Showing posts with label tun mahathir. Show all posts
Showing posts with label tun mahathir. Show all posts

Sejarah 'Dawn Raid' Guthrie Era Tun M VS Skandal 'Jhow Low' 1MDB Era @NajibRazak

Apa nak jadi ? Sampai duit tabung haji pun dibedal demi menyelamatkan 1MDB @ Jhow Low ? Kata-kata yang jauh menyimpang itu sedang berlegar dikalangan masyarakat sekaligus mengundang pelbagai persepsi negatif akan masa depan rakyat dan negara.

Pembelian tanah Tun Razak Xchange oleh Tabung Haji daripada 1MDB telah menimbulkan pelbagai spekulasi, tanah berkeluasan satu setengah ekar yang dibeli pada harga RM188.5 juta itu menyamai harga tanah berkeluasan 70 ekar yang dibeli oleh 1MDB daripada kerajaan.

Maknanya dengan penjualan satu setengah ekar sahaja, 1MDB seolah-olah memperoleh tanah tersebut secara percuma.

Bijak sungguh 1MDB ni berniaga, dapat untung berganda-ganda, berniaga dengan siapa ? beli dari kerajaan jual kepada tabung haji, siapa kerajaan dan siapa pula tabung haji ? Kerajaan adalah Amerika dan tabung haji adalah Israel.....???

Bercerita bab untung dan tanah ni mengingatkan kita satu sejarah yang berlaku dizaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dimana apa yang disebut sebagai “Dawn Raid” atau Operasi Serangan Subuh dilancarkan demi mengembalikan tanah-tanah yang dijajah oleh British menerusi syarikatnya yang berusia 100 tahun yaitu Guthrie.
Biarpun negara kita telah mencapai kemerdekaan, namun hasil kekayaan bumi bertuah ini masih lagi dijajah oleh British, sehinggalah pada 7 September 1981...

Dengan persetujuan Perdana Menteri, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN). 

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini.... Sambung baca kisah menarik itu diSini.

Apa yang dapat kita katakan menerusi kebijaksaan kerajaan terdahulu dalam mengambil semula kekayaan negara daripada 'orang putih' adalah jasa yang cukup besar,  ketokohan pemimpin terdahulu amat terserlah akan kewibawaannya berbanding kebanyakkan pemimpin yang ada pada hari ini yang hanya tahu bermewah dan berniaga barang yang sudah dipunyai oleh kerajaan...

Dengan pemgambilalihan  syarikat Guthrie secara bijak dan licik itu sudah pasti menambahkan lagi kemarahan British, biarpun kita negara kecil namun PM ketika itu tidak pernah merasa gentar untuk menghadapi apa sahaja tekanan yang akan dilakukan oleh British.
Malah PM ketika itu bukan sekadar bertahan dengan tekanan British, jauh sekali untuk memohon maaf, sebaliknya bangkit bertindak balas dengan melancarkan beberapa dasar baru termasuk kempen 'Buy British Last' serta dasar pandang ke timur dsbnya.

Siapa PM ketika itu kalau bukan si tua yang dicaci dan digelar nyanyuk pada hari ini, jika bukan kerana usahanya, kritikkannya, kebijaksanaannya, keberaniannya, kepepimpinannya belum tentu terbinanya Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya, Litar Antarabangsa Sepang, Proton, Transit Aliran Ringan (LRT) sekaligus belum tentu nama Malaysia dikenali diseluruh dunia dan kita hari ini belum tentu seperti kita pada hari ini.

Berbeza jika dibandingkan dengan apa yang dibina oleh PM sekarang, jika bukan kerana penasihat, mungkin belum tentu dibinanya TRANSFORMASI, PEMANDU, GTP, ETP, KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP, AH JIB GOR dsbnya, orang kampung mungkin bertanya, menate gapo-kah itu ? Walaupun tidak bersifat sturktur bangunan tapi pembinaan itu tetap menelan kos berbillion ringgit apatah lagi perlaksanaannya melibatkan konsultan asing dari British.

Hasilnya 1MDB, Jhow Low, GST dan Ya HaNaNa, kehilangan wang 1MDB belum terjawab, kesan awalnya peningkatan kos sara hidup rakyat, sementara Jhow Low masih lagi diselubungi misteri, Ya HaNaNa pula bakal menyumbang kepada kecelaruan ummah dengan aktiviti yang diibadahkan seperti zikir joget serta puja kubur yang mana bercanggah dengan amalan ASWJ.
Andainya Tun M dulu mentadbir negara sebagaimana yang ditadbir oleh pemimpin sekarang, apakah negara kita mampu berada ditahap hari ini ? Andainya Tun M dulu ada 1MDB dan Jhow Low, mungkin tabung saja yang tinggal haji entah Ya HaNaNa kemana!....

