Ulamak 'giler' terlalu sinonim buat mereka yang menggunakan agama demi kepentingan politik, ini kerana ulamak-ulamak seperti ini sering menafikan apa sahaja kebaikkan yang dilakukan oleh orang-orang yang bukan dikalangan kumpulan mereka.Isu bantuan kerajaan kepada rakyat, sepertinya satu kesalahan dan dosa besar untuk kita sebagai rakyat ingin berterima kasih kepada kerajaan sekaligus bersyukur kepada Allah Taala diatas anugerahnya memberikan kita nikmat hidup didalam keamanan negara yang diperintah oleh pemerintah Islam yang adil seadil kerajaan dibawah BARISAN NASIONAL.
Terima Kasih
Berdosakah untuk kita berterima kasih kepada orang yang telah memberikan sesuatu kepada kita walaupun yang diberikan itu sememangnya sudah kepunyaan kita, menurut Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan 'bodonya', rakyat tidak seharusnya berterima kasih kepada kerajaan terhadap apa-apa bantuan yang diberikan kerana katanya ia sudah menjadi tanggungjawab pemerintah.
Bagaimanapun kita yakin pendapat Ustaz Azhar itu hanyalah pendapat politik untuk berpihak kepada Pas semata-mata tanpa mengikut apa sebenarnya yang diajar didalam Islam, jika dinilai diatas kewajipan pemerintah, sepertinya seorang anak tidak perlu berterima kasih kepada ibu bapanya, seorang murid tidak perlu berterima kasih kepada gurunya, kerana itu semua adalah kewajipan.
Begitu juga dengan seseorang yang dibantu ketika dalam kesusahan, misalnya seseorang yang melihat kezaliman berlaku didepan matanya dan dia mampu untuk menghentikan kezaliman itu, maka sudah menjadi kewajipan kepada dia untuk membantu, tetapi apakah bantuannya itu tidak perlu diucapkan terima kasih ataupun menjadi satu kesalahan untuk kita berterima kasih.

Bukankah ucapan terima kasih juga boleh melahirkan jiwa yang suci dan bersyukur ? Ucapan terima kasih juga dapat menyedarkan diri kita daripada alpa dengan angkuh dan sombong. Tidak salah mengucapkan terima kasih terhadap sesiapa sahaja yang membantu kita walaupun ianya kepada seorang semusuh.
BR1M RM500
Tambah menampakkan lagi politik Azhar Idrus apabila beliau turut menyifatkan pemberian BR1M sebanyak RM500 itu sebagai jumlah yang kecil, sehingga soal wang BR1M digunakan untuk membayar hutang pun turut dikaitkan dalam usaha merendah-rendahkan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang lain.
RM500 memanglah kecil buat mereka yang kaya, namun bagi kita yang miskin ni ianya satu jumlah yang cukup besar, kerana kalau dekat Kelantan, kita kena bekerja 8 jam sehari selama sebulan untuk kita dapatkan RM500 ni. Nak tahu lagi RM500 tu besar ke kecil, try pergi mintak dengan Nik Aziz dia bagi ke tak ?.
Apapun bersyukurlah, kerana itu lebih baik, setiap perkara yang baik itu sewajibnya digalakkan supaya mudah-mudahan perkara yang baik itu akan bertambah baik lagi berkekalan. Terima Kasih Kerajaan. Anda Mampu Mengubahnya.