Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

Biadap! Ketua Wanita GERAKAN Hina Islam, Tunggu Selaran @Khairykj

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe secara terbuka begitu berani menghina dan memfitnah Islam dengan mendakwa hukum hudud menyebelahi perogol dan tidak berlaku adil.

Tan yang menulis komen di laman Facebook seorang penyokong Gerakan, Andychew Andypfilcol berkata; "Andy wait until one fine day their daughters or grand-daughters being raped by a muslim man. Then they will cry!" (Andy, tunggu hingga di suatu hari anak perempuan atau cucu perempuan mereka dirogol oleh seorang lelaki muslim. Baru mereka menangis!).

Tan yang dipetik The Malay Mail Online juga menganggap undang-undang hudud sebagai 'sangat tidak adil' kerana apabila kejadian rogol berlaku, mangsa perlu memanggil seseorang sebagai saksi kejadian.

Mengapa si kafir ini begitu celupar sekali memfitnah agama yang menjadi anutan majoriti rakyat dinegara ini?. Wajarkah sikafir mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang pakar didalam perundangan Islam ?

Maklumat dari mana yang sikafir ini dapat sehingga ia berani menuturkan bahawa hukum hudud membela PEROGOL !!! Ulamak mana yang beritahu beliau ? Kalau tak tahu elok beliau bertanya dan bukannya memfitnah secara membabi buta.

Kenyataan fitnah seperti itu sangat mengguris hati umat Islam dan jika dibiarkan sudah pasti akan menimbulkan suasana tegang didalam keamanan hari ini.

Apapun kita menantikan 'penyelaran' daripada panglima pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, apakah KJ tidak merasakan penghinaan rakan dalam komponen BN ini  perlu diselar sepertimana selarannya terhadap Zulkifli Nordin yang dikatakan menghina mendiang Karpal Singh. Takkan KJ nilai 'mendiang' lebih tinggi dari Islam ?

Wahai orang-orang kafir, ketahuilah bahawa Islam itu adil, dalam kes rogol, jika mangsa tidak punyai saksi, perogol tetap tidak akan terlepas, sebaliknya ia akan dirujuk dibawah hukuman takzir, sila rujuk video penjelasan antaranya seperti dibawah.
Bagaimanapun adalah sangat malang bilamana mufti yang dipertanggungjawabkan terhadap hal ehwal agama Islam lebih cenderung untuk menjadi pakar ekonomi dan bercakap mengenai cukai GST. Seolah-olah perlaksanaan cukai GST lebih WAJIB daripada perlaksanaan hukum hudud.

Perlaksanaan cukai GST sudah diberi keutamaan oleh kerajaan untuk memberi penerangan kepada rakyat, malah kerajaan telah membazirkan sebanyak RM 17 juta bagi tujuan publisiti dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat, (pembaziran kerana publisiti yang lemah dan gagal memberi kefahaman terhadap majoriti rakyat).

Sebaliknya dalam usaha perlaksanaan hukum hudud, kerajaan belum mengambil langkah yang sama sebagaimana persediaan untuk melaksanakan cukai GST, disebabkan itu kesesuaian untuk melaksanakan hukum hudud membawa kepada perbezaan pendapat dikalangan pakar.

Namun sebagai langkah persediaan perlaksanaan hudud, tak sangka ada juga dikalangan manusia yang mengaku sebagai umat Islam namun bersekongkol dan sependapat dengan puak-puak kafir dalam menentang perlaksanaan hukum hudud biarpun dalam konteks perlaksanaan hanya diperingkat negeri KELANTAN.

Entah apa masalah mereka untuk tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, jika anda bukan penjenayah perlukah anda takut kepada hukuman tersebut?

Sama juga seperti hukuman sediaada bagi pengedar dadah iaitu hukuman gantung, hukuman itu sangat berat sekaligus mengakhirkan kehidupan si pengedar dadah, namun jika kita bukan pengedar dadah, adakah kita merasa takut dan menentang hukuman itu ?

Sepatutnya perlaksanaan hukum hudud diperingkat negeri Kelantan disokong oleh semua pihak, dan kerajaan persekutuan pula bertindak sebagai pemantau kepada perlaksanaan itu supaya setiap hukuman yang diperjalankan menepati syariat Islam yang sebenar.

Dengan perlaksanaan diperingkat negeri, makanya kerajaan sudah ada pengalaman sebelum perlaksanaan diseluruh negara. Daripada perlaksanaan diperingkat negeri juga kerajaan akan dapat mengenalpasti kelompangan dari aspek yang disebut 'kesesuaian' yang perlu kepada penambahbaikkan.

Tidak ada sebab untuk golongan 'non-muslim' menentang perlaksanaan Hudud di negeri Kelantan. Biarpun di Kelantan turut mempunyai masyarakat majmuk, namun majoriti muslim jauh lebih besar yaitu 95 peratus, jadi takkanlah 95 peratus itu memilih untuk menjadi 'bacul' dan tunduk kepada mereka yang 5 peratus ? Anda Mampu Mengubahnya.

Syaitan Yang Dikenali Dakwa Hudud Hanya 'Umpan Umno'

Sesetengah pihak menganggap isu perlaksanaan hukum hudud hanyalah umpan Umno dan Pas tidak harus termakan umpan itu.
 
Tanggapan seperti itu boleh diklasifikasikan sebagai tanggapan untuk memperbodohkan intelek rakyat, sedangkan umum amat mengetahui hudud itu sendiri adalah teras kepada perjuangan Pas, bagaimana pula ia boleh dikatakan hudud itu umpan Umno.

Antara contoh yang boleh dilihat ialah amanat keramat yang dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. 
 
Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. 
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. 
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. 
Oleh kerana itulah kita menentang mereka. 
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. 
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 
 
Amanat Hj Hadi itu sendiri sudah jelas untuk difahami  apa matlamat sebenar perjuangan Pas, jadi untuk mengatakan Hudud itu sebagai 'umpan Umno' sama sekali tidak relevan.

Malah kesediaan Umno untuk berkerjasama dengan Pas dalam perlaksanaan hukum hudud boleh diibaratkan sebagai 'orang mengantuk disorongkan bantal', sebagai sebuah parti siasah yang dikatakan memperjuangkan hudud mana mungkin Pas akan menolak kerjasama kearah perlaksanaannya.
 
