Showing posts with label prk sungai limau. Show all posts
Showing posts with label prk sungai limau. Show all posts

Keputusan RASMI PRK Sungai Limau

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.

Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.

Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.

Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.

Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu.

Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Keputusan Terkini PRK Sungai Limau

Menurut kiraan tidak rasmi sehingga pukul 8 malam, PAS memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi.

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat diumumkan mendapat 12,069 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan 10,985 undi.

Seramai 23,249 daripada 27,222 pengundi berdaftar selesai melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

Menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah sebanyak 85.5 peratus.

Jumlah berkenaan berkurangan daripada sasaran SPR yang menjangkakan peratus keluar mengundi adalah sebanyak 90 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, sejumlah 24,406 orang atau 89.3 peratus pemilih keluar mengundi di DUN Sungai Limau.

PRK DUN Sungai Limau ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN mempertaruhkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim manakala PAS diwakil Mohd Azam Abdul Samat.

SPR menjangkakan keputusan pilihan raya kecil ini dapat diketahui selewat-lewatnya pukul10 malam Isnin.

PRK Sg Limau - Tun M: "Masa Saya Dulu Nak Masuk Pun Tak Boleh"

YAN - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang baik untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau daripada PAS, pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu, pada Isnin.

"Saya lebih yakin daripada masa saya dulu...masa saya dulu nak masuk pun tak boleh," katanya dalam sidang media di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini Ahad.

Dr Mahathir berkata, semangat BN kini tinggi, tidak seperti dahulu di mana banyak kawasan yang dulunya tidak boleh dimasuki kerana penduduknya menentang BN telah berubah dan sanggup mendengar penjelasan.

"Saya yakin apabila mereka dapat dengar daripada BN, mereka akan berani masuk dan sokong kita kerana jasa BN banyak. Boleh buat perbandingan, dulu tak ada perbandingan kerana selalunya kerajaan BN.

"Tapi sekarang, satu penggal PAS memerintah tak ada kemajuan walaupun pemimpinnya (arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak) cukup baik tetapi kemajuan tidak dapat dicapai," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau yakin dengan kejayaan BN di Kedah untuk membawa kemajuan yang lebih pesat dan peluang pekerjaan lebih luas selain pendapatan rakyat dapat ditingkatkan.

Beliau berkata, Allahyarham Azizan adalah sahabat baiknya yang berhasrat untuk mengurangkan pepecahan di kalangan orang Islam, namun kini pengundi di DUN Sungai Limau harus memilih seorang yang boleh meneruskan perjuangan tokoh Islam itu.

"Untuk meneruskan perjuangannya (Azizan), saya berpendapat supaya tidak berpecah, kita sokong yang baik dan tolak yang buruk. Saya menyeru agar fikir tentang pejuangan parti-parti di Malaysia, melihat perbandingan antara PAS dan Umno," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pengundi DUN Sungai Limau perlu bijakmemilih calon bagi PRK DUN itu pada Isnin, demi kepentingan generasi masa depan,negeri Kedah dan negara.

Katanya, pengundi tidak harus memilih calon mengikut perasaan dan PRK DUN Sungai Limau adalah penting untuk membuktikan pilihan yang dibuat itu adalah baik untuk memilih calon yang mampu membawa kemajuan.

Walaupun tidak berapa sihat, Dr Mahathir memilih untuk berada di sini sehari sebelum hari mengundi.

"Ya...saya tak berapa sihat tapi saya sayang kepada negara saya. Walaupun saya sakit, saya akan berusaha sedaya upaya, diizikan Allah S.W.T untuk membetulkan keadaan," katanya.

'Black Ops' PRK Sg Limau Terbongkar!!! - Gantung Patung 'Kaki Ustaz' Dikesan Kumpulan Sama Letak Kepala Babi Dalam Surau

YAN - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak.

Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab.


"Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sg. Limau.

Nampaknya Mahfuz lebih gemar bermain dengan isu 'kaki Ustaz', ya ternyata Mahfuz begitu tergamak sekali, setelah cubaan pertamanya untuk mengheret Timbalan Perdana Menteri dengan isu 'kaki Ustaz' gagal, apakah percubaan kali kedua dilakukan dengan mengarahkan Group I supaya menggantungkan patung-patung kaki dipelusuk Sungai Limau ?.

