Showing posts with label kafir. Show all posts
Showing posts with label kafir. Show all posts

Mufti Perak Dan Mufti Wilayah Persekutuan Gesa Hj Hadi Tarik Balik Amanat Kafir

KUALA LUMPUR - Dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir.

"Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena pertemuan bersama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.

Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi.

"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.

"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik.

"Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.

Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini.

- Tidak berasa berdosakah orang-orang Pas yang telah mengkafirkan Umno sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan kepada umat Islam, nak tanggung pikul dosa tu alamatnya sokong Pas tak masuk syurga jugaklah ya

Mahkamah Kafir Tolak Permohonan Garcia Supaya Menarik Balik Filem 'Innocence of Muslims' Dari Youtube

LOS ANGELES - Mahkamah Tinggi Los Angeles semalam menolak permohonan pelakon Innocence of Muslims, Cindy Lee Garcia agar treler filem itu ditarik balik dari laman YouTube.

Hakim Mahkamah Tinggi, Luis Lanvin enggan menerima permintaan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Garcia.

Garcia, salah seorang daripada tiga pelakon muncul dalam filem itu, berbuat demikian atas alasan dia telah ditipu oleh penerbitnya, yang dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula.

Nakoula juga dikatakan menggunakan nama Sam Bacile.

Garcia berkata dia telah diperdaya kerana semasa penggambaran filem itu, ia merupakan sebuah cerita bertajuk Desert Warriors, berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat padang pasir serta nama watak utama itu dikenali sebagai George, bukannya Muhammad.

"Permintaan untuk mendapatkan perintah menghalang sementara dinafikan," kata Lanvin.

Peguam yang mewakili pihak Google telah membantah keras cadangan yang diusulkan pelakon wanita itu.

Sementara itu, peguam Garcia, Cris Armeta berkata, pihaknya akan membalas balik bantahan itu dengan memohon injunksi baru untuk terus menghalang penayangan treler berdurasi 14 minit itu di Internet.

Garcia berkata jika dia tahu filem itu sengaja dibikin untuk menaikkan kemarahan umat Islam, sudah pastinya tidak akan bersetuju untuk terbabit dalam produksi filem terbabit.

Pelakon itu turut menambah, kesan daripada lakonannya itu, dia telah menerima banyak ugutan bunuh dan sekarang dia menyatakan sangat risaukan keselamatan diri serta keluarganya berada dalam keadaan terancam.

Dia juga telah dibuang kerja sejak penayangan klip treler itu tersebar minggu lalu sehingga menimbulkan banyak bantahan serta demonstrasi jalanan yang diadakan di banyak negara khususnya di negara-negara Islam. - Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...