Showing posts with label karpal singh. Show all posts
Showing posts with label karpal singh. Show all posts

Karpal Singh: "YDP Dewan Negara, Jangan Ajar Saya Tentang Undang-Undang"

Biarpun mendapat kritikan banyak pihak, Pengerusi DAP, Karpal Singh tetap mahu memansuhkan Dewan Negara dengan alasan mengelakkan pembaziran wang rakyat. Karpal turut mempersoalkan perlantikkan Yang Dipertua Dewan Negara dan menyifatkan perlantikkan itu perlantikkan dari kerajaan yang mendapat sokongan minoriti rakyat.

"Malah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang tidak mempunyai hak untuk mengajar saya kerana beliau dilantik oleh kerajaan yang mendapat sokongan minoriti rakyat. Maka jangan ajar saya tentang undang-undang," kata Karpal pada sidang media hari ini.

Melihat kepada cadangan Karpal itu perlu diketahui Dewan Negara adalah sebahagian daripada komponen parlimen. Tanpanya, maka tidak lengkaplah komponen parlimen kerana Perkara 44 Perlembagaan menyatakan komponen parlimen hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ini bertepatan dengan parlimen Malaysia yang mengamalkan sistem dua Dewan (bicameral), bukannya dewan tunggal (unicameral).

Sebenarnya bukan satu perkara yang mudah untuk mansuhkan Dewan Negara, kerana ia perlu meminda perlembagaan dengan mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan, dan selagi peruntukan Perkara 44 Perlembagaan tidak dipinda, maka tentunya Dewan Rakyat sahaja tidak memadai kerana komponen parlimennya yang tidak mencukupi.

Dalam konteks Dewan Negara, ia penting kerana peranannya untuk menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

Selain itu, Dewan Negara juga mempunyai kuasa untuk menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Contohnya, Dewan Negara boleh menangguh Rang Undang-Undang Kewangan selama 30 hari dan rang undang-undang lain selama setahun. Tempoh penangguhan ini penting untuk membolehkan rang undang-undang yang tidak menepati kepentingan umum diteliti dan dibincangkan semula.

Bagi menjaga kepentingan inilah, maka Perkara 47(a) Perlembagaan menetapkan orang yang layak menjadi ahli Dewan Negara hendaklah berumur tidak kurang dari 30 tahun. Ini kerana orang yang telah berumur lebih dari 30 tahun sebagai telah cukup matang untuk menilai penggubalan rang undang-undang terbaik untuk negara.

Untuk menjaga tahap kematangan ini, Perkara 45(2) Perlembagaan menetapkan ahli-ahli yang dilantik oleh Agong hendaklah orang yang pada pendapat baginda telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau yang telah mencapai keunggulan dalam profesionnya atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.

Andai diteliti dalam kepelbagaian sistem parlimen di negara maju dan negara membangun yang lain, sistem sekarang adalah terbaik buat negara, dan cadangan Karpal Singh itu hanyalah melihat dalam konteks 'kasta' tertentu semata-mata tanpa melihat ia secara menyeluruh, dan cadangan untuk memansuhkan itu juga seolah-olah mengzahirkan lagi niat buruk pengerusi DAP dalam usaha menghakis dasar-dasar yang boleh menyekat kepentingan tertentu mereka.

Namun jika Karpal Singh benar-benar jujur beliau tidak akan mencadangkan kepada memansuhkan sebaliknya mencadangkan supaya Dewan Negara diperkasakan lagi peranannya atau meminda peranan dan keanggotannya sebagaimana yang dicadangkan oleh tokoh akademik seperti Prof. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Dimana Prof Agus mencadangkan fungsi dan peranan Dewan Negara dipertingkatkan bukan setakat hanya meluluskan rang undang-undang sahaja, tetapi sebagai institusi yang lebih atas dari Dewan Rakyat dengan bertindak sebagai Ombudsman kepada agensi-agensi penting kerajaan seperti SPRM, Audit, SPR dll.

Beliau turut mencadangkan supaya Ahli Dewan Negara dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya, kerana dalam sistem demokrasi, pilihan rakyat adalah yang paling terbaik dari kalangan yang baik, jika tidak mahu adakan pilihan raya untuk melantik ahli Dewan Negara, maka elok sekiranya bilangan senator ditentukan mengikut peratusan undi yang diterima oleh setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya sekaligus akan menjadi pengimbang kepada parlimen.

