Showing posts with label gadis api. Show all posts
Showing posts with label gadis api. Show all posts

Nik Aziz Keramat, Mampu Menyembuhkan Pahlawan Negara Yang Tercedera Di Lahad Datu

Sekali lagi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba memperlihatkan drama keramatnya kepada umum dengan memberitahu bahawa beliau sedang membacakan ayat-ayat penyembuh kepada salah seorang perwira negara yang tercedera dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu semalam.

Keangkuhannya jarang memperlihatkan bahawa beliau sedang bertawakkal memohon izin dari Allah Taala, akan tetapi seolah-olah beliaulah yang mampu untuk menentukan sesuatu itu dengan keramat yang beliau ada termasuk menyembuhkan. Hebat bukan ? So undilah Pas, itulah maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh Nik Aziz menerusi dramanya itu.

Sedangkan jika tidak punyai niat untuk mengkeramatkan diri beliau, cukup saja sekadar memberitahu yang beliau sebagai seorang pemimpin sedang menziarahi rakyatnya, tidak perlulah untuk memberitahu yang beliau sedang membacakan AYAT-AYAT PENYEMBUH, lebih islamik lagi jika beliau mengajak semua rakyat untuk sama-sama berdoa agar kecederaan yang dialami oleh perwira negara itu cepat sembuh dengan keizinan dari Allah Taala.

Bagaimanapun ini bukanlah kes baru yang dilakukan oleh Nik Aziz, sebelum inipun bila tarikh pilihanraya dijangka makin hampir, Nik Aziz akan cuba sedaya upaya untuk berdrama keramat  meraih populariti dalam kes-kes yang menjadi tumpuan umum. Itulah harga diri yang ada pada seorang ularmak bernama Nik Aziz yang sanggup lakukan apa sahaja untuk kekal menjadi MB sehingga ke akhir hayat. Anda Mampu Mengubahnya.




Lihat Apa Nik Aziz Buat Setelah Doanya Gagal Untuk Menghalau Gangguan Jin / Api Misteri

Doa "KO BN", doa musnah dan doa pecah perut hasilnya sama sahaja dengan solat hajat dan doa politik yang dipersembahkan oleh Nik Aziz sewaktu cubaan menunjukkan karomahnya untuk mengusir jin api yang mengganggu sebuah keluarga di Kampung Penambang Kota Bharu beberapa bulan lalu, namun apa yang berlaku adalah jin semakin menggangu, difahamkan, pada awalnya hanya  muncul api misteri, tetapi setelah kehadiran Nik Aziz, jin-jin berkenaan mengajak tuan rumah untuk berparang dan api misteri pula muncul semakin kerap.

Apabila keadaan semakin bertambah parah, selang beberapa minggu datanglah seorang hamba Allah dengan rendah diri tampil untuk cuba membantu keluarga berkenaan dengan berdoa memohon daripada Allah supaya keluarga berkenaan dilindungi daripada gangguan-gangguan jin seperti yang berlaku.

Akhirnya solat hajat dan doa secara berjemaah itu dimakbulkan oleh Allah Taala dengan serta merta, situasi itu sampai kepada pengetahuan Nik Aziz, ingatkan Nik Aziz nak ucapkan rasa syukur kerana rakyatnya tidak lagi dibelenggu dengan api misteri itu, tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya, dimana Nik Aziz telah bertindak membuang semua gambar-gambar solat, doa dan lawatan beliau kerumah tersebut dari laman Facebook yang beliau post sebelum ini, tidak pasti samada tindakan membuang itu adalah ekoran rasa malu, marah ataupun untuk menutup kegagalan beliau dari terus diketahui umum.

Bagaimanapun Kesimpulan dari apa yang dapat dilihat dengan perbezaan gambar berdoa dibawah, doa berhajat pada perkara yang sama dan dirumah yang sama, mungkin hanya niat yang berbeza menyebabkan salah satu doa sahaja dimakbulkan dengan serta merta.

Apa yang tak kena dengan doa Ulamak yang tersenarai di bursa saham Deoband ini ? Tidak cukup alim dan karomahkah Nik Aziz ? Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, hikmah itu biarkan saja gambar yang berbicara untuk dinilai oleh semua. Iktibar dari apa yang berlaku itu, jangan kita menjadikan sesuatu ibadat itu diatas mencari keuntungan politik, kerana ibadat yang sebegitu hanyalah sia-sia dan tidak diterima serta tidak dimakbulkan oleh Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

Perut Najib takkan pecah, Umno takkan hancur, Pas jua yang akan lebur, Nik Aziz pula akan menganggur.

