah celakanya PAS yang sentiasa beralasan.Kenapa perlaksanaan HUKUM HUDUD tidak beranggapan yang sedemikian,Murtad - Yes perlu pengukuhan akidah.Kenapa tak dikata perlukan hukum hudud untuk pancung leher?..Sewajibnya perlaksanaan Hudud juga adalah demikian,Mesti kondusifkan suasana dan keadaan,Barulah bercakap pasal Hudud.Bukannya mempolitikkan HUKUM ALLAH demi kepentingan Parti dan rakus untuk berkuasa sehingga mengkafirkan orang Umno..Ini lebih pada Celaka...
KLIPVIDEO PENJELASAN HUKUM MENGENAI HUDUD
Akhirnya statement nilah yang paling CELAKA sekiranya benar Hadi Hj dan PAS memberi kenyataan yang demikian tanpa suntingan dari wartawan Malaysiakini yang boleh mengubah maksud asal.Lihat dan fahami kenyataan itu dalam konteks perlaksanaan HUKUM HUDUD.Bukan PAS sahaja yang memandang berat mengenai hal agama yang dipolitikkan.Semua Rakyat juga tidak terkecuali dan akan menghukum Pemolitik Islam.

CELAKA memang CELAKA,Kalau Nik Ajis yang dianggap Ulamak pun tak boleh sabar dengan isu yang tak kena angin dengan beliau,Apatah lagi GK yang tidak Ulamak.Memang Celakalah,Celaka dan Celaka didalam Kecelakaan PAS ni.

Subhanallah..Maha Suci Allah yang telah memperlihatkan keadaan sebenar Pemimpin PAS dalam memperjuangkan Islam dan melaksanakan hukum hudud.Belum nampak lagikah penyokong PAS akan perkara ini,Perlukah GK nyatakan dimana temberangnya yang telah pecah? Penyokong TAKSUB PAS mesti sensitif dalam isu agama,Kerana tujuan menyokong PAS adalah kerana nak kepada Islam yang dikononkan PAS memperjuangkan Islam.Justeru itu ketahuilah PAS adalah Parti dan bukan agama,PAS jahat dan melakukan kejahatan,Islam tidak akan silap dan tidak akan melakukan kesilapan walau sebesar zarah sekalipun.

Perkara ini sepertimana juga penangguhan untuk melaksanakan HUKUM HUDUD di negara kita atas sebab suasana yang tidak kondusif, Ini sampai mengkafirkan UMNO kerana tidak melaksanakan Hukum Hudud ni bukan sesat ke? Bila kena time PAS ada pula alasannya itu dan ini.GK dari dulu lagi memerhatikan pada setiap siri ceramah PAS perkara yang wajib dilakukan adalah beralasan dan berdalih serta mengukuhkan hujah alasannya dengan membuat bandingan/perumpamaan/contoh yang banyak tidak kena pada tempatnya.

GK bagi contoh terbaru dari pemimpin PAS mengenai dalil alasan untuk laksanakan Hudud seperti "Nak khatan/bersunat/potong unai perlukah kita tanya orang kafir terlebih dahulu untuk kita lakukannya,Begitu juga dengan solat,puasa dsb adakah kena tanya orang kafir dahulu boleh ke tidak,???Maka rakyat yang mendengar pun bersorak huuuuuuuuuuuuuu.Betul,betul,betul..Ini merujuk kepada penentangan Karpal Singh dan DAP kepada perlaksanaan Hukum Hudud,Adakah kena dan masuk akal hujah serta dalil yang nak diumpamakan itu? Soal individu dan soal ibadat yang tidak membabitkan Hukuman seperti Hudud tidak sepertimana ia menjadi kaitan dengan perlembagaan dan perjanjian gabungan pembentukkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat.

Kalau macam tu punya alasan GK pun pandai jugak bagi alasan hujah bodoh ni,Macam ni lah,kita nak main dengan bini selamber je peluk,cium,romen dan masuk.Apakah dengan bini orang lain pun boleh kita nak buat macam tu.Dalam bidang kuasa dan luar bidang kuasa ni berbeza,Masalah keluarga dan masalah negara ni lain,Tapi dalam hal yang lain bila berlaku perbandingan dari Umno keatas PAS elok pula Pemimpin PAS ni kata "Mana boleh nak bandingkan orang yang kahwin satu dengan yang kahwin empat,Tak kena nak buat bandingan orang bini seorang dengan bini ramai...Al-kisahnya takkan selesailah masalah umat selagimana wujudnya PAS dengan berkeadaan Pemimpinnya seperti hari ini.

Tapi Pas kena ingat perangai orang Kelantan ni macammana,Kalau dia sayang,dia sayang sungguh,Kalau benci,benci sungguh,Kalau setia,setia sungguh,Itu sebabnya BN terpaksa menggigit jari lebih 20 tahun sudah,Sekarang generasi lama yang berdarah Hijau dan taksub semakin berkurangan diatas faktor usia,Tibalah masanya generasi baru yang lebih bermaklumat dalam dunia serba moden untuk mengetahui sesuatu Hukum Agama dengan pelbagai Ulamak seluruh dunia.Diatas pembohongan PAS mengenai HUDUD dan hal berkait dengan agama maka terimalah Hukuman dari rakyat Kelantan pada PRU13 nanti yang mungkin mengakibatkan gigitan jari 20tahun sepertimana Umno pernah laluinya.

Dalam masa 20tahun itu juga akan semakin berkurangan pengaruh PAS,Kutipan derma juga merosot ,Berterbanganlah pimpinan Pas mengkerumuni Umno akibat sumber kewangan Parti sudah tidak stabil dan tak mampu untuk bertahan lagi.Akhirnya Khawarij tumbang dan berkuburlah tanpa nesan.