Perkasakan peranan Dewan Negara supaya tidak dicop sebagai rubber stamp sahaja. Pastikan pelantikan ahli kabinet tidak dari kalangan ahli senator. Sekiranya kita mahu memansuhkan sistem bikameral yang kita gunakan sekarang ini, kita perlu mengadakan referendum untuk mendapat pandangan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz Potong Kek Sambut Hari Lahir Di Rumah Karpal

SHAH ALAM - Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.

Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya dipetik Harakah Daily.

Pada konvensyen 19 Disember 2009, Nik Aziz menyifatkan "di dada Karpal Singh ada bulan" dengan merujuk kepada lambang Pas adalah bulan, pada jaket khas dikenakan pemimpin DAP itu.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama PR.

Sebelum Nik Aziz berucap, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen 2009 mencatat satu sejarah baru politik negara.

Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani. -Sinar Harian

Video - Nik Aziz: "Karpal Singh Ni Orang Tua, Kita Perlu Hormat Pada Dia"

Biarpun umum mengetahui bahawa kelantangan Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan sikap biadapnya terhadap Islam, namun bagi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ia hanyalah perkara biasa bahkan perlu menghormati  Karpal kerana ia seorang yang tua.

"Karpal Singh ni kira orang tua, kadang-kadang orang kacau kita,...kita tengok orang tu, kadang-kadang kita kata biarlah...dia sebab tua, kita hormat pada dia, orang yang bercakap macam Karpal Singh ni makin tiada sekarang, makin kurang, itu watak lama, apa boleh buat !"

Demi menjaga kepentingan politik, Nik Aziz sanggup  menjual agama, apakah kerana Karpal tua maka segala apa yang diperkatakan oleh Karpal itu wajar dihormati biarpun ia ketahap mencabar kedaulatan Islam, dimanakah letaknya prinsip perjuangan Pas, apakah Pas lebih utama daripada Islam ?

Jika Rasulullah dahulu berpendirian seperti Nik Aziz terhadap bapa saudaranya Abu Lahab, mungkin Islam tidak akan sampai kepada kita, bertolak ansur tidak bertempat seperti Nik Aziz ini hanyalah akan merugikan umat Islam itu sendiri, tapi yang menghairankan, Nik Aziz tidak pula bertolak ansur dengan sesama Islam sebagaimana bertolak ansurnya beliau dengan Karpal ?

Terdahulu, Karpal menggesa Pas mengubah pendirian berhubung isu kalimah ALLAH supaya tidak bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR).

Beliau mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Dalam pada itu, Karpal juga turut memberi peringatan kepada kerajaan Kedah yang diterajui Pas supaya tidak 'mengocak keadaan" dengan cuba menetapkan peraturan berpakaian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

"Cara berpakaian adalah sesuatu yang bersifat peribadi, sesuatu yang ditentukan sendiri oleh seseorang. Ia bukan sesuatu yang boleh ditetapkan dan disuruh di negara ini,"

Setelah mendapat bantahan berhubung perkara itu, kerajaan Kedah serta merta membatalkan peraturan berkenaan pada 15 Jan dan membenarkan artis lelaki dan wanita mengadakan persembahan.  Anda Mampu Mengubahnya.

Isu Kalimah Allah - Karpal Desak Hj Hadi kaji Semula Keputusan Majlis Syura

GEORGETOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berharap pendirian Pas berhubung isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR).

Beliau mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lepas.

"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isu kalimah ALLAH dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena sambutan Hari Natal Disember lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: "Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas." - Bernama
 
Nantikan sekali lagi kenyataan tak konsisten Nik Aziz selepas gesaan Karpal ini.

Karpal Mula Bikin Drama Malu

GEORGETOWN - Kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lalu satu perkembangan yang memalukan, kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Bagaimanapun beliau menyifatkan ia kesilapan manusia yang tidak disengajakan.

Beliau berkata, DAP mengambil pendirian untuk menjelaskan kesilapan itu bagi menunjukkan partinya telus sambil menafikan ia bertujuan memasukan ahli Melayu dalam pimpinan tertingginya.

"Ini kesilapan pertama dalam sejarah DAP dan ia tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.

"Saya menafikan bahawa ini cara untuk memasukkan ahli Melayu dalam DAP tetapi apa yang terjadi dan kenyataannya, Zairil Khir Johari mendapat 803 undi dan melayakkan dia berada dalam kelompok 20 undi tertinggi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Diminta mengulas peletakan jawatan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong, Karpal berkata, tidak ada sebab untuk beliau berbuat demikian kerana kesilapan itu boleh dimaafkan dan harus dimaafkan.

"Ingin saya tegaskan kesalahan yang berlaku dalam pengiraan adalah tidak disengajakan. Jadi tidak ada sebab yang mencukupi untuk dia mengambil tindakan berkenaan (meletakkan jawatan).

