TARIKH PRU 13 - NAJIB JAWAB MUDAH SAJA

KUALA LUMPUR – Tarikh pilihan raya umum (PRU) bergantung pada ketetapan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kuasa budi bicara untuk menetapkan bilakah tarikh pilihan raya itu dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak dipinda.

“Itu sistem kita melainkan kita ubah sistem perlembagaan negara kita yang membenarkan perdana menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen tetapi tidak lewatdaripada lima tahun.

“Itu peruntukan perlembagaan. Selagi kita tidak ubah perlembagaan, kita tak boleh kata perlu buat (pilihan raya) lebih awal atau sampai penghujung (penggal) sebagai satu ketetapan,” katanya kepada para pemberita dalam sidang akhbar selepas selesainya mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini pada Jumaat.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis yang berkata beliau sedia mencadangkan agar PRU hanya akan diadakan selepas berakhirnya penggal lima tahun pemerintahan mana-mana kerajaan.

Najib berkata: “Semua orang ada hak untuk beri pandangan masing-masing, tidak ada apa-apa yang menyekat kita untuk adakanpilihan raya lebih awal atau sampai habis tempoh sesuatu penggal.”

Mengikut Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen perlu terus berjalan selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertamanya dan terbubar selepas tempoh itu.

Nazri secara peribadi berkata, beliau percaya Ahli Parlimen sepatutnyaberkhidmat sepenuh penggal kerana rakyat memilih wakil mereka bagi tempoh berkenaan.

“Saya fikir tempoh lima tahun bermakna wakil rakyat perlu berkhidmat dalam tempoh itu sebelum PRU diadakan semula,” kata Nazri lagi ketika berucap di Dewan Rakyat pada Khamis. (Mstar)

1 comment:

  1. BAYARAN BALIK WANG TAK DITUNTUT DIJANGKA MENINGKAT RM95 JUTA TAHUN INI..KHAMIS, 04 DISEMBER 2008 12:00 AM

    KUALA LUMPUR: Jumlah bayaran balik wang tak dituntut (WTD) dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut kepada pemilik dijangka meningkat sehingga RM95 juta pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

    Pada tahun lepas, katanya RM58 juta WTD telah dibayar balik kepada empunya berbanding RM15 juta pada tahun 2002.

    "Melalui usaha berterusan yang dilakukan kerajaan, ramai pihak yang menuntut berjaya memperolehi wang mereka kembali," katanya di sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

    Sehingga Oktober 2008, seramai 51,000 orang telah memperolehi wang tersebut, meningkat daripada 46,000 orang pada tahun 2007 dan 42,000 orang pada 2006.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan SENATOR DATUK YIP KUM FOOK(MCA Gombak) yang ingin mengetahui jumlah WTD yang terkumpul oleh pendaftar dan apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengesan pemilik WTD ini.

    Ahmad Husni berkata jumlah WTD yang diterima setiap tahun oleh pendaftar menunjukkan peningkatan yang ketara apabila tempoh WTD selama setahun sebelum sesuatu wang yang tak dituntut perlu diserahkan oleh syarikat atau firma kepada pendaftar dimansuhkan melalui pindaan Akta Wang Tak Dituntut berkuatkuasa 1 Jan, 2003.

    Pada tahun 2006 dan 2007, katanya jumlah WTD yang diterima oleh pendaftar terus meningkat dengan kadar yang tinggi apabila banyak sekuriti tak dituntut diserahkan ke dalam Akaun Depositori Pusat Menteri Kewangan telah dijual dan hasil jualan dibayar kepada pendaftar sebagai WTD.

    Jumlah WTD dalam simpanan pendaftar sehingga 31 Dis 2007 adalah sebanyak RM2.85 bilion.

    Ahmad Husni menjelaskan bahawa pendaftar, selaku pemegang amanah sentiasa berusaha membantu orang awam yang menghadapi masalah dalam semakan WTD di syarikat dan firma berkenaan.

    "Orang ramai boleh mengemukakan pertanyaan melalui kaunter pejabat pendaftar atau panggilan telefon atau secara bertulis serta melalui internet," katanya.

    Kerajaan pada tahun 2006 telah membangunkan Sistem Kewangan dan Pengurusan Perakaunan Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Akauntan Negara untuk menyimpan rekod WTD yang diserahkan oleh syarikat dan firma sejak tahun daftar 2005. BERNAMA

    * SENATOR DATUK YIP KUM FOOK tidak perlu bertanya apa-apa kerana dia ditipu ramai orang di Kepong dan juga playboy di mana-mana, dia sangat jahat, sekarang ramai orang tahu apa yang dia lakukan

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...