Berbalik mengenai Hukum Hudud.Kalau jalan yang terbaik adalah cara dakwah bagaimana pula dengan Hudud,Bukankah sebelum laksanakan Hudud cara dakwah juga yang perlu terlebih dahulu.Ini tidak,Hukum yang didahulukan daripada dakwah,Wahai Pemimpin PAS yang dimurkai oleh Allah,Jangan diteruskan perkara yang mungkar dengan ketidaksuaian keadaan.Mesti dikatakan Hukum Allah sesuai tanpa mengira keadaan dan sesuai sepanjang zaman atau bila-bila masa sahaja or any time to do.Kafir kalau kata Hukum Allah tidak baik atau tidak sesuai dan hukum lain yang lebih baik dan lebih sesuai..Islam disempitkan dengan tujuan politik,Itulah puncanya dan begitu juga jadinya.

Nabi berdakwah untuk tambahkan umat,Pewaris nabi-lah kononya berdakwah untuk kurangkan umat,Itu bezanya pula,Hukum Allah juga seperti solat diwajibkan oleh setiap orang Islam,Tapi orang gila,kanak-kanak belum baligh adalah tidak fardhu keatasnya.Seperti juga wanita haid tidak wajib bahkan haram ketika datangnya haid.Kenapa Allah hukumkan demikian,pasti ada sebabnya,Apakah PAS nak berlebih-lebih dalam agama untuk mengatakan sesuai sepanjang masa?

Jika musafir pula,adakah pemimpin PAS bersolat seperti biasa,Mesti Pemimpin PAS jamaq atau qasar bukan? Kerana itu adalah sebahagian dari Maha pemurah Allah taala untuk hambanya,Untuk uzur pula,Tak boleh solat berdiri,Adakah pemimpin PAS tak solat?Mesti solat duduk,tak boleh duduk,baring,tak boleh juga,boleh menggunakan mata hatta dengan hati sekalipun.Timbangrasa dan tolak ansur didalam Islam yang sebenarnya memang wujud dan telah ada,Cuma bila Islam dipolitikkan,Jadilah macam Pas sekarang.

Penyokong Taksub PAS mesti kata "Kau siapa GK nak londehkan Ulamak Mukatabar Nik Ajis dan Hadi Hj,Mereka Ulamak perwaris Nabi,Jangan suka suki nak maki Ulamak keramat yang telah dimakbulkan oleh Allah doanya untuk memecahkan perut Ulul-Amri,Kau pergi belajar lagi,Jangan main-main ini soal Hukum,rosak akidah dan kafir" Percaya atau tidak itulah realitinya ketaksuban penyokong Parti bukannya penyokong Islam.Ulamak gila apa mendoakan kemudharatan untuk Ulul-amri yang masih bersolat.

Jika GK bukan ulamak,Nik Ajis,Hadi Hj dan pemimpin PAS itu kononnya Ulamak Muktabar,Bagaimanapula dengan Khalifah pertama selepas Rasulullah yaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq? Apakah Nik Ajis lebih alim dari Saidina Abu Bakar ?Saidina Abu Bakar As-Siddiq bila naik memerintah perkara utama yang dilakukan bukannya melaksanakan Hukum Hudud.Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah salah seorang sahabat nabi yang dijamin masuk Syurga...Ke Ulamak Muktabar PAS dijamin masuk syurga jugak.?Syurga mana? Jangan taksub sangatlah dengan Ulamak Politik ni punah ranah jadinya.

Pas nak laksanakan Hudud!!!Kah,kah,kah..Geli hati sungguh lawak bodoh ni,Nak menyediakan air bersih untuk kemudahan asas rakyat pun tak terlaksana inikan pula nak laksanakan Hukum Allah,kalau GK nak ulas pasal air memang panjang lebarlah,Tapi diringkaskan,Perlaksanaan Hudud dan Masalah Air atau juga keadaan yang tak kondusif.Kalau masalah air pun PAS gagal,bagaimana bila terlaksananya Hudud nanti,Nak fikir soal saksi dan khilaf untuk membuat penghukuman satu hal,Contohnya bila berlaku zina, Saksinya cukup,cuma alasan zina sebab tiada duit nak kahwin,kerja tiada kerana Pemimpin PAS tak reti cari pelabur, Nafsu senantiasa on,duit je tak on macammana?

Kalau zaman Nabi dulu lain,Kebajikkan memang kelas pertama,Nabi tak pakai mercedes,Menantu Nabi pun bukan CEO,Kalau nak kahwin masa zaman Nabi ni lain,Ya Rasulullah saya nak kahwin,Nabi kahwinkan masa tu jugak.Semuanya senang.Lagi satu bila berlaku zina dan saksinya juga cukup cuma alasannya sebab tiada air,Dah kahwin,Tapi dua minggu dah tahan tak projek sebab susah nak mandi junub air tiada,So leceh kalau buat projek,nak mandi air tadahan,was-was dan keadaan bilik air sempit yang ketika mandi boleh memercikkan air kembali dalam tadahan.

Oleh yang demikian bila masuk office pada suatu hari tertentu dengan tidak disangka-sangka Pak Awang naik mencacang bila melihat seorang kerani secara tidak sengajanya.Nak dijadikan cerita kerani tu pun melawan,Apa lagi, berlakulah projek.Ia disebabkan menahan nafsu bersama isteri kerana tiada air.Bagaimana untuk hukumkan kes ini, Jika rejam,Maknanya Islam tidak Adil dan kesannya cukup buruk dimata orang bukan Islam untuk mendekati Islam, Jika tak dihukumkan bertambah juga lagi kecelaruan dan berleluasanya zina diatas alasan tersebut.Macam-macam boleh berlaku jika tidak mengikut kehendak Islam yang sebenar.
Tapi yang jelasnya Pemimpin PAS tahu keadaan dan realiti sebenar mengenai perlaksanaan Hudud, Disebabkan angkuh dan takut diserang mereka lebih rela mempolitikkan Hudud diatas kebodohan mereka sendiri.