"Saya merayu kepadanya untuk menarik balik peletakan jawatan itu," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan peletakan jawatan Weng Keong dan menjelaskan tindakannya itu adalah atas dasar tanggungjawab akibat kesilapan yang berlaku.
 
Karpal kata memalukan + Pada masa sama Karpal menyifatkan ia kesilapan manusia yang tidak disengajakan. + Karpal turut menafikan bahawa ini cara untuk memasukkan ahli Melayu dalam DAP. 
 
Biarpun memalukan, kesalahan itu boleh dimaafkan dan tidak ada sebab untuk letak jawatan  + Akhirnya Karpal merayu supaya menarik balik peletakan jawatan itu.
 
Permainan apakah sebenarnya ini ? Adakah rakyat Malaysia khasnya orang Melayu begitu bodoh untuk memahami situasi sebenar drama ini ? Fikirkanlah... Anda Mampu Mengubahnya.

DAP Buktikan Tak Perlu Kerusi Bertanding Di Kelantan, Tetap Berkuasa Walau Berkerusi Roda

DAP tidak memerlukan kerusi untuk bertanding di Kelantan, cukup saja dengan ada hanya sebuah kerusi roda dan seorang OKU disamping seekor anjing. Kerana itu sudah memadai bagi memenuhi segala tuntutan dari apa yang mereka inginkan biarpun mereka itu beberapa kerat cuma.

Buktinya Kerajaan PAS Kelantan setelah didesak oleh penunggang kerusi roda akhirnya telah mengambil keputusan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Pada awalnya penjelasan yang cukup kemas diberikan bersabit perlaksanaan undang-undang berkenaan, dan penjelasan itu dilihat relevan serta langkah terbaik bagi sebuah kerajaan yang menerapkan nilai-nilai Islam didalam pemerintahannya, malah undang-undang itu juga telah lama dikuatkuasakan yaitu sudah lebih 20 tahun, namun agak terkejut apabila ia ditangguhkan tidak kurang dari seminggu setelah digertak oleh penunggang kerusi roda disamping seekor anjing kesayangannya.

Lebih mengaibkan lagi, DAP terus mendesak supaya saman yang dikenakan terhadap pengendali salon sebelum ini mesti dibatalkan. Kekuasaan DAP menunjukkan kejantanan gah dimata kaumnya, biarpun kes ini melibatkan tak sampai 10 pengusaha salon, akan tetapi pembelaan DAP terhadap bangsanya tetap diusahakan sehingga berjaya daripada betis sampai ke paha.

Apa yang mampu Pas lakukan dengan desakan daripada DAP itu ? DAP langsung tidak memberi muka apalagi untuk bersikap win-win situation, strategi DAP mengukuhkan sokongan politiknya memang terlalu bijak, mereka mendajalkan Pas untuk muncul sebagai hero,

Sudah undang-undang itu ditangguhkan, pada masa sama melalui media, DAP minta pula saman dibatalkan, jika bukan strategi politik DAP untuk 'Pak Pandir'kan Pas, semestinya sudah memadai dengan penangguhan undang-undang yang telah berkuatkuasa lebih 20 tahun itu, saman yang tak seberapa itu dibayar tanpa soal, atau paling sengkek pun berunding secara tertutup tanpa menggunakan media.

Akibat kemaruk dengan Putrajaya, strategi melampau DAP itu tidak disedari oleh Pas, DAP menjadi hero diatas kebodohan Pas sendiri, tindakan DAP dengan mendesak saman itu dibatalkan memperlihatkan Pas begitu bodoh didalam melaksanakan sesuatu undang-undang, kredibiliti sebuah kerajaan dterajui Pas lebih 20 tahun itu diletakkan ditangan penggunting rambut yang tidak sampai 10 orang, dimana letaknya maruah Pas apabila dipermainkan dengan begitu rakus oleh DAP ?.

Penyokong Pas perlu sedar hakikat kebaculan Pas yang sanggup menjual maruahnya, kalaulah DAP tidak ada seorang wakil rakyat pun di Kelantan tapi mampu membuang undang-undang yang dilaksanakan lebih 20 tahun, bagaimana agaknya jika berkongsi kuasa dan Pas baru nak buat undang-undang Islam untuk dilaksanakan. Anda Mampu Mengubahnya.

Undang-undang berusia 20 tahun pun dihumban apatah lagi undang-undang yang baru hendak dibuat

Video - Ekoran Tekanan Karpal, Takiyuddin Beri Peringatan Kepada DHPP

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan memberi peringatan kepada beberapa orang pemimpin didalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) supaya tidak membuat kenyataan terburu-buru.

