Showing posts with label depu. Show all posts
Showing posts with label depu. Show all posts

Video - Merungkai Disebalik Misteri Koridor Depu Yang Cuba Disorokkan

Maklumat ringkas yang diperolehi mengenai projek Koridor Depu di Kelantan yang dimaklumkan oleh Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan, Datuk Husam Musa, sebanyak 275 ekar tanah sudah ditanam dengan 110,000 pokok atau 400 pokok untuk 1 ekar.

Ladang yang terletak di jalan Gua Musang - Cameron Highlands memulakan penanaman pokok depu itu pada tahun 2008 dan dijangka boleh disuntik pada 2012 dan dituai pada 2015 iaitu selama 8 tahun.

Kos sepokok yang dimaklumkan setakat 2011 ialah RM 15.45 sepokok. Bermakna RM 15.45 x 110,000 pokok bersamaan RM1,699,500.00 telah digunakan setakat tahun 2011 dan kos itu dijangka akan terus meningkat tanpa jaminan pulangan hasil sebagaimana perancangan pada awalnya.
Sekiranya dijaga sempurna,  pokok-pokok depu akan subur sebagaimana gambar diatas
PERSOALAN DAN PENAFIAN ?

1.) Tinjauan Team Kelate Cyber Warriors (KCW) pada Ogos lalu mendapati tidak ada tanda-tanda pokok itu disuntik atau sudah boleh disuntik memandangkan kesemua pokok tidak dijaga dengan sempurna dan berada dalam keadaan 'berit' ataupun sakit.

2.) Sejauhmana projek tersebut mampu menjana keuntungan dan memberi manfaat kepada rakyat ?
Status sebenar projek tersebut melalui penilaian yang dibuat oleh team kami ternyata jauh sekali berbeza dengan apa yang didakwa oleh Husam.

3.) Husam memaklumkan di sidang DUN pada tahun 2011 bahawa projek berkenaan berjalan lancar dan seterusnya  menyatakan pada tahun 2012 pokok-pokok depu itu sudah boleh disuntik manakala ia boleh dituai pada tahun 2015 nanti.

4.) Hakikat sebenar pokok-pokok yang dikatakan sudah boleh disuntik itu ternyata sebaliknya apabila sewaktu lawatan kami di tapak projek, pokok-pokok berkenaan masih kecil atau tumbesarannya yang terbantut akibat tiada penjagaan rapi yang dibuat.

5.) Penjagaan yang bersikap acuh tidak acuh juga dikenalpasti sebagai punca utama kepada terbantutnya tumbesaran pokok-pokok depu berkenaan, aktiviti meracun juga tidak berskala dan tidak sekata dengan menunjukkan kesan tompokan tumbuhan mati yang diracun dibeberapa tempat didalam kawasan ladang terbabit.

6.) Kami juga turut dimaklumkan oleh penjaga ladang merangkap 'mandul' yang mahu dikenali sebagai Jumaat mengenai masalah kekurangan tenaga kerja, menurut Jumaat, hanya 18 orang pekerja sahaja yang ditugaskan untuk menjaga ladang yang berkeluasan sekitar 10,000 ekar termasuk ladang getah, keadaan ini memaksa mereka bekerja sebagaimana melepaskan batuk ditangga kerana tidak punyai kudrat untuk melakukan penugasannya dengan sempurna.