Inilah sikap sebenar Pemimpin PAS wahai umat,Kaji dan nilailah sendiri diluar ketaksuban wahai umat.GK hanya mampu membuka ruang minda untuk sama-sama menilainya,Allah yang akan menentukan hidayah itu.Jika ya kita disamun,biarlah harta dunia saja yang menjadi mangsa,Jangan sekali-kali agama kita disamun sesatkan dengan fatwa dan hukum yang berkepentingan individu ataupun parti.Ore kelate wojib keno uboh kerajaan .Bo lah duk sokong PAS nyoh....
Tunggu Artikel panas mengenai sunnah yang Nik Aziz amalkan akan GK terbitkan.Kerana GK tengah mencari dalil mengatakan Nabi memakai Vest diluar jubahnya sepertimana Nik Aziz pakai pada masa ini.Apakah itu mengikut kesesuaian zaman atau bagaimana?????

REMAJA 24TAHUN DI NEGERI ULAMAK KE TALI GANTUNG

EDAR 5,973 PIL KUDA: PEMUDA DI HUKUM GANTUNG
KOTA BHARU – Padah mengedar 5,973 dadah pil kuda di kawasan berhampiran sebuah hotel di sini, tahun lalu, seorang pemuda seawal usia 24 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Abdullah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi Abu Hanifah Abdul Aziz dari Tanjung Stan, di sini.

“Kamu didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan, maka, saya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Sejurus keputusan itu dibacakan, suasana hiba menyelubungi bilik mahkamah itu apabila beberapa ahli keluarga tertuduh dilihat menangis dan mengesat air mata sebelum masing-masing bersalaman dengan Abu Hanifah.

Berdasarkan pertuduhan, Abu Hanifah didakwa mengedar pil kuda yang mengandungi dadah metamphetamine seberat 115.9 gram berkenaan di Jalan Dusun Muda di sini, pada jam 6 petang, 27 Ogos 2010. Dia yang masih bujang pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 10 Januari lalu.

Kesnya dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Abdul Razak Wan Hussin manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Syukri Mohamed.


Ulasan GK
Kelantan oh Kelantan,Nyamuk tetap dipersalahkan membawa denggi kepada manusia,Sedangkan manusia itu sendiri yang tidak menjaga kebersihan kawasan supaya tidak menjadi pembiakan nyamuk aedes.Sudah cuak mendengar masalah PIL KUDA yang begitu agresif menular di negeri Ulamak yang sibuk sentiasa berpolitik tanpa mempedulikan keperluan rakyat.

Siapa yang nak kita persalahkan,Adakah pihak berkuasa seperti Polis dan AADK? Andaikata Polis dan AADK bertindak tegas dengan membuat operasi besar-besaran apakah cukup muat Penjara dan Pusat Serenti untuk menempatkan mereka ini.Berapa pula belanja kerajaan untuk membiayai kos menyara mereka,Apakah akan pulih bila mereka keluar penjara nanti? Ulamak ni tak fikir ke masalah rakyat .Lihatlah tak pasal-pasal kena hukum gantung biarpun umur masih muda lagi.

Seandainya pemimpin yang bergelar Ulamak itu memainkan peranan dalam mencegah penularan menelan PIL KUDA ini GK yakin pemuda diatas tidak akan ke tali gantung.Apa ada di Kelantan?Peluang pekerjaan tiada disebabkan Ulamak tak reti menarik pelabur asing untuk datang melabur,Bila tiada kerja maka gejala sosial seperti ini sangat mudah untuk diceburi oleh belia remaja,Mengikut perangkaan dari AADK salah satu dari punca utama kepada penagihan Dadah adalah disebabkan tiada pekerjaan,Lantas mereka akan terpengaruh dengan rakan sebaya untuk mencuba.Bermula dengan mencuba akhirnya mereka terus kekal dengan menagih Dadah.
Selagi mana PAS berkuasa di Kelantan semakin hancurlah rakyatnya.Pemimpin PAS sibuk dipentas ceramah memaki hamun Pemimpin Umno,Ibubapa semua pergi dengar ceramah maki hamun itu,Anak dirumah dibiarkan bebas.Akhirnya inilah akibat dari dakwah sesat Pemimpin PAS.Rakyat tidak dipedulikan,Politik dan kuasa diutamakan,Islam pula dicemar hukumkan.

Sepatutnya Pemimpin PAS mengambil pendekatan yang bijak dalam menangani perkara ini,Bukannya memekakkan telinga demi nafsu ganas untuk berkuasa dan berbini.Program dan aktiviti kemasyarakatan perlu diadakan dan kemudahan asas seperti gelanggang permainan mesti diwujudkan disetiap kawasan mengikut jumlah penduduk.Jika tidak ianya terus merebak dan akan menghancurkan masa depan belia dan negara.GK berharap rakyat Kelantan akan tekad menukar kerajaan dan memilih BN pada PRU13 nanti.Anda mampu mengubahnya,BN mampu melakukannya.

ANWAR NAIK ANGIN DENGAN DAP

JIKA BENAR INILAH HAKIKAT


Tidak perlu disangsi nafikan lagi akan tetapnya Relevan Umno dan Barisan Nasional,PR wujudnya sekadar memecahbelahkan perpaduan kaum yang didalangi oleh Anwar Ibrahim serta kerakusan mereka untuk berkuasa dan mengetepikan segala kepentingan rakyat demi dendam kesumat dan tamak haloba.

Apa yang ambo nak bangkitkan disini ialah tentang maksud kesungguhan PR atau PAS khasnya dalam sesuatu perkara yang nak di perjuangkan oleh mereka.Kerana ambo melihat PR hanyalah satu pembawaan kepada Negara Malaysia.Lepas satu perkara,satu perkara ditimbulkan oleh mereka.Masih ingatkah lagi kita dengan Bersih 2.0,Penggunaan pembesar suara sebelum azan subuh,Serangan Jais keatas Gereja,Komunis dan kemerdekaan,Itu belum lagi dikira dengan serangan peribadi keatas kedua-dua pemimpin baik dari kerajaan atau PR sehingga membawa kes tersebut ke mahkamah.Secara mudahnya nak tanya,Masa bila pemimpin ni bekerja untuk rakyat kalau asyik terus dengan keadaan seperti ini.

