Showing posts with label royalti kelantan politik nik aziz. Show all posts
Showing posts with label royalti kelantan politik nik aziz. Show all posts

Pemimpin Pas Dakwa Wang Ehsan Hina Mahkamah Rakyat Kelantan Bakal Kempunan

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin yang menyifatkan program konvoi NGO Royalti ke beberapa destinasi di Ulu Kelantan baru-baru ini sebagai mendahului keputusan mahkamah, dijawab balas Ketua Dewan Pemuda Pas Bachok, Ahmad Marzuk Shaary yang mendakwa pemberian wang ehsan kepada golongan memerlukan di Kelantan juga adalah tindakan yang jauh mendahului mahkamah sekaligus bersifat menghina mahkamah.

“Jika penganjuran konvoi tersebut mendahului mahkamah kerana tuntutan royalti oleh Kerajaan Kelantan dalam proses mahkamah, saya rasa membelanjakan wang royalti oleh sebuah jawatankuasa atas nama wang ehsan itu jauh lebih mendahului mahkamah.

“Mereka tidak patuh kepada perjanjian juga menghina mahkamah kerana mahkamah adalah simbol keadilan, dalam perjanjian yang termeterai sejak 1975 secara jelas memperuntukkan lima peratus royalti untuk Kerajaan Kelantan,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan Ketua Pemuda Pas bahawa wang ehsan itu jauh lebih mendahului mahkamah seolah-olah melarang kerajaan dari terus memberikannya dan kenyataan itu merupakan satu penafian keatas golongan yang memerlukan di Kelantan.

Apakah salah pemberian wang ehsan itu ketika masih dalam perbicaraan mahkamah ? Perkara yang menguntungkan rakyat atau kata manisnya disebut berkebajikan ini tidak perlu dipertikaikan berbanding dengan konvoi yang langsung tidak ada faedah dan gunanya kepada rakyat khasnya golongan yang memerlukan selain hanya gimik politik.

Pemberian wang ehsan itu boleh dianggap sebagai satu kelebihan kepada rakyat Kelantan, sekurang-kurangnya pemberian tersebut dapat meringankan beban rakyat, dan pemberian itu juga menggunakan wang bukannya menggunakan air liur semata-mata.

Perlu diketahui sekiranya royalti itu tidak ada asas ia milik persekutuan, sudah pasti dari awal lagi ia tidak layak untuk dibawa ke mahkamah, begitu juga dengan hak rakyat Kelantan, dan keadaan ini adalah masih dalam hak kesamaran atau 50-50, kedua-dua pihak masing-masing merasakan haknya, maka sebab itu ia dibawa ke mahkamah jadi apa yang nak dikecoh-kecohkan. Tunggu sajalah keputusan mahkamah. Atau Pas sengaja nak politikkan isu ini ?.

Dalam menunggu keputusan mahkamah, terlebih dahulu kerajaan pusat memperlihatkan keehsanannya kepada rakyat dengan memberikan wang ehsan, kerajaan pusat tidak perlu menunggu wang royalti semata-mata untuk memberikan kebajikan kepada rakyat, dan konvoi yang dilakukan Pas itu pula bukannya membantu meringankan beban rakyat tetapi melakukan provokasi dan menghina mahkamah ?

Ini kerana mahkamah belum lagi memutuskannya dan masih dalam perbicaraan sedangkan pemimpin Pas melakukan demontrasi dan konvoi menuntut royalti tersebut, jika melakukan demontrasi dan konvoi itu satu cara terbaik yang boleh mendapatkan royalti, kenapa ia dibawa ke mahkamah ? Apakah tujuan konvoi dan demontrasi itu untuk mempengaruhi mahkamah dan sekaligus ianya bersifat menghina mahkamah.

Secara kesimpulannya, dalam isu tuntutan royalti ini, kerajaan negeri dan kerajaan pusat keduanya punyai hujah, kerajaan negeri ada hujah untuk mengatakan bahawa Kelantan layak menerima royalti tersebut dan begitu jugalah sebaliknya dengan kerajaan pusat, segala hujah dan fakta mengenainya akan dipersembahkan untuk diadili di mahkamah, jadi apa lagi yang nak diisukan ? Melainkan kerajaan pusat enggan untuk bawa isu ini ke mahkamah dan menafikan hak Kelantan itu secara sembrono  menggunakan kuasa 'vito' tanpa melalui sebarang proses perbicaraaan.

