Showing posts with label tanah rakyat kelantan. Show all posts
Showing posts with label tanah rakyat kelantan. Show all posts

Lagak Hero Kerajaan Pas Kelantan Tidak Menjadi, Kali Ini Kena 'Sengoti'

Seringkali kerajaan Pas Negeri Kelantan cuba menafikan apa saja dakwaan yang dibuat oleh rakyat yang membabitkan soal pentadbiran kerajaan negeri, malah dalam kes ladang rakyat misalnya, pemimpin Pas sanggup menuduh rakyat yang menangis kerana tanah mereka dirampas sebagai tangisan palsu yang dibayar oleh Umno semata-mata mahu memburukkan kerajaan negeri.

Namun apalah daya orang kampung, mereka tidak punyai kudrat untuk bangkit melawan apa yang difitnah oleh pimpinan Pas terhadap mereka, mereka cuma mampu memendam rasa dan bermohon doa kepada Allah tuhan yang Esa agar keadilan untuk mereka tertuntut jua.

Berkat doa mereka yang dizalimi kerajaan Pas, penyertaan golongan muda peringkat profesional dalam menentukan arah tuju negeri Kelantan semakin bertambah, dengan keupayaan pendidikan dan penguasaan undang-undang, kali ini kerajaan Pas Kelantan dilihat sukar untuk berterusan membohongi rakyat dengan lagak sebagai 'hero' dan wakil rakyat Pas berpeluang untuk bersara awal selepas keputusan PRU 13 diumumkan kelak.

Sebuah badan bukan Kerajaan, Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), menggesa Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, menarik balik kenyataannya berhubung isu pencerobohan tanah di Lojing.

Sambil menafikan berlakunya kes terbabit yang disiarkan dalam Sinar Harian, pada 12 Februari lalu, Presidennya Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, sebagai pentadbir dalam Kerajaan Negeri, sepatutnya Ahmad menyatakan bukti dengan apa yang didedahkan melalui rakaman video baru-baru ini, yang memaparkan penggondolan bukit bermula dari Dabong, Kuala Krai ke Neggiri dan Gua Musang yang membabitkan ratusan hektar tanah termasuk hutan simpan.

“Kita tidak pernah mencantum gambar seperti yang didakwa oleh beliau dari tempat berasingan kerana kita menggunakan kamera yang berkualiti tinggi untuk merakamkan gambar terbabit dengan jelas di kawasan yang berlakunya aktiviti pengambilan tanah secara berleluasa.

“Dalam paparan itu juga, kita menggunakan koordinat tepat untuk merakamkan gambar dan apa yang ditunjukkan amat jelas wujudnya aktiviti seumpama itu di kawasan berkenaan.

"Oleh itu saya beri masa sehingga seminggu kepada beliau untuk menarik balik tuduhan ini dan menyiarkan dalam akhbar Sinar Harian, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang dan memfailkan tuntutan saman,” katanya.

Wan Khairul berkata, seperti yang dipaparkan, bukannya soal pembalakan yang diketengahkan, tetapi apa yang dipersoalkan ialah isu pengambilan tanah secara berleluasa yang digunakan untuk tujuan pertanian termasuk Ladang Rakyat.

“Beliau perlu bertindak segera di atas hal ini, dan setakat ini saya sudah membuat perbincangan dengan peguam saya untuk menghantar Letter Of Demand (LOD) kepada beliau pada hari ini (semalam).

“Jika beliau gagal melakukan tindakan selanjutnya, maka saya tidak teragak-agak untuk memfailkan saman kerana beliau juga dengan jelas mendakwa saya sengaja mengada-adakan cerita untuk memburukkan kerajaan negeri,” katanya.

Rakyat Kelantan sama-sama boleh melihat apa tindakan yang akan diambil oleh pimpinan Pas, kebenaran akan ditentukan.

Tanah Tuhan Di Kelantan Milik 'Tauke Cina', Peneroka Jadi Peceroboh

GUA MUSANG – Seramai 70 penduduk yang meneroka tanah di Kampung Sungai Relai, kecewa apabila mereka dituduh sebagai penceroboh oleh sebuah syarikat yang mendakwa tanah berkenaan milik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penyelesaian Tanah itu, Mat Mat Daud berkata, mereka meneroka tanah terbabit sejak tahun 1990, sebaik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan membenarkan penduduk meneroka tanah kerajaan kerana ia tanah Tuhan.

Malah menurutnya, mereka sudah menjelaskan pembayaran tanah itu bagi mendapat hak milik, hampir 10 tahun lalu dengan kadar RM3,865 bagi kawasan seluas 2.4 hektar.

“Kini lain pula yang berlaku apabila tanah penduduk yang sudah ditanam dengan pelbagai tanaman diluluskan kepada syarikat asing dan menuduh kita pula menceroboh kawasan itu.

"Sedangkan kita lebih awal berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan syarikat terbabit.

