Dulu bekas Menteri skandal seks jugak, siap ada video lagi, dah bekas Menteri macam tu, Ketua Pengarah pulak macam ni apa ke jadahnya lagi nak bagi perkhidmatan yang baik kepada rakyat. ketua kaki kongkek, staff bawahan tak ke huru hara?
Untuk pengetahuan pihak yang berkuasa Kementerian Kesihatan amnya dan Perdana Menteri sendiri khasnya, perkhidmatan ataupun layanan yang didapati oleh rakyat miskin sebagaimana saya daripada kakitangan Dewan Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ2) sangat-sangat mendukacitakan.
Kakitangan di Dewan Bersalin ini sungguh sombong dan biadab dengan tutur katanya, juga tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri sendiri. Diatas sebab itu saya bersama dua orang anak saya terpaksa meninggalkan isteri saya di dewan bersalin tanpa sempat memberikan pakaian dan telefon bimbit untuk terus pulang kerumah bagi mengelakkan berlakunya sesuatu hal yang 'tidak manis' diatas tindak tanduk dan respon kakitangan tersebut.
Sebelum ini memang terlalu kerap saya dengar mengenai karenah kakitangan hospital yang memberi layanan buruk kepada pesakit, oleh itu diatas semangat dan keyakinan saya juga berhubung perkara ini, saya fikir tidak menjadi masalah langsung kepada saya dalam masa 3 hari sahaja untuk menemuramah sekitar 30 -100 orang rakyat yang pernah berurusan dengan hospital terbabit bagi membuktikan dakwaan saya ini dengan jelas-sejelas-jelasnya.
Buat masa ini saya mengelakkan untuk memperincikan maklumat kakitangan serta kejadian yang saya alami, kerana tujuan saya mendedahkan perkara ini untuk diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan sahaja, dan pihak berkenaan pasti boleh semak siapa yang bertugas pada pagi ini 15 November 2012 sekitar jam 9.30am - 10.00am.
Pihak berkenaan perlu memanggil kakitangan yang mendapat complain untuk bertanyakan dengan pertanyaan 'Nak kerja atau tak nak?', sekiranya jawapan 'nak kerja', maklumkan bagaimana cara nak kerja, biar sama dengan apa yang ditampal didinding hospital terbabit mengenai VISI dan MISI hospital, biar padan dengan kekerapan desakan CUEPACS terhadap kerajaaan.
Kalau taknak kerja buang dan ganti orang lain, berjuta-juta lagi yang menganggur takder kerja, kerajaan jangan jadi lembik, buat apa nak simpan kakitangan yang tidak bermutu dan menyusahkan kerajaan serta rakyat ini, hormatilah HAK semua rakyat, bukan hanya menghormati individu tertentu sahaja, respon segera daripada pihak berkaitan saya nantikan, pendedahan selengkapnya bersama klipvideo akan menyusul petang nanti....Anda Mampu Mengubahnya..
Kebangkitan rakyat akan muncul daripada tindak tanduk menghina yang dialaminya bertalu-talu