Katakan, sekalipun benar (biarpun tidak ada bukti) Tun M ada kaitan dengan skandal BMF, PERWAJA dsbnya, dari sudut pandang persepsi, semua itu masih boleh dianggap kecil jika dibandingkan dengan hasil dan sumbangannya pada kehidupan rakyat dan negara.

Sedangkan jika benar skandal 1MDB ia jauh tidak memadai untuk dibandingkan dengan BR1M berintikan GST. Sekadar janji manis dan degaran kenyataan berunsur retorik ia tidak memberi sebarang kesan.

Kesimpulan dari itu, kita bukan hendak membandingkan ketokohan dan kejayaan pemerintahan pemimpin, cuma ada eloknya umum lebih menyedari akan sejarah siapa sebenarnya tokoh yang sedang mengkritik pentadbiran kerajaan pada hari ini, beliau bukan hanya berani mengkrtik sesama Melayu, bahkan demi agamanya, pemimpin kuasa besar dunia waima bangsa Yahudi pun turut dikritiknya, bukan secara tertutup atau sekadar di-blog malah di forum-forum antarabangsa yang disensasikan keseluruh dunia.

Jika dibuat analisis sekalipun akan sejarah kritikkan beliau, ternyata apa yang dikritik beliau itu kesemuanya berasas bukan '0'. Sikapnya itu konsisten, jika melibatkan kepentingan Agamanya, Bangsanya dan Negaranya maka muncullah pemimpin lantang bernama MAHATHIR.

Sebagai rakyat, kita bukan ingin seorang pemimpin yang mendabik dada bangga kerana berdarah Bugis, tapi kita ingin pemimpin yang mampu mensejahterakan keseluruhan rakyat. Jika kritikkan Tun M itu bakal merubah dan membawa kesejahteraan untuk rakyat, maka "You are not alone".. Anda Mampu Mengubahnya.

"Memuja pemimpin dan menghargai jasanya adalah dua hal yang berbeza"

1MDB & Altantuya - Antara Persoalan Tun M Dan Jawapan @NajibRazak !

Satu wawancara khas bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah disiarkan secara langsung oleh TV3 pada malam tadi. Namun seperti biasa ada yang dilihat berpuas hati dan tidak kurang juga yang sebaliknya.

Dalam wawancara itu PM telah menjawab beberapa  isu, cuma yang mungkin agak menarik ialah isu  berkaitan pembunuhan model Mongolia dan juga isu 1MDB.

Isu pembunuhan Altantuya


Isu yang sangat tidak relevan yang tidak patut disoal dan dijawab. Entah dimana kaitannya untuk mengaitkan Najib dengan pembunuhan wanita Mongolia itu. Tuduhan yang langsung tidak berasas jauh sekali untuk dibuktikan dengan 'air mani' seperti dalam kes Saiful Bukhari..

Sebenarnya tuduhan jenayah lebih-lebih lagi kes bunuh melibatkan Perdana Menteri tidak patut berlaku dan terus dibiarkan, ia memberi kesan kepada rakyat dan negara dimata dunia, keterbukaan Najib sebagai Perdana Menteri harus ada sempadannya.

Peruntukkan undang-undang diperlukan dalam menangani tuduhan seperti itu (tidak berasas atau tanpa bukti) keatas Perdana Menteri, tuduhan terlibat dengan rasuah boleh lagi diterima, tapi menuduh seorang Perdana Menteri terlibat dengan jenayah bunuh tanpa bukti adalah sangat jahat dan keterlaluan.

Bayangkan kes yang berlaku ketika Najib belum lagi mempunyai kuasa penuh kerana ketika itu Pak Lah sebagai PM, adakah masuk akal jika Najib terlibat dan boleh terlepas dikala kuasa besar masih berada ditangan Pak Lah.

Begitu juga dengan tertuduh, hampir 8 tahun berlalu dan mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman namun tidak seorang pun yang mengaitkan nama Najib, Sirul sendiri pun tak kata Najib terlibat, jadi dimana asasnya untuk mengaitkan kes ini dengan Najib.

Lagipun wanita yang dibunuh itu adalah warga Mongolia, jika ada bukti Najib terlibat takkanlah negara Mongolia yang mempunyai kerajaan hendak membiarkan kematian rakyatnya begitu sahaja.

Kesimpulan dari itu isu ini sebenarnya tak perlu dinafi atau dijawab, langsung tidak ada kaitan dengan Najib, malah tindakkan atau peruntukkan undang-undang diperlukan demi menjaga nama baik Perdana Menteri dan negara dari terus difitnah dengan jenayah sejelik ini.

Isu 1MDB yang dibangkitkan Tun M

Berbeza pula dengan Isu 1MDB, isu ini adalah relevan dan pengurusannya wajar untuk dipersoalkan sepertimana yang dibangkitkan oleh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad antaranya kemana hilangnya RM42 Billion yang dipinjam oleh 1MDB.

