Harta Karun Gagal Dijumpai, Husam Temui Minyak Senyonyong Di Kota Bharu

KOTA BHARU - Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.

“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut.

“Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas,” katanya.

Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.

“Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan,” katanya.

Kahkahkah, sakit perut sungguh weh, harta karun setaghomana ? Ko jumpa gobek sireh mokwo jah ? Politik Husam ni memang bijak, tapi sayang rakyat Kelantan lagi bijak.

Masihkah kita ingat akan skim saham cepat kaya yang melanda Kelantan dahulu, dan rakyat Kelantan merupakan antara negeri yang punyai pelabur paling tinggi melabur dalam skim ini. Melihat kepada kecenderungan rakyat Kelantan terhadap perkara itu, modus operandi yang mirip sama digunakan oleh Husam dalam Pas menghadapi PRU 13 kali ini.

5 comments:

  1. hrp2 projek yg disebut oleh husam masam caca marba kali ini benar. buatlah camanepun. tak payah pakai petronaspun tak mengapa. pakailah petrosam ke, apapun asalkan hasilnya boleh digunakan utk meningkatkan keselesaan hidup sebahagian besar anak kelantan yg sekarang ini terpaksa merempat mencari rezeki di luar kelantan.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap ini kelentong no.9..mungkin gali dengan cangkul,dah boleh jumpo minyak.lepas ni esso ke,shell ke gulong tikar.......lepas ini syarikat minyak kelantan mungkin dipelawa meneroka lapangan minyak Iraq. Syabas Husam anda hebat, genius, Tun Mahathir salute anda. Tak lama lagi dapan gelaran Tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4x lg ckup 13 = PRU 13 kikiki
      udah udah la tu husam masam kasam asam sam sam dan sewaktu dgn nya hehee

      Delete
  3. Cara2 nak songlap duit kot, sape le yg dapat projek ni, siapa yg jadi con sultannya, ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Anak Tok Awe1/24/2013 6:12 PM

    Rakyat Klaten jange gobar, kita akan guna pitis rakyat sendiri untuk buat carigali nih. Kita gali pong tak dale, dua tiga mata cok jah, debuk-debuk pas tu berjebok tubek minyak nati, tapeh pun kita guna napeh sabut jah, paka gabah-gabah gitu muga kalu deng Tuhan nak bui minyak, tak payah nak gali berbatu-batu dale tanah tu. Yang mustahak kalu ambo minta sumbange sebagai pelaburan tu jangelah kupik nak wat tubek pitih. Ada pilihan nama tabung yang bulih rakyat wat masuk duit: Niat pong buleh pahala selalu, tak nati holo pitih. Kalu holo,surga terus.

    1. Tabung Buluh Minyak Wal-Kasap
    2. Yayasan Minyak Angin Timur Laut.
    3. Petroholo dulu.

    Negeri ambo kaya ange-ange, kaya auta, puja bule penuh.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...