Showing posts with label bihun. Show all posts
Showing posts with label bihun. Show all posts

Bihun Lemak Babi Cap Masjid Berlogo HALAL ! JAKIM Dan Menteri @dsjamilkhir Bila Nak Bertindak ?

Bihun cap masjid keluaran syarikat Van Loong Bee Hoon Sdn Bhd yang beralamat di Bt 7 Jln Ipoh Kuala Lumpur menarik perhatian masyarakat apabila dikatakan bihun jenama itu diragui status halalnya.

Disamping cara pemprosesan yang menjijikkan sambil dibungkus oleh bangla tidak berbaju dan persekitaran kilang yang kotor serta dihuni oleh anjing kepunyaan 'tauke' bihun, bihun ini juga didakwa turut mengandungi unsur babi.

Berselindungkan dengan cap masjid, tulisan jawi dan logo HALAL, bihun tersebut bebas dipasarkan dan berjaya menembusi anak tekak pengguna muslim dinegara ini.

Bagaimanapun logo HALAL yang digunakan oleh syarikat bihun ini bukanlah dikeluarkan oleh pihak JAKIM, maknanya logo halal itu tidak ada kena mengena dengan JAKIM, hanya syarikat bihun itu yang memandai-mandai meletakkan logo HALAL pada pembungkus bihun berkenaan.
Persoalannya, apakah pihak JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakkan terhadap syarikat yang menggunakan logo HALAL yang tidak dikeluarkan oleh JAKIM yang hanya bertujuan untuk memperdayakan pengguna muslim.
Mengapa wujudnya logo-logo HALAL selain logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM ? Sejauhmana penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan logo HALAL yang tidak dikeluarkan oleh JAKIM.

JAKIM sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan dalam perkara ini seharusnya memantau dan mengambil tindakkan tegas terhadap mana-mana syarikat yang menggunakan logo HALAL secara HARAM!!!

Selagimana JAKIM bersikap lembik, selagi itulah darah daging umat Islam dinegara ini terdedah kepada perkara yang haram. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...