8 Penjenayah Berjaya Di Tembak Mati Di Kelantan, Nik Aziz Akan Terus Berdoa Lagi

Sebanyak 11 kes tembak yang berlaku sepanjang 2011 dan tahun ini di Kelantan adalah berkaitan penyeludupan dadah di kawasan sempadan, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Jalaluddin berkata, menurut maklumat hasil soal siasat terhadap beberapa suspek berhubung beberapa siri tembakan, mereka mengakui dengan membeli sejumlah dadah akan memperolehi senjata api.

"Bagi saya, ia berpunca daripada dadah. Mengikut maklumat yang diterima, anda beli sejumlah dadah, saya beri senjata api. Itu maklumat yang kita terima daripada suspek yang berjaya ditangkap.

"Perkara ini serius memandangkan kalau ikut trend sebelum ini, tiada kes tembak berlaku di Kelantan. Kalau ada pun mungkin kes terpencil sahaja,"
Peluang pekerjaan yang terhad adalah punca utama kepada berlakunya jenayah seperti ini di Kelantan,  disamping itu juga tawaran gaji yang tidak munasabah oleh majikan iaitu sekitar RM 300 membuatkan belia remaja lebih cenderung memilih untuk melakukan kerja-kerja jenayah.

Mungkin kita terfikir kenapa kerja di Kelantan gajinya begitu rendah, sebagai contohnya perniagaan seperti stesyen minyak adalah merupakan perniagaan yang harga jual-belinya adalah terkawal dan sama dengan negeri-negeri yang lain, tetapi kenapa pekerja tidak diberikan gaji yang sama ?

Apakah mungkin kerana Kelantan agak mundur dan hasil jualan minyak agak rendah sedangkan perniagaan itu hanya untung apabila jumlah jualan berlaku didalam 'volume' yang besar. Pernahkah Nik Aziz selaku Menteri Besar membincangkan masalah ini, dimana fungsi kerajaan negeri ?

Isu ini bukan isu individu tertentu semata-mata, semua rakyat perlu sedar, terutamanya rakyat Kelantan yang berada diluar Kelantan, jangan ingat apabila berkerja diluar segala-galanya selesai, mungkin kita masih ada orang tua dan saudara mara, pernahkah kita terfikir akan keselamatan mereka apabila menghuni negeri yang sedang meningkat kadar jenayahnya ? Jenayah yang membabitkan wang yang tidak ada sesiapa yang dikecualikan oleh penjehayah. Fikir-fikirkanlah. Anda Mampu Mengubahnya.

Berdoalah Nik Aziz, supaya semuanya selamat bukan semuanya hancur, berdoa saja tidak cukup tanpa berusaha, berceramahlah mengenai Islam bukan mengenai Pas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...