Showing posts with label tanah. Show all posts
Showing posts with label tanah. Show all posts

14 Lot Tanah PMBK Atas Nama Nik Aziz Akhirnya Dihadiahkan Terus Kepada Nik Aziz ?

Bulan lalu kita digemparkan dengan isu pemilikkan tanah oleh bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum pihaknya menafikan pemilikkan itu dan mendakwa Nik Aziz hanyalah sebagai pemegang amanah kepada 14 keping tanah yang bernilai jutaan ringgit itu.

Oleh kerana Nik Aziz disebut sebagai Ulamak agung, maka sangat tidak wajar ia memiliki tanah sebanyak itu dan kita percaya akan penjelasan pihaknya yang mengatakan tanah-tanah itu sebenarnya kepunyaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Diatas sebab itu juga rakyat Kelantan khasnya ternanti-nanti akan pengumuman pindah milik tanah-tanah tersebut kepada PMBK ataupun Menteri Besar yang baru Datuk Ahmad Yaakob, adakah proses pindah milik itu sudah dilakukan memandangkan Nik Aziz sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai MB Kelantan dan sudah tentu kelayakkannya sebagai pemegang amanah juga sudah tidak terpakai.

Kita juga khuatir diatas faktor usia yang sering menyanyukkan, perpindahan milik ini tidak dibuat oleh Nik Aziz, dan MB baru pula agak segan untuk mengusulkan perkara itu kepada Nik Aziz, dan akhirnya akan berlaku kerumitan sekiranya sekali lagi isu ini ditimbulkan dan sudah pasti Umno jugalah yang akan dipersalahkan.

Justeru pihak kerajaan Pas Kelantan perlu tampil menjelaskan perkara berkenaan supaya ia tidak terus menjadi tanda tanya berkaitan pemilikkan tanah tersebut, sebagai sebuah kerajaan yang kononnya Islam, perlihatkanlah ketelusan kerajaan anda itu jika benar ianya telus. Lebih telus lagi jika PMBK mengumumkan 14 keping tanah itu dihadiahkan kepada Nik Aziz sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa Nik Aziz selama mentadbir negeri Kelantan. Ada Brannnn!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Jawapan dan persoalan isu itu sebelum ini klik

Melayu Kelate jange mudoh lupo!

Video - Tauke Cina: Nik Aziz Menteri Besar Paling Kaya Di Malaysia

Jika benar semua elaun Nik Aziz tak ambil atau claim, banyak sungguh duit Nik Aziz, dari mana datangnya duit-duit yang dibelanjakan oleh Nik Aziz itu ?

Cukupkah gaji seorang Menteri Besar untuk perbelanjaannya dengan menolak semua elaun ?, atau semuanya ditaja sebagaimana tajaan haji yang pernah ditimbulkan beberapa tahun lalu. Atau juga persoalan ini boleh dikaitkan dengan botaknya hutan di Ulu Kelantan. Berpadalah dalam berdayareka.


Tanah-tanah ni apa cerita ? Tak baik menipu, berdosa, ini baru sikit, dengar cerita ada banyak lagi yang akan dibongkar!  Ya ke ? Anda Mampu Mengubahnya.

Lagi maklumat mengenai pemilikkan tanah oleh Nik Aziz rujuk diSini

Video - Isu Ulamak Jutawan, Pas Kelantan Jerat Nik Aziz, 7 Pertikaian Miliki Tanah

Berhubung isu pemilikkan tanah oleh Mursyidul Am Pas zuhud Datuk Sri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, jawapan yang diberikan oleh pimpinan Pas Kelantan adalah seperti berikut:

"Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007.

Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity). Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK".

Persoalannya ?

1.) Kenapa tarikh daftar tanah dicatatkan antara tahun 1990 hingga 2002 jika tanah berkenaan dibeli antara 2006-2007.

2.) Jika tanah berkenaan dibeli tahun 2006, ia dibeli atas nama siapa ? Sebabnya PMBK  membuat keputusan agar Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut pada tahun 2007. Atau Nik Aziz beli dulu baru PMBK buat keputusan.

3.) Sebelum Trust Deed dibuat pada 05 Nov 2007 , apa status tanah berkenaan. Adakah Nik Aziz beli tanah berkenaan pada harga yang rendah kemudian akan jual balik tanah berkenaan kepada PMBK dengan harga yang tinggi.