Demi perlaksanaan hukum itu Pas sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk Dap dan juga syaitan, jadi sangat tidak adil jika dalam konteks sama Pas ingin menolak kerjasama dengan Umno.
'Syaitan yang dikenali'
Pihak-pihak yang mengecam kerjasama Pas dan Umno lebih mementingkan diri sendiri serta langsung tidak memahami atau memikirkan masa depan Pas.

Tak timbul soal hudud ni umpan Umno kerana Umno juga turut mendapat tentangan daripada parti komponennya dalam BN seperti MCA, MIC dan GERAKAN. Kalau Umno sanggup hadapi risiko mengapa tidak Pas ?

Jikapun kerjasama itu muslihat politik dan perlaksanaan hudud tidak akan tercapai, ketika itu rakyat khasnya golongan muda yang mampu mendapatkan maklumat dihujung jari akan melihat pihak mana yang sebenarnya 'MUNAFIK' dalam isu ini.

Dengan itu usahlah pihak-pihak tertentu cuba memperbodohkan rakyat, lebih-lebih lagi rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, harus diingat, tsunami kaum telah berlaku dan mempengaruhi keputusan dalam dua pilihanraya umum sebelum ini, namun kerajaan BN tetap juga mampu mempertahankan kerajaan.

Tapi bagaimana jika tsunami Melayu berlaku ?.....Bukankah ia akan meruntuhkan kerajaan yang ada pada hari ini ? , jadi terpulang kepada kerajaan samada untuk menjaga hati orang Melayu atau sebaliknya...Tunggu dan lihat!!! Anda Mampu Mengubahnya.

'Semua Melayu Islam sokong Hudud'

Jawatankuasa Teknikal Hudud - 'Tok Guru' Setuju 'Anak Murid' Tolak

Perbezaan pendapat antara Dewan Pemuda Pas Kelantan dan Mursyidul Am Pas mengenai penubuhan jawatankuasa teknikal hudud peringkat pusat sebagaimana yang dicadangkan oleh YAB TPM seakan-akan memperlihatkan kesediaan sebenar Pas dalam soal perlaksanaan hukum tersebut.

Jika Ketua Pemuda Pas Kelantan  Ahmad Fadhli dengan angkuhnya menolak jawatankuasa teknikal peringkat pusat, berbeza pula dengan Mursyidul Amnya yang menyambut baik cadangan penubuhan jawatankuasa itu.

Jadi yang mana satu hendak dipakai ? Dalam Pas sendiri pun dah bercanggah pendapat, itu baru soal penubuhan jawatankuasa, belum lagi kepada perlaksanaan hukuman kepada pesalah, nanti bila nak jatuhkan hukuman kepada pencuri misalnya, bagaimana kalau seorang kata kena potong tangan dan seorang lagi pula sebaliknya.

Percanggahan seumpama itu tidak boleh berlaku dalam perlaksanaan hukum hudud, kerana keadaan ini akan menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat sekaligus akan mempertikaikan keadilan didalam perlaksanaannya.

Sedangkan hukum hudud adalah hukuman yang sangat adil, namun jika perlaksanaannya dibuat secara sembrono diatas faktor politik sudah pasti keadilan tidak akan wujud.

Atas sebab itu makanya Ketua Pemuda Pas Kelantan jangan mengambil mudah dengan menolak cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut sekaligus bercanggah dengan pandangan 'Tok Guru'nya  sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.

Ketua Pemuda Pas Kelantan Angkuh Tolak Cadangan Hudud

Keangkuhan atau lebih tepatnya kejahatan jelas dizahirkan oleh Dewan Pemuda Pemuda (DPP) PAS Kelantan apabila menolak mentah-mentah cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat pusat bagi membincangkan tentang hudud sebelum dibawa ke Parlimen.

DPP menerusi Ketua Pemuda Ahmad Fadhli Shaari berkata jawatankuasa itu telahpun wujud di peringkat negeri dan dianggotai wakil agensi kerajaan persekutuan yang terlibat dalam pelaksanaan hukum itu.

"Justeru, untuk mendapatkan gambaran jelas tentang undang-undang ini, cukuplah sekiranya wakil kerajaan Kelantan dipanggil untuk memberikan taklimat kepada mana-mana pihak di peringkat kerajaan Persekutuan dalam konteks hubungan kerajaan dengan kerajaan," katanya.

Inilah antara punca yang menyebabkan hudud masih gagal dilaksanakan, sikap segelintir pemimpin Pas yang angkuh seperti iblis walaupun tidak punyai kuasa yang mutlak menyebabkan kerjasama dengan kerajaan pusat tidak dapat dicapai.

Sedangkan umum mengetahui jawatankuasa yang diwujudkan Pas diperingkat negeri adalah tidak sempurna dan masih banyak yang perlu diperbetulkan, hal itu turut pernah diakui oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah sebelum ini.

Malah hudud itu juga sering disebut sebagai hudud Pas, banyak perkara yang bercanggah dan berbeza pendapat, antaranya dalam isu meliwat isteri, orang bukan Islam dikecualikan daripada hukuman dsbnya.

Jadi apalah salahnya Pas bersikap terbuka dan menerima cadangan TPM itu, terima saja apa cadangan asalkan ia tak bercanggah dengan Islam, bahkan kesungguhan pimpinan Umno dalam perlaksanaan Hudud itu sendiri perlu dihormati, sekurang-kurang Pas boleh 'claim' dimana doa Pas selama ini supaya pimpinan Umno menerima Hudud telah termakbul.
 
Disini jelaslah kepada semua terutamanya generasi baru mengapa Hudud gagal dilaksana dan siapa sebenarnya yang menggagalkan usaha itu. Dari dulu hingga kini orang-orang didalam Pas seperti Ahmad Fadhli itulah yang menjadi penyebabnya, dan tidak keterlaluan jika dikatakan orang-orang seperti beliau jugalah yang menyebabkan Mursyidul Am  Pas dibenci dan dimaki.

Ini kerana apabila orang-orang busuk hati dan perut seperti Ahmad Fadhli yang mengelilingi tokoh seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mereka akan meracuni dan menghasut Nik Aziz dan menyebabkan Nik Aziz dilihat sering tidak konsisten kerana terpedaya dengan puak-puak ini.

Sebagai contoh, apabila TPM mengziarahi Nik Aziz semalam, Nik Aziz berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
 
Itu kenyataan semalam, namun esok atau lusa akan keluar lagi kenyataan dari Nik Aziz berhubung lawatan oleh TPM itu, dan kenyataan esok atau lusa itu sudah pastilah kenyataan yang negatif hasil dari hasutan-hasutan manusia busuk hati yang menggelilingi beliau, tunggu dan lihat....