Selain itu Tun M turut mempersoalkan peranan seorang individu bernama Jho Low.

Apakah Jho Low berperanan seperti Tun Daim Zainuddin yaitu sebagai Menteri Kewangan diera pemerintahan beliau?

Dalam pada itu Tun M juga mempersoalkan dari imana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.

Persoalan yang ditanya itu menurut Tun M disebabkan hutang berbillion ini akan ditanggung  oleh rakyat. Selaku seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri, sudah pasti apa yang Tun M persoalkan itu ada asasnya, dan beliau mempunyai kredibiliti untuk mempersoalkannya. Semua pihak perlu terimanya secara terbuka apatah lagi pihak yang tidak pernah menjadi PM.

Isu 1MDB Jawapan PM kepada Tun M

Jawapan PM dalam sesi wawancara khas malam tadi mengenai isu ini lebih bersifat umum, jawapan yang diberikan kurang terperinci berbanding persoalan yang dilontarkan oleh Tun M seperti RM42 Billion, Jho Low dan Riza Aziz.

Mungkin disebabkan faktor masa dan kesesuaian PM tidak menyebutnya satu persatu tetapi memberikan satu jawapan bagi keseluruhan persoalan. Tidak dinafikan ada yang tidak berpuas hati dengan jawapan PM.

Namun saya percaya persoalan yang Tun M timbulkan juga pokok pangkalnya adalah ingin mengetahui kemana wang RM42 Billion itu saja, soal Jho Low ke, Riza Aziz ke itu semua tak penting kalau RM42 Billion itu ada dan selamat.

Sama juga contohnya sebelum kita melabur di ASB, kita akan tanya halal ke,? ASB berniaga apa ? Tak masuk neraka ke melabur kat ASB ? Siapa umum halal ? Bila diumum ? Mampu ke ASB nak bayar dividen setiap tahun dsbnya. Bila Majlis Fatwa putuskan halal dan ASB beri jaminan mampu, dengan dua jawapan itu bukankah sudah menjawab kepada persoalan-persoalan berkenaan.

Dalam isu 1MDB, menurut PM, 1MDB  terpaksa membuat pinjaman untuk kembangkan perniagaan, tapi apa yang pasti aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti, sekali lagi diulanginya yaitu melebihi liabiliti.

Kesimpulan dari jawapan Najib dapat difahami secara ringkasnya dimana Najib meminta rakyat supaya tidak perlu risau akan pengurusan 1MDB, apapun yang berlaku tidak ada masalah kerana aset yang dimiliki oleh 1MDB melebihi liabiliti.

Mengenai ketelusan pengurusan pula rakyat juga tak perlu khuatir, kerana bukan beliau, Rosmah atau Jho Low yang audit, sebaliknya akan diaudit oleh firma antarabangsa sama seperti PKFZ, cuma 1MDB lebih telus lagi kerana akan disemak semula oleh Ketua Audit Negara dan PAC yang turut mempunyai wakil dari pembangkang. Anda Mampu Mengubahnya.

Tun M: "Kerja Saya Hanya Penasihat, Bukan Ada Kuasa Untuk Arahkan Petronas"

PUTRAJAYA – Syarikat minyak negara Petronas perlu menyokong dasar kerajaan, termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang memberi keistimewaan kepada kaum Bumiputera dan Melayu.

Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan, Petronas, seperti agensi kerajaan lain, mesti mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

“Dasar kerajaan setakat yang saya tahu, termasuk untuk melaksanakan DEB. Kerajaan belum tolak DEB.

“Ini bermakna Petronas juga terlibatlah (untuk laksanakan DEB),” kata bekas Perdana Menteri itu semasa ditemui di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.

Beliau, bagaimanapun menegaskan, walaupun syarikat Bumiputera perlu diberikan layanan istimewa oleh Petronas, ia perlu dilakukan mengikut merit.

“(Ingin) lindungi (syarikat Bumiputera) pun ikut merit juga. Orang tak ada merit tak boleh la nak lindung,” katanya.

Dr Mahathir turut mengakui beliau sendiri menerima aduan berhubung perkara yang dilaporkan Sinar Harian kelmarin dan menegaskan, beliau telah pun menyampaikan kebimbangan itu kepada pengurusan tertinggi Petronas.

“Kerja saya (sebagai penasihat), saya beritahu kepada Presiden Petronas (Tan Sri Shamsul Azhar Abbas) tentang perkara-perkara ini (iaitu aduan mengenai dakwaan Petronas mengetepikan orang Melayu),” katanya.

Ditanya mengenai hala tuju dasar Petronas yang didakwa mula berubah daripada membantu syarikat Bumiputera dan orang Melayu, Dr Mahathir berkata Petronas beranggapan syarikat itu telah memenuhi objektifnya untuk membantu kaum Bumiputera.