Jika melihat kepada manifesto Pas,tersangatlah menarik dan terliur untuk mengundinya dan terundi pada PRU12 yang lalu,Tapi untuk PRU13 tidak mungkin ianya akan tertipu lagi.Kerana bagi kita umat Islam tidak boleh kita jatuh dalam lubang yang sama untuk kali kedua.Pada manifesto PAS ambo lihat ianya sedikit sebanyak akan membantu rakyat jika ia benar dilaksanakan.Sayang sekali ianya cuma retorik bagi menarik rakyat untuk menyokong mereka.

Perhimpunan Bersih 2.0 dilihat bersungguh pemimpin PR untuk adakannya tanpa menghiraukan apa saja amaran dari pihak berkuasa.Tapi untuk apa semua itu?Tujuan utamanya adalah untuk mencari gimik dan prihatin rakyat terhadap apa yang berlaku dalam perhimpunan tersebut kerana mereka sudah mengjangkakan tindakan dari pihak berkuasa serta dalam 8 tuntutan itu hanya tuntutan penggunaan dakwat kekal sahaja yang ditekankan.Penggunaan dakwat kekal ini adalah bertujuan untuk mereka berkuasa bukannya tuntutan diatas pembelaan nasib rakyat.

Siapa sahaja berkuasa bukan itu isunya,Apa yang rakyat inginkan adalah pejuang yang membela nasib mereka dengan membuat tuntutan kepada kerajaan.Apalah kiranya PR mengadakan Perhimpunan mirip Bersih 2.0 untuk membuat tuntutan yang lebih fokus kepada perubahan hidup rakyat bukannya perubahan kuasa pemerintahan semata-mata yang diutamakan.

Untuk penjelasan terperinci dan klip video mengenainya Klik Disini Disini Disini Disini



GEMPAR!!!- ANUGERAH LELAKI TERBAIK DI KELANTAN

ANUGERAH LELAKI TERBAIK NEGERI KELANTAN


Hadiah bagi pemenang yang sangat bertuah dalam Anugerah Lelaki Terbaek Kelantan Selagi Mentuaku MB dimenangi oleh....Jeng..jeng...jeng..Akan membawa pulang sebuah Mercedes Benz S280.
Syarat-syarat penyertaan:
1.) Anda hendaklah bermentuakan Menteri Besar Kelantan
2.) Pernah / Memegang jawatan CEO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan PBMK
3.) Dan mesti pandai menyebut "Ayahnda ore dengki ko anaknda"
4.) Penyertaan anda hendaklah dialamatkan ke DBU 26 Projek Bazar Tok Guru jalan Ladang Rakyat,Tebang Balak 55100 Seluruh Kelantan Ana Yang Punya.
5.) Tarikh Tutup penyertaan : Selagi masih ada
PENGUMUMAN PEMENANG TERDAHULU


Alkisah sebuah Hikayat
Kenalkah anda dengan menantunya Tuan Guru Nik Aziz,yaitu Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Setelah sekian lama mendiamkan diri, Abdul Ariffahmi mula kelihatan di beberapa di majlis Pas dengan memandu kereta Mercedes bernombor pendaftaran, DBU 26.

Ariffahmi  makin mewah dan mendiami banglo berharga hampir RM1 juta juga bergaya dengan pakaian yang berjenama.Kemungkinan jika Ariffahmi  tidak bermentuakan MB Kelantan rezekinya tidak sampai setahap sekarang,Ariffahmi tidak akan dapat memandu Mercedes dan berumah agam sekiranya dia bukan menantu Nik Aziz.Beliau hanyalah Anak orang biasa yang berasal dari Machang .“

Kalau benar Nik Aziz seorang yang zuhud dan benar mengikut lunas-lunas Islam beliau tidak akan membiarkan anak menantunya menggunakan kedudukannya untuk meraih kemewahan.Kini Ariffahami menggunakan kedudukannya dan hubungan baik dengan Setiausaha Pas Kelantan, Zulkifli Mamat untuk melobi sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Walaubagaimanapun hanya jauhari yang mengenal maknikam dan lompat tikam.Untuk Rakyat Kelate anda mampu mengubahnya.Jangan biarkan hidup anda bersantapkan ikan kering dan tulang belulang yang isinya di hadiahkan kepada Pemimpin yang kononnya untuk memperjuangkan Islam.20 tahun doh deh,Demo tak kan tak boleh nok pikir lagi.Nyaknyo weh nyaknyo,Air pun takdok pah ko ari ni.Dok buat gapo 20 tahun lebih,Seramai mana rakyat Islam/warak lebih Islam/warak pada rakyat negeri lain.

Kalau dulu kemungkinan ya,Tapi sekarang tidak lagi,Bila lama sangat di tampuk pemerintahan,perjuangan pula semakin bertambah tidak selesai,Akhirnya ia mula terpesong.Terpesong dan terus terpesong.

BUKTI PENINDASAN DAN PENIPUAN KEPADA RAKYAT KELANTAN

SEKALI NI KAWE TIDOK AKAN TERTIPU DOH NGA DEMO DEH !!!






Jika rakaman perbualan ini diteliti dan difahami apakah ianya menggambarkan suasana seperti yang dilaung-laungkan oleh Pemimpan Pas dipentas ceramah?Ini salah satu buktinya saja.Belum masuk kes kunci tayar kereta,meluluskan lesen bengkel yang berada dalam penempatan penduduk yang boleh menjejaskan kesihatan dan bermacam salahguna kuasa serta berlakunya kronisme dalam kepimpinan yang kononnya Islamik.

