Showing posts with label doa politik. Show all posts
Showing posts with label doa politik. Show all posts

Video - Tiru Gaya Doa KO BN Jadi Mainan Mat Sabu

Beginilah apa yang dikatakan sebagai hamba yang biadab, penganut Pas yang sesat, doa yang sepatutnya menjadi senjata orang mukmin dan cara untuk bermohon sesuatu daripada Allah tidak lagi diamalkan sebagaimana yang diajar didalam Islam. Pemimpin Pas  sering menyalahgunakan agama demi kepentingan politik mereka.

Namun apa yang harus direnung oleh umat Islam diseluruh tanahair, iaitu adakah kita melihat pemimpin Pas ini benar-benar takut dan bertakwa kepada Allah ? Adakah kita melihat cara Mat Sabu meniru gaya 'doa KO BN' itu menunjukkan beliau seorang pemimpin Islam yang sebenar dan tergolong dikalangan hamba yang diredhai oleh Allah Taala. Anda Mampu Mengubahya.

Video - Doa Nik Aziz Tak Konsisten, 4 Kali Doa Sama, Baca Maksud Berbeza Meleret-Leret

Kebiasaanya kita hanya mendengar pengeluaran fatwa yang tidak konsisten dari Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tapi kali ini memohon doa kepada Allah pula yang tidak konsisten. Terjemahan daripada doa yang dibacakannya itu sering berbeza-beza dan adakalanya juga doa itu seperti ceramah politik.

Tafsiran ikut suka atau ikut keluar dari mulut yang bersifat celupar ini sangat berbahaya, kerana itu jugalah Nik Aziz mendakwa segala kerja buat dan amal ibadat yang dilakukan oleh orang-orang Umno tidak akan mendapat pahala.

Persoalannya adakah Nik Aziz yang menentukan dosa pahala seseorang manusia ? Umat Islam seharusnya dapat membezakan yang mana boleh disebut sebagai ulamak dan yang mana pula fulamak. Jika dengan Allah Taala pun Nik Aziz bermain berpolitik yang tidak konsisten atau istiqamah apatah lagi sesama manusia.

Rakaman video dibawah menunjukkan adegan doa terjemah ikut suka yang boleh dibandingkan pada empat keadaan yang berlainan. Namun bukan soal salah atau tidak salah yang hendak dibangkitkan, akan tetapi ianya sekadar ingin menunjukkan dimana keadaan yang jelas betapa tidak konsistennya doa itu yang juga sering diamalkan didalam fatwa atau kenyataan yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

Murtad, kafir, munafik dsbnya adalah tuduhan rutin Nik Aziz terhadap Umno, tuduhan itu akan  menjadi lebih kerap bilamana pilihanraya semakin hampir, tetapi mereka yang jelas-jelas KAFIR seperti pemimpin DAP diangkat sebagai Khalifah Umar Abd Aziz, apakah orang seperti itu yang hendak kita sebut sebagai ulamak warosatul anbiya' ? Anda Mampu Mengubahnya.

Ya Allah kami tahu suatu hari nanti kami akan mati
Lepas pada mati kami... dalam kubur

Ya Allah kami mengaku suatu hari nanti kami akan mati
Lepas pada mati kami akan dihidup balik

Ya Allah suatu hari nanti semua mayat dalam kubur akan dihidup balik
Dan dihimpunkan setempat dipadang masyar

Doa 'KO BN' Hanya Ugutan Politik Berdalilkan Matlamat Menghalalkan Cara

Riuh pemimpin dan penyokong-penyokong Pas mengugut rakyat yang lemah imannya dengan ancaman doa kehancuran terhadap Umno, seolah-olah doa menjadi mainan Pas dengan mengatakan Umno ketakutan apabila Tok Guru mereka telah mendoakan kehancuran BN,

Isu yang timbul adalah boleh atau tidak mendoakan seseorang sekiranya seseorang itu dizalimi, pada pandangan saya, sebenarnya bukan soal boleh atau tidak boleh, dah kalau mereka rasa dizalimi, maka menjadi hak mereka untuk berdoa apa saja kepada Allah, namun Allah jua yang menentukan segala-galanya, Allah maha adil, Allah tahu zalim atau tidak zalim, kita serahkannya kepada Allah.