Berbalik kepada isu Hudud dan cadangan TPM mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan, Muhyiddin berkata,

"Jawatankuasa itu akan disertai pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara".
 
So apa masalah Ketua Pemuda Pas untuk menolaknya ? Nak buat ni hukum hudud, ia berkaitan undang-undang dan hukuman, bukan boleh sembrono, ia perlu adil dan mengambil kira setiap pendapat dan tafsiran pakar baik didalam negara mahupun diluar negara.
 
Supaya hukuman yang dijalankan nanti akan adil dan benar-benar mengikut syariat Islam serta tidak akan ada perkara yang berbangkit, jadi KP Pas tolong jangan jadi 'bengong'!!! Tak cukup lebai hanya pemimpin Pas untuk menentukan hukum hakam ini, ini soal hukum, ia bukan hanya boleh diperbincang dan dipersetujui sesama pimpinan Pas semata-mata untuk Hudud dilaksanakan.
 
Maka perkara ini hendaklah semua pihak saling bertolak ansur dan ikhlas didalam usaha memperjalankannya, jika permulaan untuk bekerjasama pun sudah ada pihak yang bersikap angkuh menolak cadangan, entah bagaimana pula akan kesudahan. Anda Mampu Mengubahnya.

Hj Hadi: Jika Tak Setuju Perlaksanaan Hudud, Terpulanglah

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa konsisten dalam isu hudud walaupun ada yang menentang.

“Isu ini wujud sejak awal 90-an, lebih awal dari PR, sebab itu tiada masalah untuk kita kemukakan (hukuman hudud),” kata Adun Rhu Rendang itu ketika ditemui di luar Dewan pada Persidangan Dun ke-13 di Wisma Darul Iman.

Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, tidak ada sebarang perjanjian dibuat dalam PR untuk menghalang Pas daripada melaksanakan hukuman hudud dan atas dasar itu pihaknya tetap menyokong Kelantan.

Katanya, jika ada pihak tidak bersetuju dengan usaha melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan, itu terpulang kepada mereka.

“Kita konsisten dalam isu ini,” katanya.
 
Sementara itu ketika mengulas isu sama, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mungkin perlu bersama membuat kembali deklarasi berkenaan isu hudud di negara ini.

Anwar bagaimanapun berkata, walaupun sebagai Muslim beliau percaya dengan hukum Allah, pelaksanaannya hanya boleh dilakukan secara jitu jika negara yang diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam.

Justeru beliau tetap dengan pendirian agar isu tatakelola diselesaikan terlebih dahulu sebelum hudud diimplementasikan.

"Apa keutamaannya, keamanan, keadilan dan kebajikan rakyat harus diberikan keutamaan.

"Saya menjemput PAS datang membincangkan secara penuh isu ini. Seluruh pemimpin Pakatan perlu membahaskan perkara ini ," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKJR di Petaling Jaya hari ini.

Video - Nik Amar: Exco Dan Wakil Rakyat Hanya Istihar Harta Kepada Nik Aziz Sebab Tiada Harta

Layakkah Pas untuk menawarkan pahala dan syurga kepada penyokong mereka ? Tentunya sama sekali tidak layak, jika ia berlaku! Itu semua sesat lagi menyesatkan. Asasnya jelas, Pas hanya bercakap saja tentang Islam, tapi perlaksanaan tidak ada, setakat nak bercakap, burung gembala kerbau pun boleh bercakap jika diasah lidahnya.

Salah satu prinsip Islam ialah mengamalkan ketelusan, apakah ada ketelusan diantara pimpinan didalam Pas ? Perkara yang paling pokok dalam pentadbiran ialah menjaga amanah rakyat serta memperjalankan tanggungjawab yang telah diamanatkan.

Namun begitu, kenapa pimpinan Pas takut untuk mengistiharkan harta mereka kepada rakyat selama mana mereka memegang tampuk pemerintahan, sedangkan kita semua tahu Pas sering melaung-laungkan dasar Islam dan akan melaksanakan hukum Hudud sekiranya mereka diberikan kuasa.

Sebelum perlaksanaan hukum Hudud, ada baiknya rakyat mengusulkan supaya pemimpin-pemimpin Pas ini mengistiharkan harta mereka supaya ia boleh dijadikan asas akan keikhlasan Pas didalam melaksanakan syariat Allah itu, tidak kena sakan kiranya terus terkam untuk perlaksanaan hukum Hudud tanpa memperlihatkan kelayakkan mereka didalam melaksanakannya.

Nilai-nilai keadilan, jujur dan amanah perlu ada bagi setiap pemimpin Islam, tanpa membuktikan nilai-nilai itu bagaimana kita boleh percaya mereka benar-benar dikalangan orang yang layak, antara kelayakkan yang perlu ada, WAJIB pimpinan Pas istihar harta mereka, buktikan yang mereka berpolitik bukan untuk mengumpul harta dan kekayaan, mereka benar-benar ingin perjuangkan Islam, mereka tak sempat nak bermewahan selain mereka sentiasa takut kepada Allah.

Jika itu telah Pas lakukan, maka tidak syak lagi akan niat ikhlas pemimpin mereka dan tidaklah rasa kekok, meluat nak muntah jika dengar mereka sebut 'sokong Pas boleh pahala', dan sebagai umat Islam kita wajib mengundi mereka, jika sebaliknya Undilah Barisan Nasional. Anda Mampu Merngubahnya.

Hentikanlah alasan bodoh, sesungguhnya ia begitu jumud lagi lapuk dan sama sekali tidak boleh dipakai.

Video - Nik Aziz: Daripada Kita Hilang Kuasa Politik Lebih Baik Kita Tangguhkan Hudud

Enakmen jenayah Syariah perlaksanaan hukum hudud telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu, jadi apa sebenarnya yang menghalang kepada perlaksanaan hukum hudud ini ? Soalan berkenaan diajukan oleh hadirin kepada Exco kerajaan Pas Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah.

Menurut Nik Amar, perlaksanaan hukum hudud terhalang disebabkan pimpinan Pas lebih takut kepada Perdana Menteri ketika itu yaitu Tun Dr Mahathir Mohamad daripada takut kepada Allah, namun selepas Tun Mahathir berundur dan digantikan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudian Datuk Seri Najib Tun Razak, hukum hudud tetap juga tidak dilaksanakan.