Renungkanlah dan lakukanlah perubahan demi membela nasib rakyat serta menyatupadukan rakyat dan mengukuhkan pegangan Islam dalam akidah seluruh rakyat Malaysia.



 Disebalik jenayah yang berlaku apa usaha yang telah dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan?Yang dia reti hanyalah potong tangan je,Sedangkan mencegahnya adalah lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum sesuatu kes sampai kepada pemerintah,Tapi puak ajaran sesat ni Politikkan HUDUD demi kepentingan politik mereka.Dibalik penindasan yang berlaku terhadap rakyat Kelantan seharusnya disedari tanpa sesaat leka..

Orang kampung sebenarnya bila dengar sokong PAS dapat pahala dan masuk syurga mereka terleka dengan segala apa disekeliling mereka.Ya lah dah dapat pahala mestilah syurga,Kalau tak masuk syurga apa guna pahala tu.Sedangkan orang kampung jarang sekali untuk berfikir akan masalah rakyat disebabkan kemunduran yang berlaku didalam negeri Kelantan.Yang berhijrah tu selamatlah,Tapi bagaimana golongan yang tidak berhijrah dan terus tinggal dinegeri Kelantan.

Mereka juga tidak sedar yang selama ini mereka ditipu dan dibohongi buta-buta.Kalau dulu dasar Islam sekarang dah tukar dasar kebajikkan.Kalau dulu rata-rata pemimpin PAS berserban dan berjubah kini sudah tiada lagi.Kalau dulu Umno bagi duit kena tanya dulu duit apa,duit rasuah undi ke duit sedekah,Kalau rasuah undi jangan ambil,Sekarang ni bagi duit ambil,bagi gula ambil,Tapi masa pangkah kena pangkah PAS.Hukum PAS ni macam-macam.Dulu tak boleh berkongsi kuasa dengan cina sekarang dah boleh.

Kalau boleh berkongsi kuasa dengan bukan Islam .Kenapa Pas dari dulu lagi tidak buka keahlian dan kepimpinan mereka kepada yang bukan Islam.PAS karut marut dan menggunakan Islam semata-mata.Exco PAS buat apa?Bandaraya Islam diistiharnya kepada Kota Bharu.Sedangkan Bandarnya sangat kotor dan kebersihan juga tidak terjaga.Imej Islam semakin JAHANAM angkara parti Pas yang gilakan kuasa.Sebut saja Islam orang akan bayangkan kekotoran,maki hamun,sumpah seranah,extreme dan bermacam lagi label yang tidak baik.

Sebenarnya Parti PAS ini tidak sepatutnya wujud di muka bumi ini,Kerana kewujudannya hanyalah menyesatkan serta menghancurkan sesebuah negara .Jasanya langsung tidak ada.Apa jasa PAS di Kelantan???Menggunakan tulisan jawi pada papan iklan itulah jasa PAS yang paling besar.Lebih 22 tahun memerintah tapi keadaan Negeri Kelantan tidak banyak berubah.Kalau bukan kerana kerajaan Pusat memajukan Kelantan.GK tak dapat bayangkan macam manalah agaknya.

Walau dibantu macammana sekalipun Puak pemimpin PAS ni tetap jahat dan ibarat sekeji anjing.Sebab itulah disebut sebagai anjing-anjing neraka.Bantu macammanapun tetap digigit betis orang yang membantunya.Tidak pernah sekalipun untuk memuji selain dari membangkang dan memaki hamun.Inikah dakwah Islam?

PAS telah khianat kepada rakyat Kelantan sekian lamanya,Segala projek kerajaan yang diberi kepada kroni mesti berjanji untuk mendermakan keuntungan itu kepada Parti PAS.Sedangkan projek itu adalah projek yang berlaku di Negeri Kelantan seperti BALAK.Hasilnya Parti PAS yang dapat bukannya kerajaan Negeri.Kerajaan Negeri Kelantan MISKIN bukan kerana apa.Ini adalah kerana hasil kerajaan negeri diberikan kepada Parti PAS yang digunakan untuk kepentingan Parti PAS di seluruh negara.

Terus terang GK katakan yang rakyat dibawah ni beranggapan Kerajaan tiada duit disebabkan dibelanjakan untuk menanggung Kos perubatan Sultan Kelantan,Sedangkan hakikatnya untuk menanggung Parti PAS bergerak dan membina bangunannya diseluruh negara.GK harap rakyat Kelantan harus sedar akan perkara ini dan tidak akan dibodohkan lagi dalam pilihanraya ke 13 ini nanti.Tidak dinafikan Pemimpin PAS ni memang licik bermain serbannya untuk mempengaruhi rakyat sehingga GK sendiri satu ketika dahulu percaya dan yakin malahan TAKSUB kepada Pimpinan PAS.Tapi kini tidak lagi.....

KENALI KHAWARIJ DAN ANJING-ANJING NERAKA

Apakah golongan Khawarij ini terdapat juga didalam negara kita Malaysia,Jika diimbas kembali dari cerita-cerita sahabat yang diperdengarkan oleh Ulamak-Ulamak diatas bukankah ianya jelas perangai dan sikap Khawarij ini sama bahkan menepati ciri-ciri yang ada pada Parti Politik yang kononnya memperjuangkan Islam hampir lebih 20 tahun sudah.





Jangan kita menjadi generasi yang tidak tauladankan sejarah silam,Bila kita mendengar sejarah kita pasti cerdik untuk menilai yang mana hero dan yang mana penjahat.Cerminan tidak berlaku dalam keadaan realiti  pada kehidupan kita diatas sikap fanatik dan taksub atau benci dengan kerajaan yang memerintah.Seandainya kita benci dengan pemerintah sediada apakah baik untuk kita menentangnya bersama khawarij yang semata-mata ingin berkuasa.