Peringatan itu diberikan ekoran kenyataan yang dibuat oleh DHPP berhubung tangkapan khalwat yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) terhadap dua pasangan bukan islam.

"Saya nasihatkan beberapa orang pemimpin DHPP, saya sebagai Penolong Setiausaha Agong PAS nak bagi ingatanlah kepada DHPP tu, bertindaklah sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS jangan sebaliknya, ni bukan menyokong dah ni"

Takiyuddin yang agak tertekan dengan isu yang melanda Kerajaan Negeri terutamanya melibatkan MPKB-BRI dan masyarakat bukan islam itu turut beberapa kali dilihat melepaskan kemarahannya kepada wartawan ketika sidang media yang berlangsung kelmarin.

Tekanan itu dipercayai datangnya dari Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini turut menggesa kepimpinan PAS pusat campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi berhubung peraturan di Kelantan yang melarang pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki, dan bukannya menyerahkan perkara itu kepada Exco Kelantan semata-mata.

"Saya terkejut Kelantan telah memutuskan untuk memperluaskan peraturan tersebut ke atas bukan Islam, keputusan ini, pada fikiran saya, adalah tidak mengikut perlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah, dan ia tidak boleh dikenakan kerana ia menyalahi undang-undang," kata Karpal.

"Majlis (tempatan) tidak harus mengumpul denda berdasarkan peraturan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Karpal turut melabelkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri itu sebagai bentuk undang-undang yang paling rendah, walaupun ia dibuat oleh pihak exco dan mereka yang mentadbir kerajaan tempatan.

Seterusnya Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Bharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Pemimpin-pemimpin Pas perlu sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan segera," katanya.

"Bagi beliau (Takiyuddin) peraturan itu bukan satu isu dan beliau berkata undang-undang itu dikuat kuasa sejak 1991 selaras dengan slogan kerajaan Pas Kelantan 'Membangun Bersama Islam' yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam, dan pada 1999 syarat yang lebih ketat dikenakan oleh Majlis," katanya.

Dengan sekali sahaja gertakkan Karpal yang lantang itu akhirnya Kerajaan PAS Kelantan akur dan memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bahru-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Bagaimanapun isu terbaru yang melibatkan tangkapan khalwat terhadap orang bukan Islam itu belum lagi diulas oleh Karpal, justeru, Takiyuddin perlu menyelesaikan perkara itu seberapa segera sebelum sekali lagi akan digertak oleh Karpal dan sekaligus akan menambahkan lagi tekanan kepada beliau dan Kerajaan Pas Kelantan selain daripada dilihat oleh umat Islam sebagai pemimpin dan kerajaan yang bacul.

Gertakkan Karpal Cetus Gangguan Seksual Terhadap Wanita Di Kelantan

Penangguhan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam dijangka menyebabkan ramai wanita di Kelantan terganggu seksualnya.

Ini kerana, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, penguatkuasaan undang-undang berkenaan adalah bertujuan untuk mengekang gangguan seksual yang berlaku terhadap golongan wanita sebelum ini.

Penjelasan dari Exco Pas bersabit isu ini pada mulanya dilihat agak relevan dan tidak seharusnya perlaksanaan itu ditangguhkan, Takiyuddin juga turut menjelaskan dimana orang bukan Islam sendiri menyokong undang-undang berkenaan kerana ia boleh menghalang suami-suami berhidung belang dari 'bergelenya' dengan pekerja wanita salon terbabit.

Takiyuddin juga turut mencabar mana-mana pihak supaya mendatangkan 10 orang non muslim yang tidak bersetuju dengan undang-undang ini kerana beliau yakin wanita non muslim  juga tidak suka suami mereka 'bergatallan' dengan wanita lain termasuklah pekerja salon yang menyediakan khidmat pekerja wanita  menggunting rambut lelaki.

Hujah-hujah yang diberikan Takiyuddin cukup kemas dan mantap serta boleh diterima pakai sekiranya benar apa yang dikatakannya itu realiti kepada apa yang berlaku, tapi sayang sekali, tidak sampai beberapa jam kenyataan yang dibuat beliau itu, akhirnya sikap angkuh mendabik dada dan memandai-mandai Pas didalam kemajmukan masyarakat itu tepaksa tunduk hanya dengan sekali sahaja gertakan pahlawan terbilang 'Over my dead body' and the gang, keadaan itu membuatkan  Pas terpaksa memutuskan penangguhan penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Sepatutnya dalam keadaan negara yang makin membangun pada hari ini, hal-hal jumud seperti itu tidak wajar lagi ianya timbul dan sepatutnya sudah selesai 20 tahun dahulu, tapi itulah Pas, berceramah mengalahkan penjual ubat kuat didada Harakah sehingga terlupa dengan perkara-perkara penting yang membabitkan rakyat.