"Tok Guru (Nik Aziz) berpendapat lebih baik kita tangguhkan dulu perlaksanaan ini, kerana kita takut, kerana kita tahu Dr Mahathir boleh buat apa sahaja, jadi pada pandangan Tok Guru, daripada kita hilang kuasa politik, lebih baik kita tangguhkan dulu perlaksanaan (hukum hudud)". Kata Nik Amar

Jadi disini jelas kuasa politik lebih penting daripada hukum hudud, benar, sebelum dapat kuasa, tanpa kuasa politik, hudud tak dapat dilaksanakan, namun bila dah dapat kuasa takut pula hilang kuasa, jadi sampai bilakah alasan demi alasan ini akan digunakan untuk menipu orang-orang yang pendek akalnya.

Sebelum ini Prof Aziz Bari menjelaskan, untuk melaksanaan hukum hudud, perlembagaan negara tidak perlu diubah, sebab itulah Pas gunakan alasan takut kepada Tun Mahathir dan tidak gunakan lagi alasan 'perlembagaan mesti diubah'.

Sedarlah kita semua bahawa Pas mempergunakan agama demi kepentingan politik mereka, dan perlaksanaan hukum hudud ini tidak akan terlaksana dibawah pemerintahan Pas,. Anda Mampu Mengubahnya.

Video: HUDUD - Kalau Ketua Dewan Ulamak Pas Pun Nganga, Apatah Lagi Pentaksub

Cara penyampaian golongan agamawan adalah penting dan dilihat menjadi faktor utama penerimaan masyarakat terhadap apa yang disampaikannya. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan hukum yang telah didoktrinkan secara tidak betul oleh puak-puak Khawarij.

Sebagaimana perbahasan di sidang DUN Terengganu seperti rakaman dibawah, cara penjelasan yang berhemah berserta dengan mantik-mantik yang hampir kepada isu terbukti telah diterima baik apabila dipertonton dengarkan kepada pengikut-pengikut Pas.

Ditambah pula dengan kelebihan tercabutnya kopiah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang turut terbabit dalam penggubalan Undang-Undang Syariah (termasuk hudud / qisas) di Terengganu dan Kelantan, apatah lagi pencacai bawahan untuk menafikan hujah berkenaan.

Kalau Ketua Dewan Ulamak Pas pun tercabut kopiah dan berkata,

"..... Adapun Hudud ini fardhu kifayah, kewajipan keatas masyarakat seluruhnya, yang mewakili masyarakat itu ialah kerajaan, bila kerajaan tidak melaksanakan hukum ini, semua rakyat berdosa jika sekiranya dia (kerajaan) mampu, saya nak bagitahu itu jer, bukan saya nak berdebat tidak.

Anda Mampu Mengubahnya. 

HUDUD - "Tahun Ni Jugak, Takkan Tahun Depan" Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika memaklumkan perkara itu berkata, jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dari kalangan profesional termasuk beliau sendiri selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Beliau berkata, ahli jawatankuasa yang lain antaranya Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman

Menurut Mohd. Amar, peranan jawatankuasa itu antara lain mengkaji kemungkinan kepada pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Jadi, antara tugas (jawatankuasa) ialah mengkaji kemungkinan yang ada dan ruang-ruang dan kalau ada mereka akan memberi cadangan-cadangan kepada kerajaan.

"Kerajaan tidak beri jangka masa kepada jawatankuasa bila ia bersidang (buat) kali pertama, mungkin ia akan selesaikan 'terms of reference' dan sebagainya," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan satu jawatankuasa pelaksana hukum hudud akan ditubuhkan selepas didesak pelbagai pihak.

Menurut beliau, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menentukan bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 bakal digazetkan untuk pelaksanaan serta penentuan semua perkara berkaitan seperti pelantikan hakim.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan kerana kerajaan sudah memberi mereka ruang untuk mengemukakan pandangan dan tumpuan kini diberikan kepada golongan profesional yang berkaitan.

"Hari ini, Exco buat keputusan dan kita akan buat surat (pelantikan) serta terserah pada masing-masing untuk terima atau tidak. Yang penting, apa yang kita nak buat adalah dalam kerangka undang-undang.

"Polis dan penjara terlibat kerana (melibatkan) soal penguatkuasaan. Kalau enakmen boleh dilaksana dari segi undang-undang, tentu ada penguatkuasaan dan di situ peranan polis dan penjara," katanya. Petikan berita bertarikh 24 Oktober 2011.

KOTA BHARU - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.

Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan kehadiran Ahmad.

“Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal dan sahkan.

“Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi masalah jika ia mengambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- 18 April 2012
l
Minit 3.40 - 4.02 pandai sungguh Tok Lebai ni...Kahkahkah. Berbaloikah dengan tergadainya tanah tetapi HUDUD masih tak terlaksana ??? Tahun ni jugak takkan tahun depan ? Tahun mana ?

Video Nik Aziz Dan Hudud - OKU Miliki Dadah Dihukum 10 Sebatan Dan 10 Tahun Penjara

KOTA BHARU – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dihukum 10 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah memiliki 15.27 gram heroin, Mac lalu.

Tidak cukup dengan itu, penganggur berkenaan turut dikenakan 10 kali sebatan rotan oleh mahkamah sama.

Rosli Muhammad,42, sebelum itu dituduh memiliki 7.54 gram heroin di sebuah rumah di Kedai Mulong di sini, pada jam 10.45 pagi, 15 Mac.

Manakala, pada pertuduhan berasingan di mahkamah sama, dia didakwa memiliki 7.73 gram dadah sama di rumah berkenaan pada jam 11.55 pagi, 18 Mac.

Kedua-dua tuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah menyebabkan Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan 10 sebatan bagi kedua-dua tuduhan. Penjara berjalan serentak bermula tarikh dia ditahan.

Dia sebelum itu merayu supaya hukumannya ringankan selain memohon dikecualikan sebat berikutan masalah kesihatan yang dialami.

Azman bagaimanapun memberitahu hukuman itu wajib bagi kesalahan tersebut dan pemeriksaan doktor akan mengesahkan tertuduh boleh menjalani hukuman itu ataupun tidak. 

Tidak ada jenayah yang mustahil untuk berlaku di Kelantan dibawah kepimpinan Ulamak seperti Nik Aziz, ini kerana Ulamak politik itu sentiasa berceramah supaya  rakyat mengundi Pas bukannya memberi kefahaman mengenai Islam kepada rakyat.

Disamping itu juga, kegagalan kerajaan Pas Kelantan menarik pelabur asing menjalankan perniagaan di Kelantan turut menjadi penyumbang kepada jenayah yang semakin meningkat berlaku dari masa ke semasa.