Apa yang nak ditimbulkan adalah cara dan adab berdoa, kalau berdoa sampai menjerkah, mengugut, melalak dengan perkataan-perkataan yang tidak selaras dengan apa yang diajar oleh Islam, adakah itu doa seorang yang dianggap memperjuangkan Islam, sedangkan hukum hakam berdoa pun tidak reti atau tidak tahu apa satu, kejahilan dalam berdoa adalah satu hal yang tidak patut berlaku keatas pendoa yang juga peniaga jus doa.

Keduanya, secara realiti jika kita pernah dizalimi, dan kezaliman itu benar-benar buat kita tersiksa, lalu kita menadah tangan untuk berdoa dan ikhlas dari hati mengadu kepada Allah yang maha esa, dalam keadaan tidak hipokrit atau tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk atau politik, kerana hanya kita dengan Allah sahaja, tidak ada orang lain, adakah keadaan kita sebagaimana keadaan adik Nik Aziz itu berdoa, maksudnya keadaan yang melalak dan mengjerkah itu?

Pastilah tidak, kerana apabila kita dizalimi kita akan merasa sedih, terhina dan tersiksa, oleh itu kesedihan kita akan mengiringi doa sehingga ke akhirnya, bukannya dengan bersedih seketika sebelum kembali menyalak seperti orang gila. Secara jujurnya seorang insan bila berhadapan dengan Allah, tidak akan ada lagi segala perasaan marah, dendam dsbnya, apa yang ada hanyalah rintihan dan pengaduan, sungguhpun diri hanyalah begitu kerdil kita rasakan. Anda Mampu Mengubahnya..

Luahan rasa yang tidak puas dengan sikap Pas yang sentiasa mempergunakan agama...

Video Nik Aziz Dan Nik Razi Dipersembahkan Di PWTC

Cara yang dipraktikkan Pas ketika mendoakan kehancuran Umno adalah tidak mengikut kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau berkata dalam doa itu, Pas tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota Umno berlaku zalim.

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini, beliau menceritakan kisah nabi Muhammad s.a.w yang mendoakan supaya ALLAH melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan.

"Nabi doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi hentikan perbuatan itu.

"Doa nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama
satu persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca Pas disebut perkataan umum,
iaitu Umno," katanya.

"Adakah kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?," katanya disambut laungan "tidak!" oleh perwakilan Umno.

Fathul Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi kriteria doa orang yang dizalimi.

Mengikut kaedah Islam, doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama bukti, perlu diletak perkataan 'sekiranya' jika tidak pasti dan perlu ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk, katanya.

Anak bekas mufti Perlis itu kemudiannya mengemukakan lima cadangan untuk berdepan dengan fitnah pembangkang, iaitu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang, mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah.

Memetik ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat, Fathul Bari berkata pernyataan ikhlas itu merupakan contoh terbaik seorang pemimpin kerana sikap mohon maaf dan memaafkan adalah satu daripada bukti politik kasih sayang.

Menyentuh dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno murtad, beliau berkata kenyataan itu merupakan satu tuduhan yang sangat berat yang perlu difahami secara bijak kerana menteri besar Kelantan itu tidak membuat pernyataan secara langsung, sebaliknya menggunakan kaedah ilmu mantiq.

"Kita kena hati-hati. Ini kenyataan bijak sebab beliau tidak menyebut secara langsung Umno itu murtad. Ini ilmu mantiq, ada mukadimah dan natijah.
 
"Dia kata perlekeh Islam murtad dan dia kata Umno perlekeh Islam tanpa menyebut natijah sedangkan ia sangat jelas. Dia hukum Umno murtad," katanya yang turut menayangkan video doa Pas dan kenyataan Nik Abdul Aziz itu.

Doa Mukmin Gelombang Merah Di PWTC Buat Pas Rasa Malu - Video

Di ketika pemimpin Pas sibuk berdoa untuk menghancurkan Umno, hati rakyat Malaysia sayu dan hiba apabila pimpinan Umno tidak pula membalasnya dengan hal yang serupa, sebaliknya mereka menjadikan perhimpunan rutin parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini dengan mengadakan solat hajat dan berdoa memohon umat Islam dan seluruh rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman, sejahtera dan bersatu padu.

Jika doa lebai-lebai Pas berbunyi "Ya Allah, hancurkan UmnoBN, musnahkan UmnoBN, KO Umno, Umno KO"

Doa yang bergema di PWTC pula bermohon "Ya Allah, Kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah... seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah... di utara, selatan, timur dan barat Ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam Ya Allah.

