Sekali Karpal Gertak, Undang-Undang Islam Pas Kelantan Ditangguhkan Berkuatkuasa Serta Merta

KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.

Katanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut.

"Penangguhan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pimpinan dua organisasi terbesar masyarakat Cinanegeri ini minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebutdi Kota Darulnaim di sini, Rabu.

Akhbar baru-baru ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilikkedai gunting menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu adakaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiaptindakan ada kaitan dengan pilihan raya. - Bernama

Kalau hukum hudud pun buat penangguhan macam ni, haru masyarakat, kena gertak sikit jer dengan Karpal Singh dah mula kelam kabut, macammana nak jadi pejuang Islam,  ni lah sikap kerajaan Pas Kelantan,  buat dulu baru  nak fikir, sebelum buat tak nak fikir, cacarmarba punya pemimpin...

8 comments:

  1. inilah kuatnya Karpal dalam pakatan.... sekali Karpal marah pd pas dan pas terus tarik balik inilah pas keldai dap, pkr

    ReplyDelete
  2. wakaka..... hudud untuk undi...ni pon kalau rakyat kelate dok sedar jugok meme soh la demo seme ore kelate make taikk...wakakaka

    ReplyDelete
  3. Kalu ada bendo yang buleh ditangguhkan, ada juga benda yang buleh didulukan. Dengan yang demikian tak salah gamaknya kalu puak-puak Cina mitak cepatkan kebenaran buka kedai jual arak, kedai bah ku teh dikota baru ni. Oghe bukan Islam pun nak kebebasan minum arak, main tino. Liberal dah tu pas la ni, diajar oleh tuan guru Kapal.

    ReplyDelete
  4. sekali kapal sink berkokok puak pas pis pus terus jadi ayam betina....huhuhu

    ReplyDelete
  5. Ini kan BLOG UmerNo... memang lah asyik kutuk dan cari salah PR.... kannn...

    ReplyDelete
  6. smasa PRU13 aritu janji BeEnd adalah MEMPROMOSIKAN silam di Malaysia..... itu yg korang nak kan (supaya tak kener tangkap ke mahkamah syariah kannn)....
    Bukan ker spatutnya kita dah merdeka 56 tahun nih dah spatutnya jadi negara islam dan melaksanakan HUDUD (walaupun yg versi UmerNo pun tak der...= penakut..)

    ReplyDelete
  7. Please see this cheated YIP KUM FOOK amounting to RM20,000.00, it belongs to VEN. U NANDIYA. Fundraising donation by Myanmar Believers to buy large Buddhist marble for SAMNAK SAMBODHI in 2000 that Buddha Marble from Myanmar

    Information and signature in blogspot.com by YIP KUM FOOK and please be aware of the issue as all contributions to Buddhist teachings:

    https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/

    SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE at Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is president, Secretary (YAP LEONG LAN) and Treasurer (NG GOOT MEE)

    ReplyDelete
  8. Anonymous said...
    di Malaysia amat memalukan kerana banyak jawatankuasa Kuil Buddha atau persatuan tidak memahami ajaran Buddha(Dhamma) dan juga tidak mengamalkan peraturan Buddha seperti mana-mana ajaran, mereka hanya menjadi jawatankuasa dan menjemput paderi asing untuk menjaga kuil sahaja

    contohnya, kuil Buddha SAMNAK SAMBODHI di Taman Desa Jaya, kepong, jawatankuasa di sana menggunakan sami Myanmar untuk menjaga, semua sami Myanmar datang ada gelaran Doktor tetapi satu perkataan juga tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Juga, jawatankuasa sangat teruk kerana apabila mereka tidak menyukai mana-mana sami, mereka boleh mengeluarkan serta-merta

    SAMNAK SAMBODHI adalah presiden YIP KUM FOOK, ini juga sangat memalukan kerana bermain politik di kuil dan menjadikan kuil sentiasa menjadi masalah, menjadikan Buddha rendah standard, dulu YIP KUM FOOK menipu Rm20,000.00 dari sami Myanmar (Ven. U Nandiya)

    ya, jawatankuasa ini tidak malu dan takut berdosa kerana mereka menganggap kuil ini adalah jawatankuasa tertinggi daripada Sangha, KAMI tahu kuil ini daripada pengasas Sangha di Taman Ehsan dan Jalan 5 Taman Desa Jaya (berdekatan stesen Minyak BP), Kepong

    perkongsian kisah realiti oleh Ah Keong, jinjang utara
    sharing by Thai Buddhist Chetawan Temple(PJ)

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...