Showing posts with label isu royalti kelate kelantan. Show all posts
Showing posts with label isu royalti kelate kelantan. Show all posts

R - Tok Pa Perjelas Puok Demo Biar Reti - Video

Penjelasan mengenai isu tuntutan royalti minyak yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Mustapa Mohamad seharusnya benar-benar perlu difahami oleh rakyat Kelantan supaya kita tidak terus tertipu dengan dakyah politik 'tuntut tak tentu hala' yang didakyahkan oleh pimpinan Pas.

Usahlah rakyat Kelantan termakan dengan tuntutan palsu yang ditimbulkan oleh individu yang turut menimbulkan mengenai penemuan karut harta karun di Tumpat dan penemuan tahi minyak di Kota Bharu, kerana individu itu 'tak berapa segar' dan sebelum ni pun selamber jer  tipu mengenai projek-projek 'giler' yang dijanjikan.

Antara projek giler yang masih giler untuk dilaksanakan iaitu pembinaan lebuhraya rakyat dan stadium bandar Red Warriors di Bukit Merbau, itupun belum dikira lagi dengan projek yang terlaksana dan gagal serta merugikan wang rakyat. Oleh itu berubahlah... Anda Mampu Mengubahnya

Allahuakbar !!! Sebesar2 Papantanda, Bahagian Gambar Sultan Juga Yang Dibakarnya @PDRMsia

Politik gila yang melangkaui batas ketamadunan ini sewajibnya dibanteras habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir...Sekiranya politik gila ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan KHAS ia akan mencetuskan ketegangan dikalangan masyarakat yang akhirnya hanyalah memberi mudarat kepada masyarakat itu sendiri. 

Sebesar-besar papantanda itu, bahagian pada gambar Tuanku Sultan juga yang nak dibakarnya, apa motif sebenar si pelaku ???

Sentimen kebencian yang ingin dicetuskan ini terlalu melampau, membakar papantanda pada bahagian gambar Tuanku Sultan Muhammad V ini adalah satu perbuatan yang terlalu jahat dan menghina seorang Sultan yang berakhlak mulia seperti Tuanku Sultan Muhammad V.

Pengamal politik melampau mempercayai ia dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangan menuntut royalti dan mendaratkan gas ke bumi Kelantan. (berunsur politik)

Kesan buruk dari perbuatan dan syak itu terlalu besar kepada mereka yang dituduh tidak senang dengan perjuangan oleh pengamal politik gila, sedangkan apa yang dituntut itu bukan HAK melainkan mencari keuntungan politik semata-mata.

Bertenang seketika dan laraskan pemikiran pada tahap normal selari dengan peredaran zaman yang tidak hanya tertumpu kepada pemikiran yang kolot lagi jumud, jika dipercayai individu yang membakar papantanda itu adalah mereka yang menentang perjuangan menuntut royalti, apa faedah yang akan didapati hasil dari membakar papantanda tersebut ?

Sesuatu yang dilakukan itu pasti punyai agendanya tersendiri, mudah saya nak sebut mereka yang menentang itu adalah dianggap sebahagian mereka ialah orang UMNO, itu hakikatnya, namun apa keuntungan dari perbuatan itu sekiranya ia dilakukan oleh Umno ?

Bagaimanapun saya secara peribadi lebih mempercayai ianya dilakukan oleh orang Pas dan mereka yang terlibat dengan tuntutan royalti tersebut, kerana mereka (Pas) yang akan dapat untung dari perbuatan itu. (membakar papantanda pada bahagian gambar Tuanku)

Sentimen dari perbuatan jahat ini jelas menguntungkan Pas, oleh demikian ia terlalu mustahil orang Umno ingin buat perkara yang boleh menguntungkan Pas. Orang Umno gila mana yang nak buat ?, cara politik Pas ni duk dalam poket jah hok sengoti pun, kalau kata macam tu mereka akan berdalih dengan mengatakan mereka tidak menuduh orang Umno tetapi pada masa sama hanya mempercayai ia dilakukan oleh mereka yang menentang tuntutan royalti.

Mantik jumud yang dipelajari dari Nik Aziz tu sebenarnya sudah tidak relevan lagi, setiap perkara sudah dapat kita membacanya, sebagai contohnya kenyataan Nik Aziz berhubung isu Umno murtad, namun apabila perkara ini dipanjangkan, dengan serta merta Nik Aziz tidak mengaku  dan menyalahkan pihak media. Itulah cara politik gila.