"Peliharalah negara kami Ya Allah... peliharalah pimpinan-pimpinan kami YaAllah, peliharalah rakyat negara kami Ya Allah, peliharalah raja-raja kami Ya Allah."


Ternyata kematangan, keluhuran, ketulusan dan keikhlasan mendaulatkan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh Umno itu jauh lebih benar berpandukan ajaran sebenar Islam yang dibawa oleh Rasulullah, kata-kata didalam doa itu mencerminkan dasar yang jelas dianjurkan oleh Islam. Kerana Islam lebih menggalakkan penyatuan daripada menimbulkan perpecahan.

Tidak sebagaimana doa puak Khawarij yang memohon kehancuran  Umno dan Barisan Nasional (BN) pada majlis solat hajat di Stadium Muhammad IV sempena Muktamar Tahunan Pas ke-58 baru-baru ini, yang mengejutkan banyak pihak.

Perbuatan Pas itu dilihat bertentangan dengan ajaran Islam, memandangkan Islam sendiri meminta umat mendoakan hanya perkara baik, sebagaimana sabda Nabi Muhamad SAW:

 "Mohonlah kebaikan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan)." (Hadis riwayatal-Tirmidzi).

Bagi mengukur sejauhmana keimanan anda, lihatlah dari apa yang anda pilih, keburukkan ataupun kebaikkan ? Jika anda mengatakan keburukkan itu adalah wajar disebabkan dizalimi, maka anda perlu menilai kezaliman yang mereka maksudkan dan tidak terpedaya dengan persepsi dizalimi yang dicetuskan bertujuan untuk meraih sokongan politik.

Dalam politik mereka bolehlah berpolitik atau berlakon dan berpura-pura, namun dalam soal ibadat seperti doa yang melibatkan Hak Allah, ianya sudah keterlaluan, sangat keterlaluan dengan mempergunakan agama, sedangkan apa yang mereka katakan zalim itu tidak sebagaimana dengan realiti yang sebenarnya dari apa yang berlaku.
Kezaliman Najib terhadap Nik Aziz
Sejauhmana tahap toleransi dan kesabaran anda untuk mendefinisikan sesuatu kelakuan itu dengan menilainya satu perbuatan yang zalim ? Adakah sikap golongan yang zalim itu seperti apa yang ditunjukkan pada gambar diatas ? Atau juga golongan yang zalim itu seperti apa yang dinyatakan pada video dibawah ?

Percayalah, suatu hari nanti setelah Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak bersara dan menyerahkan jawatan PM kepada TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin misalnya, maka ketika itu Najib akan disebut sebagai lebih baik daripada Muhyiddin, dan kerana itulah dikatakan sebagai politik.

Menuduh pemerintah seperti kerajaan UmnoBN itu zalim sehingga sanggup bermohon doa adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak bertanggungjawab, kerana sangat mustahil bagi mereka yang zalim untuk melaksanakan tanggungjawab sekiranya apa yang dibuat serta dibangunkan di negeri Kelantan dari dulu sehingga kini itu dikatakan oleh Pas sebagai sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Ketahuilah, tidak semua pemimpin yang ada didalam UmnoBN itu buruk, samalah juga dengan pemimpin didalam Pas, namun tindakan Pas yang sanggup bermain dengan doa itu tidak boleh diterima sama sekali, berpadalah dalam berpolitik, kerana Allah juga benci terhadap hambanya yang melampaui batas.

Seterusnya bermuhasabahlah, dan nilailah doa-doa yang dipolitikkan oleh Pas itu samada ia menepati dengan ajaran Islam ataupun sebaliknya, sebagaimana firman Allah  didalam surah al-‘Araf, (55) yang bermaksud:

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. 

Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Kerana Nyanyuk, Nik Aziz Berceramah Dipertengahan Berdoa

Nik Aziz berdoa ke berceramah ? kuat sangat berpolitik sampaikan Nik Aziz nyanyuk dan lupa yang beliau sedang berdoa bukannya berceramah, namun bagi menjaga kekeramatan Nik Aziz, marilah orang-orang Pas untuk pertahankan beliau, biarpun jauh bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh Islam mengenai adab didalam berdoa.