Mat berkata, sebahagian tanaman penduduk termasuk pokok getah, kelapa sawit dan tanaman lain mula disodok syarikat berkenaan sejak tahun lepas, tanpa ada perbincangan terlebih dahulu.

Menurutnya, berulang kali penduduk menemui pihak pengurusan syarikat itu bagi menyelesaikan masalah, namun pelbagai alasan diberi sebelum mengarah penduduk mengisi borang bagi membuat sebarang tuntutan dengan syarikat terbabit.

Malah, tambahnya, syarikat itu juga berjanji meneliti semula tanah yang diterokai penduduk.

“Apa yang berlaku, syarikat itu mengeluarkan surat menyatakan penduduk ceroboh tanah berkenaan pula,” katanya.

Peneroka, Mohamad Zain Minal, 65, pula berkata, dia akan tetap mempertahankan tanah diterokai lebih 20 tahun itu, kerana itu sahaja sumber pendapatannya.

“Kita ada hak ke atas tanah itu kerana kita lebih dahulu menerokanya dan sudah memohon hak milik.

“Cuma kita hairan, kenapa syarikat itu yang baru dua tahun memajukan kawasan tanah berkenaan sudah mendapat hak milik Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, wakil syarikat berkenaan menyatakan, bahawa penduduk telah menceroboh tanah milik syarikat itu.

"Kita memajukan tanah ini selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri," katanya.

Dia turut berjanji akan menemui semula penduduk bagi menyelesaikan masalah dihadapi. 
 
Kerakusan kerajaan Pas Kelantan terselindung disebalik serban, hutan botak balak disapu licin, syarikat cina lebih diutamakan, rakyat Kelantan dijanjikan syurga dengan memangkah bulan, undilah Pas demi kemusnahan.

Tanah 10,526 Ekar Dikembalikan Kepada 1052 Orang Rakyat Kelantan

Timbul isu tanah, dimana pemimpin DAP Perak dapat 10,526 ekar tanah yang terletak di Hutan Simpan Relai Gua Musang dengan kadar sewa RM100 SETAHUN SEEKAR untuk kawasan getah dan RM150 SETAHUN SEEKAR bagi kawasan kelapa sawit, tempoh masa pajakan atau sewaan masing-masing yaitu selama 50 tahun, dan pemimpin DAP itu menerusi syarikatnya Upayapadu Plantation Sdn Bhd turut membayar RM 1.5 juta sebagai deposit.

Adilkah 10,526 ekar tanah itu diluluskan hanya kepada dua orang Cina DAP Perak ? Bagaimana dengan Melayu Kelantan terutamanya pemangkah bulan ? ,

Jika tanah seluas 10,526 ekar diberikan kepada rakyat Kelantan, masing-masing akan mendapat 10 ekar setiap seorang seramai 1,052 orang, sumbangan atau deposit kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK)  iaitu sebanyak RM1.5juta pula jika dikutip dari 1,052 rakyat ini, mereka hanya perlu mengeluarkan cuma Rm1,452 sahaja setiap seorang, manakala sewa tahunan secara purata tanah seluas 10 ekar berjumlah Rm1,300.

Dengan 10 ekar tanah tadi, jika rakyat menanam getah sebagai contoh, mereka akan mendapat sebanyak Rm2,000 sebulan untuk setiap ekar ataupun Rm20,000 sebulan untuk 10 ekar tanah yang dipajak itu, paling kurang pun selepas ditolak segala kos, upah pekerja dan JV, mereka mampu untuk mendapat keuntungan bersih sebanyak Rm5,000 sebulan.

Sepatutnya, kerajaan Pas perlu mensasarkan rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan untuk memajak tanah tersebut. Ini kerana, kita berkeyakinan bahawa mereka ini mempunyai modal serta minat terhadap tanah berkenaan. Pajakan 50 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama dan memadai kerana selepas itu kita pula yang baham tanah. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Video - Pendedahan Skandal Balak Dan Pesta Jualan Tanah Besar-Besaran Di Kelantan

Pas dan tanah boleh diibaratkan sebagai kucing dan ikan tawar, dan rakyat Kelantan juga tidak mengetahui berapa banyak lagikah tanah yang masih tinggal, namun apa yang pasti dapat kita lihat diruangan iklan Mudah.my terdapat begitu banyak tanah-tanah di Ulu Kelantan yang hendak dijual.

Seakan sedang berlaku pesta jual tanah secara besar-besaran di Kelantan kerana ia melibatkan tanah dalam jumlah keluasan yang besar. Apa sebenarnya yang berlaku dengan tanah-tanah ini ? apakah ia dijual kerana balak-balak sudah habis ditebang? adakah tanah-tanah beribu-ribu ekar itu hanya dimiliki oleh seorang penama?