“Jumlah kontrak (Petronas yang diberikan kepada syarikat Bumiputera) cukup besar. Katanya dia (Petronas) dah tolong banyak kepada Bumiputera,” kata beliau.

Dr Mahathir turut menjelaskan kapasitinya sebagai penasihat tidak berikannya kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada Petronas, sebaliknya beliau hanya boleh memberi nasihat.

“Saya cuma dengar banyak orang tak puas hati (dengan Petronas). Jadi bila orang tak puas hati, saya beritahu kepada presiden (Petronas).

"Terpulang kepada dia lah apa tindakan (nak diambil) sebab dia (ada kuasa) eksekutif. Saya bukan (ada kuasa) eksekutif,” jelas beliau.

Katanya, jika dilihat dari sudut keuntungan dicapai Petronas masa ini, pengurusan Petronas dianggap berada dalam keadaan baik.

Berhubung laporan Sinar Harian kelmarin mengenai peniaga-peniaga kecil yang didakwa tidak dibenarkan lagi membekalkan makanan seperti roti, nasi lemak dan kuih-muih ke stesen Petronas, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengenai perkara ini.

“Yang itu saya tak tau la. Ni saya baru dengar kata nasi lemak tak boleh jual (di stesen Petronas),” katanya.

Mengenai keluhan banyak syarikat Malaysia yang menerima kontrak syarikat gergasi minyak antarabangsa, tetapi tidak mendapat peluang di negara sendiri, Mahathir berkata Petronas perlu mengambil tahu mengenai masalah itu.

 Petronas perlu berperanan membantu dan menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera tanpa mengutamakan keuntungan.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu istimewa kepada rakyat di negara ini kerana menjadi penyumbang dan sumber terbesar pendapatan negara.

Menurutnya, Petronas perlu membangunkan ekonomi Bumiputera dalam pemberian kontrak kepada syarikat kecil atau besar yang dimiliki Bumiputera.

“Tuduhan bahawa syarikat ini meminggirkan Melayu mungkin tidak benar. Dakwaan tersebut disebabkan kecewa kerana tidak mendapat apa yang mereka mahukan dan berlainan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Ketua pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar bahawa Petronas pilih kasih dalam memberikan kontrak.

Zainal berkata, sekiranya dakwaan itu berlaku, Melayu dan Bumiputera perlu mendesak Petronas untuk membangunkan ekonomi mereka.

“Petronas tidak wajar memberikan keutamaan kepada syarikat asing,” katanya. Baca juga diSINI

Siapa sebenarnya yang berkuasa penuh keatas Petronas ?

PRK Sg Limau - Tun M: "Masa Saya Dulu Nak Masuk Pun Tak Boleh"

YAN - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang baik untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau daripada PAS, pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu, pada Isnin.

"Saya lebih yakin daripada masa saya dulu...masa saya dulu nak masuk pun tak boleh," katanya dalam sidang media di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini Ahad.

Dr Mahathir berkata, semangat BN kini tinggi, tidak seperti dahulu di mana banyak kawasan yang dulunya tidak boleh dimasuki kerana penduduknya menentang BN telah berubah dan sanggup mendengar penjelasan.

"Saya yakin apabila mereka dapat dengar daripada BN, mereka akan berani masuk dan sokong kita kerana jasa BN banyak. Boleh buat perbandingan, dulu tak ada perbandingan kerana selalunya kerajaan BN.

"Tapi sekarang, satu penggal PAS memerintah tak ada kemajuan walaupun pemimpinnya (arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak) cukup baik tetapi kemajuan tidak dapat dicapai," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau yakin dengan kejayaan BN di Kedah untuk membawa kemajuan yang lebih pesat dan peluang pekerjaan lebih luas selain pendapatan rakyat dapat ditingkatkan.

Beliau berkata, Allahyarham Azizan adalah sahabat baiknya yang berhasrat untuk mengurangkan pepecahan di kalangan orang Islam, namun kini pengundi di DUN Sungai Limau harus memilih seorang yang boleh meneruskan perjuangan tokoh Islam itu.

"Untuk meneruskan perjuangannya (Azizan), saya berpendapat supaya tidak berpecah, kita sokong yang baik dan tolak yang buruk. Saya menyeru agar fikir tentang pejuangan parti-parti di Malaysia, melihat perbandingan antara PAS dan Umno," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pengundi DUN Sungai Limau perlu bijakmemilih calon bagi PRK DUN itu pada Isnin, demi kepentingan generasi masa depan,negeri Kedah dan negara.

Katanya, pengundi tidak harus memilih calon mengikut perasaan dan PRK DUN Sungai Limau adalah penting untuk membuktikan pilihan yang dibuat itu adalah baik untuk memilih calon yang mampu membawa kemajuan.