Justeru itu, daripada duk konvoi ada baiknya pergi cuci kubur buat kebajikan atau bantu mereka yang memerlukan, tak boleh bantu dengan wang bantulah dengan tenaga. Kerana itu lebih baik dari politikkan isu royalti yang jelas untuk kepentingan Pas semata-mata, Anda Mampu Mengubahnya...

"Mendengar guruh dilangit, air di tempayan  dicurah jangan"

Aisyah Kesal Skandal 'Dulu-Dulu' Abby Abadi Bakal Didedahkan

Wan Aishah Wan Arifin melahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu khususnya di kalangan media ingin mendedahkan kisah hidup artis yang lampau.

“Namanya pun dah berhijrah, buat apa nak ungkit-ungkit kisah lama, dah namapun berhijrah.
“Macam kes Abby Abadi ada pihak media yang kata awak mesti ingat ada kisah awak sebelum ni yang boleh dedahkan, betul ke cara macam tu?. Namapun dah berhijrahkan?,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan artis yang telah berhijrah sentiasa dijadikan isu negatif walaupun bulan Ramadan ini.

Sambungnya, tidak semestinya golongan ustaz, ustazah sahaja wajib menerangkan kebaikan Islam, sebaliknya semua manusia yang beragama Islam mempunyai tanggungjawab itu.

“Ini tidak, ustazah jadianlah, dah nak senja baru nak insaf dan macam-macam lagi,”

Katanya, sepatutnya mereka berikan sokongan pada artis yang telah berhijrah.

Menurutnya, beliau sendiripun membuat keputusan itu kerana yakin dengan perjuangan parti PAS yang membela nasib masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

"Jadi siapa lagi kita nak tumpang, kalau bukan sebuah perjuangan yang membawa kebaikan dan kebenaran untuk kelangsungan kehidupan yang kekal di akhirat?”ujarnya.

Ya tak ya juga kata Aisyah ni, mesti penyokong Pas kata, "Biasalah dunia akhir zaman, bila manusia buat baik ia dipersoalkan, buat buruk tak der pulak timbul", dan laginya penyokong Pas selalu sebut "Ulamak dicaci dan dihina tapi sijahil disanjung dan dipuja".

Benarkah begitu ?, jahatlah orang yang tak suka pada artis yang dapat hidayah ni, kat Malaysia ni hanya Abby Abadi dan Aisyah jer ke artis yang dapat hidayah ni? selain dari Abby Abadi dan Aisyah artis lain yang dah hijrah tu dikutuk sama seperti mereka berduakah.

Macam Catriona Ross, Diana Amir, Irma Hasmie dan lain-lain lagi tu terima nasib yang sama jugak ke? Kalau hijrah kepada Islam yang hakiki tidak ada manusia beragama Islam di Malaysia ni akan kutuk mereka, kerana insan yang dapat hidayah yang sebenar pasti akan lebih ayu, sopan dan beradab lebih-lebih lagi dalam tutur cara.

Bukannya dapat hidayah seperti dapat lesen untuk mengata orang atau berkongsi hidayah yang bersifat kepartian dengan memperlekehkan orang lain. Sama juga dengan Ulamak, selain dari Ulamak Pas tidak ada ulamak lain di Malaysia ini yang dikutuk sekiranya Islam yang dibawa itu adalah Islam yang sebenar, ada toleransi dan saling menghormati bukannya memaki hamun dan mengkafirkan sesama Islam.

Apakah jika artis atau ulamak yang bersama Pas sahaja yang dikutuk ? Tidak ? Tapi hanya artis dan Ulamak yang mulut cabul sahaja yang akan dikutuk dan dipandang serong selari dengan keserongannya, sebagai contoh artis seperti Mustafa Kamal yang dilihat condong kepada Pas, apakah beliau turut dikutuk ? Ulamak pula contohnya seperti Dr Harun Din apakah beliau juga turut dikutuk ?