Jika diikutkan banyak persoalan yang boleh ditimbulkan, namun keadaan itu mungkin hanya terbongkar sekiranya pemimpin BN di Kelantan tidak bersubahat dengan Pas serta berani mendedahkan mengenai keadaan sebenar yang berlaku, ikuti sedikit pendedahan pada rakaman video dibawah, Anda Mampu Mengubahnya.
Antara tanah-tanah yang diiklankan untuk dijual di Mudah.my




Pas dan tanah

Isu Tanah Rakyat - Pemimpin Umno Kelantan Penakut Atau Menjadi Barua Kepada Pas ?

Segagah mana Umno Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera isu berkenaan ? berkesankah apa yang dimahukan itu ? Atau sekadar cakap-cakap sebagai penyedap ruang kepada isu yang sedang berbangkit.

Dalam isu ini, kita agak kesal dengan sikap segelintir pemimpin BN yang lebih rela menjadi barua  Pas daripada mendedahkan isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Melalui pemerhatian, wujudnya politik menjaga kepentingan masing-masing diantara ADUN BN dengan kerajaan Pas Kelantan.

Seperti isu yang didedahkan oleh blogger pisau.net mengenai pemberian 10,000 ekar tanah kepada DAP, masakan pemimpin BN khasnya Adun yang senantiasa 'bergelewat' dengan pimpinan Pas Kelantan tidak mengetahui akan duduk perkara yang sebenarnya  berhubung isu itu. Atau mulutnya juga telah terkunci dengan beberapa ekar ganjaran tanah ? Sungguh tidak masuk akal jika pemimpin BN Perak lagi agresif  biarpun isu ini berlaku diluar kawasan mereka.
Sepertinya ada yang tidak kena....Apa yang rasa tidak kena itu seharusnya disiasat bagi mengelakkan sebarang kecurigaan yang timbul diminda-minda mereka yang sedang memerhatikan keadaan politik yang berlaku di negeri Kelantan ini. Apa yang pasti kemenangan BN di DUN sediamenang di Kelantan akan berterusan, apakah kita melihat jentera Pas menumpukan sepenuhnya gerak kerja mereka dikawasan yang mereka kalah ini, atau kawasan itu sudah di-reserved-kan bagi balaci mengimbangi kelangsungan pemerintahan Pas di Kelantan.

Jika diperhatikan dalam sidang perbahasan DUN Kelantan, BN seakan ketandusan pemimpin berkaliber antaranya seperti YB Alwi - Adun Kok Lanas, dimana perbahasan dan serangan isu yang dibuat keatas kerajaan negeri agak jitu diluar konteks balaci dan memberi imej yang baik (cerdik)  kepada BN.

Hal itu jauh berbeza dengan apa-apa isu yang dibangkitkan oleh sebahagian Adun BN yang lain, mereka seolah-olah lebih gemar menghunus keris begitu tajam tanpa menusuknya sehabis dalam, seperti sengaja membiarkan  mangsa bangkit untuk melawan dengan perolehi  imej begitu bergaya dimata rakyat. Keadaan yang berlaku itu buatkan kita tertanya adakah pemimpin Umno Kelantan penakut atau telah menjadi barua kepada Pas. Anda Mampu Mengubahnya.

Video: Isu Gadai Tanah Rakyat - Nik Aziz Nafi, Ngeh Tuduh Pas Bocorkan Rahsia

Pendedahan mengenai kerakusan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan telah 'membaham' tanah-tanah rakyat di Gua Musang untuk diberikan kepada cina DAP sangat mendukacitakan seluruh rakyat di Negeri Kelantan.

Isu yang didedahkan oleh blogger Pisau.net beberapa hari yang lalu mengenai pemberian tanah seluas 10,000 ekar itu bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz dengan penafian yang bersifat 'kluk-klek', begitupun Nik Aziz membela dan menyayangi DAP lebih dari agama sendiri, pemimpin DAP tetap menuduh Pas sebagai pengkhianat dengan menuduh pemimpin Pas yang membocorkan mengenai maklumat berkaitan tanah berkenaan.

Belum apa-apa lagi sikap DAP yang terburu-buru menuduh Pas itu sedikit sebanyak memperlihatkan semangat kesetiapakatan terlalu rapuh diantara mereka, bila berlakunya keadaan seperti ini barulah rakyat jelas tentang hubungan parti-parti didalam PR

Lebih memperlihatkan sikap buruk dan cacar-marba mereka yang sering melaung-laungkan mengenai kebebasan media apabila sebuah portal milik pembangkang yaitu FMT dilihat telah menarik balik artikel bertajuk 'Pemimpin DAP Dakwa Pas Bocorkan Rahsia Tanah Di Kelantan' sebelum menggantikannya dengan artikel yang menuduh Umno pula yang membocorkan maklumat berkaitan tanah rakyat itu.

Bagi mendapatkan keterangan terperinci mengenai penyelewengan tersebut, sila rujuk disini. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...