Showing posts with label pau. Show all posts
Showing posts with label pau. Show all posts

Video - @Khairykj Pemimpin Hebat Berucap Tak Mesti Berdegar Lihat Kehebatan @MuhyiddinYassin !

Ramai yang begitu teruja mendengar ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin didalam Perhimpunan Agung Umno biarpun ucapan beliau tidak ada 'tune' yang berdegar-degar yang mengharapkan tepukkan dan sorakkan dari perwakilan.

Saya juga tidak terkecuali dengan keterujaan itu, cuma mungkin keterujaan saya ada sedikit berbeza dengan anda, jika anda teruja dengan isi ucapannya, saya pula lebih teruja dengan cara beliau menyampaikan ucapan.

Bagi saya jika seseorang pemimpin itu mampu menyampaikan ucapan tanpa melihat kepada teks ucapan, pemimpin itu adalah pemimpin sejati yang benar-benar maklum, arif atau faham dengan apa yang beliau ucapkan. (benar-benar merasai denyut nadi rakyat)

Jarang sekali dapat kita lihat pemimpin berucap tanpa melihat kepada teks ucapan yang kita sendiri tidak tahu samada teks ucapan itu berdasarkan matlamat perjuangan atau hanya teks ucapan yang ditulis oleh orang lain.

Jika ucapan tanpa melihat kepada teks mampu disampaikan, adalah sudah pasti isi ucapannya itu tulus datang dari pemimpin itu sendiri dan pemimpin itu memang sedang berkira-kira dalam proses tindakkan, penyelesaian atau perlaksanaan.

Sungguhpun begitu, bukanlah bermaksud pemimpin yang menyampaikan ucapan dengan membaca teks itu tidak bagus, cuma ia mungkin kurang bagus dan berisiko untuk dianggap ucapan kosong 'pokko' yang sekadar memenuhi acara program dan langsung tidak kena mengena dengan matlamat perjuangannya.

Oleh sebab itu jugalah dapat kita lihat sikap pemimpin yang sering berubah dan tidak ada prinsip, adakalanya berimej liberal dan secara 'auto' berubah menjadi jaguh kaum pada satu-satu masa. Pemimpin seperti ini tidak boleh pakai sama sekali, kerana perjuangan pemimpin ini hanya untuk kepentingan diri sendiri yang ingin mencapai matlamatnya semata-mata.

Berbalik kepada ucapan TS Muhyiddin selama 22 minit (rujuk video dibawah), kesimpulannya selain misi, matlamat, angka, nama, judul yang mampu beliau sebut tanpa merujuk teks, terbuktilah bahawa beliau bukannya pemimpin yang menjadikan parti sebagai platform untuk kepentingan peribadi, sebaliknya beliau memang menghayati setiap permasalahan rakyat serta hal berkaitan negara atau dengan kata lain beliau adalah ahlinya.

Adapun jika bukan ahlinya, atau beliau adalah kontraktor, beliau tidak akan mampu untuk memberi ucapan seperti itu melainkan hanya mampu berucap hal yang berkait dengan selok-belok kontraktor sahaja. Syabas dan tahniah UMNO masih punyai pemimpin yang sebenarnya pemimpin. Anda Mampu Mengubahnya.

Ucapan penuh TS Muhyiddin rujuk http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/11/pau2014-teks-penuh-ucapan-ts-muhyiddin.html
  

Video Nik Aziz Dan Nik Razi Dipersembahkan Di PWTC

Cara yang dipraktikkan Pas ketika mendoakan kehancuran Umno adalah tidak mengikut kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau berkata dalam doa itu, Pas tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota Umno berlaku zalim.

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini, beliau menceritakan kisah nabi Muhammad s.a.w yang mendoakan supaya ALLAH melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan.

"Nabi doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi hentikan perbuatan itu.

"Doa nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama
satu persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca Pas disebut perkataan umum,
iaitu Umno," katanya.

"Adakah kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?," katanya disambut laungan "tidak!" oleh perwakilan Umno.

Fathul Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi kriteria doa orang yang dizalimi.

Mengikut kaedah Islam, doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama bukti, perlu diletak perkataan 'sekiranya' jika tidak pasti dan perlu ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk, katanya.