Bagi GK bukan cara bersekongkol dengan anjing-anjing neraka untuk kita suarakan hak kita,Anjing-anjing Neraka bertujuan untuk merampas kuasa,Kita rakyat bukan ingin berkuasa seperti mereka,Kita hanya inginkan hak kita,Bila begitu, kaedah dan cara yang mengikut Islam bukannya kita menentang pemerintah dan memfitnahnya sehingga menjadikan negara kita berkeadaan huru hara.Ini cara Anjing neraka yang jauh terpesong dengan ajaran sebenar Islam.

Jika kita lihat kakitangan kerajaan bagaimana mereka menuntut hak mereka dengan kerajaan,Mereka menggunakan cara yang betul,Mereka ada CUEPACS untuk menyuarakan hak mereka,Adakah CUEPACS menyuarakan hak mereka dengan cara mengutuk dan memfitnah Kerajaan,Kadang-kadang lantang juga mereka tapi tidaklah seperti kelantangan Parti Islam Semalaysia yang sama naik dengan Parti Bukan Islam Malaysia.Adakah cara CUEPACS dilihat gagal.Dah kita nak hak kita yang berada ditangan orang yang berkuasa,Hemah dan taktik serta adab mestilah ditonjolkan terlebih dahulu.

Api takkan padam dengan api melainkan dengan air.Api kecil tak mampu untuk menewaskan api besar.Begitulah keadaan dan realiti yang perlu kita sedar,Janganlah terpengaruh dengan mereka yang berkepentingan.GK jaminlah kalau mereka ni perintah pun sama saja bahkan lebih teruk lagi.Ada tempatnya baik sebelah pembangkang dan ada tempatnya juga lebih baik sebelah kerajaan.Hasil dari perpecahan yang berlaku dalam negara kita pada hari ini sangat disukai oleh puak khawarij.Bila kerajaan naikkan harga minyak sebagai contoh,Pemimpin pembangkang bukannya marah,Mereka lebih suka dan tersangat-sangat suka kerana boleh dijadikan isu.Mereka sebenarnya tidak memikirkan masalah rakyat tapi mereka lebih pentingkan modal politik.

Apakah ini yang dikatakan Parti untuk menyuarakan HAK rakyat,Jika begitu sangkaan anda jauh sekali meleset,Mereka membangkang dan mengutuk bukannya mereka memberi pandangan kepada kerajaan untuk melakukan perkara yang lebih baik atau disebut sebagai penasihat,Mereka lebih kepada memusnahkan Kerajaan dan secara langsung akan memusnahkan negara.Pembangkang seolah bertanding dengan kerajaan,Pembangkang lain tak perlah,Tapi Pembangkang Islam tidak sepatutnya begitu,Kerana Islam mengajar Dakwah bukannya RamPAS.

Jika kita semua tidak ingin tergolong dalam golongan Anjing-anjing Neraka eloklah kiranya kita tidak menyokong mereka dan kita perlu bersatu padu didalam Parti kerajaan yang sediaada bagi memperkukuhkan jemaah Islam serta menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia.Untuk kita menyuarakan rasa tidak puas hati kita lebih baik kita lakukan sepertimana kakitangan kerajaan lakukan.Hari ini minta tak bagi,minta lagi esok,Tak bagi esok lusa pasti bagi,Buktinya lihat saja apa yang kakitangan kerajaan dapat faedah sekarang ini berbeza dengan keadaan sebelumnya.

Sekali lagi GK ingin mengingatkan akibat dari menyokong puak khawarij ini adalah keadaannya di dunia berlakulah huru-hara dalam negara dan ketidakstabilan ekonomi serta permusuhan yang juga perpecahan didalam masyarakat,Di Akhirat pula mereka akan menjadi Anjing-anjing Neraka dan menerima azab yang sangat pedih.Didunia pun sakit diakhirat lagilah sakit.Buat pengetahuan semua Cerita tentang KHAWARIJ juga jarang sekali dibawa oleh Pemimpin PAS.Renung-renungkanlah dan fikirkan yang terbaik untuk anda.

DOKTOR DI KOTA BHARU DITAHAN POSITIF PIL KUDA

DOKTOR PENAGIH PIL KUDA

Seorang doktor layak digelar ‘doktor lalok’ apabila ujian air kencing terhadapnya ketika ditahan dalam operasi membanteras jenayah dadah di daerah ini kelmarin, mendapati dia positif methamphetamine atau pil kuda.
Doktor itu ditahan dalam Ops Pencegahan Jenayah Fasa Kelima dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.
Selain doktor terbabit, tiga kakitangan awam ditahan selepas didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selain doktor dan tiga kakitangan awam itu, polis menahan 19 individu termasuk seorang wanita dalam operasi di kawasan kubur, rumah dan tempat awam di sekitar Wakaf Che Yeh, Salor serta Kubang Kerian, di sini.
Katanya, polis turut merampas 47 pil kuda daripada seorang remaja berusia 17 tahun.
“Doktor berusia pertengahan 30-an itu ditahan di rumah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine atau pil kuda, manakala tiga kakitangan awam berusia 35 hingga 38 tahun itu ditahan di rumah berasingan dan didapati positif dadah.
“Kami merampas 47 biji pil kuda itu daripada seorang remaja berusia 17 tahun ketika dia sedang berurusan jual beli dadah di satu kawasan di Salor, kira-kira jam 9 malam,” katanya.
Menurut Azham, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) serta 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Tidak dinafikan ada di kalangan mereka pernah ditahan kerana terbabit dalam penagihan dadah
26 July 2010

5KES TERBARU PIL KUDA DI Kelantan

PENGANGGUR DIDENDA RM 5500 MILIKI PIL KUDA
KOTA BHARU – Mahkamah Majistret semalam mengenakan hukuman denda RM5,500 terhadap seorang penganggur selepas didapati bersalah memiliki dan menagih dadah jenis metamphetamine dalam satu tangkapan di Jalan Guchil Bayam, di sini, Mei lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Nooh terhadap Faiz Asyraf Hamzah, 21 mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan pertama yang dihadapi, dia didakwa memiliki 0.09 gram dadah metamphetamine di hadapan sebuah kedai runcit di jalan berkenaan pada jam 3.30 petang, 25 Mei lalu manakala dituduh menagih pada pertuduhan pindaan kedua pada tarikh sama.