Sesekali mendengarnya, sebahagian isi doa Nik Aziz ini mirip seperti tok bomoh sedang menyeru asal-usul khadam belaannya supaya bangkit, hahaha. Bermula kenyanyukkan Nik Aziz adalah pada minit ke 1.36, namun ketika itu hanya sebelah sahaja tangan diturun dan dihuyung-hayangkan.

Sehinggalah pada minit ke 1.59 jelaslah kata-kata dalam doa serta kedua-dua tangan yang dihuyung-hayangkan itu menunjukkan Nik Aziz sedang berceramah dan lupa yang sebenarnya beliau sedang berdoa, nyanyuk dan terlebih politik faktor kepada kelalaian dan jiwa yang tidak khusyuk.

Bagaimanapun pada minit ke 2.16 Nik Aziz kembali sedar setelah beliau melihat semua hadirin didepannya sedang menadah tangan, (ohhh rupanya aku sedang berdoa), dalam keadaan serba salah itu, pada minit ke 2.22 Nik Aziz dilihat cuba untuk menadah kembali tangannya sebelum meletakkan semula kerana mungkin beliau bimbang aksi nyanyuk itu dikesan oleh hadirin. hahaha. Anda Mampu Mengubahnya.

Manusia tidak maksum, dalam sedar atau tidak manusia sering lakukan kesalahan, tapi dek kerana taksub manusia tersesat kerana melihat kesalahan itu sebagai satu sunnah untuk diamalkan dan dipertahankan.

Lihat Apa Nik Aziz Buat Setelah Doanya Gagal Untuk Menghalau Gangguan Jin / Api Misteri

Doa "KO BN", doa musnah dan doa pecah perut hasilnya sama sahaja dengan solat hajat dan doa politik yang dipersembahkan oleh Nik Aziz sewaktu cubaan menunjukkan karomahnya untuk mengusir jin api yang mengganggu sebuah keluarga di Kampung Penambang Kota Bharu beberapa bulan lalu, namun apa yang berlaku adalah jin semakin menggangu, difahamkan, pada awalnya hanya  muncul api misteri, tetapi setelah kehadiran Nik Aziz, jin-jin berkenaan mengajak tuan rumah untuk berparang dan api misteri pula muncul semakin kerap.

Apabila keadaan semakin bertambah parah, selang beberapa minggu datanglah seorang hamba Allah dengan rendah diri tampil untuk cuba membantu keluarga berkenaan dengan berdoa memohon daripada Allah supaya keluarga berkenaan dilindungi daripada gangguan-gangguan jin seperti yang berlaku.

Akhirnya solat hajat dan doa secara berjemaah itu dimakbulkan oleh Allah Taala dengan serta merta, situasi itu sampai kepada pengetahuan Nik Aziz, ingatkan Nik Aziz nak ucapkan rasa syukur kerana rakyatnya tidak lagi dibelenggu dengan api misteri itu, tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya, dimana Nik Aziz telah bertindak membuang semua gambar-gambar solat, doa dan lawatan beliau kerumah tersebut dari laman Facebook yang beliau post sebelum ini, tidak pasti samada tindakan membuang itu adalah ekoran rasa malu, marah ataupun untuk menutup kegagalan beliau dari terus diketahui umum.

Bagaimanapun Kesimpulan dari apa yang dapat dilihat dengan perbezaan gambar berdoa dibawah, doa berhajat pada perkara yang sama dan dirumah yang sama, mungkin hanya niat yang berbeza menyebabkan salah satu doa sahaja dimakbulkan dengan serta merta.

Apa yang tak kena dengan doa Ulamak yang tersenarai di bursa saham Deoband ini ? Tidak cukup alim dan karomahkah Nik Aziz ? Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, hikmah itu biarkan saja gambar yang berbicara untuk dinilai oleh semua. Iktibar dari apa yang berlaku itu, jangan kita menjadikan sesuatu ibadat itu diatas mencari keuntungan politik, kerana ibadat yang sebegitu hanyalah sia-sia dan tidak diterima serta tidak dimakbulkan oleh Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

Perut Najib takkan pecah, Umno takkan hancur, Pas jua yang akan lebur, Nik Aziz pula akan menganggur.

Hairie: Doa 'KO BN' Ekstrem, Inikah Cara Islam Yang Pas Perjuangkan ?

Perbezaan diantara hidayah yang diterima oleh Al-Fadhil Ustaz Hairie Othman dan Ustazah Abby Abadi Al-Segerari tampak begitu jelas, ia boleh dilihat ketika memberi komen berhubung doa 'KO BN' oleh Nik Razi Nik Mat dimana Hairie agak terkilan dan tidak bersetuju dengan doa itu berbanding Abby yang sentiasa membuta.