Anak bekas mufti Perlis itu kemudiannya mengemukakan lima cadangan untuk berdepan dengan fitnah pembangkang, iaitu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang, mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah.

Memetik ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat, Fathul Bari berkata pernyataan ikhlas itu merupakan contoh terbaik seorang pemimpin kerana sikap mohon maaf dan memaafkan adalah satu daripada bukti politik kasih sayang.

Menyentuh dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno murtad, beliau berkata kenyataan itu merupakan satu tuduhan yang sangat berat yang perlu difahami secara bijak kerana menteri besar Kelantan itu tidak membuat pernyataan secara langsung, sebaliknya menggunakan kaedah ilmu mantiq.

"Kita kena hati-hati. Ini kenyataan bijak sebab beliau tidak menyebut secara langsung Umno itu murtad. Ini ilmu mantiq, ada mukadimah dan natijah.
 
"Dia kata perlekeh Islam murtad dan dia kata Umno perlekeh Islam tanpa menyebut natijah sedangkan ia sangat jelas. Dia hukum Umno murtad," katanya yang turut menayangkan video doa Pas dan kenyataan Nik Abdul Aziz itu.

Wakil Kelantan - "Doalah Apa Sahaja, Kami Tidak Takut Dengan Doa Pas"

KUALA LUMPUR - Umno tidak takut dengan doa 'KO BN" yang dilafazkan oleh Pas di Kota Bharu dua minggu lalu, yang mendoakan kehancuran pemimpin dan parti itu, kata perwakilan dari Kelantan pagi ini.

Beliau yang mewakili Umno Rantau Panjang yakin bahawa doa tersebut tidak dimakbulkan berdasarkan sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Ra'd ayat 14 kerana bercanggah kaedah yang ditentukan oleh ALLAH dalam kitab suci itu.

"Pas doakan bala kepada Umno, Pas pernah doakan Umno dibutakan mata supaya tidak dapat melihat apa-apa selain bulan purnama.

"Pas juga pernah doakan Perdana Menteri kita buncit perut. Terbaru Pas menyamakan Umno sama seperti firaun, dan akhirnya mendoakan kehancuran Umno.

"Doalah apa sahaja, kami tidak takut dengan doa Pas. Ini kerana kami bukan seperti puak-puak tersebut. Semoga mereka diberi hidayah," kata beliau ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Perhimpunan tahunan akan berakhir petang ini dengan ucapan penggulungan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Pas perlu didoakan supaya diberi hidayah dan petunjuk, kerana Pas parti ajaran sesat kerana mendoakan kehancuran sesama Islam.

"Berbeza dengan Umno kami berdakwah melalui Sunnah Rasulullah. Inilah cara yang dipilih oleh Umno, pendekatan berhikmah dan mengikut Rasulullah," katanya.

Rabu lalu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendakwa Pas telah melanggar Enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana melafazkan doa 'KO BN' pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu dua minggu lalu.

Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Murysidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.

Doa Mukmin Gelombang Merah Di PWTC Buat Pas Rasa Malu - Video

Di ketika pemimpin Pas sibuk berdoa untuk menghancurkan Umno, hati rakyat Malaysia sayu dan hiba apabila pimpinan Umno tidak pula membalasnya dengan hal yang serupa, sebaliknya mereka menjadikan perhimpunan rutin parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini dengan mengadakan solat hajat dan berdoa memohon umat Islam dan seluruh rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman, sejahtera dan bersatu padu.

Jika doa lebai-lebai Pas berbunyi "Ya Allah, hancurkan UmnoBN, musnahkan UmnoBN, KO Umno, Umno KO"

Doa yang bergema di PWTC pula bermohon "Ya Allah, Kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah... seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah... di utara, selatan, timur dan barat Ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam Ya Allah.

"Peliharalah negara kami Ya Allah... peliharalah pimpinan-pimpinan kami YaAllah, peliharalah rakyat negara kami Ya Allah, peliharalah raja-raja kami Ya Allah."


