Video - Bukti Dan Rakaman Perbualan Sindiket Melipat Syarikat City Viera, Tunggu Ops Lipat @Zahid_Hamidi @KBAB51 @PDRMsia

Menerusi apa yang dimaklumkan oleh mangsa penipuan kepada saya. Pada awalnya sindiket penipuan seperti syarikat CITY VIERA ini mengiklankan tawaran bekerja sambilan dirumah dengan melipat surat atau katalog kononnya untuk di pos kepada pelanggan mereka. Seterusnya apabila mangsa berminat dengan kerja yang ditawarkan, mangsa dikehendaki membayar sebanyak RM 60 sebagai wang jaminan kepada katalog yang akan dihantar oleh sindiket penipuan ini.

Setelah wang RM 60 dibayar, sindiket penipuan ini akan menghantar kertas-kertas 'bodoh' berstapler yang dimaksudkan oleh mereka sebagai katalog atau buku. Buku berkenaan dikatakan bernilai RM 55, kemudian sindiket penipuan ini mengarahkan mangsa-mangsanya supaya photostat kembali buku atau kertas bodoh berstapler itu dan pos pula kepada individu yang akan dimangsakan.

Itulah sebenarnya yang dikatakan bekerja melipat sambilan dirumah, sedangkan hakikat atau maksud sebenar kepada kerja yang ditawarkan itu adalah kerja untuk menipu dan terus menipu. Bagaimanapun penipuan mereka ini ditabirkan kepada kertas bodoh dan ayat yang mengelirukan untuk tidak menampakkan secara jelas bahawa ianya menipu.

Kertas bodoh berstapler seperti dilampirkan dibawah dijadikan sebagai barang perniagaan untuk diniagakan oleh mangsa mereka, dalam kertas ini menceritakan bagaimana untuk menjadi seorang 'pelipat', harganya RM55, tapi, jika anda tidak berhasrat menjadi seorang 'pelipat', jangankan RM 55, bagi percuma pun mungkin anda tak nak!

Bekerja sambilan dirumah ? Lipat katalog ? Jual buku ? Buat iklan ? Putar alam!!! 
Maklumat tambahan atau sebahagian perkaitan mengenai syarikat CITY VIERA dan pengalaman mangsa penipuannya. 
Melalui tinjauan di media sosial, didapati sudah ramai yang menjadi mangsa penipuan ini, tidak kurang juga yang ingin mendapat kepastian berkaitan syarikat CITY VIERA.

Untuk makluman anda, kelmarin saya telah menghubungi wakil syarikat ini ditalian sebagaimana yang tercatat pada iklan mereka yaitu 014-8093051, itupun dijawab setelah beberapa kali panggilan dibuat.

Namun setelah diasak dengan beberapa soalan yang gagal dijawab, wakil syarikat CITY VIERA  mulai kebuluran, dan itulah tahap profesionalisme yang boleh dinilai oleh anda sebelum menjadi mangsa mereka. Kerja sambilan dirumah yang ditawarkan oleh mereka sebagaimana yang anda faham sebenarnya adalah tidak wujud, apa yang wujud hanya helah penipuan mereka semata-mata.

Persoalannya, adakah wajar penipuan ini dibiarkan bermaharajalela ? Apakah tidak ada penguatkuasaan undang-undang terhadap sindiket penipuan ini  ? Tahukah anda bahawa akhbar-akhbar utama juga turut bersubahat apabila menyiarkan iklan penipuan ini demi keuntungan hasil dari iklan tersebut tanpa menghiraukan akibatnya kepada masyarakat.. Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.

"Kalau pergi repot, polis pun tak layan, polis banyak lagi kerja, setakat RM 60 nak pergi ke bank negara! tak padan" ! - Pihak syarikat City Viera @ Penipu

3 comments:

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...