REMAJA 24TAHUN DI NEGERI ULAMAK KE TALI GANTUNG

EDAR 5,973 PIL KUDA: PEMUDA DI HUKUM GANTUNG
KOTA BHARU – Padah mengedar 5,973 dadah pil kuda di kawasan berhampiran sebuah hotel di sini, tahun lalu, seorang pemuda seawal usia 24 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Abdullah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi Abu Hanifah Abdul Aziz dari Tanjung Stan, di sini.

“Kamu didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan, maka, saya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Sejurus keputusan itu dibacakan, suasana hiba menyelubungi bilik mahkamah itu apabila beberapa ahli keluarga tertuduh dilihat menangis dan mengesat air mata sebelum masing-masing bersalaman dengan Abu Hanifah.

Berdasarkan pertuduhan, Abu Hanifah didakwa mengedar pil kuda yang mengandungi dadah metamphetamine seberat 115.9 gram berkenaan di Jalan Dusun Muda di sini, pada jam 6 petang, 27 Ogos 2010. Dia yang masih bujang pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 10 Januari lalu.

Kesnya dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Abdul Razak Wan Hussin manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Syukri Mohamed.


Ulasan GK
Kelantan oh Kelantan,Nyamuk tetap dipersalahkan membawa denggi kepada manusia,Sedangkan manusia itu sendiri yang tidak menjaga kebersihan kawasan supaya tidak menjadi pembiakan nyamuk aedes.Sudah cuak mendengar masalah PIL KUDA yang begitu agresif menular di negeri Ulamak yang sibuk sentiasa berpolitik tanpa mempedulikan keperluan rakyat.

Siapa yang nak kita persalahkan,Adakah pihak berkuasa seperti Polis dan AADK? Andaikata Polis dan AADK bertindak tegas dengan membuat operasi besar-besaran apakah cukup muat Penjara dan Pusat Serenti untuk menempatkan mereka ini.Berapa pula belanja kerajaan untuk membiayai kos menyara mereka,Apakah akan pulih bila mereka keluar penjara nanti? Ulamak ni tak fikir ke masalah rakyat .Lihatlah tak pasal-pasal kena hukum gantung biarpun umur masih muda lagi.

Seandainya pemimpin yang bergelar Ulamak itu memainkan peranan dalam mencegah penularan menelan PIL KUDA ini GK yakin pemuda diatas tidak akan ke tali gantung.Apa ada di Kelantan?Peluang pekerjaan tiada disebabkan Ulamak tak reti menarik pelabur asing untuk datang melabur,Bila tiada kerja maka gejala sosial seperti ini sangat mudah untuk diceburi oleh belia remaja,Mengikut perangkaan dari AADK salah satu dari punca utama kepada penagihan Dadah adalah disebabkan tiada pekerjaan,Lantas mereka akan terpengaruh dengan rakan sebaya untuk mencuba.Bermula dengan mencuba akhirnya mereka terus kekal dengan menagih Dadah.
Selagi mana PAS berkuasa di Kelantan semakin hancurlah rakyatnya.Pemimpin PAS sibuk dipentas ceramah memaki hamun Pemimpin Umno,Ibubapa semua pergi dengar ceramah maki hamun itu,Anak dirumah dibiarkan bebas.Akhirnya inilah akibat dari dakwah sesat Pemimpin PAS.Rakyat tidak dipedulikan,Politik dan kuasa diutamakan,Islam pula dicemar hukumkan.

Sepatutnya Pemimpin PAS mengambil pendekatan yang bijak dalam menangani perkara ini,Bukannya memekakkan telinga demi nafsu ganas untuk berkuasa dan berbini.Program dan aktiviti kemasyarakatan perlu diadakan dan kemudahan asas seperti gelanggang permainan mesti diwujudkan disetiap kawasan mengikut jumlah penduduk.Jika tidak ianya terus merebak dan akan menghancurkan masa depan belia dan negara.GK berharap rakyat Kelantan akan tekad menukar kerajaan dan memilih BN pada PRU13 nanti.Anda mampu mengubahnya,BN mampu melakukannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...