Tujuannya tidak lain hanya meraih simpati hasil dari kemarahan pengundi di Sungai Limau yang menyangka perbuatan itu ('Menggantung kaki') dilakukan oleh jentera Barisan Nasional.

Dibawah adalah salah satu pendedahan dari penyokong pro Ulamak Pas yang mendedahkan mengenai kewujudan Group I yang didakwa bertanggungjawab dalam kerja 'black ops' PAS, psywar, sabotaj, reverse psychology dsbnya. Pendedahan ini dibuat awal tahun lalu di blog SelamatkanPas.

Pendedahan yang dibuat telah diteliti dalam kesemua artikel yang diterbitkan sebelum dan selepas, ternyata penulis bukan calang-calang orangnya, beliau merupakan orang yang sangat rapat dengan kepimpinan Pas.

Kebetulannya, kerja jahat dan tak bertamadun seperti meletak kepala babi didalam surau dikatakan pernah dilakukan oleh orang yang rapat dengan Mahfuz, maka tidak mustahil kerja gantung 'kaki' ni pun mungkin dilakukan oleh orang yang sama.
Siapa di sebalik Mahfuz?
Orang penting yang banyak mempengaruhi Mahfuz ialah Zainul Faqar Yaakob (lihat facebooknya) atau blogger nota merah. Parasit yang banyak merosakkan pemikiran Mahfuz dengan maklumat palsu. Budak hitam yang sangat jahat, suka menghuru-harakan keadaan, dibuang kerja dari satu tempat ke satu tempat dan sekarang berada di Pulau Pinang. Kerajaan negeri mengarahkan untuk budak hitam ini tidak membuat apa-apa liputan tentang kerajaan Negeri. Kenapa? Aku tak sempat nak cerita dulu di sini.

Sebagaimana maklum, mahfuz adalah seorang pemimpin hebat, tapi tak tahu memandu kereta. Ini menjadikan beliau sangat membutuhkan pertolongan pemandu untuk bergerak ke mana-mana. Orang yang banyak menghulurkan bantuan sebagai pemandu ialah Zainul Faqar yang pada pandangan Mahfuz seorang 'budak hitam' yang baik, padahal dia adalah saluran parasit untuk mempengaruhi mahfuz.



Nanti aku akan ceritakan lebi panjang lebar perihal budak hitam ni, kejahatannya melalui penglibatan di dalam GROUP I (group IRC merosakkan pemikiran pelapis PAS), terlibat dengan pembakaran dewan di UM, meletakkan kepala babi di dalam surau UM, terlibat dengan isu penculikan Mastura (juga budak Group I) dan lain-lain.


'Budak jahat' yang banyak kenakan pimpinan PAS yang dianggap sebagai penghalang kepada agenda Parasit, termasuk antara dalang yang menyebarkan dan memanipulasi berita UG. Gerakan saraf PAS yang telah menghantar dua orang budak U yang ditangkap di Muktamar Shah Alam kerana menyebar risalah anti UG yang dicanang-canangkan sebagai GOLONGAN UMNO dalam PAS.


Pendek cerita, budak ni memang budak jahat yang dilihat baik pandangan mahfuz. Walhal, dia antara yang menjadi master mind yang menggerakkan Group I yang juga telah pekenakan ramai murabbi-murabbi PAS di universiti. Antara yang terakhir ialah, budak2 ni menghantar laporan kepada pihak Universiti Malaysia Perlis, gambar dan bukti penglibatan pengsyarah tersebut sehingga beliau dikenakan tindakan amaran. Yang dedahkannya bukan JKKK UMNO, tetapi group I yang ditubuhkan oleh Parasit di dalam PAS.

Insya Allah, aku akan ceritakan lebih panjang lebar tentang peranan 'budak hitam' ni merosakkan parti dari dalam dan siapa bos diorang, siapa funder diorang dan siapa yagn berikan arahan kepada diorang. Sila rujuk dan selak kebenaran mengenai geng ini di blog SelamatkanPas..

Contoh perangai manusia yang tidak bertamadun....Jadi pasal gantung patung 'kaki' di Sungai Limau tu tak hairanlah siapa yang punya kerja.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...