Demi Rakyat, Tun Daim Sarankan Kerajaan Mansuhkan Permit Import (AP) Seperti Mansuhkan Subsidi Gula @NajibRazak

Demi kepentingan 28 juta rakyat Malaysia, sebelum ini kerajaan telah berbesar hati mengurangkan subsidi minyak dan memansuhkan subsidi gula, manakala demi kepentingan 98 buah syarikat, kerajaan setakat ini belum berhasrat untuk memansuhkan Permit Import (AP).

Kuala Lumpur - Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin mencadangkan kerajaan menimbang untuk memansuhkan Permit Import (AP), dasar yang diperlukan untuk mengimport kenderaan, bagi membantu mengurangkan kos memiliki kereta di Malaysia.

"Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat,"
katanya.

Daim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Roland S Folger yang berkata langkah itu jika dilaksanakan akan menjadikan harga kereta lebih murah, dan menggalakkan pengeluar kereta untuk meningkatkan pelaburan bagi mengeluarkan kereta yang lebih murah di pasaran tempatan.

"Bagi saya, ada satu cara kita dapat mengurangkan harga kereta. Ia merupakan penyelesaian yang mudah terhadap isu ini (iaitu) memansuhkan AP terbuka," kata Folger kepada akhbar The Sun baru-baru ini.

Menurut Daim lagi, kerajaan perlu mengambil langkah positif dalam Dasar Automotif Negara (NAP), yang akan disemak semula tidak lama lagi, supaya menimbang kepentingan segman penduduk yang lebih besar, dan bukannya beberapa orang terpilih sahaja.

Laporan menyebut bahawa terdapat 98 syarikat memegang AP terbuka bagi mengimport kereta ke dalam negara.

Penganalisis industri sering membincangkan kaedah untuk menjadikan industri automotif tempatan lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan yang lebih besar dan melabur semula, dan supaya kereta lebih mampu dimiliki dalam pasaran tempatan.

Folger juga menekankan hakikat bahawa pemansuhan AP terbuka tidak akan menjejaskan kutipan hasil kerajaan, malah dapat meningkatkan kutipan.

Penganalisis industri mengatakan bahawa kerajaan boleh menghapuskan barisan tambahan dalam perniagaan dan melepaskan kos penjimatan itu kepada rakyat memandangkan AP terbuka mengenakan beberapa ribu ringgit untuk setiap transaksi yang diproses.

Penjimatan kos boleh digunakan oleh kerajaan untuk merangsangkan lagi industri itu atau menyalurkannya untuk perbelanjaan yang lebih produktif, kata mereka.

Penganalisis terbabit mencadangkan kerajaan mengeluarkan tender AP Terbuka untuk mendapatkan lebih banyak hasil kerajaan yang seterusnya boleh mengurangkan cukai untuk pembeli kereta, dan sekali gus menjadikan harga kereta lebih murah.

AP Terbuka biasanya digunakan oleh pengimport yang sama untuk mengimport semula kereta mewah recond dan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding kereta yang dipasang dalam negara.

Sebagai contoh semakan di Internet menunjukkan Mercedes-Benz E200 baharu dijual pada harga kira-kira 35,000 pound sterling (kira-kira RM179,000) di Britain berbanding RM366,000 untuk model yang sama yang dipasang di Malaysia.

Kereta Mercedes-Benz E200 terpakai di Britain akan menjadi kira-kira 10,000 pound lebih murah atau kira-kira RM51,000, bergantung kepada tahun pembuatan dan perbatuan.

Pengimport 'tidak rasmi' atau pemegang AP terbuka boleh mengambil kesempatan ke atas perbezaan harga yang lebih tinggi di Malaysia untuk menjual semula E200 recond daripada antara RM270,000 dan RM290,000 setiap satu, walaupun selepas membayar cukai.

Diskaun ini sering dilihat sebagai 'menguntungkan' pengguna atas perbelanjaan pengilang yang telah menanggung kos tambahan seperti perolehan tempatan, kos pemasangan, penjenamaan dan promosi, jualan dan perkhidmatan selepas jualan.

Pemansuhan AP terbuka juga akan menghapuskan Malaysia sebagai antara destinasi utama kereta terpakai mewah di dunia, kata penganalisis itu.

Mereka menegaskan supaya kerajaan perlu mengkaji semula keseluruhan struktur industri automotif, termasuk segmen rejim cukai dan tempoh akhir hayat kereta, bagi memastikan ia boleh bergerak ke depan memandangkan pembuat kereta nasional sudah wujud hampir 20 hingga 30 tahun dengan Proton Saga pertama dilancarkan pada Julai 1985 dan Perodua Kancil muncul pada Ogos 1994.

Jika sebelum ini Menteri menyahut dan memanjangkan cadangan daripada MIROS supaya dibuat pertimbangan oleh JPJ mengenai had jangka hayat kenderaan. Kali ini rakyat boleh lihat samada cadangan Tun Daim ini akan turut sama dipanjangkan oleh Menteri ataupun sebaliknya.

Seterusnya rakyat boleh menilai sejauhmana seseorang pemimpin itu mempedulikan kepentingan rakyat, dan setiap kenyataan tergantung sebelumnya juga akan mampu untuk diterjemahkan.

Sebagai rakyat yang ada otak, kita tak nak tengok seseorang pemimpin itu hanya tahu memanjangkan cadangan ataupun 'penemuan baru' yang tidak menguntungkan rakyat saja, sebaliknya cadangan yang menguntungkan rakyat juga perlu dipanjangkan supaya ia mendapat keseimbangan sebagai seorang pemimpin.

Lagipun cadangan tersebut bukan dari Pak Mat tempe atau dari calang-calang orang, Tun Daim Zainuddin, sosok yang tidak perlu diperkenalkan kerana umum lebih mengenalinya, dengan itu kita tidak fikir cadangan beliau akan disepikan demi kepentingan seluruh rakyat. Anda Mampu Mengubahnya

Memansuhkan subsidi gula bermakna kesihatan yang lebih baik untuk rakyat, Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...