Walaupun tidak berapa sihat, Dr Mahathir memilih untuk berada di sini sehari sebelum hari mengundi.

"Ya...saya tak berapa sihat tapi saya sayang kepada negara saya. Walaupun saya sakit, saya akan berusaha sedaya upaya, diizikan Allah S.W.T untuk membetulkan keadaan," katanya.

Tun M Sangkal Dakwaan Jika Mukhriz Menang Akan Ada Gerakan Dalaman Gulingkan Najib

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan The Economist bahawa anaknya Datuk Mukhriz akan menjadi ancaman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno kelak.

Dr Mahathir berkata majalah kewangan yang berpejabat di London, United Kingdom itu tidak boleh memikirkan sebarang perkara baik untuk ditulis terhadap sesiapapun.

"Di Malaysia, kita (anggota politik) tidak mengamalkan budaya jahat itu..iaitu menyingkirkan sesiapa," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

The Economist, dilaporkan berkata jika Mukhriz yang juga menteri besar Kedah menang, beliau akan diajak oleh kumpulan anti-Najib sebagai proksi bapanya dan kemudiannya seorang perdana yang lemah boleh digulingkan melalui satu gerakan dalaman.

Ditanya mengenai pandangan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu ceramah baru-baru ini bahawa kerajaan perlu menyemak semula perjanjian dengan Sabah dan Sarawak dalam memastikan kepentingan dua negeri itu dilindungi selepas membantu pembentukan Malaysia beliau berkata: "Kerajaan telah menguruskan perkara itu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut mengenainya.

Tun M: Masuk Umno Kerana Mahu Kaya, Beri Peluang Kepada Orang Muda Bersihkan Umno

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya. Beliau juga turut meminta supaya pemimpin baru dan muda diberikan peluang kerana hanya dengan langkah tersebut Umno akan dibersihkan.

"Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri.

"Hanya dengan memberi kepimpinan Umno kepada orang muda dan belum tercemar barulah pembersihan Umno boleh menjadi kenyataan dan diterima oleh masyarakat," kata Dr Mahathir yang dipetik dalam satu wawancara akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam wawancara itu lagi, Dr Mahathir turut membidas golongan muda zaman ini yang dilihatnya terlalu mengagumi barat serta corak politik liberal barat tetapi pada masa sama masih bergantung kepada bantuan kerajaan.

"Kita dapati ada di antara mereka, termasuk yang terpelajar, yang berpendapat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara tidak lagi relevan. Mereka berpendapat perjuangan untuk bangsa Melayu adalah lapuk dan ketinggalan zaman.

"Yang anehnya ialah mereka sendiri berjaya kerana menikmati dasar kerajaan untuk menolong mereka," kata beliau lagi.

Walaupun golongan muda dilihat penting demi masa depan Umno, Dr Mahathir berkata parti tersebut masih perlu berhati-hati dengan golongan terpelajar yang berpandangan politik liberal kerana bimbang ia akan memesongkan matlamat parti utama kaum Melayu tersebut.

"Kalau mereka ini menyertai Umno, besar kemungkinan Umno akan bertukar menjadi parti yang tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi parti liberal ala barat.

"Mereka perlu diberi kursus politik Melayu dan perjuangan Umno mesti diadakan. Walaubagaimanapun, kemasukan mereka adalah penting jika Umno ingin membersihkan imej mereka," ujarnya lagi.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh Tun M tak kata

Nasihat Tun M Kepada Nik Aziz: "Kita Ni Dah Tua, Eloklah Berundur"

PASIR MAS - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  supaya bersara serta berlapang dada bagi memberi laluan kepada generasi muda meneruskan kepimpinan.

Dr Mahathir berkata, beliau sendiri bersara ketika berusia 76 tahun kerana mahu memberi laluan kepada pemimpin muda dan meminta supaya Nik aziz turut berbuat demikian.

"Saya bersara bukan kerana lemah. Tetapi saya bersara kerana hendak beri peluang kepada generasi muda bagi mengambil alih pentadbiran negara.

"Hanya mereka yang akan mewarisi kerajaan ini. Alangkah elok sekiranya mereka diberi peluang melatih diri untuk mentadbir dan membangunkan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Tok Him di sini, Ahad.

Turut hadir ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa; calon Bebas-Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, calon Barisan Nasional (BN)-DUN Tendong, Datuk Hanafi Mamat.

Dr Mahathir berkata, jika generasi muda diberikan peluang, maka mereka dapat menunjukkan kebolehan untuk memimpin negara.

"Kita ni dah tua, eloklah berundur. Janganlah sampai di ceramah pun kita sampai didukung, masih nak jadi menteri besar... sampai bila-bila.