Jenayah yang melibatkan dadah adalah jenayah utama yang sering berlaku, tidak ada salahnya jika kerajaan Pas Kelantan tidak dapat melaksanakan hudud secara keseluruhannya, tetapi kalau tak boleh buat semua jangan ditinggal semua.

Sebagai kesungguhan Pas untuk melaksanakan hukum Islam, kenapa tidak difokuskan perlaksanaan hukuman hudud itu secara berperingkat dan memulakan pelaksanaan itu kepada pesalah dadah ataupun arak yang sudah tegar melanda negeri Kelantan.

Perlaksanaan hudud gagal, tetapi untuk pemimpin Pas membuat kekayaan tidak pernah gagal malah cemerlang sepanjang 23 tahun mentadbir Kelantan, itulah syaitan politik, jika tidak membuat kekayaan, kita cabar pemimpin Pas istihar harta mereka semudah pengistiharan yang pernah dibuat oleh Nasaruddin Hassan, apa susah...? Tak perlu nak banyak cakap dan berdalih dengan pemimpin Umno jika pemimpin Pas benar-benar jujur bagai yang diomongnya. Anda Mampu Mengubahnya.

Sekali Karpal Gertak, Undang-Undang Islam Pas Kelantan Ditangguhkan Berkuatkuasa Serta Merta

KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.

Katanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut.

"Penangguhan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pimpinan dua organisasi terbesar masyarakat Cinanegeri ini minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebutdi Kota Darulnaim di sini, Rabu.

Akhbar baru-baru ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilikkedai gunting menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu adakaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiaptindakan ada kaitan dengan pilihan raya. - Bernama

Kalau hukum hudud pun buat penangguhan macam ni, haru masyarakat, kena gertak sikit jer dengan Karpal Singh dah mula kelam kabut, macammana nak jadi pejuang Islam,  ni lah sikap kerajaan Pas Kelantan,  buat dulu baru  nak fikir, sebelum buat tak nak fikir, cacarmarba punya pemimpin...

Hj Hadi Kecoh - Ingatkan DAP Dah Terima Hudud, Rupanya Baru Terima Islam Sebagai Agama Rasmi

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Bagaimanapun katanya, cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional (BN).

"Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau lagi.

Sudah menjadi lumrah dan ia sememangnya sebati dengan kepimpnan PAS apabila membuat 'lending' sesuatu kenyataan dengan kecaman terhadap pihak lain terutamanya media dan UMNO yang disifatkan dengan pelbagai macam syaitan,jin, Orang Utan iblis dsbnya.

Kecaman itu hanyalah untuk menutup kebodohan dan kejahilannya sendiri dengan memperlekehkan orang lain supaya ia dilihat oleh penyokongnya sebagai 'tidak bersalah' atau 'tidak melakukan apa-apa kesalahan' berhubung kenyataan dan tindakan yang dilakukan oleh mereka.

Sepatutnya Hj Hadi perlu ditanya kembali, parti mana di Malaysia ini yang secara zahirnya pernah menyatakan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara, jika penerimaan itu yang dibanggakan oleh Hj Hadi, bermakna sebelum ini benarlah DAP tidak menerima Islam sebagai agama rasmi dan hanya baru sekarang ianya hendak menerima.

Sedangkan MCA yang sudah lama menerima konsep itu tidaklah dibangga-banggakan, dan terbaru Chua Soi Lek turut mengulanginya dengan menegaskan  bahawa parti politik tidak harus disamakan dengan agama.

"PAS adalah sebuah parti politik manakala Islam adalah agama rasmi. katanya

"MCA menegakkan perlembagaan yang menyatakan agama rasmi negara adalah Islam manakala rakyat bebas untuk memeluk agama mereka sendiri," katanya.

So apa masalah ? Anda Mampu Mengubahnya..

HUDUD - Chua Soi Lek Cabar Jamil Khir Debat

Batu Pahat - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak membuat kajian terperinci apabila beliau mengatakan Hudud PAS tidak memberi kesan ke atas orang bukan Islam.

"Mungkin dia tidak kaji. Saya kecewa dengan apa yang dia kata, "katanya

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa MCA Batu Pahat  Jumaat lalu, Dr Chua mengajak Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana hudud akan menjejaskan semua rakyat Malaysia serta menunjukkan bahawa ia terlibat dengan meminda Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menegaskan bahawa parti politik tidak harus disamakan dengan agama.

"PAS adalah sebuah parti politik manakala Islam adalah agama rasmi.

"MCA menegakkan perlembagaan yang menyatakan agama rasmi negara adalah Islam manakala rakyat bebas untuk memeluk agama mereka sendiri," katanya.

Ditanya jika komen beliau mengenai Jamil Khir akan menjejaskan Barisan Nasional (BN), Dr Chua berkata MCA, sebagai sebuah parti politik, mempunyai hak untuk meluahkan pandangan.

Dr Chua berkata bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada sekumpulan ahli Pemuda PAS yang telah mengadakan bantahan di Wisma MCA di atas kenyataan beliau mengenai hudud.

"Mengapa kita harus takut? Kami hanya menekankan pandangan kami dan setiap orang mempunyai hak untuk memilih, "katanya. - Dipetik dari The Star

Kamera AES Dan Pertikai Hudud Antara Perencah Terbaik PRU 13

Isu-isu pelik yang pada asasnya boleh dielakkan daripada ditimbulkan sebelum PRU13 ini dilihat terus menghantui kerajaan Barisan Nasional, entah bagaimana strategi atau perancangan yang disusun oleh BN rakyat masih samar, apa yang pasti pembentangan bajet yang cantik tempoh hari dengan pelbagai faedah menarik kepada rakyat seperti BR1M umpamanya sudah tidak lagi menjadi berita gembira kepada rakyat apabila pemasangan kamera AES yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dimanfaatkan oleh pembangkang dan sekaligus membuatkan rakyat termanggu sejenak memikirkannya.

Biarpun pada dasarnya pemasangan kamera AES itu bertujuan untuk menyelamatkan nyawa rakyat dari terus menjadi korban dijalanraya, namun jika ia melibatkan soal wang (saman) yang rakyat nak kena bayar, ia bukan satu perkara yang baik untuk diumumkan dalam suasana seperti hari ini, barang yang cantik tapi tidak kena gayanya ia akan menjadi buruk.

