BN AKAN BINCANG PERSEDIAAN HADAPI PILIHANRAYA

PETALING JAYA: Dalam spekulasi yang bertiup kencang tentang pemilihan calon pilihan raya, Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan bermesyuarat pada 29 Jun untuk membincangkan persediaan jentera pilihan raya.

BN mengadakan mesyuarat itu seminggu selepas Majlis Tertinggi Umno bermesyuarat pada 22 Jun.

Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertemu semua pemimpin parti komponen Barisan secara individu dan menerima senarai akhir daripada mereka, menjadikan tanda-tanya berterusan sama ada pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Julai, September atau kemudian.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata mesyuarat BN akan meneliti jentera pilihan raya.

"Kami ingin memastikan bahawa jentera kami berjalan lancar.

"Kami juga mahu mengenal pasti kelemahan supaya kita dapat mengambil tindakan segera untuk membetulkan mereka.

"Kita sedang bergerak pantas ke hadapan dalam persediaan untuk memastikan semuanya berada 'di tempatnya' sebaik sahaja tarikh pilihan raya diumumkan," katanya kepada The Star.

Mesyuarat ini juga dijangka untuk melihat pengagihan kerusi dan penukaran kawasan pilihan raya di kalangan parti komponen, salah satu isu sensitif yang telah menimbulkan masalah dalam pemilihan tahun 2008.

Tengku Adnan berkata mesyuarat itu tidak akan membincangkan senarai calon-calon berpotensi.

"Itu (pemilihan calon) adalah keputusan pengerusi kami.

"Hanya dia boleh memutuskan senarai akhir."

Beliau berkata calon-calon yang berpotensi akan disemak dengan teliti. -mstar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...