Ternyata kematangan, keluhuran, ketulusan dan keikhlasan mendaulatkan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh Umno itu jauh lebih benar berpandukan ajaran sebenar Islam yang dibawa oleh Rasulullah, kata-kata didalam doa itu mencerminkan dasar yang jelas dianjurkan oleh Islam. Kerana Islam lebih menggalakkan penyatuan daripada menimbulkan perpecahan.

Tidak sebagaimana doa puak Khawarij yang memohon kehancuran  Umno dan Barisan Nasional (BN) pada majlis solat hajat di Stadium Muhammad IV sempena Muktamar Tahunan Pas ke-58 baru-baru ini, yang mengejutkan banyak pihak.

Perbuatan Pas itu dilihat bertentangan dengan ajaran Islam, memandangkan Islam sendiri meminta umat mendoakan hanya perkara baik, sebagaimana sabda Nabi Muhamad SAW:

 "Mohonlah kebaikan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan)." (Hadis riwayatal-Tirmidzi).

Bagi mengukur sejauhmana keimanan anda, lihatlah dari apa yang anda pilih, keburukkan ataupun kebaikkan ? Jika anda mengatakan keburukkan itu adalah wajar disebabkan dizalimi, maka anda perlu menilai kezaliman yang mereka maksudkan dan tidak terpedaya dengan persepsi dizalimi yang dicetuskan bertujuan untuk meraih sokongan politik.

Dalam politik mereka bolehlah berpolitik atau berlakon dan berpura-pura, namun dalam soal ibadat seperti doa yang melibatkan Hak Allah, ianya sudah keterlaluan, sangat keterlaluan dengan mempergunakan agama, sedangkan apa yang mereka katakan zalim itu tidak sebagaimana dengan realiti yang sebenarnya dari apa yang berlaku.
Kezaliman Najib terhadap Nik Aziz
Sejauhmana tahap toleransi dan kesabaran anda untuk mendefinisikan sesuatu kelakuan itu dengan menilainya satu perbuatan yang zalim ? Adakah sikap golongan yang zalim itu seperti apa yang ditunjukkan pada gambar diatas ? Atau juga golongan yang zalim itu seperti apa yang dinyatakan pada video dibawah ?

Percayalah, suatu hari nanti setelah Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak bersara dan menyerahkan jawatan PM kepada TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin misalnya, maka ketika itu Najib akan disebut sebagai lebih baik daripada Muhyiddin, dan kerana itulah dikatakan sebagai politik.

Menuduh pemerintah seperti kerajaan UmnoBN itu zalim sehingga sanggup bermohon doa adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak bertanggungjawab, kerana sangat mustahil bagi mereka yang zalim untuk melaksanakan tanggungjawab sekiranya apa yang dibuat serta dibangunkan di negeri Kelantan dari dulu sehingga kini itu dikatakan oleh Pas sebagai sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Ketahuilah, tidak semua pemimpin yang ada didalam UmnoBN itu buruk, samalah juga dengan pemimpin didalam Pas, namun tindakan Pas yang sanggup bermain dengan doa itu tidak boleh diterima sama sekali, berpadalah dalam berpolitik, kerana Allah juga benci terhadap hambanya yang melampaui batas.

Seterusnya bermuhasabahlah, dan nilailah doa-doa yang dipolitikkan oleh Pas itu samada ia menepati dengan ajaran Islam ataupun sebaliknya, sebagaimana firman Allah  didalam surah al-‘Araf, (55) yang bermaksud:

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. 

Anda Mampu Mengubahnya.

Tun M: "Kali Ni Najib Cukup Hebat", Turut Kagum Dengan Perwakilan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Ucapan Najib kali ni cukup hebat, beliau telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya.

Terdahulu didalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.

"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," kata beliau dalam ucapannya yang mengambil masa hampir 90 minit.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, PRU13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negara.

"Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," kata beliau.

Najib menambah, hasil kerja keras setiap generasi telah membentuk Malaysia, yang dikagumi rakan dan dihormati taulan.

"Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara.

"Pilihannya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

"Di satu sudut, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman," katanya lagi.

Najib berkata, beliau selaku Presiden Umno bersama-sama timbalanya serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama ALLAH dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

"Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan.

"Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," kata beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...