PERPADUAN-MB KELANTAN TERDEDAH SIFAT SEBENARNYA

Segala rahsianya telah terbongkar dan jelas untuk dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia...Siapa si garu yang sebenarnya.Kebenaran itu pasti,Keadaanya akan tiba tanpa masa yang diketahui oleh sesiapa selain Allah yang esa.
Nyatakanlah kebenaran itu sebaiknya di pilihanraya.Ketahuilah Hukum yang sebenarnya itu dari Ulamak yang benar dan bebas tanpa apa-apa kepentingan.Setelah itu anda ubahlah kerana kuasa ditangan anda.Anda mampu mengubahnya.


 Dirasakan sudah tiba masanya untuk menguburkan Parti PAS di Kelantan khasnya kerana telah benar-benar menyeleweng dari perjuangan dan dasarnya yang konon ingin menjadikan negara Islam dan berkebajikkan.Kebajikkan apa?Kebajikkan untuk kroni dan anak menantu!Sokong PAS dapat pahala? Ishh18x mudah betul hukum sesat tu.Kalau sokong Umno tak dapat pahala ke.?Tak dapat sebab Umno tak nak Islam.Standard lah PAS punya contoh,Samy Vellu buat jalan seluruh Malaysia dapat ke pahala?Mesti tak dapat sebab dia bukan Islam,Sama jugak dengan Umno.

Haa ni GK nak bagitahu kat puak PAS ni,PAS berjuang Islam tang mana bezanya dengan Umno,?Lebih 20 tahun perintah Kelantan semakin buruk jadinya...Bagaimana dengan keadaan/kedudukan Pemimpin PAS yang dikatakan nak berjuang Islam.Tahukah anda bagaimana kedudukan orang yang benar-benar nak berjuang Islam.Orang yang benar nak berjuang Islam takkan ada masa untuk maki hamun dan bercerita mengenai keburukkan orang lain kerana sifat itu adalah yang dilarang oleh Islam.

Masanya akan dihabiskan dengan strategi yang diredhai oleh Allah,Bila takutkan Allah dengan seikhlas-ikhlasnya ia akan membuatkan manusia itu akan lebih bertakwa,Kerjanya hanya mencari pahala bukannya menambahkan dosa,Bila berkata pula,Ia akan menyatakan kebenaran bukan kebatilan.Semakin kita menghayati Islam dan mengenali Allah taala itu akan membuatkan kita menjadi seorang yang mukmin.Kehidupannya penuh dengan kerisauan bimbang pahala tidak cukup untuk memasuki syurga Allah.

Bila terlanjur dengan perbuatan dosa ia akan segera bertaubat dan takkan mengulanginya,Pendek kata ia sentiasa berkeadaan ibadat walau dalam apa jua perkara.Andai dakwahnya tidak diterima masyarakat, dia takkan sumpah seranah kerana takutkan Allah.Jika anda sangsi dengan keadaanya bolehlah anda mencuba dan merasainya dengan satu penghayatan yang ikhlas dan benar.Walaupun anda merasakan Allah taala belum bagi hidayah pada anda,Anda boleh mencubanya dengan memandang kearah Ilusi/gambaran NERAKA .Cuba bayangkan anda didalamnya diatas perbuatan dosa yang telah dilakukan.

Nak lebih realiti lagi anda pergi di kedai kawan anda atau yang berhampiran,Kedai yang GK maksudkan adalah Iron works.Yang membuat perkhidmatan kimpalan,Anda cuba kimpal besi yang tebal supaya ianya mengeluarkan cairan api sebesar siling 0.5 sen dan apa saja yang jatuh kedalam api itu akan cair bersama cairan dalam sekelip mata.Anda bayangkan anda yang jatuh kedalamnya.Bagaimana perasaan anda.?Tiada siapa yang dapat membantu dan akan kekal didalamnya.Jika dapat anda khusyukkan bayangan itu anda pasti akan terasa bagaimana perasaan takut yang sebenarnya kepada Allah.

Apakah perasaan takutkan Allah itu sepertimana ketaatan pemimpin PAS kepada Allah.Tidak..PAS hanyalah Parti Politik yang bersifat khawarij dan ingin merampas kuasa dari pemerintah Islam yang sebenar.Jika anda kaji betul-betul kenapa PAS tidak ingin perpeduan dengan Umno.Semua alasan yang diberikan oleh PAS adalah pembohongan semata-mata.GK sangat yakin dengan keadaan itu.

Realiti yang sebenarnya adalah,Jika PAS bergabung dengan Umno apa yang Nik Aziz akan dapat, Maksudnya Jawatan,Anda jangan anggap kezuhudan Nik Aziz itu tidak mengimpikan jawatan yang besar,Kalau tidak mana mungkin sampai ke hari ini beliau masih menjawat jawatan MB Kelantan. Kalau nak berdakwah tidak perlukan jawatan sebenarnya kalau kita benar Ulamak yang sufi.Lihat saja Tun Mahathir,Walau tidak memegang tampuk kekuasaan tapi suara beliau masih laku dan tetap relevan yang mampu menjatuhkan Perdana Menteri yang tidak mengikut arahannya.