Apapun kita mengharapkan kes ini disiasat dengan segera kerana ia melibatkan keharmonian masyarakat dan penghinaan terhadap Tuanku Sultan, kerah seluruh pasukan polis khasnya Unit Forensik bagi membantu menangkap suspek jahat itu, mungkin hukuman bunuh adalah paling wajar dihukum keatas pelaku, jangan diberi muka, kerana tindakannya itu boleh mengakibatkan salahfaham dikalangan penyokong parti tertentu dan mendorong kepada pertumpahan darah. Atau orang Pas nak kata hukuman bunuh itu tidak wajar ??? Lagumana perut pedal yang tergamak bakar gambar Tuanku ??? Anda Mampu Mengubahnya..

Biarpun kesan bakar itu cuma sedikit dan mungkin kebanyakan orang awam tidak perasan wujudnya kebakaran pada papantanda tersebut, tapi mata puak Pas ni ganas sungguh, napok demo kelih dih...PDRM nok tunggu apa lagi, takkan tak reti-reti lagi !!!

Isu Royalti - 'Winnable Candidate' Selar MenyelaR

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Kelantan menyelar tindakan beberapa pimpinan Pas yang didakwa sengaja mempertikaikan penubuhan jawatankuasa khas mengkaji secara adil dan telus bayaran tunai hasil petroleum.

Ketua Penerangan BN Kelantan, Datuk Dali Husin berkata, Pas dilihat sengaja mempergunakan isu terbabit bagi mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi kerajaan negeri.

Beliau berkata, banyak janji yang ditabur kerajaan negeri masih gagal dilaksanakan sebab itulah mereka sengaja mempolitikkan isu terbabit semata-mata untuk meraih undi rakyat pada piliharaya umum akan datang.

Hari ini, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menolak penubuhan jawatankuasa itu, sebaliknya mahu royalti dibayar segera.

“Dakwaan mereka bahawa penubuhan jawatankuasa itu helah politik BN dan cubaan menipu penduduk Kelantan, menunjukkan PAS tidak mengutamakan kepentingan sebenar rakyat.

“Itu hanya modal pilihanraya. Kenapa isu ini perlu ditimbulkan sekarang sedangkan mereka menerajui negeri ini sejak 1990 lagi. Kenapa tidak dibangkitkan di awal pemerintahan mereka? Ini persoalan kita,” kata beliau pada sidang media di Kota Bharu, hari ini. - Sinar Harian


Naik bingung juga rasanya kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno ini, mungkinkah ini calon yang dikatakan 'Winnable Candidate' ? Rasanya wartawan yang silap tulis kot. Kalau wartawan tak salah lapor, alamatnya menanglah Kelantan....

Seperti persoalan yang ditimbulkan diatas, Kenapa isu ini (royalti) perlu ditimbulkan sekarang sedangkan mereka menerajui negeri ini sejak 1990 lagi, Kenapa tidak dibangkitkan di awal pemerintahan mereka? Ini persoalan kita,” bukankah persoalan sebegitu juga boleh melemahkan Umno dengan memperlihatkan kepada orang muda bahawa daya pemikiran dan penguasaan hal ehwal semasa pemimpin Umno begitu ....... sekali.

Lepas tu buleh tahan berjuanglah nak ambil alih Kelantan, selar menyelar pun kena tahu duduk perkara tu dulu, lebih-lebih lagi berjawatan pula yang berkait dengan maklumat, telaga minyak ni dijumpai bila ? tahun 90an kah ? Orang Kelantan ni cerdik-cerdik, pemimpin mesti kena lebih cerdik dari rakyat.


Jangan jadikan UmnoBN semakin tak relevan dimata orang muda, sebagai pemimpin yang nak pimpin rakyat perlu punyai pelbagai ilmu, bukannya ilmu berkaitan kontraktor semata-mata. Letihlah.....Insyaallah BN menang, pemimpin 'Winabble Candidate' seperti itu pilihan orang muda. Anda Mampu Mengubahnya.


" BN boleh menang di Kelantan kalau pemimpin ada Ummmmphh "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...