"Peganglah kepada kebenaran. Kebenarannya ialah kalau tak mampu nak mentadbir. Berilah peluang kepada orang yang lebih cekap di kalangan orang-orang Barisan Nasional bersama-sama dengan Datuk Seri (Najib Tun Razak)," kata Dr Mahathir yang berusia 87 tahun.

Dilaporkan bahawa walaupun keadaan kesihatan Nik Aziz, 82, sering dipersoalkan tetapi Nik Aziz tetap untuk bertanding sehingga akhir hayatnya termasuklah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebabnya Nik Aziz begitu sukar untuk berundur dan melepaskan jawatannya sebagai MB, bukankah lebih baik kiranya Nik Aziz melepaskan jawatannya itu dan memberi laluan kepada mereka yang lebih mampu, kemudian beliau bertindak sebagai penasihat atau tempat rujukan pimpinan muda.

Selama 23 tahun memimpin Pas di Kelantan, apa mungkin Nik Aziz masih tidak percaya akan taatnya pimpinan Pas kepada beliau ? Pimpinan Pas yang ada sekarang menghormati batang tubuhnya sebagai 'Tok Guru' atau takut kepada jawatan beliau sebagai MB ?

Andai Nik Aziz seorang yang jujur dan amanah, sudah pasti beliau tidak takut untuk melepaskan jawatannya itu, kerana beliau pasti yakin dengan akhlak beliau yang baik itu akan ditaati oleh anak-anak buahnya biarpun beliau tidak memegang jawatan sebagai MB. Kerana pembaharuan itu penting dalam satu-satu pentadbiran agar ia tidak lapuk dan jumud serta relevan dan seiring dengan kehendak semasa.

Dalam perhitungan kita, kepayahan Nik Aziz untuk melepaskan jawatannya adalah disebabkan kerana Islam yang dilaungkan oleh beliau itu tidak berlaku sebagaimana yang disyariatkan, beliau sendiri turut rakus mengaut kekayaan namun berselindung dibalik lilitan serban. Jika bersara, mungkin Nik Aziz bimbang segala kesongsangannya akan terbongkar.

Kerana Nik Aziz tahu, pimpinan Pas Kelantan disekelilingnya tidak boleh diharapkan dan hanya menikus disebabkan beliau masih berjawatan MB, bagaimanapun segala lakonan Nik Aziz yang tampil dengan imej zuhud bakal berakhir apabila sebahagian dari pemilikkan asetnya berjaya dibongkar, rujuk disini. Anda Mampu Mengubahnya.

Tun Mahathir: "Nik Aziz Bukan Tok Guru, Islam Pas Bergantung Kepada Karpal"

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "tok guru", sebaliknya hanya seorang pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa.

Katanya, pemimpin Pas itu sekadar 'peminat politik' yang tamak mendapatkan kuasa dengan menggadai agama.

"Orang tidak panggil tok guru, tetapi hanya peminat politik yang tamak mendapatkan tempat dengan menggadaikan agama.

"Ini bukan pemimpin, hanya nak undi dan mendapatkan kuasa. Inilah Nik Aziz yang bukan berjuang untuk Islam," katanya pada ucaptama Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 di sini, semalam.

Beliau berkata, Nik Aziz hanya menipu rakyat untuk mendirikan negara Islam, walhal tanpa sokongan DAP, tidak mungkin Pas dapat mendirikan negara Islam ala Pas.

"Ada 222 kawasan (Parlimen), tetapi kalau Pas hanya bertanding 65 kawasan sahaja, bolehkah Pas menjadi kerajaan, tanpa sokongan (Pengerusi DAP) Karpal Singh, Pas tidak dapat apa-apa.

"Tetapi Islam Pas dan Islam kita nampak berbeza. BN tidak pernah menolak Islam, dengan mengisytiharkan negara ini negara Islam.

"Tetapi Pas nak buat (engara Islam) untuk menang kerusi dan Islam itu bergantung kepada Karpal Singh," katanya.

Tambah Dr Mahathir, sekarang Nik Aziz sedar dan terpaksa mengemis meminta pertolongan DAP dan PKR kerana dia tahu, mendirikan negara Islam ala Pas tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Beliau turut menyelar keputusan Nik Aziz masih lagi meneruskan jawatannya meskipun usia sudah lanjut.

"Kata nak berhenti, tetapi apabila saya sudah berhenti, dia (Nik Aziz) tidak berhenti lagi, hendak bertanding lagi dalam pilihan raya umum ini," katanya.

Tun Mahathir : "Kalau Saya Jadi Perdana Menteri Saya Dah Bubarkan Dah Tahun Lepas"

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku...," kata bekas perdana menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"...tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemebrita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir juga bersetuju dengan pandangan bekas menteri kewangan dan penasihat ekonomi Tun Daim Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.

Berhubung kenyataan terbuka bekas anggota seumur hidup PAS, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988, Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya sangat terkejut dengan pengakuan Zainol itu.

