TANGISAN TERAKHIR ORE KELATE

BERAKHIRNYA SEBUAH TANGISAN



 Mungkin ini adalah tangisan terakhir Rakyat Kelantan didalam gelombang kehijauan dasar untuk bangkit ke gelombang kebiruan langit didalam meneruskan kehidupan yang lebih cakna sepertimana telah dijanjikan oleh Kerajaan kepimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak didalam dasar Transformasi secara menyeluruh 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Walau pelbagai kenyataan negatif dari pihak pembangkang kepada Kerajaan Pusat ,GK yakin Rakyat Kelantan semakin bijak untuk menilai dan menggunapakai peribahasa "Sekali gagal tidak bererti gagal untuk selamanya."Tapi jika gagal sebelum mencuba untuk berubah adalah satu kegagalan yang kekal untuk selama-lamanya.

Sungguhpun begitu klipvideo diatas belum dapat dipastikan lagi kesahihannya yang sebenar kerana wujudnya penafian dan asas keadaan yang ditimbulkan oleh adun kawasan tersebut.GK tidak sekali-kali akan bersekongkol dengan keadaan yang melibatkan kredibiliti kita boleh dipertikaikan diatas sebab pembongkaran keadaan sebenar yang kita sendiri tidak tahu pokok pangkalnya.

Oleh yang demikian kita tunggu saja perkara ini diputuskan oleh kedua pihak samada perjumpaan diantara mereka atau juga mana-mana pihak yang membawa perkara ini ke mahkamah.Ubah tetap ubah,Kelantan mesti berubah diatas kebijakan berpolitik rakyat sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...