Kekuatan Tun Dr Mahathir ada pada tubuhnya bukan pada jawatannya,Takkanlah seorang Ulamak tidak mencapai tahap kehebatan bekas Pemimpin sekular?Ok berbalik kepada cerita perpaduan,Presiden PAS Dato Seri Hj Hadi Awang dan Timb Presiden Nasharuddin Mat Isa hampir telah bersetuju idea PERPADUAN dengan UMNO.Kerana apa?Kelihatan hanya Nik Aziz dan sebahagian pengikut setianya saja yang tidak menerima.Juga kerana apa.

Sebelum itu kita lihat jawatan orang yang bersetuju dan tidak bersetuju didalam Parti mereka.Orang yang bersetuju sudah pastilah memegang jawatan yang tinggi didalam Parti dan secara langsung dijanjikan akan memegang satu-satu jawatan yang tinggi juga didalam Kerajaan yang akan membentuk sebagai kerajaan pusat.Betul atau tidak?Jawatan Nik Aziz pula sebagai Mursyidul am tidak mampu untuk menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan di peringkat pusat.Beliau akan mati dengan hanya memegang jawatan MB Kelantan sahaja.Cita-citanya selama ini akan terkabur.

Jika begitu bagaimana pula seandainya PR yang memerintah dan jawatan Nik Aziz didalam Parti juga adalah sama..Ok ini sangat berbeza berbanding perpaduan dengan Umno.Jalannya jauh berbeza.Umno adalah tuan rumah yang tidak mampu untuk digugat oleh mana-mana Parti sekalipun.PR adalah pembentukkan kerajaan baru yang belum ada Tuan rumah atau leader secara rasmi didalam pakatan tersebut.Perpaduan dengan Umno tidak melihat kepada jumlah pengaruh seseorang pemimpin tetapi melihat kepada Jawatannya didalam Parti.Berbeza dengan keadaanya didalam PR atau PAS khasnya.

Secara jelas dapat dilihat Perpaduan dengan Umno hanya gagal dengan keputusan Nik Aziz.Apa mungkin Jawatan Nik Aziz didalam Parti begitu besar berbanding dengan Presiden dan Timb Presiden.Secara mudahnya kita lihat pada realiti logiknya keadaan yang berlaku pada hari ini.Siapa yang anda dengar Perdana Menteri dari PAS sekiranya PR memerintah,Hj Hadi atau Nik Aziz?Pasti Hj Hadi yang sering di ungkapkan oleh puak Pas setanding dengan jawatan Presiden Parti.Nik Aziz hanyalah penasihat seperti Karpal Singh sahaja.

Oleh yang demikian jika PR yang berjaya Nik Aziz boleh menggunakan pengaruhnya didalam Parti untuk merampas jawatan Perdana Menteri dari disandang oleh Hj Hadi.Semua boleh ubah mengikut cara-cara tertentu (Hak Allah taala buat pun manusia ubah inikan pula sesama manusia.).Ianya lebih mudah berbanding Perpaduan dengan Umno.POLITIK segalanya mungkin untuk terjadi.Tidak ada apapun yang mustahil.Cara kotor atau cara betul itu adalah pilihan orang yang gilakan kuasa.

Apa pula yang terjadi sekiranya kerusi yang dimenangi PAS lebih sedikit berbanding DAP.Sudah menjadi lumrah orang Melayu seperti Nik Aziz yang akan merelakan segalanya demi orang bukan melayu terutamanya orang cina.Wakil dari DAP akan menjadi PM tanpa gangguan dari mana-mana pihak didalam PR nanti.

Secara ringkasnya penolakan idea perpaduan dengan Umno oleh Nik Aziz adalah disebabkan gilakan kuasa untuk menjawat jawatan Perdana Menteri semata-mata bukannya untuk sejahterakan umat Islam dan bangsa melayu bagi memupuk satu kesepakatan didalam masyarakat dan mewujudkan sebuah negara Islam yang aman dan makmur.

Disebabkan itu jugalah alasan yang diberikan oleh Nik Aziz adalah PAS pernah bergabung dengan Umno suatu ketika dahulu tetapi ditendang,dan orang Islam tidak boleh jatuh dua kali didalam satu lubang. Kenapa beliau tak bangkitkan kerana Umno tidak ingin menjalankan Hukum Hudud atau negara Islam? Kerana DAP juga tidak bersetuju dengan keadaan yang demikian.Nanti orang akan mempersoalkan hubungannya dengan DAP.Itu juga sebabnya muncul pula dasar negara berkebajikkan.Sangat licik bukan?.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.Itulah hakikat untuk PAS terima dan diakui oleh penyokongnya yang taksub serta segeralah bertaubat. GK berharap penyokong setia PAS nampak keadaan yang ingin GK jelaskan ini,Untuk memperincikan hujah ini tidaklah perlu kerana GK sangat faham akan sikap kureng rajin membacanya.Apa yang perlu anda ketahui adalah PAS itu puak Khawarij yang pemimpinnya hanyalah gilakan kuasa semata-mata dan jauh sekali untuk mendaulatkan Islam.Tak jelas lagi lihatlah Negeri Kelantan yang diperintah lebih 20 tahun itu apa yang hebat tentang Islamnya....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...