Abby membuta biasalah ada sebabnya, cuba kalau dipinggirkan macam Hairie atau tidak diberikan apa-apa 'yang patut' mahunya dia nak support membuta macam tu, betul tak Abby ?

Masuk bab pinggir ni teringat pula kata-kata Mantan Mufti Perlis dulu mengenai artis berhijrah jadi sarjana Islam ni, dan beliau dirujuk sebagai berkata,

Yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam'. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat.

Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan' yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz' dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa
ribu ringgit satu ceramah.

Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘
kurang comel', tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya. 


Satu masa nanti jangan terkejut jika kenyataan Abby sudah tidak lagi membuta, kerana ketika itu Pas sudah ada penerima hidayah yang lebih muda dan cun daripada Abby untuk dijaja ke pentas-pentas ceramah Pas, dan ketika itu Abby mungkin hanya dijadikan kain buruk untuk mengelap apa-apa yang patut sahaja. Anda Mampu Mengubahnya..

Isu KO BN Dan Umno Murtad - Setiausaha Akhbar Nik Aziz Sahut Cabaran Debat Minda Pondok

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran debat Minda Pondok bagi mempertahankan tuduhan yang dilemparkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cabaran itu, katanya khusus bagi mempertahankan dakwaan Nik Aziz  khususnya dalam isu doa dan  memurtadkan Umno.

"Saya menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran Minda Pondok yang saya kira perlu untuk dilaksanakan.

"Dalam hal ini saya kira samada Minda Pondok boleh merangka program ini ataupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjadi urusetia," katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap Minda Pondok boleh menerima cadangan ini sekiranya benar-benar mereka ikhlas untuk menjernihkan suasana.

Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, dalam isu debat perlulah sekurang-kurangnya panelis yang terlibat dilihat sama kedudukan sama ada dalam parti mahupun kerajaan.

"Selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, adalah tidak munasabah untuk meletakkan Minda Pondok sepentas dengan Nik Aziz dalam apa jua tajuk sekalipun," katanya.

Beliau memberi respons demikian ekoran cabaran debat oleh satu pertubuhan bukan kerajaan yang menamakan diri mereka sebagai Minda Pondok seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Minda Pondok dilaporkan mencabar Nik Aziz berdebat dalam isu doa dan dakwaan bahawa UMNO murtad.

Dengan sahutan SUA Nik Aziz terhadap Minda Pondok itu kita mengharapkan mana-mana pihak tidak akan memberi apa-apa alasan lagi selepas ini, dan debat ini perlu disegerakan bagi kita melihat dan menilai kedudukannya yang sebenar serta hujah-hujah yang diutarakan oleh kedua-dua pihak.

Disebabkan isu ini juga tidak melibatkan dasar parti yang perlu diputuskan oleh individu yang punyai kuasa, kita melihat kedua-dua belah pihak adalah lawan yang sepadan dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Jadi apa ditunggu lagi!!! Anda Mampu Mengubahnya.

"KO BN" - Nik Abduh Pertahankan Bapa Saudaranya Dengan 6 Dalil Tak Cukup Satu

Yang ke 6 Sila tambah tu yang tak tahan tu, sampai Nik Abduh sendiri pun dah buntu bagaimana nak bela doa "KO BN" bapa saudaranya itu, dah bagi 5 dalil pun dia rasa tak cukup lagi untuk diiktiraf sebagai zalim, kerana dalil-dalil itu tidak konkrit.
 
Nik Abduh perlu pertahankan bapa saudaranya supaya tidak dilihat sebagai liabiliti kepada PR untuk ke Putrajaya, golongan IRC didalam Pas sedang  mencemuh anak beranak mereka sekarang ini, tidak kurang ada yang menyindir sebagai 'politik kampung, dan ada juga yang mengambil sikap berdiam diri, tidak sebagaimana isu sokongan murtad Nurul Izzah yang mana pemimpin-pemimpin Pas seperti Khalid Samad pantas bangkit membela dan mempertahankan kenyataan Nurul Izzah.
 