Susulan kesalahan itu, Muhamad Hafiz dikenakan pengawasan selama dua tahun di balai polis Kubang Kerian pada 12 hari bulan setiap bulan.


Dalam pada itu, seorang mekanik dijatuhi hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah menagih dadah jenis sama, 14 Jun lalu.

Zaky Yusof, 38 turut dikenakan pengawasan di balai polis Kota Bharu pada tarikh sama setiap bulan. Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.


PEMUDA DIDAKWA MILIKI 1,892 PIL KUDA

KOTA BHARU - Seorang pemuda yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas dituduh memiliki 1,892 biji dadah pil kuda (metamphetamine) di Kampung Kor Beta, 2 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap Kamaruzaman Hanafi, 26 dibuat di hadapan Hakim Zainal L Saleh mengikut Seksyen 12(2) Akta Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.

Berdasarkan dakwaan yang dihadapi, Kamaruzaman dituduh memiliki dadah seberat 189.2 gram berkenaan di kawasan kampung itu pada jam 12.45 pagi, tarikh berkenaan.

Berikutan tuduhan itu, dia berdepan hukuman tersebut atau penjara tidak kurang lima tahun dan juga akan dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding jam 11.30 pagi semalam, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon kes ditangguhkan untuk laporan kimia sebelum Zainal menetapkan ia disambung semula pada 14 November depan.

Tertuduh yang beralamat di Kampung Mesa Beta Hilir, di sini tidak ditawar sebarang jaminan kerana tuduhan serius yang dihadapinya.

TANGKAPAN OLEH UPP
Pada 25/07/2010 lebih kurang jam 1700 hrs, sepasukan anggota UPP Pengkalan Kubor dengan diketuai oleh Sarjan Wan Yahya telah membuat satu serbuan dikawasan perkuburan Melayu Kampung Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Kelantan setelah membuat intipan.
Dalam serbuan itu pasukan telah berjaya menahan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berumur 27 tahun rakyat tempatan. Hasil pemeriksaan keatas lelaki tersebut pasukan menjumpai pil-pil bewarna kemerahan dalam miliknya 410 biji. Pemeriksaan lanjut pada motosikal yang ditunggang oleh suspek, pasukan telah menemui sejumlah 140 biji pil-pil kemerahan.
Pil-pil tersebut disyaki dadah jenis Methanphetamine. Jumlah keseluruhan pil-pil tersebut sejumlah 550 biji. Kesemua pil-pil tersebut dianggarkan berharga Tiga Belas Ribu Tujuh Ratus Lima Puluh Ringgit (RM13,750.00) dipasaran.
Kesalahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
FAKTA KES:
Rampasan-
* Pil-pil kuda berjumlah 550 biji
* 1 buah motosikal Honda EX-5
Tangkapan:
* Seorang lelaki Melayu Rakyat Tempatan
* Anggaran harga pasaran RM13,750.00
* Kes Ke-2 tahun 2010 UPP Pengkalan Kubor
Ahmansah Bin Ahmad
Penolong Setiausaha
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)
Bahagian Kepolisan Dan Keselamatan Sempadan
Kementerian Dalam Negeri

PIL KUDA RAMPASAN TERBESAR

Kejadian Ni berlaku Di Kampung Aku, dan tertuduh Memang aku kenali bahkan satu sekolah dengan aku dan umurnya sebaya dengan adik aku, Yang menariknya tentang tertuduh ialah, beliau memang licik hinggakan kebanyakan orang tidak mengsyaki kegiatan nya, bahkan Orang tua tua di kampung banyak memuji beliau yang katanya pandai cari duit dan tidak ada perangai buruk, tapi bagi golongan remaja memang ramai yang dah tahu kegiatan beliau…,Link
Bahkan setahu aku tertuduh memang tak tahu membaca dan menulis, apa pun korang baca berita yang dipetiK daripada Utusan Malaysia

Pengedar Pil Kuda – Rampasan Pil Kuda Terbesar Tahun INI
KOTA BHARU 14 Mac – Polis menahan seorang pengedar dadah dan merampas 21,390 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM427,000 dalam serbuan di rumahnya di Nilam Puri, dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Narkotik negeri, Supritendan Md. Azmi Othman berkata, dalam rampasan terbesar tahun ini tersebut, polis turut menyita dua kenderaan milik suspek jenis Honda Civic dan Perodua Myvi.

Beliau berkata, polis juga menemui wang tunai RM73,711 dipercayai hasil urusan jual-beli dadah, dalam boot Perodua Myvi itu.

Jelasnya, ketika serbuan dibuat, suspek warga tempatan berusia 20-an sedang bersembunyi dalam tangki air bahagian atas rumahnya dan cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas.

“Polis bertindak atas maklumat awam dan ketika serbuan suspek seorang diri di rumah itu kerana ibu bapanya difahamkan sedang menjalankan perniagaan di Ketereh.

“Suspek cuba melarikan diri dengan menyorok di dalam tangki air di rumah itu, namun kita berjaya menahannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, hari ini.

Md. Azmi berkata, suspek kini direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau memberitahu, bagi wang dirampas, suspek disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya Perlucutan Hak Harta 1988 kerana dipercayai hasil daripada urusan jual-beli dadah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek menjadi pengedar dadah di negeri ini secara bersendirian tanpa mana-mana sindiket atau kumpulan.

“Suspek masih bujang dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian air kencing dilakukan terhadapnya menunjukkan hasil negatif.