Begitu juga dengan kritikan pemimpin yang terkenal dengan simbol skandal seks Datuk Seri Chua Soi Lek yang menggambarkan sesuatu hal yang bersalahan dengan Islam, kita juga samar apa tujuannya yang sebenar dengan membangkitkan perkara yang boleh mendatangkan kemarahan kepada umat Islam itu, adakah Chua Soi Lek timbulkan isu itu supaya pembangkang fokus pada isu tersebut dan tidak lagi bercakap mengenai persepsi berhubung penyelewengan pemimpin BN.

Apapun keduanya tetap merugikan dan sangat tidak wajar ia ditimbulkan, kita tak fikir Chua Soi Lek  hanya bertujuan ingin menakut-nakutkan orang cina atau bukan Islam daripada mengundi DAP yang berkerjasama dengan PAS, kerana isu tersebut dibangkitkan secara terbuka dan turut menggunakan bahasa Melayu ketika memperkatakannya. Seolah-olah gelaran 'biadap' yang selama ini dijuarai oleh pemimpin DAP ingin disandang oleh Soi Lek untuk meneutralkan kebencian umat Islam terhadap DAP didalam Pakatan Rakyat.

Kebimbangan umat Islam yang berada di'atas pagar' terhadap kenyataan-kenyataan biadap DAP yang seringkali mempertikaikan Islam dilihat sedikit kendur apabila pemimpin MCA mengambil alih gelaran itu, berbeza dengan pemimpin DAP kerana sejak akhir-akhir ini mereka beraksi dengan watak yang positif kepada Islam dan tidak anti seperti sebelumnya. 

Dalam pada itu teringat kita akan kata-kata penceramah bebas Dr Riduan Tee supaya umat Islam  bersatu kerana orang bukan Islam ataupun kaum tertentu boleh bersatu apabila tiba masanya, dan tidak salah sekiranya kita orang Melayu mengambil sikap lebih berhati-hati dalam membuat penilaian terhadap sesuatu isu, kerana politik adalah sesuatu yang tidak terjangka dan tambah malang jika kita tidak berwaspada. Anda Mampu Mengubahnya.

'Sedap makan buah limau, enak lagi buah kurma'

Dap Kena Ingat PR Takkan Menang Tanpa Pas Justeru Hudud Tetap Dilaksana - Mahfuz

KUALA LUMPUR - Pas Johor yakin pelaksanaan hudud di negara ini bukan perkara mustahil walaupun dibantah pemimpin-pemimpin DAP.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, hudud tidak bertentangan dengan Perlembagaan negara yang memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurut beliau, Pas juga yakin matlamat melaksanakan hudud dapat dicapai sekiranya parti itu beroleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sudah tentu saya menyokong sepenuhnya pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berulang kali menyatakan hudud akan dilaksanakan apabila Pas menang.

"Saya tidak hairan DAP menolak hudud tetapi mereka perlu ingat, kejayaan pembangkang memerlukan kemenangan ketiga-tiga parti komponennya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahfodz mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin yang senada dengan bapanya, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa hudud bukan dasar pakatan pembangkang.

Tambah beliau, Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memiliki persefahaman politik dan berbincang lebih lanjut untuk menentukan dasar perjuangan pakatan tersebut.

Dalam pada itu, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin memberitahu, Guan Eng sepatutnya menghormati dasar perjuangan Pas berhubung pelaksanaan hudud.

"Saya ingin bertanya kepada Guan Eng apa sebabnya beliau menolak hudud. Adakah Guan Eng bimbang hak penganut agama lain akan terancam?" katanya.

Pada masa sama, beliau juga kesal dengan kegagalan pemimpin Pas mempertahankan pendirian Nik Aziz secara terbuka kerana keadaan itu menyebabkan ramai ahli peringkat akar umbi dan penyokong parti keliru.

"Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama Pas perlu membuat kenyataan rasmi berhubung tindakan Guan Eng menolak hudud," katanya.

Bagaimanapun, kata Mohamed Hafiz, pemimpin Pas lebih gemar mendiamkan diri apabila hudud yang menjadi dasar perjuangan parti dikritik DAP. - Utusan

Hudud - Nasharuddin Tak Bagi Muka, Desak Lim Guan Eng Mohon Maaf

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara dua sekutu pembangkang iaitu PAS dan DAP berhubung isu hudud dilihat tidak berkesudahan apabila bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menuntut Lim Guan Eng membuat permohonan maaf secara terbuka.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP digesa berbuat demikian kerana didakwa secara konsisten mencampuri prinsip dan asas perjuangan PAS terutamanya berkaitan perlaksanaan hukum hudud.

Nasharudin menegaskan beliau menghormati perbezaan pendapat yang wujud dalam pakatan pembangkang namun tindakan pimpinan DAP yang secara terbuka mengkritik hukum hudud disifatkan sebagai keterlaluan.

"Pendirian Guan Eng tentang hudud bercanggah dengan kenyataan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) iaitu hudud adalah satu kewajipan dan bukannya pilihan.

"Beliau perlu tarik balik kenyataan kerana kalau tidak isu ini akan jadi lebih besar. Kita terima perbezaan pandangan tapi perlu menghormati amalan penganut agama lain," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang.

Ia kenyataan pertama daripada pemimpin tertinggi DAP itu sejak kemelut mengenai hukum hudud mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin PAS dan parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu ditanya mengenai dasar pakatan pembangkang yang sememangnya tidak menyentuh mengenai hukum hudud, Ahli Parlimen Bachok itu mengakui memahami polisi yang dipersetujui itu.

"Saya tahu, tapi bila mereka masuk campur dalam polisi dan asas perjuangan sesuatu organisasi...bagi saya ia adalah campur tangan," katanya. - Mstar

Najib : Sebelum Ayam Berkokok Hj Hadi Kata Akan Laksanakan Hudud, Ayam Itu Pun Dah Mati !

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perjuangan memartabatkan Islam yang diperjuangkan oleh UmnoBN di negara ini  adalah di landasan yang tepat dan mendapat pujian daripada pemimpin negara-negara Islam lain.

Perdana Menteri berkata, ia tidak seperti Islam yang diperjuangkan pembangkang seperti Pas yang menggunakan Islam terutama hukum hudud semata-mata untuk berkempen semasa musim pilihan raya.

"Mesir kata Malaysia telah menjadi model negara Islam. Percayalah kita di landasan yang betul. Kita janji apa? Kita janji negara maju 2020, Janji Ditepati.

"Ambo (saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana hudud dijual sebagai model pilihan raya.

"Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata apa, fajar menyingsing, ayam berkokok kita akan laksanakan hudud. Ayam itu pun dah mati dan tua," katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Kira-kira 30,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu yang merupakan lawatan pertama Najib ke Machang.

Beliau turut memuji langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyokong langkah pihak tertentu baru-baru ini yang bertindak biadab ketika mengadakan satu perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara baru-baru ini.

"Ambo ucap terima kasih dan menulis surat pada Nik Aziz atas perkara itu," katanya.

Najib berkata, ia jelas menunjukkan Nik Aziz juga tidak menyokong langkah yang keterlaluan seperti sanggup memijak poster, menunjuk punggung dan membawa bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang seperti itu.

Mengulas mengenai Kelantan, Najib berkata, segala kemahuan rakyat negeri ini akan dimasukkan dalam manifesto dan akan memperjuang perkara itu apabila Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum nanti.

"Kita masukkan apa sahaja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti," katanya.

Perdana Menteri juga kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap sambutan program Umno dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN.

Kehadiran Najib ke Kelantan juga tidak mendatangkan apa-apa masalah dan tidak perlu memecahkan apa-apa cermin untuk menarik rakyat ke program beliau, sokongan padu dari rakyat Kelantan tampak jelas dan keadaan itu juga menyebabkan Najib tidak keberatan untuk kerap ke sini. 

( "Calon yang bersih akan memastikan kemenangan BN di Kelantan" )

Sudah Tiba Masanya Hudud Dilaksanakan - Ketua Dewan Muslimat Pas

Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sudah tiba masanya undang-undang Islam dilaksanakan di negara ini untuk mengekang jenayah.

Menurutnya, berdasarkan jawapan balas Kementerian Dalam Negeri terhadap soalan beliau di parlimen, sepanjang tahun 2011 sahaja terdapat 860 kes pembunuhan di Malaysia.

Katanya, statistik itu amat membimbangkan seperti mana statistik kelahiran anak luar nikah iaitu 250,000 yang dilaporkan.

Jumlah itu dikatakan tidak termasuk anak yang dibuang atau digugurkan akibat persetubuhan haram, yang dijangkakan jumlahnya tiga kali ganda daripada angka yang direkodkan.

“Banyak faktor berlakunya jenayah akhir akhir ini dan saya percaya jika undang- undang Islam yang lebih adil dilaksanakan ia akan berjaya mengekang jenayah sekali gus mewujudkan komuniti yang selamat dunia akhirat,” katanya ketika ditemui menziarahi Hunaizah kellmarin.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai banduan yang dibebaskan selepas pemansuhan Akta Kediaman Terhad menjadi faktor peningkatan kadar jenayah akhir-akhir ini.

Namun katanya, sehingga undang-undang Islam dilaksanakan, golongan wanita terutamanya perlu mengambil langkah drastik terhadap aspek keselamatan mereka di luar atau ketika di rumah.

“Penjenayah semakin berani mengancam nyawa mangsa mereka seolah-olah nyawa tidak lagi berharga.

“Untuk itu pastikan sentiasa mengunci pintu dan pagar ketika di rumah dan jika mempunyai urusan di luar, pastikan sentiasa berteman,” katanya ketika mengulas mengenai insiden yang menimpa bekas ahli Dewan Negara dan Ketua Dewan Muslimat Pas Ketereh, Hunaizah Mohd Nor, 68, apabila terpaksa bertarung beberapa minit mempertahankan dirinya dalam kejadian samun yang berlaku awal pagi Rabu lalu.. 

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki separuh abad, lengkap berkopiah dan berpakaian kemas, merupakan antara 114 yang ditahan dalam ops tapis bersepadu yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) bahagian Siasatan Narkotik dan Jenayah, di kawasan sekitar Kok Lanas dan Ketereh, di sini, awal pagi semalam.

Daripada 114 orang itu, tiga merupakan wanita dan selebihnya merupakan lelaki yang berusia antara 15 hingga 35 tahun. Dalam operasi sekitar jam 1 hingga 11 pagi itu, polis turut berjaya merampas 75 biji pil kuda jenis Yaba.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, serbuan dijalankan, hasil maklumat serta risikan anggota dan pegawai di kawasan yang dikenal pasti.
Sebahagian penagih
“Ia diketuai Inspektor Suhadi Saedon, dengan 84 anggota termasuk 12 pegawai yang menyertai operasi itu. Dengan kejayaan terbabit, Polis Kelantan berjaya melakukan tangkapan terbesar setakat tahun ini," katanya pada sidang media di IPD semalam.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan dibawa ke hadapan majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi menyambung siasatan di bawah seksyen 15 (1) dan 12 (2) kerana kesalahan menagih dan memiliki dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Azham berkata, pihaknya juga turut merampas dua buah kereta jenis Proton Saga baru serta Perodua Viva dalam operasi itu, yang dilaporkan hilang di kawasan Ulu Klang, Ampang di Kuala Lumpur dan di Ketereh.

“Operasi ini dilakukan bagi membanteras kegiatan jenayah dan penagihan dadah. Kita akan meneruskan operasi seumpama ini bagi mengesan kawasan yang menjadi sarang penagih dadah di sekitar Kota Bharu bagi membanteras gejala ini,” katanya.

Abby VS Dr Asri - Ustaz Azhar Tegur Jangan Hina Ulamak Kalaupun Tidak Bersetuju

Bahayanya umat bila menganuti ajaran agama Pas, mereka akan menjadi golongan pelampau yang merasakan dirinya itu maksum tiada kesalahan dan hanya pendapat mereka sahaja yang betul, orang lain semuanya salah sekiranya berbeza pandangan dengan mereka. Jika ajaran Islam yang sebenar dianuti perkara sedemikian tidak akan berlaku. Malah lebih malang lagi terdapat pihak yang ilmu agamanya tidak seberapa tetapi lantangnya mengalahkan murai di pagi hari.

Merujuk kepada kenyataan balas yang dibuat oleh Abby Abadi terhadap Mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin berhubung Hukum Hudud, dakwaan Abby bahawa Mantan Mufti itu 'mempersoalkan hukum Allah' adalah satu tuduhan yang sangat berat keatas orang Islam, 'mempersoalkan' umumnya memahami mempersoalkan hukum Allah boleh membawa kepada kekafiran, dan siapa Abby Abadi untuk menghukum kafir keatas orang Islam, apakah niat Abby ingin menghukum kafir ? Jika ditanya mestilah Abby menjawab tidak berniat begitu, namun hakikatnya perkataan 'mempersoalkan' boleh membawa makna yang sedemikian, dan tidak timbul soal menghentam atau memaki,

Itulah budaya asuhan Pas, dan begitu juga dengan tuduhan Pas bahawa Umno menghalalkan judi, arak dsbnya, sedangkan menghalalkan apa yang haram itu boleh menjadi kafir, sebab tu lah Abby perlu belajar terlebih dahulu sebelum nak bercakap atau mengutarakan pandangan, ini soal hukum bukan boleh dimain-main.