Mujurlah pelaksanaan hukum Hudud tidak dibuat secara membabi buta yang akhirnya akan menyebabkan hukum itu dipandang serong oleh keseluruhan masyarakat, bukan kerana kelemahan hukum akan tetapi kerana kelemahan dan kejahilan pelaksanaannya.

Jika undang-undang kecil dan terpencil keberlakuannya itu pun gagal Pas laksanakan, masakan kita tidak boleh fikir bagaimanalah agaknya jika Hudud dilaksanakan oleh Pas dalam kejahilannya itu setelah berjanji akan melaksanakannya selepas memenangi PRU pada tahun 1990 dahulu.

Terpotong rambut tumbuh kembali, terpotong tangan manakan kucari ganti, berfikir dahulu sebelum buat jauh lebih baik dari buat dahulu baru berfikir, Hukuman walaupun baik akan menjadi buruk jika si penghukum itu jahil, begitu juga dengan bukti doanya, doa yang zahirnya baik sebagai penghubung hasrat antara mukmin dengan Tuhannya berubah buruk menjadi senjata politik bernafsu Khawarij...Anda Mampu Mengubahnya.

Sekali Karpal Gertak, Undang-Undang Islam Pas Kelantan Ditangguhkan Berkuatkuasa Serta Merta

KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.

Katanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut.

"Penangguhan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pimpinan dua organisasi terbesar masyarakat Cinanegeri ini minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebutdi Kota Darulnaim di sini, Rabu.

Akhbar baru-baru ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilikkedai gunting menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu adakaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiaptindakan ada kaitan dengan pilihan raya. - Bernama

Kalau hukum hudud pun buat penangguhan macam ni, haru masyarakat, kena gertak sikit jer dengan Karpal Singh dah mula kelam kabut, macammana nak jadi pejuang Islam,  ni lah sikap kerajaan Pas Kelantan,  buat dulu baru  nak fikir, sebelum buat tak nak fikir, cacarmarba punya pemimpin...

Isu Salon - Karpal Singh Label Kerajaan Pas Kelantan Tidak Bertamadun

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru berhubung peraturan di Kelantan yang melarang pendandan rambut wanita bukan Islam memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

"Saya terkejut Kelantan telah memutuskan untuk memperluaskan peraturan tersebut ke atas bukan Islam," kata Karpal

Katanya, seringkali kerajaan negeri PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak membabitkan bukan Islam, sepertimana parti itu juga berkata bahawa hudud bukan untuk bukan Islam.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ramai rakyat Malaysia bimbang hukum yang sama akan dikenakan di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan dan sama ada hudud juga akan membabitkan bukan Islam.

"Ada banyak kebimbangan di kalangan orang ramai mengenai apa yang telah berlaku di Kelantan. Jika hudud dibenarkan untuk diguna pakai kepada umat Islam, terdapat masanya nanti ia diperluaskan kepada bukan Islam," katanya 

Karpal Singh berkata keputusan itu adalah tidak berperlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah.

"Malah, ia perlu dicabar di mahkamah. Mereka yang berkenaan tidak perlu membayar denda, PBT tidak harus mengumpul denda berdasarkan peraturan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Karpal turut melabelkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri itu sebagai bentuk undang-undang yang paling rendah, tidak bertamadun walaupun ia dibuat oleh pihak exco dan mereka yang mentadbir kerajaan tempatan.

Enakmen itu kemudiannya diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, katanya.

Beliau mengulas kontroversi yang melibatkan seorang pendandan rambut dari salun rambut E-Life di komplek membelibelah KB Mall yang disaman oleh pegawai penguatkuasa majlis perbandaran yang berpakaian biasa kerana memotong rambut pelanggan lelaki.

Ahli Exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata Majlis Perbandaran Kota Baru harus menunjukkan kelonggaran apabila menguatkuasakan larangan pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki itu, jika kedua-duanya adalah bukan Islam, tetapi menekankan bahawa dasar kerajaan negeri mengenai perkara itu adalah jelas.

Banyak pihak telah mengutuk peraturan itu sebagai sebahagian daripada usaha PAS untuk melaksanakan sekatan ke atas bukan Islam, dan menyeru DAP memutuskan hubungan dengan sekutu politiknya.
Saman pertama
3 hari selepas saman pertama, MPKBBRI menambah saman balas dendam kerana pengusaha salon membesarkan isu ini
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...