Showing posts with label nik razi. Show all posts
Showing posts with label nik razi. Show all posts

Doa 'KO BN' Hanya Ugutan Politik Berdalilkan Matlamat Menghalalkan Cara

Riuh pemimpin dan penyokong-penyokong Pas mengugut rakyat yang lemah imannya dengan ancaman doa kehancuran terhadap Umno, seolah-olah doa menjadi mainan Pas dengan mengatakan Umno ketakutan apabila Tok Guru mereka telah mendoakan kehancuran BN,

Isu yang timbul adalah boleh atau tidak mendoakan seseorang sekiranya seseorang itu dizalimi, pada pandangan saya, sebenarnya bukan soal boleh atau tidak boleh, dah kalau mereka rasa dizalimi, maka menjadi hak mereka untuk berdoa apa saja kepada Allah, namun Allah jua yang menentukan segala-galanya, Allah maha adil, Allah tahu zalim atau tidak zalim, kita serahkannya kepada Allah.

Apa yang nak ditimbulkan adalah cara dan adab berdoa, kalau berdoa sampai menjerkah, mengugut, melalak dengan perkataan-perkataan yang tidak selaras dengan apa yang diajar oleh Islam, adakah itu doa seorang yang dianggap memperjuangkan Islam, sedangkan hukum hakam berdoa pun tidak reti atau tidak tahu apa satu, kejahilan dalam berdoa adalah satu hal yang tidak patut berlaku keatas pendoa yang juga peniaga jus doa.

Keduanya, secara realiti jika kita pernah dizalimi, dan kezaliman itu benar-benar buat kita tersiksa, lalu kita menadah tangan untuk berdoa dan ikhlas dari hati mengadu kepada Allah yang maha esa, dalam keadaan tidak hipokrit atau tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk atau politik, kerana hanya kita dengan Allah sahaja, tidak ada orang lain, adakah keadaan kita sebagaimana keadaan adik Nik Aziz itu berdoa, maksudnya keadaan yang melalak dan mengjerkah itu?

Pastilah tidak, kerana apabila kita dizalimi kita akan merasa sedih, terhina dan tersiksa, oleh itu kesedihan kita akan mengiringi doa sehingga ke akhirnya, bukannya dengan bersedih seketika sebelum kembali menyalak seperti orang gila. Secara jujurnya seorang insan bila berhadapan dengan Allah, tidak akan ada lagi segala perasaan marah, dendam dsbnya, apa yang ada hanyalah rintihan dan pengaduan, sungguhpun diri hanyalah begitu kerdil kita rasakan. Anda Mampu Mengubahnya..

Luahan rasa yang tidak puas dengan sikap Pas yang sentiasa mempergunakan agama...

Video Nik Aziz Dan Nik Razi Dipersembahkan Di PWTC

Cara yang dipraktikkan Pas ketika mendoakan kehancuran Umno adalah tidak mengikut kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau berkata dalam doa itu, Pas tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota Umno berlaku zalim.

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini, beliau menceritakan kisah nabi Muhammad s.a.w yang mendoakan supaya ALLAH melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan.

"Nabi doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi hentikan perbuatan itu.

"Doa nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama
satu persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca Pas disebut perkataan umum,
iaitu Umno," katanya.

"Adakah kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?," katanya disambut laungan "tidak!" oleh perwakilan Umno.

Fathul Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi kriteria doa orang yang dizalimi.

Mengikut kaedah Islam, doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama bukti, perlu diletak perkataan 'sekiranya' jika tidak pasti dan perlu ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk, katanya.

Anak bekas mufti Perlis itu kemudiannya mengemukakan lima cadangan untuk berdepan dengan fitnah pembangkang, iaitu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang, mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah.

Memetik ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat, Fathul Bari berkata pernyataan ikhlas itu merupakan contoh terbaik seorang pemimpin kerana sikap mohon maaf dan memaafkan adalah satu daripada bukti politik kasih sayang.

Menyentuh dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno murtad, beliau berkata kenyataan itu merupakan satu tuduhan yang sangat berat yang perlu difahami secara bijak kerana menteri besar Kelantan itu tidak membuat pernyataan secara langsung, sebaliknya menggunakan kaedah ilmu mantiq.

"Kita kena hati-hati. Ini kenyataan bijak sebab beliau tidak menyebut secara langsung Umno itu murtad. Ini ilmu mantiq, ada mukadimah dan natijah.
 
"Dia kata perlekeh Islam murtad dan dia kata Umno perlekeh Islam tanpa menyebut natijah sedangkan ia sangat jelas. Dia hukum Umno murtad," katanya yang turut menayangkan video doa Pas dan kenyataan Nik Abdul Aziz itu.

"KO BN" - Nik Abduh Pertahankan Bapa Saudaranya Dengan 6 Dalil Tak Cukup Satu

Yang ke 6 Sila tambah tu yang tak tahan tu, sampai Nik Abduh sendiri pun dah buntu bagaimana nak bela doa "KO BN" bapa saudaranya itu, dah bagi 5 dalil pun dia rasa tak cukup lagi untuk diiktiraf sebagai zalim, kerana dalil-dalil itu tidak konkrit.
 
Nik Abduh perlu pertahankan bapa saudaranya supaya tidak dilihat sebagai liabiliti kepada PR untuk ke Putrajaya, golongan IRC didalam Pas sedang  mencemuh anak beranak mereka sekarang ini, tidak kurang ada yang menyindir sebagai 'politik kampung, dan ada juga yang mengambil sikap berdiam diri, tidak sebagaimana isu sokongan murtad Nurul Izzah yang mana pemimpin-pemimpin Pas seperti Khalid Samad pantas bangkit membela dan mempertahankan kenyataan Nurul Izzah.
 
Sementara itu Ikatan Muslim Malaysia (Isma) menegaskan Pas tidak wajar memberi perumpamaan Umno-Barisan Nasional (BN) seperti firaun yang kejam dan zalim dalam doa selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kalau dilihat dari segi perjuangan Umno pada hari ini tidak sama seperti firaun yang mahukan menghancurkan agama dan orang Islam.

“Pemimpin Umno juga bukan pemimpin angkuh dan tidak boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang menentang Islam.

“Mereka mentadbir dan memerintah negara ini dengan cara munasabah. Jadi, jika ada kelemahan, perlulah di doakan perkara kebaikan bukannya kehancuran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdullah Zaik turut mempersoalkan mengapa sebelum ini Pas boleh menerima dan tidak mendoakan kehancuran golongan Erdogan di Turki yang mengamalkan dasar sekular.

"Jika golongan Erdogan ini berjuang dalam situasi mereka, Umno-BN pun berjuang dalam konteks situasi sebagai sebuah parti yang memimpin kerajaan berbilang bangsa," katanya.

Beliau berkata, dalam agama Islam, amalan mendoakan kehancuran dan keburukan kepada orang lain tidak boleh dilakukan termasuk kepada umat Islam sendiri.

Beliau berharap Pas kembali kepada kesederhanaan dalam berpolitik.

Sementara itu, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) pula menegaskan mana-mana parti yang berlandaskan Islam dalam perjuangan mereka tidak sepatutnya bertindak mendoakan kehancuran kepada orang lain kerana perkara ini tiada dalam nas dan Al-Quran.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, tindakan ini secara tidak langsung akan menggalakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu Islam.

“Doa ini memberikan pengertian yang tidak adil kepada parti pemerintah yang telah banyak menaburkan bakti kepada negara,” katanya.

Beliau berharap, kedua-dua parti politik Melayu Islam perlu duduk berbincang untuk mengelakkan banyak lagi salah faham pada masa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...