7.) Hasil dari itu pokok-pokok depu yang sepatutnya sudah boleh disuntik dan dituai sebagaimana kebiasaan  tidak dapat dilakukan mengikut perancangan pada awalnya, mengambil contoh tanaman depu yang diusahakan oleh sebuah syarikat di Terengganu yang menjadikan Koridor Depu di Kelantan sebagai inspirasi memulakan bidang tanaman ini, ternyata mereka lebih kehadapan apabila kesemua tanaman depu yang diusahakan membuahkan hasil dan dapat disuntik pada tahun yang sedia terjangka itu. Perbezaan dan buktinya dapat disaksikan pada rakaman video dibawah.
8.) Selain itu turut menimbulkan persoalan pada kami mengenai projek ini adalah papan tanda ke ladang projek, jika melihat kepada gahnya papantanda kewujudan projek berkenaan disekitar bandar Kota Bharu, ternyata membuatkan ramai yang tidak percaya papantanda yang berada disimpang masuk ke lokasi projek ini hanyalah papan bercat warna hijau disamping batu yang dicat dengan warna merah tanpa sebarang tulisan yang boleh difahami oleh orang awam akan wujudnya ladang tersebut. Mungkinkah Projek mega yang bernilai jutaan ringgit  hanya gah pada papantanda yang berada dibandar semata-mata.
9.) Jika perbandingan dibuat dari segi masa dan value projek. Projek tanaman depu atau disebut juga sebagai karas yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada tahun 2005 yaitu 3 tahun lebih lama dari koridor depu di Kelantan, dan penanaman hanya sebanyak 39500 pokok pun mempunyai papantanda yang jelas akan kewujudannya, mengapa tidak dengan projek yang lebih besar seperti Koridor depu itu tidak punyai papantanda yang sedemikian. Perlakuan yang tidak berterus terang dan cubaan menyorok ini sekaligus menjadi tanda tanya kepada kami dan seluruh rakyat di Negeri Kelantan Darul Naim.
10.) Kesimpulan dari apa yang kami saksikan dan juga rakamkan, projek ini sebenarnya mempunyai masalah yang cuba disorok dari pengetahuan rakyat, pengumumannya hanyalah untuk meraih publisiti politik dalam menyaingi apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi berhubung projek ECER, selepas rakyat tidak lagi fokus berkaitan projek itu, maka kerajaan PAS Kelantan menerusi kepala cipta projek yaitu Husam telah mengabaikan projek ini dan sedikit demi sedikit cuba melesapkan peringatan rakyat dengan koridor depu  walaupun ianya telah menelan belanja jutaan ringgit.

11.) Kerana populariti politik, wang rakyat berjuta-juta sanggup dileburkan dan menanggung bebanan jutaan ringgit lagi untuk 'maintain'-kan satu projek retorik, sedangkan masih ramai lagi terdapat rakyat miskin yang memerlukan pembelaan dari kerajaan, atas kerja HARAM itu juga pasti akan mendapat pembalasan yang setimpalnya, hinanya seorang pemimpin yang berdondang Islam seandainya ketidaktelusan masih giat diamalkan didalam pentadbiran. 

12.) Pelabelan kerajaan yang kononnya membawa dasar Islam sedangkan rupa sebenarnya syaitan akan melahirkan ramai lagi insan seperti Chu Soi Lek yang agak keliru dengan cara Islam yang sebenarnya, kerana mereka menyangka korupsi yang berlaku disesebuah negara itu merupakan negara yang benar-benar mengamalkan sistem ISLAM. Sedangkan negara itu hanya bertopengkan Islam sepertimana kerajaan PAS Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya.- Bersambung..

Projek depu ini akan membongkar lebih banyak lagi projek-projek berstatus misteri  yang pernah diumumkan dan yang terbaru diumumkan yaitu projek ternakan lebah yang peruntukkannya telahpun diluluskan disidang DUN Kelantan minggu lalu.

Balak - Senarai Syarikat Kroni Husam ? Dan Penyata Kewangan Kerajaan Kelantan

Sedang pemimpin Pas berceramah mengenai pemimpin Umno yang didakwa telah menjual tanah di negeri Johor kepada cina apa pula kurangnya dengan pemimpn Pas di Negeri Kelantan, jika tewasnya Pas di kawasan Hulu jangan kata sebab rakyat tak dapat informasi tepat mengenai politik, tetapi kekalahan itu disebabkan kezaliman Pas merampas tanah-tanah yang yang sudah sekian lama diterokai oleh rakyat.


