HUKUMAN MATI DI NEGERI SYURGA PIL KUDA


Berdepan hukuman mati


KOTA BHARU – Seorang bekas penuntut institusi pengajian tinggi awam bersama rakannya berdepan hukuman mati selepas pendakwaan berjaya membuktikan prima facie kes berkait tuduhan mengedar dadah yang dihadapi mereka di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Mohd Hazlani Che Hussin, 19 bersama rakannya, Mohd Azlan Mat Nor, dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan

Mereka didakwa bersama-sama mengedar 2,000 biji pil kuda yang mengandungi 23.11 gram dadah metamphetamine di hadapan pintu gerbang Masjid Beijing, Rantau Panjang, 3 Februari lalu. Jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman mati mandatori.

Berikutan itu, Hakim Azman Abdullah dalam keputusan di akhir kes mengarahkan kedua-duanya membela diri dalam tempoh seminggu bermula dari semalam.

“18 November depan ditetapkan sebagai tarikh bela diri manakala 19 hari bulan untuk hujahan,” katanya.

Terdahulu, Azman menawarkan tiga kaedah bela diri bersumpah, tanpa sumpah atau berdiam diri sebelum pasangan rakan karib itu memilih untuk memberi keterangan bersumpah pada tarikh itu nanti.

Kes disambung semula pada tarikh yang ditetapkan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Rehan Mat Aris sementara tertuduh-tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Shukri Muhamed.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...