Ini kerana, katanya bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh bukan menjadi budaya Malaysia.

Namun, bekas perdana menteri itu sekali lagi berkata bahawa beliau percaya Zainol yang lebih dikenali sebagai CN Afghani membuat pengakuan itu kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir.

"Tapi Alhamdulilah dia sedar dan tidak lagi taksub dengan ideologi PAS ini, dan buat kenyataan nak minta maaf...saya sedia maafkan sesiapa pun," katanya.

Menjawab soalan bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr Mahathir berkata beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.

"Kalau saya jadi perdana menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas," katanya dalam nada bergurau. - Bernama

Perancangan Untuk Membunuh Tun Mahathir Terbongkar -Video

KUALA LUMPUR - Perancangan untuk membunuh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 akhirnya terbongkar dengan pengakuan bekas anggota Pas seumur hidup, Zainol Ismail.

Zainon dilaporkan membuat pengakuan terbuka itu dengan mendakwa, rancangan melakukan pembunuhan itu timbul ekoran ketika itu beliau terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mengatakan Umno sebagai kafir sebelum menyesal dan berhasrat bertemu Tun Mahathir untuk memohon maaf.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas kenyataan terbuka Zainon itu, Tun Mahathir berharap kejadian bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh tidak menjadi budaya Malaysia.

"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya.

"Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia. Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh.

"Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir dipetik dari berita Bernama pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen hari ini.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Krisis Di Lahad Datu - Tun Mahathir Minta Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Dan Keras

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta kerajaan supaya mengambil tindakan segera keatas kumpulan penceroboh di Lahad Datu dan menghadapkan mereka ke mahkamah sekaligus menamatkan krisis tersebut daripada berlarutan.

Beliau juga khuatir situasi akan menjadi lebih buruk kerana kumpulan penceroboh ini akan tetap meneruskan keganasan mereka secara berpanjangan walaupun akan kalah dalam pertempuran.

"Saya khuatir apabila kita lihat apa yang berlaku di Filipina, bila ada pemberontakan daripada rakyat mereka, ia berpanjangan dan tidak mudah dihentikan.

"Sebab itu saya harap kerajaan akan mengambil tindakan yang keras dan tegas supaya tidak berlarutan," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden itu.

Selain itu, Tun Mahathir menyifatkan perbuatan kumpulan penceroboh itu sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, kumpulan itu bertindak ganas sehingga menyebabkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa lapan anggota pasukan keselamatan negara dalam dua kejadian berasingan di kedua-dua lokasi serangan itu.

"Kita cuba nak selesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah, tetapi kita dapati orang Sulu ini ganas, mereka bukan sahaja membunuh askar kita tetapi cederakan orang yang sudah mati.

"Kononnya mereka orang Islam tetapi perbuatan mereka tidak mengikut kehendak agama Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Global Muslim Conference on Unity and Economy' anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (MCCM) di sini hari ini.

Tun M: "Kalau Kita Nak Jadi Bankrap, Bolehlah Kita Beri Semua...

KUALA LANGAT - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, PKR dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," katanya.

Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.

Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab." - Bernama

Tun M: Waktu Nik Aziz Lahir Dia Bukan Mursyidul Am Pas - Video

Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyambut hari lahirnya dan pada masa sama mempertikaikan sambutan maulud Nabi mendapat sindiran daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pas Dalam BN - Tun Mahathir Tanya Nik Aziz Siapa Tipu Siapa

1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Tak Cukup 15, Tun Mahathir Tambah Lagi 50 Dalil Kepada Nik Aziz Mengenai Islam, Umno Dan Pas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tiadalah kerugian sedikitpun jika meluangkan masa bagi menghayati makna sebenar disebalik hujah yang dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ini terhadap segala tuduhan yang dibuat oleh Nik Aziz dan Pas. Sungguh jelas, terang dan bersuluh...

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; “Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, “Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); “Innamalmukminu na ikhwana…” iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, “maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); “Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai…”

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai “baca”. Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta’ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

Kafirkan Umno - 15 Jawapan Tun Mahathir Kepada Nik Aziz

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO. Allah Maha Kaya.

2. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, “Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini”. Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, “apa nama kerja ini”. Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

3. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan. 

4. Tetapi sebelumnya dia mendakwa “sokong PAS ertinya sokong Islam”. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – “Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah”.

5. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap “sokong PAS” baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

6. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.
 
7. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

8. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

9. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

10. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

11. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

12. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

13. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

14. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

15. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.
 
Tun Dr Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Tun Mahathir Dan Prof Kessler Sependapat Mengenai Masa Depan Negara Jika Jatuh Ketangan PR

AYER KEROH – Campuran tiga parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan boleh mencetuskan kecelaruan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata,ini kerana perjuangan ketiga-tiga parti itu tidak sehaluan dan akan memberi kesan terhadap negara, terutama rakyat, yang akan mengalami kerugian.