4. ) Berapa banyak tanah yang dimiliki oleh PMBK, apakah hanya 14 lot ini sahaja, jika lebih adakah semua lot-lot itu dinamakan diatas nama Nik Aziz ?

5.) Bukankah sudah melanggar undang-undang dalam maksud sengaja melakukan penipuan apabila menggunakan nama Nik Aziz bagi tujuan membeli  tanah yang tidak boleh dimilik oleh PMBK, kerana menurut Seksyen 13A Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930, mana-mana tanah dalam kawasan rizab Melayu boleh dipindah milik kepada orang-orang bukan Melayu hanya dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri atau Raja dalam Mesyuarat (Ruler-in-Council).

6.) Andaikata tanah-tanah tersebut memang benar milik PMBK dan bukan milik Nik Aziz, masa untuk proses bagi membolehkan tanah-tanah itu dimilik oleh PMBK hanyalah 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja, dan tanah berkenaan didakwa dibeli antara tahun 2006-2007, sekarang ni dah 2013, dalam masa 6 tahun kenapa tanah-tanah berkenaan tidak dipindah milik.

7.) Sedangkan alasan awal tanah-tanah berkenaan dinamakan atas nama Nik Aziz disebabkan masalah pemilikkan oleh PMBK dan pemilik asal tanah hendak pakai wang dengan segera.

Kesimpulannya zuhud dengan pembohongan dan putar alam seluruh kepimpinan Pas Kelantan ini akan terbongkar kiranya diizinkan oleh Allah Taala. Isu ini memang ada yang tak kena, kenapa perlu berbohong jika benar tanah itu kepunyaan Nik Aziz, takut tak zuhud ke ?

Diharapkan supaya Datuk Ibrahim Ali kekal dengan 'Membujur lalu melintang patah' dan 'genggam bara api biar sampai jadi arang', jangan jadikan isu ini berOmbak hanya hasilkan buih, tapi kalau buih sabun boleh jugak buat basuh baju. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Air Mata Rakyat Dizalimi Menjadi Saksi Kekejaman Pas Kelantan

TANAH MERAH – “Kami mahu hak kami! Kami sudah jelaskan bayaran hampir RM2000, sepertimana yang telah diarahkan. Mana geran tanah kami?”. Itu antara luahan kecewa hati Mohd Daud Mohamad, 69, peneroka yang sudah puluhan tahun tinggal di sini.

Bukan itu sahaja malah 49 orang peneroka lagi mengalami masalah yang sama. Katanya, dia sudah jelaskan bayaran itu sejak tahun lepas lagi, tetapi hingga sekarang, dia belum menerima geran tanah tersebut.

“Kami di sini semuanya bimbang. Hasil dusun yang kami usahakan puluhan tahun yang lalu, berkemungkinan satu hari nanti dituai oleh orang lain,” katanya.

Justeru Mohd Daud mengharapkan geran tanah itu diberikan segera bukan sahaja kepadanya malah kepada peneroka lain yang jelaskan bayaran tersebut.

“Kami bergolok bergadai jelaskan bayaran itu tetapi sehingga ke hari ini, sudah hampir lapan bulan menunggu geran tanah tersebut. Jadi janganlah aniayai kami yang sudah uzur ini,” katanya.

Sama juga dengan nasib yang menimpa mentua Khazani Mohd Solah iaitu Musa Harun.

Kata Khazani yang wakili mentuanya, sebaiknya bila semua bayaran dijelaskan, berilah geran tanah sepertimana yang dijanjikan dalam masa tiga bulan itu.

Katanya, apabila mereka jelaskan bayaran itu bermakna akur dengan arahan, tetapi mereka tetap risau kerana geran tanah yang dijanjikan akan diberikan dalam tempoh tiga bulan
dari tarikh bayaran tidak ditunaikan.

“Jangan buat macam tu dengan kami warga Ulu Bertam, Air Naga ini. Duit tu duit kami cari dengan titik peluh kami sendiri. Masih ramai peneroka yang tidak bertapak rumah di
sini. Ada yang masih tinggal di dalam kebun getah. Kenapa semua itu berlaku ke atas kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Dun Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapa berkata, sekiranya kerajaan Barisan Nasional memerintah Kelantan dan Gual Ipoh, dia akan agihkan tanah-tanah tersebut secara percuma kepada penduduk setempat yang tidak bertanah. - Sinar Harian

Janji Tanah Tak Tunai, Husam Tambah Janji Taman

Kelantan tubuh panel kaji beri bekas tentera tanah

4 April 2012

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan telah membentuk satu jawatankuasa berhubung pemberian tanah kepada bekas anggota tentera yang dilahirkan di Kelantan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Md Anizam Abd Rahman.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang diketuainya dan dibantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Datuk Abdul Fatah Mahmood akan mengenal pasti kriteria tertentu sebelum melaksanakan pemberian tanah tersebut.

"Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti jumlah sebenar bekas tentera yang akan dianugerahkan tanah tersebut berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan... mengenal pasti tempat atau kawasan tanah yang akan dianugerahkan," katanya pada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberian sekurang-kurangnya 0.809 hektar tanah kepada bekas tentera itu dibuat selaras dengan perintah Majlis Angkatan Tentera bahawa bekas anggota tentera layak diberi tanah. Md Anizam berkata, langkah pemberian tanah tersebut juga diambil selepas menerima banyak permohonan daripada persatuan bekas tentera dan ia tiada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.

"Kita faham bahawa bekas tentera, ada yang berhenti daripada perkhidmatan, tidak berpencen dan sebagainya, mereka membuat permohonan berikutan tidak mempunyai tanah untuk berladang ataupun tapak rumah," katanya lagi.

Sehingga kini janji tinggal janji, jawatankuasa demi jawatankuasa dibentuk oleh kerajaan Pas Kelantan, Exco bohong silih berganti, dalam pada bohong tu sempat lagi nak tambah bohong.

Kerajaan Kelantan mungkin akan menimbang untuk mewujudkan Taman Perwira sebagai ganjaran khas kepada perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata minggu hadapan mesyuarat exco diadakan dan ianya boleh dicadangkan pada mesyuarat itu.

“Saya tak berani nak umumkan lagi berhubung perkara itu, lagipun ianya belum dibincangkan lagi dengan Tuan Guru dan di peringkat kerajaan negeri.

Sambungnya, mungkin taman berkenaan boleh diwujudkan untuk diberikan lot-lot tanah kepada keluarga perwira yang terkorban bagi mengenang jasa mereka.

Lihatlah! Ketika Ngeh Dan Nga Mendapat Tanah Aku Menjadi Pelarian Dibumi Sendiri

Sedang pemimpin DAP Perak Ngeh dan Nga diberikan tanah seluas 10,526 ekar oleh kerajaan Pas Kelantan, Gk sebagai anak jati negeri ini ibarat menjadi pelarian dibumi sendiri. Rumah yang disewa kira-kira setahun yang lalu  perlu dikosongkan selewatnya hujung bulan ini ekoran arahan supaya berpindah kerana kononnya rumah berkenaan ingin diduduki oleh kakak kepada tuan rumah.

Bagi seseorang yang berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap, arahan berpindah dari rumah sewa yang sedang diduduki adalah antara satu tamparan hebat. Difikiran, pelbagai masalah datang bertalu, mencari rumah sewa baru mengikut kesesuaian bukan satu hal yang mudah, faktor masa, persekolahan anak, deposit, harga sewa bulanan, kos pengangkutan pindah dsbnya antara penyumbang utama kepada 'sakit kepala'.

Segala kos baik pulih kerosakkan kecil dirumah ini langsung tidak berbaloi dalam tempoh jangkamasa cuma setahun saja mendudukinya, disamping pembayaran sewa sebanyak RM250 tepat setiap bulan tanpa mungkir walau sehari langsung tidak dihargai.

Bila diimbau kembali wang dan tenaga semuanya menjadi sia-sia, penat lelah didalam mengerjakan kebun sekangkang kera yang dulunya dirimbuni belantara akhirnya menjadi nostalgia yang boleh mengenangi perasaan petani mahupun rakyat yang tanah mereka dirampas oleh Kerajaan Pas di Ulu Kelantan untuk dijadikan sebagai Ladang Wakil Rakyat.

Betapa sakitnya hati usahlah diceritakan, namun apakan daya ia bukanlah hak kita untuk dipertahankan apabila berdepan dengan manusia zalim yang suka mengambil kesempatan diatas golongan yang lemah, sesekali terbayang juga akan kebajikan kerajaan Islam kepada rakyatnya, kalaupun tidak dapat 10,526 ekar, dapat suku ekar pun jadilah, Namun itu hanyalah masa depan yang mungkin hanya mampu untuk bermimpi.

