Showing posts with label adun. Show all posts
Showing posts with label adun. Show all posts

Patutlah Senyap!!! Balak Kelantan RM 3 Juta Dah Ditarah Untuknya

Tahun 2010 seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya.

Perbicaraan kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh negara kerana ia melibatkan seorang ADUN PAS. Dalam masa yang sama mencemarkan reputasi PAS. Walaupun tiga tahun telah berlalu timbul persoalan kenapa kes berkenaan senyap begitu sahaja sehingga kini ?

Rupa-rupanya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua adun berkenaan diselesaikan luar mahkamah. Difahamkan wanita berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz.

Atas alasan menjaga air muka tok guru dan PAS Kelantan Nik Aziz telah menganugerahkan kawasan balak kepada adun berkenaan yang mana kawasan berkenaan kemudiannya dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan.

Banyak sebab yang membuatkan PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu diteruskan. Kerana itulah mereka memilih untuk tidak meneruskan perbicaraan dan cari jalan untuk selesaikan luar mahkamah bagi mengelak PAS diaibkan. Namun begitu bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan daun pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah berkenaan akhirnya terbongkar jua.

Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.

1 - Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 - Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 - Surat nikah palsu

Pertama, ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3 juta - malaysia insider 29 sept 2010.

Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya hasil kekayaan itu.
Ejen nikah sindiket - kiri jurunikah, kanan saksi
Kedua, orang yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah Ya'kub dan saksinya adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang juga salah seorang ADUN PAS di Kelantan. Mereka dinikah dalam bilik hotel di Kemboja. Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah cerita ADUN PAS menjalankan khidmat pernikahan sindiket dan kesan lebih teruk lagi kerana yang melanggar peraturan berkenaan adalah wakil rakyat dan seorang Speaker DUN.

Ketiga, apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor akan membawa kes berkenaan ke mahkamah, ADUN Melor telah meminta pertolongan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahimi Madani yang juga bertindak sebagai bomoh rasmi Husam serta bomoh kepada Satay Malaysia telah pergi ke Thailand untuk mendapat satu surat nikah yang tarikh telah dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada mahkamah. Jika perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar kerana seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu.

Begitulah cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan kesalahan orang mereka. Yang menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak Kelantan untuk menutup kebejatan pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan nafsu ADUN mereka mendapat 'barang baik' made in Cambodia.
Sumber - Gelombang Merah

ADUN Pas Di Kelantan Promote Arak Berjenama TIGER - Video

Beginilah wajah seorang pemolitik Pas yang juga sering kelihatan memberi kuliah di masjid dan layaknya disebut sebagai pejuang Islam oleh Pas, tidak ada apa salahnya mengenai ucapan beliau dibawah, tetapi memandangkan statusnya yang disebut sebagai pejuang Islam adalah kurang manis apabila membuat ucapan seolah-olah menggalakkan pembinaan patung-patung besar di Kelantan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Banyak negara bukan Islam di Asia ni tidak punyai patung-patung sebagaimana besarnya patung yang berada di Kelantan, kebebasan beragama diluar batas yang melebihi apa yang terdapat dinegara bukan Islam adalah satu kebebasan yang tidak kena pada tempatnya dan sekaligus jauh bercanggah dari apa yang kononnya diperjuangkan oleh Pas. Benarkah Pas ni berjuang Islam ? atau Pas sebagai penolong kepada penyebaran agama selain Islam, jika begitu apa perlunya Pas mengatakan mereka berjuang Islam ? Nabi bila memasuki kota Mekah, segala berhala dijatuhkan, Nik Aziz memasuki serambi Mekah segala berhala dinaikkan, apakah cara Nabi dan cara Nik Aziz itu sama ?.

Lebih ketara lagi banner arak brand Tiger disebelahnya, mungkin YB Pas ini ingin mengajak umat Islam supaya membiasakan diri dengan perkara yang diharamkan oleh Islam, atau arak berjenama Tiger ni sudah dihalalkan oleh Pas ?, tolong promote lah gamaknya, kalaulah kawasan tersebut bukan dibawah pemerintahan Ulamak selama 22 tahun, tidaklah menjadi masalah, ia boleh dikatakan sebagai pemula dakwah dikawasan itu, tetapi kalau dah 22 tahun perintah, orang bukan Islam langsung tidak merasa malu dan hormat dengan membiarkan banner Tiger itu terpampang disitu sedangkan arak itu adalah haram bagi umat Islam, apa yang dapat dibayangkan dengan sikap pemimpin Pas itu, bukankah jika orang bukan Islam menghormati pemimpin Pas, mereka akan bertindak menutupi banner tersebut sepanjang kehadiran pemimpin Pas disitu.

Tapi kerana undi pemimpin Pas sanggup buang agama demi parti, justeru itu adalah sama sekali tidak layak untuk Pas mengatakan mereka berjuang Islam sedangkan dakwah Islam langsung tidak berkembang, rakyat Kelantan boleh perhatikan dikawasan anda, berapa orang sudah memeluk agama Islam sepanjang 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan ? Nik Aziz sendiri selama 22 tahun sampai ke 22 orang bukan Islam berjaya diislamkannya, jika tidak tak perlu Pas nak kata mereka berjuang Islam, kerana pemimpin Pas pun sama saja dengan pemimpin Umno, ceramah Pas bukan jelaskan keindahan Islam, tetapi lebih kepada memaki hamun pemimpin Umno, apakah sikap itu akan mendekatkan masyarakat dengan Islam. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...