Beliau berkata, ini boleh dilihat apabila Pas dahulunya memperjuangkan negara Islam tetapi menukar kepada negara berkebajikan yang sebenarnya sudah diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, berikutan DAP menolak pelaksanaan hukuman hudud.

"PKR pula mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pas mahukan presidennya dan kemungkinan DAP pun mahu merasa jadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak seperti BN sepakat dan mempunyai matlamat tetap untuk mentadbir negara, mereka hanya mahu menang sahaja.

“Tetapi terpulang kepada rakyat untuk mengundi kerana taksub kepada sesebuah parti pembangkang biarpun apa dilakukan parti itu bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita sempena Seminar Ketahanan Nasional III ‘Mengekalkan Kedaulatan Negara’ di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.

"Negara kini mengecapi keamanan kerana bijak memilih pemerintah mentadbir negara dengan baik," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir juga menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh PRU13 berdasarkan semangat akar umbi Umno kian terserlah selepas Perhimpunan Agung Umnominggu lalu.

“Terpulang kepada beliau berdasarkan penilaian yang dibuat. Kita sekarang patut rapatkan kembali barisan supaya dapat mendirikan sebuah kerajaan kuat mendapat dua pertiga kerusi untuk melaksanakan dasar kerajaan yang kadang-kadang tidak popular,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada satu kaum di negara ini mendapat seratus peratus hak istimewa, sebaliknya mereka perlu berkorban sebahagian bagi membolehkan semua pihak merasainya.
 
Kenyataan Tun M itu turut disebut oleh  Profesor Clive Kessler dari Australia yang terkenal dalam bidang budaya dan politik.Rujuk disini

Tun M: "Kali Ni Najib Cukup Hebat", Turut Kagum Dengan Perwakilan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Ucapan Najib kali ni cukup hebat, beliau telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya.

Terdahulu didalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.

"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," kata beliau dalam ucapannya yang mengambil masa hampir 90 minit.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, PRU13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negara.

"Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," kata beliau.

Najib menambah, hasil kerja keras setiap generasi telah membentuk Malaysia, yang dikagumi rakan dan dihormati taulan.

"Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara.

"Pilihannya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

"Di satu sudut, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman," katanya lagi.

Najib berkata, beliau selaku Presiden Umno bersama-sama timbalanya serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama ALLAH dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

"Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan.

"Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," kata beliau.

Tun Mahathir: Bagi Kat Karpal Singh Jadi PM, Bila Pencen Dapat Tun Tau

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar melantik Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh sebagai Perdana Menteri jika PR rakyat berjaya mentadbir negara.

“Bagi kat dialah (Karpal Sigh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi,” katanya dengan sinis ketika ditanya wartawan berhubung kecelaruan PR dalam soal siapa layak jadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, rakyat boleh melihat sendiri sikap pemimpin pembangkang yang sudah berebut-rebut jawatan sebelum berjaya menguasai kerusi di Parlimen.

“Inilah yang kita lihat belum jadi kerajaan dah berebut-rebut dah. Bukan sahaja Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), bukan sahaja Anwar (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), Karpal Sigh pun nak jadi Perdana Menteri jugak,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian perwakilan di Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada PR pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, DAP dengan tegasnya mengulangi pendirian mereka mahukan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika PR memerintah.

“Ini adalah pilihan sepakat bagi ketiga-tiga parti, bahawa jika Pakatan Rakyat menang, Anwar yang akan menjadi perdana menteri,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu , Dr Mahathir berkata DAP, mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu, oleh kerana itu mereka beriya-iya mahukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Dia nak orang Melayu percaya pada DAP, kerana pemimpin DAP tidak ada orang Melayu, yang ada sudah lari keluar. Jadi dia nak Melayu punya sokongan, sebab itu dia nak orang Melayu jadi PM, jadi orang Melayu merasa legalah orang Melayu jadi PM.

“Tetapi, nanti jadi seperti di Perak, bila Nizar (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) jadi Menteri Besar, dia duduk di bawah telunjuk DAP, sebab itu dia bagi tanah, kita tentukan dasar tanah tidak boleh bagi lebih daripada 99 tahun tapi dia bagi sampai kiamat,” katanya.

Tun Mahathir Sifatkan Kenyataan Nurul Izzah 'Bodoh Yang Melampau'

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
 
Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas isu sama berkata tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.
  
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.
  
"Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rela Sabah Bersama Pemimpin di sini hari ini.
  
Hishammuddin berkata beliau ingin mengetahui jawapan Pas kepada hujah Nurul Izzah itu kerana dahulu Umno dikafirkan kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.

"Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh Pas yang menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka," katanya.
  
Sebelum ini portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:
  
Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
  
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...