Seperti contoh orang yang berzina dan orang yang menghalalkan zina, punyai dua maksud yang berbeza, apakah orang yang berzina itu hukumnya kafir sebagaimana orang yang menghalalkan hukum berzina ? menghalalkan zina hukumnya adalah kafir, namun orang yang berzina tidak sampai kepada kafir selain mendapat dosa besar akibat perbuatan zina itu.

Jika melihat kepada laporan akhbar mengenai kenyataan Abby, jelas disitu menunjukkan kejahilan Abby yang melampau bilamana menyebut "apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan". Tak boleh dipersoalkan tu betullah, tapi kalau tak boleh dibincang memang sesatlah mereka-mereka yang berfikiran demikian. Perlu difahami apa yang tercatat didalam Al-Quran punyai pelbagai maksud yang boleh ditafsirkan bersandarkan kepada ilmu, dan tidak ada siapa yang boleh mengatakan hanya pandangannya sahaja yang betul mengenai apa yang ditafsirkan itu, apatah lagi untuk mengkafirkan pandangan orang lain.

Jangan Abby ingat Al-Quran ni macam skrip yang dihafal untuk berlakon yang hanya mempunyai satu kefahaman didalam membawa sesuatu watak, Al-Quran tidak begitu. Ia perlu dipelajari malah didalami dengan lebih teliti serta  mengkaji dan melihat beberapa pandangan Ulamak dalam sesuatu hal yang hendak difahami dan dihukumkan itu, bukannya tengok satu bab jer terus nak hukum atau nak buat pelabelan terhadap seseorang, itu tidak betul dan boleh menyesatkan umat.

Kenyataan Mantan Mufti Perlis ialah “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?”.

Kerana kejahilan dan ketaksuban Abby dengan Pas sehingga terdetik mengatakan "mengapa dia (Asri)  berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya", kerana detik hati itulah yang telah banyak menyesatkan Abby mengenai ajaran Islam yang sebenar, detik itu nyata datangnya dari syaitan dan bukannya ilham dari malaikat, dan sebab itu juga Abby lebih membenarkan apa yang dikatakan oleh Pas daripada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Kembalilah kepangkal jalan.

Suka Gk ingin jelaskan berdasarkan ilmu cetek yang dipelajari berkaitan Hudud untuk merujuk mengenai maksud kenyataan beliau itu, dan kenyataannya itu jauh sekali dari tanggapan yang dibuat Abby bahawa beliau mempersoalkan Hukum Allah melainkan beliau mempersoalkan hukum Pas, 

Dimana hukum Pas ? Hukum Pas adalah sepertimana yang Abby fahami bahawa hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja, tidak kepada orang bukan Islam, dalil yang diberikan oleh pemimpin Pas ialah, "kalau nak suruh orang bukan Islam pun kena juga hukum hudud, kenapa tak suruh juga mereka berpuasa, macam mana mana nak suruh ? sebab berpuasa hanya wajib keatas umat Islam dan tidak wajib keatas bukan Islam" dan mereka yang bukan Islam boleh memilih samada mereka inginkan Hukuman Hudud ataupun hukuman sediada,  Abby pun kata, "Ishh ya tak ya jugak kan, takkan hukum Islam nak kena juga pada orang bukan Islam".

Bagaimanapun Abby tak faham apa itu hidayah dan apa kaitan hidayah dengan Al-Quran,  tujuan apa diturunkan Al-Quran ? dan hukum hudud ni untuk dilaksanakan oleh individu ke atau oleh pemerintah, dan rukun Islam yang didalilkan seperti puasa itu untuk dilaksanakan oleh individu ke atau oleh pemerintah ? Sebab itu juga kita perlu belajar tinggi-tinggi supaya tidak silap menghukum, dan dalam pada mengaji tinggi pun tidaklah maksum dan turut terdedah kepada kesilapan apatah lagi kita yang jahil ini.
إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” An-Nisa - 105

Kenapa hukum Hudud tidak wajib kepada orang bukan Islam menurut pandangan Pas ? setengahnya mereka menggunakan dalil didalam Alquran yang menyebut :

“Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. al-Maidah - 42

Penafsirkan ayat ini difahami mereka bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka yang sediaada.

Sebaliknya pandangan rata-rata Ulamak membuat tafsiran bahawa Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya memberi pilihan kepada orang kafir,  dan Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), dan bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam ataupun berhukum dengan hukum yang sediada (Bukan hukum Islam). ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.

Sekali lagi ingin dijelaskan kesimpulannya bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi pilihan kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum, dan pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat tersebut seperti berikut :-

Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim]. 

Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran]. 

Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].

Banyak lagi terdapat hujah-hujah dan dalil yang menjelaskan mengenai perkara itu, namun entah bagaimana tafsiran yang dibuat oleh Pas itu lebih memberi keistimewaan kepada orang bukan Islam untuk membuat pilihan bukannya kepada pemerintah untuk menentukan hukuman atau langsung tidak menghukum mereka...Anda Mampu Mengubahnya...


Abby Abadi Makin Dasyat Menghidayahkan Mantan Mufti Perlis

Kelantangan Abby Abadi berhidayah mengejutkan banyak pihak apabila beliau dilaporkan membidas Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin kerana didakwa mempertikaikan Hukum Hudud.

" Maafkan Saya Dr, Hudud tu kan hukum ALLAH. Dr belajar tinggi tapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia, tapi manis disana."  tweet Abby.
Bagaimanapun kenyataan Abby itu di tweet balas oleh Dr Asri dengan menjelaskan seseorang yang dijemput untuk berceramah itu tidak bererti faham mengenai Islam secara keseluruhannya.

"Ia tidak bermakna seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tak bererti dia telah benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen."

"Muslim tidak pertikai hukum Allah, tapi apakah yang dikatakan hukum Allah itu benar-benar hukum Allah, atau tafsiran kita sahaja?".

Sebelum ini Dr Asri dalam kenyataannya di media mendakwa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Menurut beliau, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

“Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

“Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...