Berapa ramai lagi pelarian dibumi sendiri yang senasib dengan Gk ? Mungkin kita tidak tahu kerana mereka tidak berblogging, yang pasti ianya terlalu ramai dan akan dikupas setiba masa yang sesuai nanti.

Apapun cabaran dianiayai yang berpunca daripada tuan rumah yang berubah hati apabila melihat rumah yang disewakan sebelum ini ketiadaan air sudahpun mempunyai air bersih yang sempurna hasil daripada insentif  Gk menggunakan pam air (teknik tertentu)  bagi menarik air daripada paip utama AKSB, tuan rumah yang sebelumnya meninggalkan rumah ini dan tinggal di Kuala Krai kelihatan terliur untuk kembali menduduki rumah ini.

Buatlah bagaimana baik sekalipun ia tidak menjamin balasan yang baik daripada manusia yang jahat seperti tuan rumah ini, jahatnya tidak berhati perut dan pentingkan diri sendiri, tidak ada sebarang tolak ansur mengenai kos, juga takut untuk bersemuka dan 'kecek kiro', tuan rumah lebih mempercayai jin daripada mempercayai Allah, kerana sayangkan sedikit wang untuk dibayar diatas keingkaran janjinya, tuan rumah lebih rela menggunakan jin untuk mengusir makhluk Allah yang tetap utuh berdiri demi kebenaran bahkan bertambah berani menentang kesongsangan...

Susahnya hidup jika tidak punyai tempat tinggal milik sendiri, sewenangnya untuk dihalau pergi, inilah dunia..., negeri berciri Islamik hanyalah retorik politik, bagaimana agaknya masa depan generasi yang akan datang ? Terbayangkah anda bagaimana hidup di rumah sewa ? Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

Keringat yang diperah akhirnya menuai hamPas....











Video - Nik Amar: Hanya Cina Kelantan Layak Miliki Tanah, Nga Dan Ngeh Cina Mana ?

Inilah kerja standard pemimpin Pas, selagimana boleh auta, selagi itulah akan diautanya, sebelum isu tanah melibatkan pemimpin DAP yaitu Nga dan Ngeh ini timbul, Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Nik Amar Nik Abdullah mendakwa hanya kaum Cina yang berasal dari Kelantan sahaja yang diberi pajak serta boleh memiliki tanah-tanah di Kelantan.

"Ya kita bagi, memang kita ada bagi kepada orang cina, tapi orang cina orang Kelantan".

Kenyataan itu dibuat ketika menjawab isu Lembah Sireh beberapa bulan yang lalu, bagaimanapun bila terbongkarnya isu tanah lebih 10,000 ekar yang dimiliki oleh syarikat kepunyaan Nga dan Ngeh, lain pula yang diautanya,

Pendek kata apa jua isu yang timbul berhubung kerajaan Pas Kelantan semuanya dipusing dan dijawab ikut suka, namun penyokong taksub mereka tetap menelannya, alangkah bertuahnya Pas punyai penyokong-penyokong yang sedemikian rupa. Anda Mampu Mengubahnya.

Biar Gambar Berbicara Disebalik Kek Hadiah Harijadi Nik Aziz Yang Ke 82

 
Biar gambar berbicara pada dua senyuman manis disebalik hadiah kek harijadi Nik Aziz yang ke 82, yang penuh makna tanpa sia-sia, dan yang pasti setiap pelaburan itu akan mendapat pulangannya.

Video - Abby Dapat Hidayah Dedah Tanah Orang Kaya Dalam Pas

Abby ni meroyan dapat hidayah tanahlah pulak, aduss hancuss!! macam-macam hidayah 'dimeroyankannya'. Dari hidayah bertudung sampai kepada hidayah tanah.. Rampas tanah orang kaya Pas kat Langkawi mana pulak ni, kerajaan mana yang perintah Langkawi ni ? Cerita zaman bila yang dibawa ni ? Takkanlah takder pasal-pasal tanah orang kaya tu dirampas, kalau takder pasal-pasal pasang peguam lawan jerlah.

Macamnilah bila hidayah takder modal, semuanya nak dipalu, sampaikan dia tak tutup aurat dulu-dulu pun disalahkan kepada kerajaan. Apa pun layan jer lah liabiliti kepada Pas ini. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...