Sementara itu Ikatan Muslim Malaysia (Isma) menegaskan Pas tidak wajar memberi perumpamaan Umno-Barisan Nasional (BN) seperti firaun yang kejam dan zalim dalam doa selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kalau dilihat dari segi perjuangan Umno pada hari ini tidak sama seperti firaun yang mahukan menghancurkan agama dan orang Islam.

“Pemimpin Umno juga bukan pemimpin angkuh dan tidak boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang menentang Islam.

“Mereka mentadbir dan memerintah negara ini dengan cara munasabah. Jadi, jika ada kelemahan, perlulah di doakan perkara kebaikan bukannya kehancuran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdullah Zaik turut mempersoalkan mengapa sebelum ini Pas boleh menerima dan tidak mendoakan kehancuran golongan Erdogan di Turki yang mengamalkan dasar sekular.

"Jika golongan Erdogan ini berjuang dalam situasi mereka, Umno-BN pun berjuang dalam konteks situasi sebagai sebuah parti yang memimpin kerajaan berbilang bangsa," katanya.

Beliau berkata, dalam agama Islam, amalan mendoakan kehancuran dan keburukan kepada orang lain tidak boleh dilakukan termasuk kepada umat Islam sendiri.

Beliau berharap Pas kembali kepada kesederhanaan dalam berpolitik.

Sementara itu, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) pula menegaskan mana-mana parti yang berlandaskan Islam dalam perjuangan mereka tidak sepatutnya bertindak mendoakan kehancuran kepada orang lain kerana perkara ini tiada dalam nas dan Al-Quran.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, tindakan ini secara tidak langsung akan menggalakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu Islam.

“Doa ini memberikan pengertian yang tidak adil kepada parti pemerintah yang telah banyak menaburkan bakti kepada negara,” katanya.

Beliau berharap, kedua-dua parti politik Melayu Islam perlu duduk berbincang untuk mengelakkan banyak lagi salah faham pada masa akan datang.

Video - Doa Politik 'BN KO', Doa Menjerkah Gegarkan Stadium Sultan Muhammad IV

Solat politik pernah didedahkan, dan ini pula doa politik, doa politik yang sudah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar, doa politik ini seperti wayang kulit 'Pok Dogol' minta nombor ekor, apabila minta nombor ekor 'Pok Dogol' akan minta secara 'PAU' atau pusing sepertimana doa tersebut yaitu BN KO, KO BN. Perkataan 'KO' pun dijadikan bahasa dalam berdoa !.

Punah ranah habis dibuatnya, Insyaallah doa tersebut akan diterbalikkan dan tertimpa keatas kerajaan PAS Kelantan pada PRU13 nanti, kita berdoa atau meminta ni perlu ada adabnya, kalau meminta macam nak ajak 'gocoh' (gaduh) siap jerkah lagi ni dah tentulah doa politik 'gila' golongan yang berfahaman Allah duduk bersila lendik diatas arasy lah ni, kerana bagi ASWJ Allah ni maha mendengar, tak perlulah nak melaung-laung macam syiah atau puak ajaran sesat, sebaliknya berdoalah dengan lembut dan sopan.

Soal makbul atau tidak itu urusan Allah bukan urusan hambanya, namun apa yang ingin dijelaskan adalah mengenai adab berdoa supaya umat Islam tidak terpengaruh mengamalkan doa politik sebegini, adab yang tidak pernah diajar oleh Islam, dengan Allah pun tak reti nak berbahasa macammana nak berjuang Islam.

Mudah-mudahan perjalanan kami ke Putrajaya Ya Allah dengan begitu sekali mudah dengan pertolonganmu Ya Allah, kalaulah kamu silap, kalaulah kamu pernah, kalaulah kamu pernah tenggelamkan firaun didalam laut (minit 2.48)

Dunia politik telah banyak merosakkan akidah umat, dimana pemimpin-pemimpn politik telah mempergunakan Islam demi keuntungan politik mereka, ibadah pun dijadikan politik, sehingga sampai kehari ini Najib tidak pernah pecah perut kerana doa keramat Nik Aziz, mungkin Najib akan pecah perut gelak sakan melihat doa politik seperti ini.

Bagaimanapun harus diingat sekiranya ibadah dijadikan gimik politik secara berterusan, ia adalah sangat berbahaya kepada akidah umat Islam, kita tunggu saja apa komen ilmuan-ilmuan Islam mengenai doa 'Pok Dogol' ini. Anda Mampu Mengubahnya.
k
Sumber Video kredit kepada Minaq Jinggo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...