Pemimpin Yang Sekat Ni Tak Patut Jadi Pemimpin ?

TOK BALI - Surirumah mendakwa perancangan pembinaan rumah menerusi Skim Rumah Mesra Rakyat disekat pemimpin setempat, walaupun permohonan sudah mendapat kelulusan pada Jun tahun lalu.

Juliani Harun, 34, berkata, dia menerima surat kelulusan bertarikh 18 Jun 2012 dan sudah menyerahkan geran tanah sebagai cagaran.

Dua minggu lalu katanya, kontraktor pembinaan menghantar sejumlah kayu ke tapak rumah yang menunjukkan projek itu berjalan dengan baik.

“Saya hairan kerana bahan binaan lain tidak dihantar, kontraktor kemudiannya memberitahu bahawa projek itu tidak boleh diteruskan kerana ada sekatan.

“Tidak lama selepas itu, saya diberitahu perlu membuat permohonan semula dengan alasan permohonan dahulu dibuat di mukim lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Haji Wan Omar dekat sini, semalam.

Juliani berkata, dia yang kesal dengan sekatan tersebut membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku kelmarin.

Katanya, permohonan Rumah Mesra Rakyat dibuat sejak 10 tahun lalu, pada mulanya tidak diluluskan kerana dikatakan ada kesilapan mengisi borang.

“Saya membuat permohonan semula dan gembira kerana akhirnya diluluskan tapi agak mengecewakan apabila projek ini disekat,” katanya.

Juliani bersama suami dan tiga anak kini menumpang rumah neneknya bersebelahan tapak rumah yang dipohon untuk pembinaan rumah tersebut.

“Saya berharap pihak berkenaan menyiasat perkara ini dan meneliti kedudukan sebenar kerana ia tidak sepatutnya dihalang dengan begitu mudah.

“Saya juga mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri, lagipun Rumah Mesra Rakyat disediakan kerajaan kepada rakyat yang tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan sekali gus untuk membina rumah seperti saya,” katanya - Sinar Harian
 
Pemimpin bengong mana yang sekat ? Itu tidak layak untuk jadi pemimpin, tidak kira daripada mana-mana parti sekalipun pemimpin itu tetap bengong jika benar menyekat pembinaan rumah mesra rakyat tersebut tanpa sebarang alasan yang adil dan munasabah. WAJIB tolak parti yang diwakili oleh pemimpin bengong sedemikian rupa.

Karenah sebegini tidak seharusnya berlaku didalam gelombang politik hari ini, dikala pemimpin dan parti sedang berbuat baik dengan rakyat, masih ada lagi pemimpin yang tetap tidak insaf untuk meneruskan kejahatan, jadi rakyat perlu ajar pemimpin seperti ini.

Jangan berasa takut selagi berada di pihak yang benar, kuasa sebenar ditangan rakyat, pemimpin hanya akan tersengih-sengih ditepi jalan sekiranya ia tidak dipilih untuk jadi pemimpin, negara sangat berdukacita jika terpimpin oleh pemimpin seperti itu. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...