MANTAN SYEIKHUL AL-AZHAR JAWAB ISU HAJI DAN HIMPUNAN BERSIH

Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour  memberi ingatan agar tiada pihak yang menggunakan Islam untuk menakutkan masyarakat.

Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula semalam hingga 17 Jun.

"Dalam proses mewujudkan sebuah negara Islam, tidak wajar menimbulkan suasana takut kepada masyarakat, dan tidak boleh memperjuangkan Islam secara kasar," katanya.

Beliau menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting.

Sementara itu, ketika menjawab soalan peserta seminar mengenai cadangan menangguhkan ibadat haji untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum, Sheikh Mahmoud Ashour berkata tindakan itu tidak perlu kerana jumlah jemaah haji tidak akan menjejaskan perjalanan pilihan raya.

"Tidak haram untuk menangguhkan haji, namun begitu, haji akan jadi wajib kepada mereka yang sudah mencapai kemampuan. Merujuk kepada jemaah haji Malaysia, jumlah jemaah yang mengerjakannya tidaklah sampai berjuta-juta, jadi tidak perlu menangguhkan kerana alasan pilihan raya," katanya.

Mengulas mengenai perhimpunan haram, beliau berkata pada prinsipnya, Islam tidak menghalang untuk berhimpun tetapi jangan sampai perhimpunan itu menimbulkan huru-hara dalam masyarakat

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...