 Pembalakkan yag bermaharajalela dengan jelas terbukti ia dengan 'kojek'nya bukit bukau disini, namun kerajaan Pas mengomongkan sentiasa miskin, macam mana boleh miskin dengan kekayaan negeri yang melimpah ruah ini, negeri Kelantan kaya dengan hasil buminya, tetapi semuanya dirompak haram sepertimana yang berlaku keatas perlombongan emas yang dilaporkan media baru-baru ini.

Bagaimanapun pemimpin Pas sibuk dengan tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat, nak usaha sendiri tak reti, lepas tu mula nak mengemis, sebab kata mengemis tu kerana nampak sangat isu tersebut hanya dipolitikkan semata-mata, tapi bagaimana dengan royalti balak ? sudah tuntutkah dengan 'tauke cina' yang sudah membalak itu, kemana royalti tersebut disalurkan ? jangan pula kata Sultan...........

Pemberian tanah serta pembalakan yang berlaku itu tidak dapat Gk nak pastikan samada ia selari atau tidak dengan sumber hasil kerajaan negeri seperti yang dilampirkan dibawah. Serah sahaja ia pada pakar untuk memperjelaskannya, jangan hanya 'lapar' nak jadi calon sahaja, ni ramai sangat yang 'lapar' nak jadi calon tapi sumbangan habuk pun tarak...
  Dibawah pula adalah sebahagian dari senarai projek dan nama syarikat perunding serta pelaksana projek dari tahun 2006 sehingga 2010 yang diambil dari laporan EIA. Jika diselidik satu persatu akan nama-nama syarikat tersebut pasti banyak lagi penemuan-penemuan yang tidak terjangka akan ditemui. - bersambung. Anda Mampu Mengubahnya..... Lagi mengenai tanah di Gua Musang sila ke blog AmboOrangKampung.




Video Panas !!! Pokok Depu Husam Di 'Rentus' Rakus Husam Saman Lagi

Bicara Exco Kerajaan  Negeri Kelantan Datuk Husam Musa akan menterujakan sesiapa sahaja yang mendengarnya, seakan-akan kebenaran hanya bersama-sama dengan beliau, benarkah begitu ? Semestilah ianya benar dan sangat membanggakan penyokong-penyokong Pas.

Jika tidak benar kebiasaannya Husam akan menyaman atau mengambil tindakan mahkamah kepada sesiapa yang membuat tuduhan terhadap beliau. Lihat saja rakaman dibawah ini, adakah anda akan menyangka hujah Husam itu adalah benar dan cara Husam yang menampakkan ketenangan bicaranya itu adalah kejujuran dan keluhuran hati beliau.

Eksklusif selanjutnya berkaitan ladang depu ini akan  menyusul bagi anda menilai sejauh manakah kata-kata yang difaktakan oleh Husam itu meniti laras kebenaran, nantikannya........................Anda Mampu Mengubahnya..


Terdahulu di dalam kes pecah amanah dan penyelewengan syarikat, pihak polis memaklumkan kami mereka hanya akan siasat jika laporan dibuat oleh pemilik atau ahli lembaga pengarah syarikat. Walaupun KGT anak syarikat Kerajaan Negeri, polis Kelantan tidak iktiraf rakyat sebagai stake holders. Saya mengucapkan terima kasih kepada PDRM kerana penjelasan ini.

Oleh yang demikian hari ini saya mendesak Pengerusi KGT dan Pengurus Besar KGT untuk membuat laporan polis ke atas Bekas CEO dan Penasihatnya. Pertama di atas menggunakan nama KGT untuk aktiviti yang mempunyai unsur penipuan dan termasuklah menggunakan dana KGT untuk membiayai aktiviti di mana Bekas CEO itu mempunyai kepentingan peribadi.

Pihak saya sedia membantu KGT menyediakan bukti termasuklah bantuan khidmat guaman. Sekian. - Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...