Mangsa Gangguan Api Misteri Pulih, Karomat Nik Aziz Antara Dua Gambar Berhikmah

KOTA BHARU - Alhamdulillah memanjat syukur kehadrat Allah SWT diatas nikmat ketenangan yang diberikan keatas keluarga ini setelah hampir 3 tahun diuji dengan gangguan api misteri, Akhbar Sinar Harian telah beberapa kali menerbitkan artikel mengenai gangguan api misteri keatas keluarga ini sehingga ramai juga pengamal perubatan yang hadir untuk membantu mangsa, tidak terkecuali karomat Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut hadir dan menunaikan solat hajat bagi menghalau gangguan yang dipercayai berpunca dari makhluk halus itu.

Mangsa gangguan api misteri, Zainab Sulaiman, 75, dan cucunya Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14 melahirkan rasa bersyukur dan gembira apabila kejadian api misteri yang berlaku semenjak tiga tahun lalu kini sudah tidak berlaku lagi di rumahnya yang terletak di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.

“Sudah 16 hari kami tidak diganggu oleh api misteri selepas mendapat rawatan daripada Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dari Nilai, Negeri Sembilan.

“Makcik berharap misteri ini akan berakhir buat selamanya dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami,” katanya.

Sementara itu, pengasas pusat rawatan tersebut, Shamsuri Shafie berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa ke atas rumah itu dalam usaha untuk memastikan gangguan tersebut tidak berulang.

Beliau berkata, pihaknya hanya mampu berikhtiar selebihnya ALLAH SWT yang menentukan dan memohon kepada keluarga tersebut agar memperbanyakkan solat Hajat serta berdoa semoga gangguan yang dialami pulih sepenuhnya.

“Semua ini adalah ujian dari ALLAH SWT kepada keluarga makcik Zainab dan saya yakin mereka dapat mengharunginya dengan tabah,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah ini, Nurfatihah mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu. Dia mendengar bisikan halus itu ketika sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi.

“Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. ‘Benda’ itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, ‘dia’ pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.

“Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

Menurut pengasas pusat rawatan berkenaan, Ustaz Shamsuri Shafie “Selepas melakukan pemeriksaan ke atas badan pesakit, kami mendapati tiada sebarang gangguan yang dihadapi oleh keluarga itu.
"Bagaimanapun gangguan itu hanya berlaku pada rumah mereka sahaja sehingga ada barangan yang terbakar secara tiba-tiba.

“Pun begitu kami cuba sedaya mungkin untuk membantu memulihkan gangguan ini. Sebagai langkah pertama kami membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan pendinding di rumah selain ‘memandikan’ seluruh ahli keluarga,” katanya.

Apapun pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini dan hikmah disebaliknya boleh disimpulkan melalui dua gambar diatas, semuanya adalah dengan izin Allah, namun ia juga bergantung kepada usaha melalui adab dan cara kita memohon juga, dan jika kita ingin bercakap mengenai 'hakikat' ianya terlalu dalam dan panjang.

Maka hendak diringkaskan menerusi dua gambar diatas iaitu diantara 'karomat' keseorangan dan juga berjemaah, hebat mana pun kita, kerendahan diri perlu ada, tidak usah merasa angkuh dengan memadai hanya kita seorang sahaja untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu. Sebaliknya haruslah bersatu, bersama didalam jemaah untuk sama-sama mendapatkan atau menegakkan   sesuatu yang sudah lama diperjuangkan itu.

Tidak cukup hanya membiarkan orang lain memandang kita berusaha tanpa mengajak mereka bersama-sama dengan kita, kalau hendak baik atau hendak alim biarlah bersama-sama agar kita dapat menghindari rasa takabbur yang sudah menjadi lumrah kepada seseorang manusia. Insyaallah hasil dari berjemaah itu akan mendapat berkat dan pertolongan dari yang Esa, hanyalah sekadar tatapan untuk renungan. Anda Mampu Mengubahnya. 

"Ulamak boleh jadi Imam tak semestinya boleh jadi pemimpin, Pemimpin boleh jadi Menteri Besar tak semestinya boleh jadi Ulamak, Ulamak nak jadi dukun bolehlah cuba... letaklah sesuatu itu biar kena pada tempatnya Insyaallah ia akan berjaya".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...