“Kesemua dadah itu dipercayai diperoleh dari negara jiran dengan nilai borong RM266,800 manakala hasil jualannya boleh mencecah RM427,000,” ujarnya.

ULASAN GK

Dimanakah pemimpin masyarakat untuk tampil bersama membanteras jenayah yang semakin berleluasa ini?Jika Polis mengambil tindakan maka Penjara yang ada sekarang tidak mampu untuk menampung bilangan penagih dan juga pengedar Dadah,Bila Kerajaan Pusat menambah atau membesarkan Penjara Pakatan Rakyat akan bangkit menyatakan kerajaan menggalakkan penagih untuk beristirehat dan akan merugikan negara dengan menanggung kos keperluan harian penagih.

Pemimpin yang kononnya untuk mendaulatkan Islam hampeh lagi haprak.Cakap bolehlah,Bikin tengok apa jadi,Mati hidup semula pun tak boleh percaya dengan puak-puak sesat ni.Rakyat Kelantan akan menghadapi BALA besar sekiranya masih memilih PAS untuk memerintah.Lihatlah nanti benar ataupun tidak kata-kata GK ini.Bahawasanya RAKYAT KELANTAN AKAN MENDAPAT BALA BESAR SEKIRANYA KEKALKAN PAS UNTUK MEMERINTAH.

Kerana semakin hari bilangan penagih Pil Kuda ini meningkat tanpa perhatian dari pemimpin dan masyarakat,Mereka hanya mengaharap pihak polis 100peratus,Sedangkan seperti yang GK cakaplah kalau polis bertindak takkan muat penjara tu.Sedangkan mengcegah lebih baik dari mengubati.Kenapa perkara ini mesti terjadi di Kelantan sedangkan negeri Kelantan dikatakan dibawah kepimpinan Ulamak.Inilah buktinya wahai rakyat Malaysia yang ku cintai.

Ulamak mulut busuk yang selalu maki hamun dan mengtekedarah balak tidak boleh dibiarkan lagi untuk memerintah Kelantan.Sebelum semakin ramai belia remaja Kelantan akan rosak otaknya atau gila kerana penagihan Dadah Pil Kuda lebih baik tukar kerajaan.Kerana sekarang inipun sudah berapa ramai belia Kelantan yang kerosakkan otak akibat penagihan dadah tersebut.Ini bukan sebarang cakap,Jika ada yang merasa sangsi anda boleh menghubungi GK dan bersama untuk turun padang serta meninjau keadaan ini.
Lebih dasyat lagi Facebook pil kuda juga diwujudkan dan anda boleh tengok dengan mata kepala anda sendiri loghat bahasa yang digunakan oleh fans tersebut.Sila Klik .

Selesai tengok sila laporkan kepada Nik Aziz,Jangan hanya reti berceramah politik sahaja.

HUKUMAN MATI DI NEGERI SYURGA PIL KUDA


Berdepan hukuman mati


KOTA BHARU – Seorang bekas penuntut institusi pengajian tinggi awam bersama rakannya berdepan hukuman mati selepas pendakwaan berjaya membuktikan prima facie kes berkait tuduhan mengedar dadah yang dihadapi mereka di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Mohd Hazlani Che Hussin, 19 bersama rakannya, Mohd Azlan Mat Nor, dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan

Mereka didakwa bersama-sama mengedar 2,000 biji pil kuda yang mengandungi 23.11 gram dadah metamphetamine di hadapan pintu gerbang Masjid Beijing, Rantau Panjang, 3 Februari lalu. Jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman mati mandatori.

Berikutan itu, Hakim Azman Abdullah dalam keputusan di akhir kes mengarahkan kedua-duanya membela diri dalam tempoh seminggu bermula dari semalam.

“18 November depan ditetapkan sebagai tarikh bela diri manakala 19 hari bulan untuk hujahan,” katanya.

Terdahulu, Azman menawarkan tiga kaedah bela diri bersumpah, tanpa sumpah atau berdiam diri sebelum pasangan rakan karib itu memilih untuk memberi keterangan bersumpah pada tarikh itu nanti.

Kes disambung semula pada tarikh yang ditetapkan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Rehan Mat Aris sementara tertuduh-tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Shukri Muhamed.

PAS KELANTAN TERTEKAN

PENYOKONG TEGAR PAS MENYERTAI UMNO

TANAH MERAH 12 Okt. - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO.
Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat.
Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu, Zahari Mamat, 46, berkata, perjuangannya dalam Pas selama ini tidak berguna ekoran pemimpin parti itu yang tidak peka kepada masalah rakyat.
"Saya sudah menjadi ahli Pas ketika berumur 18 tahun dan memegang banyak jawatan dalam cawangan ini dan selama itulah setiap tahun saya akan kecewa dengan Pas.
"Apabila saya fikirkan semula, pemimpin UMNO lebih banyak buat kerja membantu rakyat di kawasan saya. Malah mereka lebih dikenali di sini berbanding pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini," tegasnya.
Rakannya, Kamaruddin Abd. Halim, 48, mengingatkan rakan-rakannya yang taksub kepada Pas agar sedar dan meninggalkan parti itu demi kepentingan keluarga masing-masing.
"Sejak boleh mengundi pada umur 21 tahun, saya menjadi penyokong kuat Pas pada bila-bila sahaja pilihan raya dan kami akan lakukan apa sahaja untuk tewaskan UMNO.
"Tetapi untuk pilihan raya akan datang, kami akan berjuang memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah negeri ini dan membawa kemajuan di Ulu Kusial," katanya.
Sementara itu, Mustapa ketika berucap pada majlis itu menyatakan kesyukuran dengan kesedaran ramai ahli Pas yang kini mula terbuka hati mereka untuk menyertai UMNO.
"Saya sangat gembira dengan keadaan ini, jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.
"Ribuan penyokong Pas pula menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih dan kita akan pastikan nasib mereka terbela," katanya.
Sumber:Utusan

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...