Artis yang hijrah anuti Pas tu tak payahlah nak melebih-lebih, sedar diri lagi baik, bukan apa, sebab kalau kita datang dari longkang berlagak seperti kita datang dari syurga pasti ia tidak disenangi orang, biarpun kita sudah hijrah akan tetapi noda itu tetap akan terpacul sekiranya kita begitu lantang mengkritik orang lain.

Itu semua sudah lumrah dunia, akan tetapi jika kita lebih tertib dan bersopan santun pasti orang pun akan merasa malu, dakwaan mengatakan benci pada ulamak atau artis yang berhijrah ini sebenarnya tidak timbul, ia hanyalah persepsi yang diwujudkan oleh Pas semata-mata. Sekali fikir persepsi ini logik dan mudah untuk terperangkap dengannya, tetapi jika difikirkan secara keseluruhan gambaran diatas adalah hakikat yang sebanrnya....Anda Mampu Mengubahnya...

Politik Suku Sultan Suku Bohong Nik Aziz Di Bulan Ramadhan

Kenyataan diatas diambil dari Facebook milik Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan seorang pemimpin Umno bertaraf Timbalan Menteri mengenai isu royalti minyak kepada Kelantan.

Walaupun kenyataan tersebut tidak bertanda "Admin" dan ia disifatkan sebagai kenyataan dari Nik Aziz sendiri, Gk yakin kenyataan tersebut dibuat oleh "Admin" FB Nik Aziz dan bukannya ditulis oleh Nik Aziz sendiri.

Seandainya ditulis oleh Nik Aziz sendiripun Gk merasa sangsi dengan kenyataan tersebut dan sangat kecewa bila ia melibatkan Sultan yang disayangi sekelian rakyat dan Sultan yang turut Gk kenali secara dekat satu ketika masa dahulu.

Sebagai rakyat negeri Kelantan, isu royalti ini mesti sama-sama diperjuangkan, jika benar ia milik kita wajib kita pertahankan jangan ada diantara pemimpin dan rakyat yang sudah kenyang berlaku khianat dan jahat untuk cuba menafikannya, ini kerana bukti royalti itu milik Kelantan adalah jelas setelah ianya diperjelaskan oleh pengasas kepada Petronas sendiri iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah, melainkan Ku Li menafikannya dengan sekali lagi membuat penjelasan.

Namun apa yang hendak dibangkitkan adalah yang dimaksudkan dengan "Titah" Tuanku Sultan berhubung isu royalti, difahamkan Tuanku Sultan pernah bertitah semasa pembukaan sidang DUN Negeri Kelantan berkaitan isu ini supaya kerajaan pusat menyelesaikannya.

Bagamainapun Tuanku Sultan juga turut bertitah mengenai isu air dengan meminta kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap usaha membangunkan strategi jangka panjang bagi pengurusan sumber air di negeri itu untuk memastikan bekalan air yang terjamin kepada seluruh rakyat.

Titah baginda, pelaksanaan projek oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini membabitkan kerja menaik taraf 11 loji rawatan air dan pemasangan paip utama sepanjang 500 kilometer yang dijangka siap pada akhir tahun ini.

Mengenai Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini, baginda berharap Pusat Penerangan Pelancongan Negeri meneruskan promosi pelancongan sama ada di dalam dan luar negara.

“Komitmen pelbagai agensi kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan amat diperlukan bagi mencapai sasaran kejayaan program pelancongan ini.

“Antara peranan penting yang boleh dimainkan pihak berkuasa tempatan itu ialah mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah,” titah baginda.

Adapun demikian titah Tuanku Sultan ada baiknya semua pihak tidak mengambil kesempatan dalam mempolitikkannya sehingga menampakkan seakan-akan titah tersebut tidak berguna setelah pihak yang dititahkan oleh Tuanku Sultan gagal dalam melaksanakan perkara-perkara yang telah dititahkan.

Jangan biarkan budaya politik yang memperlekehkan titah Tuanku ini terus dicanang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, berpolitiklah tanpa melibatkan Sultan yang boleh menjejaskan institusi kesultanan, atau Pas beranggapan politik juga tidak boleh disukukan dengan sultan ? Anda Mampu Mengubahnya...Selanjutnya klik DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...